webnovel

PAGE.1 : Spare part

Banyak orang cakap, masih ada banyak lagi bunga-bunga ditaman yang luas ini, mungkin satu bunga tidak ngam dengan kau maka kau boleh pilih bunga yang lain..

Kalau ada duri, tinggalkannya, kalau beracun, lupakannya, kalau buruk, jauh daripadanya. Pelbagai jenis bunga kau boleh pilih, tetapi aku…

Masih mengenggam bunga yang berduri, beracun dan buruk ini berseorangan diri, sedang yang lain jauh daripadanya. Tangan aku berdarah, dada aku sakit dan aku disoal ramai orang..

Kenapa aku masih..suka dengan kau walaupun aku tahu, yang kau tak akan suka dengan aku. Aku tahu yang kau bakal jauh daripada aku..Aku tahu semua yang aku lakukan untuk capai kau, semuanya sia-sia..

Tapi aku masih hanya dapat lihat satu bunga ini sahaja dalam banyak-banyak bunga yang berada ditaman ini, mungkin aku sukakan rasa sakit dan darah ditangan aku ni, mungkin aku jatuh cinta dengan racunnya, mungkin aku sayang keburukannya..

Aku sendiri tak tahu..mereka kata cinta itu buta. Mungkin aku sebenarnya, hanya buta.

***

Aku..mula suka dengan seseorang.

" Aiman.." Tegur Mairah, dia berada dihadapan tempat duduk aku, tudungnya dan uniform sekolahnya berwarna biru dan bertiup kerana kipas, aku terhidu bau wanginya.

" Ada apa-apa ke, Mairah?" Soal aku sambil meletakkan pen yang dipegang aku tadi diatas meja, Humairah mendekatkan dirinya dengan aku.

" Tak nak makan ke?" Tanya Mairah, aku mengalihkan pandangan aku.

" Takde seleralah.." Balas aku, Mairah kebelakang semula, dia tersenyum sahaja dihadapan aku.

Humairah, dia ialah kawan pertama aku sejak aku mula bersekolah disekolah ini, dia juga, ialah orang yang pertama aku suka dalam hidup aku..

Macam mana aku suka dia? Aku dah lupa..aku sendiri pun sebenarnya tertanya, kenapa aku suka dengan Humairah?

Macam mana aku jatuh hati dengan dia?

" Jomlah…aku laparlah..Nur takde nak teman aku." Mairah mengangkat kedua-dua tangannya, manakala pipinya kembang sedikit, aku tertunduk.

" Baiklah..mari." Keluh aku. Di mata Humairah, aku hanyalah kawan biasa sahaja, itulah apa yang aku rasa..Tak mungkinlah aku istimewa pada Humairah.

Dia ada banyak kawan dan selalu cerita pasal kawan luar dia, Humairah..hanya datang pada aku bila kawan-kawan dia disekolah dia takde sahaja, aku hanyalah pengganti sementara kepada kawan-kawan yang takde..

'Spare part'

" Kau beli roti je?" Tanya Mairah dengan wajah tertanya, aku mengangguk perlahan.

" Aku takde selerakan…makan roti jelah. Oh ya, nah aku belikan air." Balas aku kemudian menyerahkan air kotak teh ais limau kepada Mairah.

" Oh, thanks." Mairah mengambil air kotak itu sambil tersenyum.

Kami duduk bersama dibawah pondok dibelakang sekolah, Humairah sedang menjamu nasi dan ayam yang dibelinya dikantin tadi manakala aku memakan roti coklat yang aku beli di koperasi.

" Ayamnya dah sejuk..hilang sikit sedapnya.." Keluh Mairah.Aku menoleh kearahnya. Mairah, ialah seseorang yang agak talkative kalau nak dibandingkan dengan aku, ada sahaja yang keluar daripada mulutnya, mungkin sebab itulah dia ada banyak kawan dan senang buat kawan..

" Ada coklat dekat mulut kau, Aiman." Tegur Mairah, tangannya perlahan menuju kearah pipi aku, namun aku segera mengelap coklat itu sendiri.

" Jangan main sentuh je.." Kata aku, Mairah tergelak kecil, dia suka main-main dengan aku macam ni..aku tak faham, apa seronoknya main-mainkan perasaan aku..

***

Aku rasa..mustahil untuk kau ada cinta sejati semasa masih muda dan masih bersekolah menengah. Semua orang yang bercinta semasa berumur sebegini, hanya ingin merasa atau..bertuah sahaja.

Tapi hubungan-hubungan sebegitu..takkan tahan lama, lama-kelamaan, mereka akan bosan dan berpindah kepada orang lain..Cinta sekolah menengah adalah benda yang bodoh..dan dipenuhi penipuan tetapi..entah kenapa..

Aku tetap inginkan hubungan palsu itu..kalau pasangan aku ialah Humairah, aku..tak fahamnya.

Mairah : Assalam, buat apa?

Terdapat satu mesej dihantar oleh Mairah, aku memerhati mesej itu lama, aku mengambil nafas panjang, aku menepuk dada aku beberapa kali kemudian melompat sedikit.

" Abang, kau dah kenapa?" Tegur Iman dengan wajah kaget, aku menoleh kearahnya dengan wajah 'stoned face'.

" Takde apa.." Balas aku, Iman memandang aku lama kemudian berjalan pergi, aku segera menaip mesej aku.

You : Waalaikummusalam, baru lepas mandi

Mairah : Nak on game dengan aku?

You : Boleh jugak..aku dah siap kerja sekolah

Mairah : Jom main CODM..jangan ajak aku PUBG lagi

Aku tersenyum melihat mesej itu, senangnya aku ni, hanya dengan dia mengajak aku main game pun dah cukup untuk buat aku rasa puas dan gembira. Senang betul..

Cinta aku pada Humairah mungkin palsu juga sebenarnya..aku terlalu sendirian sehingga kebaikan yang dipandang biasa oleh orang lain..buatkan aku rasa gembira..

" Aku terlepas tembak!" Terdengar suara Mairah yang kedengaran sedikit marah divoice chat game, aku masih sedang fokus ingin menembak enemy.

" Aku takde mood dahlah.." Keluh Mairah lagi, aku ditembak mati oleh enemy, nafas yang panjang aku lepaskan.

" Lepaklah..aku carrykan kau." Balas aku.

" Aku tak nak asyik kau carry je..malulah!" Kata Mairah.

" Apa yang kau nak malunya, ini game je.." Aku tak faham..dia malu untuk benda yang paling pelik.

" Kau tak fahamnya..kau pro, tak banyak mati..tengok aku..banyak mati, sikit kill." Mairah sedang marah, aku membuka leaderboard hasil permainan tadi.

" Aku takde pro sangat pun.." Aku tersenyum pahit.

" Sudahlah! Aku takde mood! Blah dulu." Mairah terus menutup gamenya, aku terdiam kemudan kick Mairah daripada room aku.

Keluhan yang lama aku lepaskan, lagi sekali kena marah sebab main game..sebab, aku hanya dua kill lebih daripada dia sahaja tadi.

" Abang..kau tak basuh baju lagi ke?" Iman masuk ke dalam bilik aku, aku masih sedang bermain CODM tetapi aku menoleh kearahnya dengan perlahan.

" Kejap..bagi aku habiskan game ni jap." Balas aku.Iman memegang pinggangnya.

" Ce..patlah." Iman menutup pintu bilik aku dengan kuat. Haih, masa aku nak main gamelah suruh macam-macam..

You : Kau dah ok ke Mairah?

Mairah : Aku ok je..jangan risau.

You : Nak aku set up setting kau bagi senang nak main?

Mairah : Tak nak..aku nak delete game ni

You : Lepaklah..game je.

Mairah : Sudahlah tu..aku penatlah, bye.

Aku mengenggam telefon aku erat, pelik, aku pelik macam mana Mairah boleh buat aku rasa seronok sangat..dan rasa macam tahi sangat.

Dia main-mainkan emosi aku..Memang boleh ke, kau benci dan sayang seseorang pada masa sama..rasa macam mahu jauh tetapi tetap kekal bersama..

Kenapa, sebab game je dia marah dan merajuk dengan aku..

***

" Aiman..kau dah siap tak kerja BI semalam?" Tanya Amir, dia bergegas kearah aku sejurus dia masuk ke dalam kelas.

" Aku dah siap.." Balas aku.

" Please bagi aku tiru.." Pinta Amir, dia menepuk tangannya, aku memandangnya pelik.

" Kau sepatutnya siapkan awal-awal.." Kata aku.

" Sorrylah..aku busy naik rank semalam.." Amir menjeler lidahnya keatas, aku mengeluh kecil dan menyerahkannya buku BI aku.

" Thank you..my besto friendo~!" Amir tersenyum sambil membawa buku aku pergi, aku memerhatinya pergi dengan wajah kecewa.

" Alamak…Aiman, kau ada kerja BI tak?" Mairah yang duduk ditepi aku sedang kelihatan risau, aku menoleh kearah bukunya, dia masih belum siapkan kerja BInya..

" K..Kejap ya." Aku berdiri dengan perlahan dan menuju kearah Amir.

" Amir..boleh tak..bagi Mairah pinjam dulu buku aku?" Soal aku, Amir menghentikan pennya seketika, dia mengalihkan pandangannya kearah Mairah seketika.

" Hum..bagilah dia dulu..tapi bagi aku pulak lepas tu, tau!" Amir memberi semula buku BI itu, dia tersenyum sahaja, aku terasa bersalah sangat..

" T..Terima kasih." Balas aku kemudian berjalan semula kearah Mairah.

" Nah..aku ingat, kau dah siapkan semua kerja sekolah semalam." Kata aku sambil menyerahkan buku aku.

" Terlepas pandanglah ni..aduh.." Mairah menggaru kepalanya, dia nampak rimas.

" Lepaklah..BI lepas rehat..banyak masa lagi." Pesan aku, aku ingin kembali ke tempat duduk aku, Mairah menarik lengan baju aku.

" Tolonglah aku sekejap..aku tak nak tiru je." Mairah kelihatan malu-malu, mata aku terbeliak.

" A..Ah, okay…" Aku rasa malulah kalau kau tengok aku macam tu..

Aku mengambil tempat duduk aku dan duduk ditepi Mairah, dia tekun membuat kerja sekolah, aku memerhati sahaja dia. Hanya satu subjek je yang aku bagus iaitu Bahasa Inggeris, sebab tulah Mairah gunakan aku..supaya dia boleh dapat jawapan yang tepat.

Aku takde masalah..aku takde masalah digunakan oleh Mairah..Apa-apa dia nak, aku lakukannya, untuk harapan tipis yang dia bakal balas balik semua kebaikan aku..

***

Humairah bukannya orang yang teruk pun sebenarnya, dia hanyalah budak perempuan sekolah menengah yang biasa sahaja..Aku tak salahkan dia lakukan aku sebegini..

Aku mahu percaya bahawa dia tak sedar pun sebenarnya apa yang dia lakukan pada aku..Aku tak salahkan dia pun..Cuma kalau boleh, aku nak dia sedar walaupun seketika.

Humairah ialah orang yang baik juga pada aku..Aku tak banyak kawan, tapi dia tetap kawan dengan aku dan dengar masalah aku..Aku tak tahu apa niat dia yang sebenar tapi aku takde masalah kalau sesiapa nak jadi kawan aku..

Aku dah biasa dipijak..Haha, aku ni memang menyedihkan..

" Aiman..kelas sains lepas ni, cepat bergerak ke makmal." Mairah menggoncangkan badan aku beberapa kali, mata aku terbuka perlahan, alahai, aku tertidur masa kelas matematik ke?

" Oh….baik…" Aku mengelap air liur basi aku, Mairah menyerahkan tisu basahnya kepada aku.

" Laplah muka kau tu.." Keluh Mairah, aku mengambil tisu basah itu mengelap wajah aku.

Selepas bersiap, aku mengikuti Mairah dan Nur yang berjalan bersama-sama, aku diam sahaja tetapi mereka berdua bersembang dengan agak rancak.

" A.i.m.a.n." Seseorang menepuk bahu aku, aku menoleh ketepi, Amir sedang berjalan ditepi aku.

" Amir.." Aku kaget.

" Thanks share kerja BI tadi..selamat tak kena rotan." Amir memegang pinggulnya, aku tersenyum pahit.

" Padan muka Syauki kena..hahaha.." Amir tergelakkan Syauki sebab tadi dia kena rotan dengan cikgu Bahasa Inggeris kami.

" Kalau kerja BI kita hanya boleh harap Aiman je..sebab dia pandai BI." Puji Mairah tiba-tiba, dia tersenyum kearah aku.

" Urgh..ah." Aku tertunduk.

" Malu-malu pulak.." Amir tersenyum jahat, aku menolak wajahnya.

" M..Mana ada." Balas aku, Mairah tergelak melihat gelagat aku dan Amir, Nur memerhati sahaja kami.

***

" Kau..suka dengan Mairah ke, Aiman?" Tanya Nur, aku dan dia masih berada ditingkat atas, aku ingin mengambil barang aku yang tertinggal, rasanya Nur masih berada disini sebab dia bertugas kemas kelas.

" Kenapa kau tanya aku soalan ni?" Aku melangkah kebelakang sambil mengalihkan pandangan aku.

" Aku just nak tahu je..Dua kemenjak ni, kau makin rapat dengan Mairah, jadi aku nak tahu..apa perasaan kau pada dia.." Kata Nur, aku mengeluh kecil.

" Kau nak jawapan jujur ataupun jawapan tipu?" Soal aku.

" Mestilah aku nak kau beri aku jawapan jujur..soalan apa tu?" Nur memandang aku pelik.

" Aku suka dengan Mairah.." Balas aku, Nur terus menoleh kearah aku.

" S..Sejak bila?" Nur kelihatan tertanya.

" Aku..tak pasti..tapi aku dah lama suka dengan dia.." Kata aku lagi, Nur tersenyum tetapi matanya kelihatan sedih.

" Aku tak rasa..Mairah rasa sama macam kau..tambahan pula..couple dengan dia..agak menyusahkan..Kau takkan dapat bertahan kalau kau kenal diri sebenar Mairah." Keluh Nur, aku menggaru kepala yang tidak gatal.

" Jangan risau..kawan dengan dia pun dah cukup menyusahkan sebenarnya.." Aku tersenyum pahit, mata Nur terbuka luas kemudian dia menumbuk dada aku perlahan.

" Kalau kau suka dia…aku boleh tolong kau, dia mungkin tak serasi kadang-kadang tapi dia masih ok…aku rasalah." Nur memberi aku semangat.

" Terima kasih, Nur." Aku terasa lega sedikit, ada seseorang yang ingin bantu aku bukannya halang aku.

***

Aku sedang melihat status WhatsApp semua contact aku kerana kebosanan, nampaknya Syakir dan Amir melepak sama-sama, diorang tak ajak aku pun, terasa sikit.

Nur hanya hantar gambar kucingnya sahaja distatus, Cikgu Fairuz save nombor aku? Nampaknya dia sedang memancing, banyak gambar dia dan ikan berada distatusnya.

Ibu hantar status tentang betapa penatnya dia dengan kerja, aku tak pelik, ibu naik pangkat dalam kerjanya. Status Iman hanyalah gambar dia berselfie didalam bilik dan kereta..

Status aku? Aku ada hantar satu status bertulis, 'Kebosanan', itu sahaja yang aku tulis, sebab memang aku tengah bosan gila.

Tangan aku terhenti daripada menekan status Humairah, nampaknya terdapat beberapa gambar yang dia hantar, aku menarik nafas dengan panjang.

Aku menekan statusnya, nampaknya Humairah sedang keluar bersama kawan-kawannya, aku tekan lagi status itu ke gambar seterusnya, gambar Humairah berselfie bersama kawan perempuannya.

" C..comel." Kata aku perlahan. Simple betul aku, hanya satu gambar dapat buat aku rasa tak tenteram.

Nampaknya ada lagi satu status, aku menekan status tersebut. Mata aku terbuka luas seketika, gambar Humairah dengan seorang lelaki, aku rasa macam pernah nampak lelaki ini, bukan itu sahaja, mereka nampak mesra semacam.

" Rasanya Humairah takde boyfriend, tapi aku sendiri tak tahu..dia tak bagitau aku apa-apa.." Itu apa yang Nur katakan pada aku.

Kenapa..aku rasa macam ni? Cemburu ke?

Aku cemburu..tapi Humairah bukannya sesiapa pun sebenarnya bagi aku..

" H..Haih.." Aku mengeluh sambil membaringkan badan aku diatas katil.

Aku dah lupa ke? Aku hanyalah spare part sahaja, digunakan hanya pada masa perlu sahaja..

Aku hanyalah kawan-kawan yang Humairah ada..itulah aku, tak istimewa pun.

Jatuh cinta…memang menyusahkan. Kau rasa teruk, kau rasa self conscious, kau rasa macam orang yang bodoh.

Ini semua pertama kali bagi aku, aku tak pernah suka dengan sesiapa sebelum ini. Mungkin sebab semua ni baru bagi aku, sebab itulah aku rasa macam ni..Aku bakal terbiasa dengan perasaan ini, mungkin..

***

Humairah sedang melihat telefonnya, dia memerhati nama-nama contactnya yang telah melihat status WhatsAppnya, matanya tertumpu kearah nama Aiman.

" Hum.." Dia tersenyum.

" Mairah..tengok apa tu?" Tegur seseorang, Humairah menoleh kearahnya, seorang lelaki dengan rambut yang panjang berada dihadapannya.

" Takde apa.." Humairah menyimpan telefonnya dan mendekati lelaki itu.

" Diorang tunggu kau..mari." Kata lelaki itu, Humairah mengangguk faham dan berjalan bersamanya.

" Aswad…aku haus, belanja Tealive.." Pinta Humairah, Aswad memandang Humairah sambil tersenyum.

" Boleh jugak..aku pun haus." Balas Aswad, Humairah tersenyum manis, dia makin dekat dengan Aswad.

***

" Aiman..kau asal termenung?" Soal Amir, aku terus menoleh kearah Amir, kami sedang berada dirumah Syakir, dia ajak kami melepak dan bermain game bersama.

" O..Oh..takde apalah." Balas aku.

" Maaf lama menunggu..aku bawakkan air ni, minumlah." Syakir meletakkan tiga tin air berkarbonat diatas meja.

" Takde anggur ke?" Tanya Amir.

" Jangan memilihlah.." Kata Syakir. Aku mencapai air berkarbonat berperisa oren.

" Wei, korang tengok tak status Humairah baru-baru ni..dia banyak post gambar dia dengan seorang lelaki..Pergi keluarlah, vclah..call lah, pakwe dia ke tu?" Tanya Syakir sambil membuka tin air berkarbonatnya, tangan aku berhenti bergerak, kenapa..kenapa lagi sekali aku rasa macam ni?

" Dia kata..itu kawan sama tuisyen dengan dia." Balas Amir.

" Macam mana kau tahu?" Aku tertanya, Amir mengangkat bulu matanya kirinya.

" Aku tanyalah.." Amir memandang aku pelik.

" Ah..ouh..kawan je ya." A..Aku rasa lega hanya dengan satu ayat je? 'Hanya kawan', itu dah cukup buat aku rasa lebih selesa?

Tch! Aku benci betapa menyedihkannya aku.

" Tak mungkinlah..Diorang rapat semacam doh, tak mungkin dia hanya kawan je.." Kata Syakir, Amir terus menjelingnya.

" Kau ni bodohlah Syakir.." Tegur Amir dalam nada marah.

" Eh? Asal?" Syakir keliru, aku meletakkan telefon aku kebawah semula. Pada masa sama, betul juga apa Syakir katakan, mereka nampak rapat, nampak gembira bersama..

Humairah takkanlah nak bagitau Amir pasal hubungannya dengan sesiapa…

" Oi, Aiman..lepaklah." Amir menepuk belakang badan aku, dia menunjukkan telefonnya.

" Mari game." Ajak Amir. Aku cuba tersenyum dan membuka semula telefon aku, aku membuka aplikasi game yang ingin kami mainkan bersama.

***

Aku tertanya..aku ni istimewa tak pada seseorang?

" Penatnya main game…" Keluh Amir sambil mengangkat kedua-dua tangannya.

" Semua benda yang kau buat penatkan kau Amir.." Perli aku, Amir tergelak kecil. Kami berjalan pulang bersama, Amir tak bawa motosikalnya, aku pula basikal tayar pancit.

" Aiman..kau nampak macam lain dua kemenjak ni..kau tengah ok ke?" Tanya Amir.

" Er..Aku ok, maaf buat kau risau." Balas aku sambil memasukkan tangan aku kedalam poket seluar aku.

Amir menghentikan langkahnya, dia menoleh kebelakang, dia tersenyum sahaja kearah aku.

" Kita dah berkawan hampir 3 tahun kau tahu tak bodoh..Aku boleh tahu..kalau kawan aku nampak lain." Kata Amir.

" Hah?" Aku kaget.

" Kau..kawan-kawan aku semuanya istimewa..sebab tulah aku kisah pasal kau." Tambah Amir lagi, aku menggaru kepala aku yang tidak gatal, angin petang bertiup perlahan.

" Jangan fikirkan sangat pasal Humairah tu..Dia tak sesuai untuk kau, Aiman.." Pesan Amir, aku tertunduk.

" T..Tapi aku suka dengan dia.." Aku mengenggam tangan aku, Amir mengeluh kecil.

" Aku tak tahu macam mana nak ubah fikiran kau..tapi jangan risau, aku dan Syakir ada untuk kau..jadi in case kalau kau kena reject..kitorang layan kau menangis." Amir mengangkat tangannya dan berjalan mengikut selekoh yang lain, rumah kami terletak dijalan yang berlainan, aku memerhati sahaja dia pergi.

Amir hilang daripada pandangan aku, aku hampir terduduk dijalan ini, namun aku menahan kaki aku.

Aku masih memegang bunga yang berduri, beracun dan buruk ini..tetapi aku rasa baru sahaja ada seseorang membuka penutup mata yang menutup pandangan aku selama ini. Sekarang aku dapat lihat, darah yang mengalir ditangan aku, racun yang menyakitkan dada aku dan betapa buruknya bunga yang aku sedang pegang ini.

Tetapi..walaupun begitu, aku tetap..terus memegangnya. Ini hanyalah halaman pertama dalam masa muda aku yang dipenuhi dengan penipuan..

Page.1 tamat.

Siguiente capítulo