webnovel

Berkolaborasi

Lvyan tersenyum sinis.Membuatkan Sek Gu berasa terancam.

Para seisi keluarga yang lain hanya mampu berdiam diri melihat keributan mereka berdua buat dan lakukan namun ia terasa lebih baik kerana kali ini tiada barang yang dilemparkan dan pecahan kaca berlaku.

Terkejut juga mereka saat melihat Lvyan bersikap lebih baik dari sebelumnya.

"Aku mahu tahu tentang isu peperangan."

•••••••••••••••••••••••••••••••••

Setelah Sek Gu membawa Lvyan ke tempat yang lebih private untuk berjaga-jaga kalau apa yang dibicarakan terdengar oleh mana-mana pihak luar.

"Madam Lvyan,kamu tahukan hal isu perang tidak boleh ambil ringan."

Ah! Ia terlupa pula wanita itu sangat bodoh, mana mungkin ia mengerti semua hal ini.

"Aku faham.Namun aku tidak dapat menjanjikan kalau aku tidak akan mengucapnya dihadapan orang lain kalau kau bantu aku dengan memberitahu tentang hal ini."

"Aku tidak faham maksud anda?" setelah sekian lama akhirnya ia sopan juga berbicara.

"Penasihat perang Raja Wenxing,Kerajaan Di End,Blue Fox."

Dengan tiba-tiba beberapa anak buah yang memakai baju biru dengan bertopeng musang bewarna biru muncul ditempat itu.

"Siapa kamu?" ucapnya yang masih berwaspada.

Dengan kakinya disilangkan, satu tangan menongkat kepalanya untuk bertatapan dengan Sek Gu.Eh tidak Ketua Gerakan Blue Fox,Di Sain.

Siapa pun tidak dapat menyangka bahawa lelaki yang misterius ini akan berada ditempat terpencil ini.

"Jangan kamu was-was dulu.Aku masih ada banyak benda yang mahu dibicarakan. Tenang ..."

Wanita ini tidak sudah habis dengan bicara bincangnya itu.Siapa wanita yang disebalik muka tidak bersalah itu.Ia lebih nampak licik dari mana-mana orang yang ditemuinya.

Jelas-jelas dilehernya sudah sangat dekat dengan pedang miliknya.Hanya tunggu pada waktu tepat untuk membunuhnya.

Kerana identitinya sudah diketahui maka, wanita ini harus dilenyapkan.

"Baiklah." akhirnya ia memilih untuk bersabar, lagipun wanita ini tidak mampu untuk melarikan diri diwaktu kesempitan ini.

"Apa dia?" tanya ia setelah duduk ditempatnya balik.Dan ia sudah tidak sabar untuk mengetahui apa yang Lvyan inginkan.

"Aku mahu peta dunia,maklumat kegiatan perang pada waktu sekarang.Segalanya."

Wajah Di Sain cemberut.Permintaan yang tidak maksud akal.

"Jangan fikir yang bukan-bukan.Aku cuma mahu teka dimana keberadaan suami aku setelah perang pertama bermula."

Ini sudah gila.Mana ada orang yang akan faham kalau hanya main teka tembak sahaja. Kalau main catur sudah cukup, tidak perlu pada nyawa orang lain jadi taruhan disini.

"Apa kau gila?"

"Aku tidak gila kalau soal suami aku.Jangan kau risau,rahsia ini cuma diantara kita berdua."

Di Sian mencemuhnya.

"Apa maksud kau dengan main teka?"

"Suami kau sudah mati.Faham,ia sudah mati di tempat musuh."

"Gila wanita ini,orang matipun masih mahu mencari lagi."

-

"Aku tidak gila." ucap Lvyan yang penuh penekanan pada ayatnya.

"..."

Aura apa ini? Ia terasa tenang namun dari balik tenang itu terdapat bisikan sinis yang amat dingin.Seolah mencebir dan ketawa kepadanya.

Ini bukan datang dari manusia, ia dari monster.

Dengan sekejap rasa wasnya meningkat walaupun ia tidak merasakan kalau ada orang lain selain mereka disini.Wanita ini benar-benar sendiri tapi kenapa rasanya sangat menakutkan saat mahu menatapnya seolah ia menyuruhnya melutut dan menganjing kapadanya.

"Huh!"

Entah kenapa sejak bila ia sudah berpeluh dingin.Ini sudah kali kedua ia merasakannya. Kali pertamanya adalah suami Lvyan dan kini isterinya pun memiliki jejak seperti suaminya. Walaupun mereka sudah berpisah disebabkan peperangan yang berlaku, ia seperti tidak pernah memberi perubahan yang ketara seperti mereka saat jauh.

"Ma-maaf."

Mendengar kata maaf dari kapten mereka, kesemua anak murid pun ikut sama melakukan hal itu.

"Tidak perlu.Aku hanya tetamu yang tidak diundang.Maka itu aku dengan tanpa malu mahu bekerjasama dengan Kerajaan Di End."

"HUH!". Apa maksud itu?

"Aku akan bekerjasama bantu kalian pada saat ini, dengar-dengar kerajaan Di End sudah mengalami kemarau yang panjang selama dua tahun yang lalu.Aku ada jalan penyelesai yang baik dan pantas cuma ambil masa tujuh hari untuk hujan turun."

Kata-kata Lvyan lebih kedengaran tidak masuk akal sehingga kesemua mereka berasa marah kerana terasa dipermainkan.

"Aku tidak menipu.Buktinya akan kelihatan kalau mencubanya.Tapi tiada janjian kalau ia akan menjadi tepat pada waktunya."

"Aku menolak."

"Siapa kau yang memiliki hak untuk menolak." balas balik Lvyan.

"Aku cuma bilang hal ini sepaya kau dapat memberitahu kepada Raja kalian.Esok hari kalau sudah terima jawabnya datanglah kepada aku untuk proses selanjutnya." sambungnya lagi.

Setelah itu ia pun pergi tanpa ada yang cuma menghalangnya.

"Ikutinya."

••••••••••••••••••••♪••••••••••

Setibanya Lvyan dirumah kayu itu ia pun melampiaskan pundaknya di kerusi itu dengan tatapan datar.

Wanita yang pagi tadi yang menegurnya kini datang kepadanya sedari akan kepulangannya yang terlihat letih setelah penat berjalan.

"Madam Lvyan,ini air minum.Silakan hilangkan dahaga anda."

Lvyan pun berterima kasih lalu menyuruhnya menyiapkan masakan petang untuk anak-anak.

Ia pun mengerti lalu pergi meninggalkannya.

Ia sangat bersyukur mendapat pembantu yang sangat taat padanya.

Diliriknya air minum yang dihidangkan yang cuma air putih dan jernih yang masih terasa hangat sederhana.

Air yang suam baik untuk hati yang redup.

Tepatnya ia sudah habis meminum air suam itu, kedengaran bunyi riuh yang menghampiri bersama bunyi tangisan beberapa anak.

"Madam,itu kedengaran anak Madam sendiri menangis." datang wanita itu dari dapur memberitahu kepadanya sejurus ia mengetahuinya.

Lvyan pun sudah mengagak kalau itu adalah suara tangisan budak tapi apa yang terjadi sehingga mereka menangis.

Di luar rumah ♪♪♪....

"Kalian berdua memang anak kembar yang tidak tahu malu.Sudahlah dengan tangisan murahan itu.Ikut aku pergi menuntut hak anak aku kepada ibu kamu janda itu."

"Hu..."

"Ibu kami bukannya janda." kata salah satu dari kembar.

Kedua mereka memiliki wajah dan riak muka yang serupa dengan ibu mereka namun kedua mereka memiliki rambut dan warna mata seperti ayah mereka.

"Yijian,Mijian." satu suara lembut memanggil mereka.

Mendengar suara ibu mereka,dengan segera mereka pun melarikan diri kearahnya namun tidak mampu apabila picikan telinga mereka dikuatkan lagi oleh wanita tua yang dipanggil sebagai Yu Bibian atau Madam Yu.

"Ouh! Lihat siapa yang mahu jadi hero kepada anaknya."

"Yu Bibian,lepaskan kedua anak yang tidak bersalah itu." pinta Lvyan.

Kedua kembar berasa takut kalau ibu mereka akan melawan wanita tua itu sehingga terluka seperti perlawanan sebelumnya.

"Ibu! Jangan gaduh."

Pinta mereka dari kejauhan.Tangannya cuma menggapai untuk menghentikan tindakan melulu ibunya itu.

Walaupun dalam kesakitan mereka tetap cuba untuk memastikan situasi tidak menjadi buruk.

'Hei,anak muda.Aku ini bukan budak mahu cari gaduh melulu.'