1 "MISTERI RUMAH SEWA DIJOHOR

Saya nak share pengalaman umah sewa yg kami suami isteri duduk dari 2018-2019

Yang xnk percaya terpulanglah,Ni pengalaman saya sendiri

Umah sewa dekat Taman desa Jaya,johor.

Rumah teres 2 tingkat,2 bilik air n bilik Ada 2.rm650

.bagi korang murah Tak?

First duduk dia dah bagi pengenalan dulu,suami Kat tingkat atas,sy pulak

Kat dapur,konon nak masak lah.tengah basuh2 beras...tetiba sy dengar bunyi yg buat bulu Roma saya Naik.bunyi dia sebiji Macam bunyi ayam belanda.kalau korang nak tahu dengar lah sendiri..

Selepas2 tu baru lah dia Mula kacau dengan lagi dasyat,setiap pagi pukul 8.akan bunyi orang ketuk2 Kat dinding.bersebelahan dengan tempat sembahyang cina yg diaorg suka letak Kat dinding tu.sebelum kitaorg duduk.orang cina yg duduk.dari apa yg agent cakap dulu,cina Singapore yg duduk.jadi jarang lah kot balik.saya letak cermin Kat atas tu.ada yg turunkan.siap terbalikkan cermin tu.dari situ sy dah Mula xsedap hati

Saya masak nasi dalam tengahhari.petang saya nak makan.kira nak repeat balik nak makan,lapar 😂.nasi tu dah tinggal separuh..tapi Ada orang tuang air dalam tu.antara permukaan nasi.airnya separuh dari nasi tu.sy siap panggil suami turun tengok sendiri..suami pun Macam pelik.siapa yg masuk umah tuang air dalam nasi.sedangkan umah dah kunci.benda Ni jadi 2,3kali.

Bawang baru beli,lepas 3hari jadi busuk,berair Dan hitam.nih duduk Kat Uma sekarang.bawang elok je walaupun dah 3hari.saya sakit hti sebab dia usik makanan kita.bila dah jadi camtu kena beli lagi.

Bilik pulak Kat atas.1 buat lepak2,1 buat bilik pakaian.almari yg saya guna.almari kain Ada 3.2,3 bulan sy letak elok je.sampai Satu malam tu.nak Naik atas nak amek baju..3 almari Kain tu 3-3 jatuh roboh habis..

Panggil suami Naik atas tengok..dia cakap siapa yg buat ni.mana lah Tau.dia roboh camni pun.kita xde dengar bunyi besi2 dia jatuhkan

Banyak lagi yg kami kena sebenarnya.sampai suami saya,yang Tak percaya benda2 hantu ni., pun naik takut.terus ajak pindah.suruh Tanya agent nak pindah boleh tak.agent pun Macam pelik kenapa nak pindah.

Sebab baru sign agreement tambah lagi setahun duduk umah tu.sy bagi alasan sy sendiri.dia cakap boleh pindah.tapi sampai hujung bulan.deposit 2 bulan burn.kami bincangkan balik.burn2 lah depo.janji kami suami isteri selamat..

Lagi kami suami isteri kuat hati nk pindah.bila sy dapat Tau dari jiran..

Nanti sy cerita.sebab dah panjng sangat Ni karangannya😂. asalamualaikum.selamat malam.

avataravatar