webnovel

CHAPTER 1 PEMBERIAN

Negara Xenon merupakan negara yang aman damai.Suatu hari,saintis di negara itu terjumpa suatu benda yang besar menyerupai telur gergasi,semasa mereka sedang menjalankan penelitian,secara tiba-tiba benda seperti telur gergasi itu terbuka lalu mengeluarkan satu pancaran berwarna kuning lalu mengenakan ke seluruh warga.Akibat dari pancaran itu,orang orang mula rasa pening kepala dan mual mual seperti ingin muntah.

Pada esok hari,secara ajaibnya semua penduduk di negara itu memiliki kekuatan super.Para saintis mula mengkaji lebih dalam tentang benda itu dan mereka memberi nama kepada benda seperti telur itu dengan nama esmeralda.Semasa para saintis sedang sibuk menjalankan penelitian,tiba-tiba datanglah pasukan makhluk aneh menyerbu makmal penelitian tersebut.Para saintis cuba untuk melawan tetapi mereka belum cukup mahir dalam menggunakan kuasa itu.Para saintis disitu dibunuh satu persatu tanpa sisa lalu para makhluk aneh itu mencuri baru esmeralda tersebut.

Berita tentang kematian para saintis akibat dibunuh makhluk pelik itu telah pun diketahui banyak orang.Orang ramai merasa marah dan ingin melawan makhluk pelik tersebut.Sejak dari peristiwa tersebut,orang ramai mula berlatih menggunakan kuasa mereka masing masing.

Bersambung...

Siguiente capítulo