webnovel

Lelaki Yang Berdendam.

Pukul 6 am

Jane tiba di Bakery D'licious J' awal hari ini memandangkan semalam dia tak datang melihat kek-kek di tempat display.

Semasa dia tiba di kedainya, ada kelibat yang menyorok di belakang kedai memerhatikan Jane.

Jane yang leka memeriksa kualiti setiap kek tersebut terperanjat dengan bunyi pasu pecah di luar kedainya.Hatinya berkata 'Kucing ke?Ke pencuri?'.Hatinya berdebar-debar.Perlahan-lahan dia mendekati tingkap dan mengintai ke luar.Dia terpandangkan kelibat lelaki yang memakai penutup muka dan berhoodie sedang melarikan diri dari kawasan kedainya namun tiba-tiba lelaki itu berhenti dan menoleh ke arah Jane yang sedang mengintai.

Jane terserentak dan menyorok di balik langsir tongkap.Dia perlahan-lahan mengintai kembali dan terkejut apabila lelaki itu sedang menuju ke arah kedai untuk mengejar Jane.

Jane segera melarikan diri ke tingkat atas dan terus mengunci pintu pejabatnya.Jane menyorok di bawah meja kerjanya sambil terketar-ketar mendail nombor Zein.Berkali-kali..namun tidak diangkat.

'Zein....Zein..Tolong lah jawab..' gigil Jane.

Nombor Zein didail semula..

Tut....

Akhirnya Zein menjawab panggilan Jane.

"Sayang?Ada apa call pagi2 ni?"tanya Zein yang masih mamai.

"Awak...datang kedai cepat..!Tolong saya.Saya takut!"kata Jane dengan perlahan kerana tak mahu dia diketahui lelaki itu.

"Ha?!Kenapa ni?Cuba cakap jelas.."Zein masih tidak faham apa yang sedang berlaku

"Ada orang...Ada lelaki pecah masuk kedai saya.Dia..dia tengah cari saya.Dia dekat bawah..Cepat awak..Takut.." kata Jane terketar-ketar.

Zein terus terbangun dari katilnya Dan segera berlari keluar dari rumahnya.Usai mengunci pintu dia terus memandu keluar ke kedai Jane.

Panggilan masih tidak diputuskan.Suara Jane menangis kedengaran.

"Awak,dengar sini.Awak menyorok.Cari apa-apa benda sebagai defense.Saya on the way ni.Awak sabar okay.Kejap lagi je,saya dah nak sampai" terang Zein pada Jane yang masih ketakutan berseorangan.Nasib baik taman perumahannya bersebelahan dengan kawasan Bakery D'licious J' itu.

Okay..

'Prangg!' bunyi kaca berkecai.

Terdiam Zein dan Jane.

"Awak..." Jane bisik ketakutan.

"Dah nak sampai..Sabar.." balas Zein.

Tak lama kemudian, kereta Zein diparkirkan berdekatan kedai Jane.

"Sayang,saya dah sampai.Saya masuk dalam.Awak stay situ.Saya panggil baru awak keluar okay?" kata Zein sebelum memasuki kedai Jane.Dia perlahan-lahan masuk ke kedai Jane sambil memegang sebatang kayu hoki miliknya.

"Okay awak...baik-baik tu" pesan Jane sambil mengintai di balik pintu pejabatnya.

Zein masuk sahaja kedai,matanya terus menangkap sosok tubuh lelaki yang dikatakan Jane itu.Lelaki itu sedang mengintai mencari Jane di dapur dan bilik rehat. Kaca display kek bersepah.Angkara lelaki itu.

"Oi!Kau buat apa hah!" tengking Zein.

Lelaki bertopeng mask itu menoleh ke arah Zein.

Lelaki itu segera mencapai beberapa biji pasu perhiasan berdekatan dan membalingnya ke arah Zein. Zein hanya sempat menepis beberapa biji pasu sahaja.Sebiji pasu terkena pada dahi Zein.

"Argh!!" jerit Zein kesakitan sebelum jatuh terduduk sambil menekup tempat luka itu.

Melihatkan peluang yang ada,lelaki itu segera melarikan diri.

Zein ingin menangkap lelaki itu,namun dia masih kesakitan dan tak mampu bergerak. Darah meleleh keluar dengan banyak dari luka itu.

Jane yang terdengar jeritan Zein segera berlari turun ke arah Zein.

"Sayang!" jerit Jane terkejut melihat keadaan Zein yang berdarah teruk.

Jane menerpa ke arah Zein.Zein menoleh melihat keadaan Jane.

"Awak dah selamat.Jangan risau.Saya ada dengan awak okay.?" kata Zein yang kesakitan sambil mengengam tangan Jane.

"Jom..Jom cepat kita pergi hospital.!" kata Jane sambil membantu Zein bangun dan keluar. Jane memapah Zein ke kereta dan memandu ke hospital.

Dalam kereta.Zein semakin pucat dan sekejap-sekejap mengerang sakit. Jane menggigil memandu dengan cepat.Tak lama kemudian mereka sampai di hadapan wad emergency.Zein dibantu staf hospital dan dibawa masuk untuk dirawat segera.

Doktor yang merawat Zein tak lama kemudian menghampiri Jane yang gelisah menunggu di luar bilik.Baju bahagian bahu Jane basah dengan darah Zein.

"Cik?Isteri Zein ke?" tanya doktor itu sambil menghulurkan sebotol air sejuk bagi menenangkan Jane.

Jane mengeleng dan berkata.

"Saya kekasih dia,doktor..Dia macam mana?Dia okay?Luka dia teruk ke?" tanya Jane tak berhenti.

"Sabar cik..Pesakit sudah dirawat.Luka dia kami jahit sebab lukanya dalam.Dan jangan risau,kami akan bekalkan ubat untuk parut sekali okay?Awak pergi isi maklumat pesakit dulu..kami pindahkan pesakit ke bilik perseorangan" terang doktor perempuan itu.

Jane menganguk dan kemudian mengisi maklumat pesakit sebelum berlalu ke bilik wad Zein yang baru.

Jane menelefon pekerjanya, Gabriel dan memberitahu kejadian yang berlaku tadi.Dan dia segera memaklumkan kepada pekerja-pekerjanya yang lain serta memberitahu bahawa kedai akan ditutup senentara.

Zein ditempatkan di dalam bilik perseorangan. Jane menemani Zein. Dia duduk di sisi Zein sambil tak lepas memandang Zein,menunggu Zein sedar.

Beberapa jam kemudian.

Zein membuka mata dan memandang Jane.

"Sayang..Awak dah sedar?" kata Jane.

Zein menganguk.

"Kena jahit ke ni?" tanya Zein sambil menunding jari ke dahinya yang berbalut.

Jane menganguk.

"Habislah....Nanti saya dah tak hensem lagi..Awak nak lari kan? kata Zein tergelak kecil.

"Hahaha..awak ni kan.Sakit-sakit pun menyempat melawak ye.Saya tak kan tinggalkan awak.Melainkan awak yang tinggalkan saya.." kata Jane lembut sambil mencubit pipi Zein.

"Auch! Sakitlah.." jerit Zein kesakitan.

Kemudian mereka berdua tergelak kecil.

Mereka menghabiskan masa bersama selama berberapa jam sebelum Jane meminta diri pulang ke rumah untuk menukar baju.

Zein faham.Keluarga Zein tidak dimaklumkan mengenai keadaannya itu kerana Zein tidak mahu mereka kerisauan terutama sekali ibunya.

Jane pulang ke rumah sekitar jam 2 pm.

Semasa dalam perjalanan pulang, Jane singgah di balai polis untuk membuat laporan mengenai ala yang berlaku kepada dia dan Zein. Siap sahaja membuat laporan dia memandu pulang.Setibanya dia di rumah,dia segera mengunci pintu dan membersihkan diri.Baju yang dibasahi darah dibasuh bagi menghilangkan darah dan direndam sabun terlebih dahulu sebelum dibasuh.

Usai mandi,Jane memasak sedikit bubur ayam untuk Zein. Siap sahaja masak, bubur dimasukkan ke dalam bekas tahan panas. Dia juga membawa sebotol jus buah-buahan. Dia akan menemani Zein di hospital malam ini.Dia membawa sepasang baju, toiletries dan basic makeupnya.Barang-barang itu diletakkan di dalam kereta.

Walaupun letih dan masih terkejut, Jane lebih risaukan keadaan Zein.

Setelah memastikan semuanya selesai,Jane menuju ke rumah Zein untuk mengambil baju dan barang yang dipesan Zein.

"Wah.....cantiknya.."kagum Jane.

Jane berjalan masuk seakan sebuah taman sebelum sampai ke pintu rumah Zein.

Rumah Zein memaparkan ianya hasil binaan seorang arkitek. Rumah yang dikelilingi taman, menggunakan teknologi canggih, kolam renang di bahagian tengah rumah sebagai privasi tuan rumah, binaan dinding yang moden, tidak terlalu besar tapi sangat cantik.Terdapat 4 bilik tidur yang masing-masing ada bilik air sendiri, 3 di tingkat atas dan 1 di bahagian bawah sebagai bilik tetamu. Di bahagian kiri ialah dapur,ruang makan dan juga bilik stor manakala bahagian kanan menempatkan ruang tamu dan tandas.Kolam pula berada di tengah-tengah. Nice bukan?Oh ya, bahagian tengah rumah tidak berbumbung pada waktu cerah,jika hujan barulah bumbung tertutup secara automatik.So rumahnya seakan bulatan,ruangan tengah kosong.Masuk sahaja pintu rumah, Jane akan menatap tangga yang mewah menuju ke tingkat atas.Bilik tidur Zein di bahagian kanan menghadap taman yang terdapat kolam ikan. Manakala bersebelahan biliknya dijadikan sebagai bilik kerja dan lagi satu. Bilik keluarganya sekiranya datang menetap. Okay stop.

Usai Jane membuat lawatan di sekeliling ruangan rumah Zein.Jane segera mengambil barangan yang dipesan oleh Zein dan turun ke bawah dan keluar dari rumah Zein.

"Wah..macam duduk dalam istana.Gayat kejap aku dibuatnya.Hahaha" kata Jane kagum dengan apa yang dilihatnya.

Jane memegang sebuah beg yang berisi baju sepersalinan Zein, toiletries dan produk penjagaan kulit Zein.

Beg itu diletakkan di seat belakang,dan Jane memandu pergi.

Setibanya dia di hospital jam sudah menunjukkan pukul 6 pm, dia tiba lewat disebabkan kesesakan jalan raya.Waktu orang pulang kerja kan.

Jane bersusah payah membawa barang-barang tadi.Manakan tak, dua beg baju dan makanan Zein sekali.Hahaha.Terkial-kial Jane ke tingkat atas.Orang keliling memerhatikan Jane.Pelik.Datang hospital macam pergi picnic.

'Zap' pintu bilik Zein ditolak mengah.Dia berdiri di depan pintu,beg diletakkan ke lantai.

"Sayang....apa banyak sangat barang ni?Hahaha..dah macam penjual dah saya tengok" bantai gelak Zein.

"Awak..jangan..jangan macam-macam eh.Saya tumbuk kang" ugut Jane sambil mengacu penumbuknya yang kecil dengan mengah.

"Ala2...sian..dia ye.Meh sini cepat.Duduk sini rest" kata Zein sambil menepuk kerusi di sebelahnya.

Jane segera duduk di sebelah Zein.

"Apasal lah hospital ni tinggi sangat." rungut Jane kemudian tergelak memandang Zein yang selekeh.

"Awak,rambut awak macam apa dah." kata Jane sambil membetulkan rambut Zein.

Zein hanya membiarkan sahaja apa yang dilakukan oleh Jane.Dia meletakkan kepalanya di bahu Jane sambil menonton tv.

"Awak, malam ni saya temankan awak tau" kata Jane memecahkan kesunyian.

"Eh..tak payah susah2...Lagi pun esok kan saya da boleh discharge." kata Zein.

"Alah.. boleh lah eh..Please.." pujuk Jane.

"Lagi pun saya takut lah" sambung Jane lagi bila teringatkan kejadian tadi.

"Hm..yelah..Polis kata apa tadi?" setuju Zein dan dia bertanya.

"Polis kata, kawasan tu tak pernah ada kes lagi-lagi pecah masuk.Zero cases cmtu.." kata Jane.

Zein menganguk mendengar.

"Tapi...Diorang kata maybe,maybe lelaki tu yang berdendam dengan saya." kata Jane sambil melihat Zein.

Zein kerisauan.Dia risaukan keselamatan Jane.

"Dekat rumah awak ada security tak?Macam alarm?Alat defense?" tanya Zein.

Jane mengeleng.

"Takpa,esok lepas discharge..kita beli barang tu semua okay?Jangan risau." kata Zein.

Jane menganguk.Jane bersandar pada dada Zein sambil mereka menonton tv.

Ya.Mereka semakin rapat dan sweet.

"Sayang." panggil Zein.

"Ye?" jawab Zein

"Berat." balas Zein sambil menunjal kepala Jane.

"Ish awak ni..Mana ada berat..saja je kan.." kata Jane sambil memukul dada Zein.

Terbatuk-batuk Zein dibuatnya.

"Padan muka" jeling Jane.

Zein tergelak-gelak kemudian menarik Jane supaya bersandar kepadanya semula.Dia saja mengusik Jane.Dia suka melihat Jane marah.Comel baginya.

Pukul 8 pm.Setelah habis cerita yang ditontonnya.Jane mengeluarkan makanan yang dibawanya tadi.Masih panas.Dia dah terlupakan makanan itu sebenarnya dek kerana terlalu leka menonton tv bersama Zein.

"Wah.. bubur ayam.Awak masak ke? Susah-susah je awak" kata Zein terharu.

"It's okay.Saya kan pakar memasak" kata Jane berlagak.

Tersenyum dibuatnya melihat telatah Jane.Ya.Kekasih aku ni bukan calang-calang orang.

Mereka makan bersama-sama.Berkongsi makanan.Selepas makan, mereka bersiar siar di luar(balkoni) hospital. Mereka berpegangan tangan.Kerusi di bawah pohon dijadikan tempat berehat.Air coffee hangat memanaskan badan mengelakkan diri dari kesejukan ditiup angin malam.

Mereka berbual-bual sambil menghayati keindahan langit yang dipenuhi bintang pada malam ini dan juga lampu-lampu jalan raya dan rumah-rumah berdekatan.

Mereka duduk di situ sehinggalah waktu larut malam.Ramai orang sudah masuk,hanya mereka sahaja di situ.Nurse yang datang di situ mengarahkan mereka masuk ke bilik untuk berehat.Marah actually.Yelah dalah kau pesakit tapi kau tak berehat.

"Sorry nurse" kata mereka serentak sebelum tergesa-gesa masuk menuju ke bilik was Zein.

Sampai sahaja di bilik itu, ketawa mereka kedengaran.Kelakar dengan apa terjadi.

Jane menyuruh Zein berbaring dan kemudian dia menutup lampu.Jane berbaring di sofa sambil berbaring menghadap ke arah Zein.

"Goodnight awak.." kata Jane.

"Goodnight sayang" balas Zein sambil tersenyum.

Jane dibuai lena terlebih dahulu.Penat barangkali.

Zein perlahan-lahan menghampiri Jane dan mengangkat kepalanya sedikit Dan kemudian meletakkan kembali di atas bantal empuk dan dia menyelimutkan Jane.Bantal dan selimut itu dimintanya kepada nurse semasa Jane terlena.

Setelah memastikan Jane selesa dan tidak kesejukan, Zein menguncup dahi Jane dengan perlahan supaya Jane tidak terbangun dan dia segera berlalu ke katilnya.

Zein menutup mata dan tidur dengan lena.

Dari kejauhan.

"Ish!Kacau jelah jantan tak guna tu!Takpa,nasib kau baik kali ni.Jane tu aku yang punya!Kalau aku nak,aku akan dapatkan juga!" bentak lelaki yang memakai penutup muka dan berhoodie.Lelaki itu berdiri di parking kereta yang menghadap bilik wad Zein. Lelaki itu kemudian berlalu pergi.

Polis masih menjalankan siasatan mengenai kejadian itu.Oleh itu,lelaki itu tidak boleh berlama-lama di situ.

Siguiente capítulo