webnovel

C.A.I.R

Jane turun dari katil.

Kakinya melangkah mendekati balkoni.

Langsir slinding door balkoni diselak.

Cahaya matahari yang memancar masuk ke dalam bilik itu menyilaukan pandangan mata Jane. Jane menghalang cahaya itu dengan lengannya.

Perlahan-lahan silau itu hilang dan Jane terpukau dengan pemandangan di hadapannya.

"Woah.."

Tangannya segera membuka pintu slinding itu dan terus melangkah ke luar koridor itu.

Mata Jane meliar menghayati pemandangan di hadapannya.

Angin mengibarkan rambut ikal Jane yang dibiarkan mengurai.

Lama Jane di balkoni.

Khayal dengan pemandangan indah di hadapannya.

'Zein dah bangun ke belum?' bebel Jane sorang diri sambil mengerling jam finding di dalam.

Dia berpaling melihat pemandangan di hadapannya semula.

"Sayang!" jerit suara dari arah bawah.

Jane mencari-cari arah suara itu.

"Dekat bawah!" jerit suara itu lagi sekali.

Jane memandang ke arah bawah.

"Sayang! Awal awak bangun?" soal Jane pelik.

"Tak sabar nak habiskan masa saya harini dengan awak sayang. Tu saya terbangun awal." balas Zein sambil tersengih dengan angau nya sendiri.

Jane tersenyum.

"Dari tadi saya tengok awak, kemain kusyuk. Tengok apa? Lelaki mana?" soal Zein konon cemburu.

"Hahaha.. mana ada! Tu ha, pemandangan matahari pagi-pagi macam ni dengan landskap resort ni.. cantik" Jane menunjuk ke arah yang menarik perhatiannya tadi.

"Sayang, awak tau beza awak dengan resort ni?" soal Zein.

"Ntah. Apa bezanya?" tanya Jane pelik.

"Kecantikan resort ni lama-lama akan pudar juga, tapi awak akan tetap kekal cantik di mata saya sampai bila-bila!" jerit Zein sambil mengangkat kedua-dua tangannya dan membentuk hati.

Jane dan Zein tersenyum bahagia.

Mereka bagai di dalam dunia ciptaan mereka sendiri.

Zein memandang ke arah jam tangannya.

8.00 am.

Zein menunjukkan jamnya ke arah Jane.

Menyuruhnya untuk bersiap untuk bersarapan.

Jane melambai tangan ke arah Zein dan berlalu masuk ke dalam bilik.

"Sayang, kejap!" panggil Jane semula dan kembali ke balkoni semula sambil menunggu Zein kembali.

"Kenapa?" Zein melangkah semula ke tempat dia berborak dengan Jane tadi.

"Awak tau apa beza awak dengan matahari?" soal Jane sambil memandang ke arah Zein di bawah.

"Apa dia?" soal Zein kembali.

"Matahari kan sentiasa bersinar cantik waktu siang tapi tak bercahaya waktu malam, tapi awak, sentiasa bersinar terang dalam hati saya setiap masa!" kata Jane sambil mengukir bentuk hati menggunakan jarinya ke arah Zein dan cepat-cepat berlalu masuk ke dalam bilik.

Zein menutup mulut nya yang tersenyum lebar.

*C.A.I.R!

Kakinya menguis-guis tanah.

Dia memandang sekeliling.

'Takde orang. Selamat!'

'Ergh..' Zein mengetap giginya kerana terlalu teruja dengan kata-kata Jane itu.

Zein berlari-lari anak masuk ke dalam semula dengan senyuman masih tak lekang di bibirnya.

'Adoi!' kakinya terlanggar kerusi di tepinya semasa melangkah masuk ke dalam.

Zein terduduk sambil mengosok kakinya yang sakit.

Walaupun kakinya sakit terlanggar kerusi tapi angau dan debar di dada yang dirasainya membuatkan Zein lupa seketika kesakitanya itu.

Matanya terarah pada jam di dinding bilik.

'Stop berangan Zein! Siap capat!" getus hatinya.

Zein bangun terdencot-dencot dan membuka beg pakaian.

Dia mengeluarkan sweatshirt couple customize yang mereka berdua beli sebelum tiba di sini.

Ditatap corak love dan tulisan 'She's MINE' dengan senyuman.

Zein berpusing melihat ke arah cermin sambil mengayakan baju itu.

'Angau dah kau ni!' getus hati Zein sambil tersengih dengan telatah dirinya sendiri.

Dia segera berlalu ke bilik air untuk segera mandi dan bersiap.

'Tak sabarnya!' jerit hati Zein.

TERUJA!

Jane segera mengenakan seluar jeans palazo putih dengan sweatshirt hijau bercorak love merah dengan tulisan 'He's MINE!' di bahagian belakang baju.

Kulitnya terasa sangat lembut dan segar.

Lagi Jane bersemangat.

Dia mula menyapu moisturizer Hada Labo Sha Hydrating Water Gel dan meratakan ke seluruh wajahnya, sedikit sunscreen

COSRX Aloe Soothing Sun Cream SPF50 PA+++ . Done! Next makeup. Jane meratakan Missha Perfect Cover BB Cream SPF 42 PA+++( No.23 Natural Beige) ke wajahnya dan akhir sekali ditepek sedikit Etude House Zero Sebum Drying Powder. Eye shadow pencil by Etude House Blink code 16 disapu sedikit ke kelopak matanya dan diratakan. Mascara Focallure Micro Fibre disapukan ke bulu matanya yang asli lentik. Kemudian Jane mengikat bun rambut panjangnya.

Sesudah merapikan rambutnya, Jane berlalu pergi ke katilnya. Comforters dan bantal di susun cantik semula. Setelah berpuas hati, Jane menggapai handbagnya di tepi pintu, handphone miliknya juga dimasukkan ke dalam beg.

Baru saja dia ingin melangkah keluar dari biliknya, Jane menepuk perlahan dahinya.

'Alamak lupa pulak!'

Dia masuk semula dan terus menuju ke almari makeup, tangannya dengan pantas menyelongkar beg makeup dan mengeluarkan lipstick, lipstick by WAWA Lip Matte code Classy disapu ke bibirnya dan diratakan dengan jari. Dicolet sedikit lipstick itu dan diratakan di pipinya sebagai blusher.

*Bilik Zein (2nd room at Japamala Resort)

*Zein bersiul-siul apabila keluar dari bilik mandi.

Tangannya menggapai telefon pintarnya dan membuka lagu kesukaanya.

*Cinta Luar Biasa- Andmesh Kamaleng

*Tuala mandi yang menutupi bahagian bawahnya dipegang erat supaya tidak terlerai apabila menari-nari perlahan sambil ikut sama menyanyi dan mengikut rentak lagu yang dipasang.

Bahagia.

Baju couple set yang dibeli bersama Jane disarung ke tubuhnya. Jeans hitam dan sneakers putih menjadi pilihan Zein. Pakai apa saja biar pun biasa2, Zein tetap nampak kacak.

Wajahnya disapu dengan BB Cream Cosmoderm SPF 34 PA +++.

*Wait! Lelaki, pakai BB Cream? So? Tak salah kan.. Lelaki sekarang memang jaga skin. Depa pon nak skin cantik. Okay stop heheh.

*Lagu tadi habis.

Zein menggapai telefon pintarnya dan menghantar pesanan kepada Jane.

"Sayang, dah siap belum? Jom, saya tunggu dekat luar okay.❤️" Zein.

Zein berjalan keluar dari resort itu dan duduk di bangku sambil menunggu Jane keluar.

*Bilik Jane

*Ting (pesanan masuk)

Tangannya yang sibuk meratakan blusher di pipinya terhenti apabila mendengar bunyi notifikasi telefonnya

Jane segera mengeluarkan telefon pintarnya dari handbag dan membaca pesanan itu.

*Jane tersenyum membaca pesanan itu. Jarinya pantas membalas pesanan Zein.

"Okay sayang, wait a minute saya turun" balas Jane.

*Zein yang sedang leka merakam pemandangan di luar sementara menunggu Jane menoleh apabila namanya dipanggil.

"Good morning En Zein!" sapa pekerja lelaki bernama Adam.

Pekerja wanita bernama Dahlia itu mengangkat tangannya ke arah Zein yang sedang memandang mereka berdua.

"Hi! Good morning gais!" balas Zein sambil melambai tangan.

Adam dan Zein bersalaman.

"Mana Cik Jane?" tanya Dahlia sambil mencari-cari sosok tubuh Jane.

"Ye Saya! Cari saya ke?" sahut Jane apabila semakin mendekati mereka bertiga.

Zein tidak menyahut pertanyaan Jane.

Matanya masih menatap wanita yang berjalan mendekati mereka.

Adam yang masih berdiri di sebelah Zein menoleh memandang ke arah Zein yang terdiam terpaku.

Tangannya menepuk perlahan bahu Zein.

Zein memandang pelik ke arah Adam yang tertawa memandangnya.

Adam mengisyaratkan Jane yang masih berdiri di hadapannya.

"Oh..hai. Hi sayang! Good morning! Cantik awak harini! Hahaha. Ehem." Zein cuba mengawal malunya sambil memandang ke arah lain apabila Jane menatapnya sambil tertawa.

"Morning sayang.. Thanks..Dah.. jom..Kita gi sarapan okay?" Jane mengerling memandang pekerja-pekerja itu yang cuba untuk tidak ketawa.

Jane tersenyum melihat telatah Zein yang malu dengan kelakuannya sendiri.

Jane mendekati Zein dan menarik tangannya.

Zein hanya mengikuti langkah Jane menuju ke parking kereta mereka.

Pekerja-pekerja itu menunggu mereka di kenderaan resort itu sediakan iaitu 'Buggy'.

Mereka pun bergerak ke cafe yang menyediakan sarapan pagi ini untuk mereka.

Jane mengeluarkan telefon pintarnya dan mengajak Zein selfie bersama-sama.

Zein ikut selfie bersama-sama Jane.

Dia tidak pernah sedikit pun rasa penat dengan kerenah Jane yang suka bergambar.

Baginya saat bersama Jane sangat-sangat berharga yang perlu dia nikmati dan kumpul.

Hi korang! Stay safe & happy okay. Thanks sgt2 sebab still tuned baca this novel. Love you guys. Take care okay.

Creation is hard, cheer me up! VOTE for me!

I tagged this book, come and support me with a thumbs up!

JH_Dreamcreators' thoughts
Siguiente capítulo