webnovel

Hikayat 6 wira bersaudara

Sofian umur 24 tahun masih lagi bujang dia ialah seorang peon disebuah syarikat terkemuka di negeri sembilan, lama dia berkhidmat disitu tapi tidak diberi peluang untuk merasa kenaikan pangkat mahupun gaji, dalam masa cuti rehat dia menghabiskan masa mengikuti kelas silat hanya itu yang dia minati sejak kecil selepas mendengar cerita dari arwah datuknya tentang lagenda 5 bersaudara membuat dia tertarik mempelajari ilmu seni mempertahankan diri tersebut. Nak dijadikan cerita dia mendapat arahan dari pegawai atasan untuk menghantar dokumen ke sebuah bank, setibanya di destinasi berlaku sesuatu yang tidak dingini, sekumpulan lelaki bertopeng cuba untuk melakukan rompakan dibank tersebut dan memegang seorang tebusan yang juga kanak-kanak, dengan bersenjatakan parang dan pistol mereka mengugut pihak keselamatan untuk membukakan laluan tanpa halangan untuk mereka melarikan diri, Sofian tanpa berfikir panjang masuk campur dalam pergelutan itu demi membebaskan kanak-kanak tersebut dalam masa yang sama terdengar beberapa das tembakan dilepaskan..bang*....bang*.......bang*...... perompak berjaya ditahan pihak berkuasa, tetapi Sofian terkulai layu dihadapan lantai bank berkenaan, dia dimasukkan ke hospital dengan pendarahan teruk diperut, rusuk kanan dan paru-paru kiri doktor pembedahan hanya menggelengkan kepala menunjukkan tanda yang Sofian tidak mungkin dapat hidup lama dengan kehilangan darah yang banyak Sofian jatuh koma...ikuti pengembaraan roh Sofian kembali ke zaman lampau melalui masa ke era 13 kurun mengambil alih tubuh seorang kanak-kanak yang mati akibat dipatuk ular berbisa. saya translate dibawah menggunakan google translate maaf. Sofian was a peon in a leading company in the state of nine, where he served a long time but was not given the opportunity to feel a promotion or salary, during his rest period he spent the course of silat only that he had been interested since childhood after hearing the story of his grandfather about his grandfather The 5 legendary siblings make him interested in learning the martial arts science. He made the story he received instructions from his superior to send a document to a bank, upon arrival at a destination of something unusual, a group of masked men tried to commit the robbery and held a ransom as well as a child, armed with their machetes and pistols threatening security forces to open their path without hindrance to escape them, Sofian without long thought to intervene in the struggle to free the child at the same time sounded several shots fired. .... bang * ...... the robbers have been arrested by the authorities, but Sofian was dropped in front of the bank's floor bleeding heavily, he was admitted to the hospital with severe critical bleeding, on the right ribs and left lung the surgeon just shook his head showing signs that Sofian could not possibly live long that was the time Sofian's were fallen coma ... follow the journey Sofian's soul went back past through the 13th century takes over the body of a dead child that has died because of venomous snake bite. I translate it under google translate sorry. TAGS: HISTORICAL FICTION, MARTIAL ARTS, WAR&MILITARY, BROTHERHOOD, FAN FICTION.

linchufeng · Acción
Sin suficientes valoraciones
16 Chs

Diserang oleh Si penyamun gunung

Rasanya sudah hampir 8 purnama Hang Nadim berada dikampungnya, namun dia tidak pernah putus untuk mengetahui keadaan semasa diistana dan juga para pembesar.

Kini Pak Busu sudah pun mencapai tahap pendekar utama selepas mengetahui rahsia bumi dan tanah dan membuat experimentasi ke atas logam kini dia tampak lebih yakin apabila dia mampu melentur besi seperti daun mengkuang, kini pasukan pengawal kampung Hang Nadim sudah pun menggunakan pakaian perisai dan pelindung perisai yang mana sebeum ini menggunakan buluh digantikan dengan besi. Kini tinggal satu peringkat lagi baharulah Pak Busu boleh menurunkan ilmu kuntau bumi kekura sakti kepada orang bawahannya.

Hang Nadim pula kini sudah mencapai tahap panglima utama dan sedang menyelidiki status profilnya sekarang

Nama : Hang Nadim

Tahap Pencak : Panglima Utama

Umur : 20 tahun

Exp: 30,000/10,000,000

Pangkat: Panglima kelas pertama

panglima utama pasukan darat diraja.

str: 450(+) 50

dex: 300(+)

agi: 350(+)

vit : 600(+)

int: 200 ( stamina )

luc: 190 (+)

Status Poin: 476

Skill Poin: 1235

Lama aku tidak periksa status profil aku, banyak aku nak kena naikkan ni. Tak mengapa, biarkan sahaja dahulu, aku nak pastikan Seri dapat ilmu secukupnya termasuk bapaku.

Hang Nadim bingkas bangun dari silanya lalu melangkah ke dapur, "Mak oh! mak, eh! mana perginya mak aku ni, hurm...tak pe la aku periksa sendiri apa ada bawah tudung saji ni.

Hang Nadim menyingkap tudung saji lalu ternampak seperiuk nasi goreng dibawah tudung saji, lalu dia mengambil pinggan dan menyenduk nasi goreng tersebut kedalam pinggannya, setelah selesai dia bersila dilantai dan makan dengan lahapnya, mana taknya bukan main sedap nasi goreng ni macam ada campuran serbuk " nasi goreng adabi ", dikala sedang sibuk dia memakan nasi goreng tersebut dia terdengar langkah orang memasuki pintu belakang yang dia teka itu mungkin emaknya lalu dia bercakap sambil mengunyah, " mak, sedap lah nasi goreng mak masak ni, lama nadim tak rasa masakan mak yang sedap macam ni", kata Nadim. Namun kata-katanya itu tak berbalas membuat dia keliru lalu dia menoleh, rupanya yang masuk tadi bukan ibunya tapi Tengku Faridah, tergamam sebentar Hang Nadim tak tahu nak kata apa, belum sempat dia mahu bersuara, Tengku Faridah pula menjawap, nasi tu dinda yang goreng, betulkah sedap masakan dinda itu kanda Nadim"?

Mendengar soalan dari Tengku Faridah, Hang Nadim hampir menyembur nasi yang penuh didalam mulutnya tapi dia sempat menahan dengan tangannya lalu dia hanya mampu menjawab dengan anggukan kepalanya sahaja.

Hang Nadim terus melahap nasinya tanpa berpaling wajahnya lagi, dalam hatinya, jantung berdegup kencang ibarat gendang dipukul gelombang. Tengku Faridah pula senyum tersipu-sipu malu kerana hasil masakan air tangannya akhirnya dipuji Nadim.

Nadim segera menghabiskan sisa nasi didalam pinggannya lalu dia segera meneguk air sejuk dari labu sayung dan meletakkan pinggannya ditempat basuhan dan bergegas meninggalkan ruang dapur.

Nadim bergegas keluar dengan mengambil keputusan untuk bersiar-siar sambil bersenam selepas makan, sambil dia berjalan mengelilingi kampungnya, dia sempat mengamati mana-mana bahagian didalam kampungnya yang akan dia ubahsuai termasuklah perigi kampung.

Dia juga perasan yang mana tembok yang bapanya bina ada satu kekurangan iaitu tangga batu bagi memudahkan pengawal mengawal dipuncak tembok lalu dia menambahkan seni bina tangga batu ke permukaan puncak tembok. Dia juga membina tembok penghadang dengan batu tajam betul-betul diluar pintu gerbang bagi memudahkan pengawal untuk membuat batas pertahanan dihadapan pintu gerbang. Sepanjang dia melalui laluan dikawasan kampungnya, hampir kesemua penduduk kampung itu menegur dan memberi hormat kepada Hang Nadim yang mana dia masih lagi tidak biasa dengan situasi tersebut.

Disaat dia leka dengan pemandangan indah dikampungnya, tiba-tiba kampungnya digegar dengan suara teriakan dari luar tembok kampung, " wahai, penduduk kampung durian kembar", "kami 4 beradik penyamun gunung hantu datang untuk merompak kampung kamu, wahahaha"....ketawa suara diluar tembok tersebut. Hang Nadim keliru kerana baharu kini dia tahu orang dizaman ini mahu merompak atau menyamun akan membuat pengumuman dahulu, lalu Hang Nadim terus melompat dari kedudukannya ke puncak tembok lalu berkata," Hoi! penyamun, kamu ini bodoh ke apa? nak merompak kena menyampaikan pesan dan pengumuman"? Dengan adanya aku Panglima Utama pasukan darat diraja, tak akan ku berikan kau kebenaran untuk memporak perandakan kampung aku," nyah! kau dari sini jikalau kau mahu melihat dunia ini lagi".

Empat beradik penyamun menoleh kearah Hang Nadim sambil tersenyum sinis, " dengan ilmu apakah kau mahu melawan kami empat beradik"? tanya salah seorang penyamun dihadapan beratus kumpulan penyamun yang mula memenuhi laluan utama kampung durian berkembar.

"Dengan kekuatan ini," jawab Hang Nadim lalu dia melompat setinggi 10 meter dan terdengar dia menyebut "henshin"!

Garo Henshin, garo pejuang cahaya dialam kegelapan, helmet emas berbentuk kepala serigala emas, pakaian perisai didada berwarna emas berkilauan dengan pedang emas besar dipegang dan ditatang diatas bahunya, " ayuh"! kita mulakan pertarungan". "Golden Knight Garo"!

Kesemua penyamun terkejut dengan hasil pertukaran mengejut dari Hang Nadim.

"Hah! kau ingat kau sahaja yang boleh berubah rupa"? , "kami juga mampu merubah tubuh kami", terdengar kesemua mereka membaca jampi serapah, dalam masa yang sama Hang Nadim tertanya-tanya," dah kenapa dengan diorang ni? diorang ingat ni filem kamen rider ke dah diorg pulak sibuk nak bertukar jadi raksasa", ini tak boleh jadi ni, aku mesti siasat dari mana kebolehan mereka bertukar menjadi raksasa, aku mesti hentikan dari perkara ini terus terjadi sebegini, bentak hati Hang Nadim.

Setelah habis bacaan jampi serapah mereka bertukar kepada bentuk binatang, ada yang menjadi bentuk kucing hutan, badak sumbu, gajah dan lain-lain tetapi 4 ketua mereka kini menjadi binatang harimau, empat jenis harimau, harimau kumbang, harimau bintang, harimau belang dan juga hari belang putih," Hang Nadim tidak dapat menahan dirinya dari ketawa, "wahahaha...comelnya kau macam kucing siam peliharaan raja, hahahaha...mau kah kau menjadi kucing rumah aku"? sindir Hang Nadim.

Mendengar sindiran sinis dari Hang Nadim ada beberapa penyamun tidak dapat menahan ketawa mereka tetapi belum sempat mereka ketawa berdekah-dekah semuanya habis dibunuh oleh ketua penyamun yang keempat," Serang"!

Kesemua penyamun mengambil langkah pertama menyerang kearah Hang Nadim.

Hang Nadim dengan bersahaja melibas pedang gergasi yang panjangnya mencecah 2.5 meter lebarnya membawa ke dua telapak tangan, dia cuma melibas pedang tersebut secara bersahaja namun kesemua penyamun kelas rendah mati ditangannya hangus terbakar menjadi debu tanpa meninggalkan apa-apa sisa.

Baki penyamun yang lain terkedu apabia melihat kekuatan Hang Nadim yang mana pada mereka kekuatan mereka semua mampu menjatuhkan mana-mana askar negeri ditanah melayu, tetapi ianya tampak mudah dihadapan Hang Nadim, membuat mereka terkedu dan tergamam tidak tahu apa lagi tindakan selanjutnya.

Diatas tembok Seri melihat kekuatan abangnya membuat matanya bersinar-sinar apa bila melihat pakaian perisai abangnya yang tampak berkilauan apabila pakaian tersebut dimamah cahaya mentari tengah hari, didalam hati Seri menggumam,"aku mesti meminta pada abang Nadim satu pakaian perisai serupa ini hanya untuk Seri, yang mana suatu ketika nanti Seri digelar sebagai srikandi serigala perak Ketua Pasukan Pengawal Tengku Puteri Diraja melaka, tapi itu kemudian nanti akan diceritakan.

-bersambung-