"Sabar, saudara-saudara,"pinta Datuk Bahaman dengan suara rendah."Sebelum kita ganyang mereka,dan sebelum kita benamkan mereka di Lubuk Sengarat,kita mesti siapkan diri kita dahulu."
suasana hening semula
"Apabila dada telah berilmu,apabila kepandaian dan kecekapan telah sebati dengan darah dan daging kita, barulah boleh kita meminta lawan," kata Datuk Bahaman dengan suara tinggi."Oleh itu,latihan mesti digiatkan.Ilmu mesti dipelajari.Keyakinan kepada Tuhan mesti diresapkan ke dalam jiwa kita.Padi dan beras mesti berlebihan.Galilah kubu di tempat-tempat genting.Kemudian,barulah kita boleh mendabik dada meminta lawan."
Orang-orang di dalam masjid memberikan tepukan yang gemuruh."Demikian sahaja amanat saya,"Datuk Bahaman mengakhiri ucapannya."Moga-moga perjuangan kita direstui Tuhan!"
Selepas orang bersurai,Datuk Bahaman,Mat Lela,Datuk Panglima Raja Awang Ishak,Imam Perang Weh dan Tuk Muda Bidin tidak turun bersama-sama orang ramai.Mereka berbincang lagi di masjid itu.
Aku,Samad,Rahman dan Awang Muhammad terus pulang melalui jalan di dalam dusun kelapa yang kami tempuh sebelum ke masjid tadi
"Kita berempat ini mesti bersatu," kata Samad bersemangat."Kita mesti membina sebuah kubu kita sendiri."
"Tapi dimana?" tanya Rahman
"Ya,dimana?" soal pula Awang Muhammad.
"Bagaimana kalau kita gali kubu di pangkal merbau berdarah di tebing Lubuk Sengarat?"usulku pula.
"Betul, tempat tu memang tempat genting," sokong Samad."Bukankah Datuk Bahaman mahu kita membina kubu di tempat genting?Aku rasa disitulah tempat yang paling baik."
"Bila kita hendak mula mengali kubu?" soal Awang Muhammad pula.
"Kalau boleh,petang ini juga kita mulakan," kata Samad."Hari ini hari Jumaat.Memulakan kerja pada hari Jumaat ada berkatnya.Apa kata kawan-kawan?"
"Sokong!"
"Pokok-pokok dan anak-anak kayu ditebing itu jangan kita rosakkan,"pinta Samad lagi."Dengan itu,kita dapat mengintip setiap perahu yang mudik dan dapat menghancurkan mereka kalau perlu."
Belum pun kami sempat mengulas cadangan Samad kami terkejut melihat Mak Long Esah,emak Samad berlari-lari mendapatkan kami,Pakaian dan rambutnya mengerbang seperti orang dalam ketakutan.Kami tercengang.
"Samad,pulang!"perintahnya."Zahid, Awang dan Rahman,pulang!"
"Mengapa,mak?" tanya Samad
"Inggeris akan sampai ke lubuk Terua,"jelas Mak Long Esah.
"Inggeris?" sebut Awang Muhammad.
"Pak Long kamu baru sahaja hendak hilir ke Pasir Rawa," jelas Mak Long Esah tercungap-cungap
"Sampai di Batu Hampar,dia ternampak empat buah perahu Inggeris.Di dalamnya penuh dengan mata-mata Inggeris.Mereka bawa papan dan atap nipah .Bedil mata-mata Inggeris itu dihalakanya ke kiri dan kanan sungai .Pak Long terus balik ke mari.Sekarang Sekarang dia pergi ke rumah Datuk Panglima Raja."
"Tapi Datuk Panglima Raja belum pulang," jelas Rahman pula. "Dia masih bermesyuarat dengan Datuk Bahaman."
Mak Long Esah terpinga-pinga.
"Engkau pergi semula ke masjid,Zahid," Awang Muhammad memandang aku."Beritahu berita buruk ini kepada ayahku.Kami pulang makan dulu.Lepas makan Kita berkumpul di Lubuk Sengarat."
"Kamu hendak buat apa di Lubuk Sengarat?" Mak Long Esah bimbang."Kamu hendak serang Inggeris?"
"Tidak!" sahut Rahmat tenang.
"Jangan,jangan serang mereka," pinta Mak Long Esah. "Mereka ada bedil.Peluru bedil itu boleh membunuh kita semua."
"Kami cuma hendak melihat muka orang Inggeris dan mata-mata itu sahaja.Betulkah mereka kuat?" soal Awang Muhammad.
Mak Long Esah tercengang-cengang lagi.
Berita kedatangan Inggeris dan mata-mata ke Lubuk Terua itu sangat cepat merebak.Dalam masa sekejap sahaja,p penduduk kampung sudah bersiap sedia .Pemuda-pemuda telah mengasap keris mereka dengan kemenyan.Mereka sedang menunggu perintah Datuk Bahaman.