webnovel

Amnesia

Seharian Mei tidak sedarkan diri. Jason masih tetap setia menunggu Mei sedar di sisinya. Dia tidur duduk di sisi Mei sambil meletakkan kepalanya di atas katil Mei.

Jam menunjukkan pukul 7 pagi.

Bila dia bangun dari tidur Mei masih tidak sedar. Dia semakin hilang kesabaran. Semakin risau. Gelisah.

Dia bangun dan menuju ke kaunter di hadapan wad.

"Nurse, doktor yang rawat pesakit wad 13-D tu mana? Kenapa dia masih tak sedar? Dah seharian dia macam tu! Tolonglah buat something.." gesa Jason.

"Encik..tolong bertenang. Pesakit selamat mungkin kerana kehilangan banyak darah dan gegaran yang dialaminya menyebabkan dia lambat sedar. Tolong bertenang." nurse itu memujuk Jason supaya sabar.

Jason meraup mukanya dengan resah.

Dia tahu yang dia tidak sepatutnya mendesak doktor atau nurse di situ. Tetapi dia terlalu risaukan Mei. Dia tak sanggup melihat Mei begitu.

'Sorry' Jason mengisyaratkan kepada nurse itu.

Jason kembali ke dalam wad Mei dan duduk di sisi katil Mei. Tangan Mei dielus. Wajah Mei dipandang sayu.

"Cepat bangun Mei.. Kenapa lama sangat awak tidur? Jangan tinggalkan saya..Saya janji tak kan tinggalkan awak lagi. So awak bangun okay?" rayu Jason.

'Jari Mei bergerak seolah mendengar suara Jason'

Jason memandang Mei seakan tak percaya.

"Mei.?" panggil Jason sambil memgang kedua belah pipi Mei.

'Mei membuka matanya perlahan-lahan'

'Silau, kembali menutup matanya'

"Mei..awak dah sedar?" panggil Jason lagi sekali.

'Mei matanya lagi sekali dan memandang Jason lama'

"Mei.." Jason segera memanggil doktor.

"Mei awak dah sedar akhirnya. Kenapa lama sangat awak nak sedar ni. Saya risau tahu tak?" kata Jason sambil mendekati Mei.

Baru saja dia ingin memegang kedua belah pipi Mei, Mei mengelak.

"A..awak siapa? Kenapa saya dekat sini? Apa jadi?" tanya Mei pelik.

Dootor masuk memeriksa Mei.

Mei masih takut-takut dengan Jason. Dia tidak membenarkan Jason mendekatinya.

"Doktor..? Kenapa dengan dia? Dia tanya siapa saya? Seolah tak ingat saya langsung?" tanya Jason gelabah.

"Jom ikut saya ke bilik saya?" ajak doktor itu.

Jason memandang Mei yang masih tidak suka kan kehadirannya di situ. Dia bersetuju dan mengikuti doktor itu.

Di bilik/pejabat doktor.

"Macam ni Encik Jason. Hasil pemeriksaan, saya dapati Cik Mei mengalami Amnesia,kesan dari pukulan" terang doktor itu.

Jason terasa kosong.

'Amnesia'

'Lost memory'

'Sebab itu dia lupa aku?'

Jason termenung kosong.

"Encik?Encik Jason?" panggil doktor itu.

Dia tersedar dan memandang doktor itu seakan meminta penjelasan.

"Encik perlu kuat. Ingatan Cik Mei boleh dipulihkan semula dengan rawatan dan sokongan kamu semua" kata doktor itu.

Kata-kata doktor itu memberi semangat baru pada Jason.

"Thank you doc..Saya harap bantuan dari pihak doktor juga" kata Jason sebelum beredar.

"Don't worry Encik Jason. Saya akan lakukan sehabis baik. Don't give up." doktor itu tidak habis memberi semangat kepada Jason sambil menepuk perlahan bahu Jason.

Jason menganguk dan berlalu pergi.

Dia duduk sebentar di bangku di luar wad Mei. Dia masih tidak percaya.

' Macam mana aku nak terangkan pada dia?'

'Macam mana kalau dia tak boleh terima aku?'

'Kenapa benda ni terjadi setelah kami bersatu kembali? Kenapa!'

Kepala Jason berserabut. Soalan-soalan yang bermain di fikirannya.

Jason menutup mukanya dengan kedua belah tangannya.

"Jason?" suara yang amat dikenalinya menegurnya.

Jason mendongak memandang.

"Ma, pa?" kata Jason bingkas bangun dan memeluk kedua-dua mereka.

"Kenapa ni? Mei okay kan?" tanya mama Mei cemas sambil meleraikan pelukan itu apabila Jason tiba-tiba memeluk erat dirinya dan suaminya. Mama dan papa Mei menantikan jawapan Jason.

" Mei..Doktor kata dia Amnesia. Dia tak ingat saya Aunty Ma, Pa.." kata Jason lalu menunduk sedih.

"Oh god!" kata mereka berdua terkejut.

Papa Mei mendekati Jason dan menenangkannya.

Mama Mei segera melangkah ke wad Mei. Papa Mei dan Jason mengikuti dari belakang. Mereka berdebar kerana tak tahu lagi, adakah Mei mengingati mereka berdua atau tidak.

"Sayang..." panggil mama Mei lembut.

Mei yang berbaring memandang ke arah tingkap hospital berpaling memandang ke arah suara itu.

"Ma..papa..." balas Mei gembira melihat papa dan mamanya telah datang.

Mama dan papa Mei memandang satu sama lain dengan lega.

Mereka berdua mendekati dan memeluk Mei.

"Akhirnya sayang bangun..risau tau mama dengan papa.." kata mama Mei lembut sambil mengusap pipi Mei dengan penuh kasih sayang.

Mei memandang mereka berdua dengan senyuman.

"Saya okay je...jangan risau.." kata Mei perlahan sambil memandang muka mama dan papanya satu persatu.

"Pa. Siapa lelaki itu? Dari tadi dia dekat sini." tanya Mei pelik sambil mencuri pandang lelaki itu.

Papa Mei menoleh melihat ke arah Jason yang sedang duduk di sofa di hadapan katil Mei. Jason memandang mereka bertiga.

" Dia tu tunang kamu. Kamu tak perlu risau okay. Dia baik orangnya. Mama dengan papa sudah lama mengenali dia" jelas papa Mei sambil mengengam tangan Mei.

Mei memandang papa dan mamanya silih ganti.

'Tunang?'

'Bila masa?'

Bisik hatinya sambil mencuba untuk mengingati perkara lepas.

'Argh!' Mei mengerang sakit sambil memegang kepalanya.

"Kenapa ni?!" tanya mereka bertiga cemas.

Jason mendekati Mei cemas dan segera memanggil doktor.

Doktor memberikan ubat kepada Mei.

Setelah itu keadaan Mei kembali reda dan dia terlena semula.

Doktor itu menerangkan, kemungkinan disebabkan Mei memaksa dirinya mengingati sesuatu menyebabkan dia kesakitan terutama di bahagian kepalanya.

Jason tertunduk.

"Give her time.." kata doktor itu.

"Jangan mengalah Encik Jason..." kata doktor itu sebelum berlalu pergi.

Masa berlalu. Jam menunjukkan pukul 11 tengahari. Jason meminta diri pulang ke rumah untuk menukar bajunya dan mandi.

Mama dan papa Mei menganguk dan menghantar dia sehingga ke lif.

" Terima kasih Jason. Sebab, ada di sisi Mei selalu.." kata mama Mei sambil memeluk erat Jason.

Pelukan dilepaskan. Papa Mei mengengam tangan Jason dan menepuknya perlahan berkali-kali dengan penuh tanda terima kasih.

Jason menganguk dan kemudian berlalu masuk ke dalam lif.

Sampai sahaja di tingkat bawah, dia segera berlalu ke parking kereta. Keretanya dipandu keluar dari kawasan hospital menuju ke rumahnya.

Semasa dalam perjalanan pulang, Jason masih dengan pelbagai perkara di fikirannya sehingga dia tiba di rumahnya.

' Mandi, siap dan cepat-cepat kembali ke hospital semula'

Bebel Jason.

Dia segera melangkah masuk ke dalan rumahnya dan menuju ke bilik.

Dia segera membersihkan diri dan menukar pakaian.

Baju t-shirt biru dan seluar jeans biru cair dipadankan dengan sandals Adidas. Baju t-shirt ganti, sweater dan toiletries dibawa bersama di dalam sebuah beg kecil. Beg laptopnya juga dibawa bersama.

Barang tadi diletakkan di bonet kereta.

Setelah mengunci pintu, dia menaiki kereta menuju semula ke hospital untuk menemani Mei.

Tak lama kemudian, dia sampai di hospital. Dia segera masuk ke dalam hospital dan menuju ke tingkat wad Mei. Jam ketika itu pukul 1pm.

Dia tidak sabar untuk sentiasa berada di sisi Mei. Dia tidak kisah jika Mei merasa menyampah dengan dirinya. Yang pasti dia akan membuatkan Mei mengingati dirinya semula.

Dia berdiri di pintu wad Mei.

'Please. Let us be happy forever'

Bisik hatinya.

Pintu bilik wad Mei dibuka.

"Eh. Jason..Kenapa balik sini balik? Kenapa tak rehat je dekat rumah?" tanya mama Mei pelik apabila melihat Jason kembali semula dengan pakaian baru.

"Tak apalah Aunty Ma, Pa... lagi pun saya tak mahu berpisah lagi dengan Mei.Saya tak tenang dekat rumah." jujur Jason sambil memandang Mei yang seakan tidak selesa dengan kedatanganya.

"Hai Mei...Saya Jason. Your fiance" Jason memperkenalkan dirinya sambil menghulurkan tangannya ke arah Mei.

Mei memandang Jason lama.

Tangan Jason perlahan-lahan disambut.

Jason mendekati Mei. Mei terundur ke belakang mengelak.

"Please.. Jangan lupakan saya." rayu Jason perlahan.

Mereka berpandangan satu sama lain lama.

'Uhuk..' papa Mei sengaja batuk apabila melihat mereka berdua begitu.

'Jom balik..' ajak mama Mei sambil menarik tangan suaminya.

"Mei, Jason.. kami berdua balik dulu okay? Mama masakan bubur, malam nanti mama datang." kata mamanya dan berlalu pergi.

Mereka berdua terserentak.

"Ma.!" panggil Mei.

Mamanya menghiraukan panggilan Mei dan berlalu pergi.

Jason perlahan bangun dan duduk di sofa.

Mei memandang Jason geram.

"Awak ni siapa eh. Suka hati muncul. Balik lah. Saya rimas!" kata Mei rimas.

"Saya akan balik bila doktor kata awak dibenarkan pulang. Jangan lupa, Saya fiance awak. Jadi saya berhak ada dekat sini temankan awak macam orang lain." kata Jason sambil memandang Mei.

Mei menjeling Jason menyampah.

Jason hanya membiarkan sahaja perbuatan Mei meskipun hatinya sakit.

Mereka membuat hal masing-masing seakan orang asing.

Mei melayan cerita Korea di tablet miliknya manaka Jason bermain game.

Kadangkala mereka beredar ke tandas dan kembali menyambung aktiviti mereka.

Yang sebenarnya mereka sentiasa 'Curi-curi Pandang' satu sama lain.

Mereka seperti magnet yang sentiasa menarik satu sama lain tetapi pura-pura tiada apa.

Jam menunjukkan pukul 6 petang.

Mei bangun dari katilnya dan ingin keluar dari bilik wad itu namun ditahan Jason.

"Nak pergi mana?" tanya Jason sambil memegang penyangkut air itu.

"Taman...kenapa?" balas Mei pendek.

"Jom cepat" Jason menarik tangannya perlahan.

'Eh, eh..' Mei tak sempat berkata apa.

Dia hanya mengikuti Jason ke taman itu.

Sampai sahaja di taman, mereka duduk di sebuah bangku yang menghadap matahari terbenam.

"Woah...cantiknya!" kata Mei kagum. Rambut Mei dibuai angin.

" Cantik..." kata Jason sambil leka memandang Mei.

"Apa? Tak dengar.." tanya Mei.

"Nothing.." balas Jason malu.

Dia kemudian meninggalkan Mei di situ dan berlalu ke mesin air untuk membeli air coffee buat mereka berdua.

Sampai sahaja di situ, dia mencari-cari kelibat Mei namun tiada.

"Mei?Mei..! Awak dekat mana?" panggil Jason cemas.

"Awak! Sini lah.." jerit Mei sambil melambai ke arah Jason.

Rupanya Mei sedang duduk di balik pokok.

"Saya ingat awak hilang. Risau saya." kata Jason sambil menghulurkan air coffee itu.

Mei tertawa. Coffee itu dihirup.

"Sedap...Mana awak tahu saya suka coffee ni?" tanya Mei.

"Sebelum ni awak pernah masuk hospital juga, demam. Saya belikan awak coffee." terang Jason.

Mei menganguk perlahan.

Mereka berbual-bual.

Mei bertanyakan bagaimana mereka boleh bertunangan. Dan apa yang terjadi sebenarnya.

Jason hanya menerangkan semuanya sekali dengan jujur.

"Awak tak perlu paksa diri awak until ingat semuanya sekali..Tapi saya harap awak ingat saya semula. Saya, saya sangat sayangkan awak. Saya tak sanggup kehilangan awak lagi Mei." kata Jason sambil memandang Mei lama.

Mei memandang mata Jason dengan penuh tanda tanya.

'Lelaki ni tak tipu.Mata dia tak tipu..Tapi kenapa?Kenapa aku lupa dia?!'

Mei kemudian bangun.

Dia berlalu masuk ke dalam bagunan hospital semula dan menuju ke wadnya.

Jason hanya mengikuti Mei dari belakang.

Sampai sahaja di wad Mei, mama dan papa Mei sudah pun tiba dengan makanan.

Mereka mengajak mereka berdua makan. Mereka menjamah makanan sambil berbual.

'Dia rapat dengan family aku'

'Siapa dia sebenarnya?'

Mei masih dengan penuh tanda tanya.

Selesai sahaja makan doktor tiba-tiba masuk.

"Hi..Saya akan periksa keadaan Cik Mei. Kalau dia sudah pulih, kami akan benarkan dia pulang malam ini juga memandangkan ahli keluarganya ada bersama." kata doktor itu sambil meminta Mei duduk di katil pesakit until memulakan pemeriksaan.

Tak lama kemudian.

"Memandangkan Cik Mei sudah pulih, dia dibenarkan pulang malam ini.. tetapi dia perlu melakukan pemeriksaan di hospital nanti. Dapatkan tarikh pemeriksaan lanjut serta ubat ya" terang doktor itu sambil memandang mereka satu persatu.

Mereka mengucapkan terima kasih kepada doktor itu.

Mereka gembira.

Barang Mei dikemaskan dan dimasukkan ke dalam beg. Mei menukar pakaian.

Pukul 8 malam.

Usai membayar bil rawatan dan mengambil tarikh dan ubat Mei, mereka berpisah di hadapan hospital.

Jason melambai tangan ke arah mereka.

Creation is hard, cheer me up! VOTE for me!

Have some idea about my story? Comment it and let me know.

JH_Dreamcreators' thoughts
Siguiente capítulo