webnovel

Chapter 9

Senja kian bertukar malam, sepertinya Bendahara Kim mengarahkan sesuatu, Dia seakan-akan memberikan upah kepada beberapa orang assasin berpakain hitam dan memakai topeng muka tersebut.

"Kami akan uruskan" ujar para assassin tersebut,

"Kalau korang gagal lagi nak hapuskan betina tu, korang tahu lah nasib korang," itu lah kata-kata Bendahara Kim sebelum meninggalkan kawasan belakang istana yang sunyi tersebut.

Di atas bumbung ketika itu, kelihatan jejaka-jejaka tadi menggunakan pakaian hitam dengan mengunakan topeng muka menakutkan,

Panahan pertama dilepaskan namun gagal mengenai Min, rancangan mereka hampir gagal kerana keberadaan Xion di sambing Min ketika itu.

"Tsk siapa yeoja tu! berani dia masuk campur, haish, sepatutnya perempuan tu sendirian sekarang" bisik salah seorang Assassin tersebut, panah itu mula disapukan dengan serbuk putih yang disyaki sebagai racun.

"Yah! kau gila kah? benda tu akan buatkan dia mati di tempat kejadian?"

"Yah! kau nak kita yang mati ke dia yang mati?"

"Baik lah aku perhatikan kawasan lain untuk pastikan tiada apa-apa halangan"

"Yeonjun kau mesti berjaya kali ni" Yeonjun memandang pasukan assassinnya itu,

"Jangan risau lah Soobin, Beomgyu, aku pasti berjaya kali ni" pandangan tajam diberikan, panah di sasarkan ke arah Xion ketika itu,

Min yang memandang pantulan cahaya dari mata panah itu terus berlari memberi amaran kepada Xion, malangnya panahan itu di lepaskan sebelum sempat Min menolak Xion ketepi,

Mata min berkaca-kaca menahan air matanya, darah yang terpecik di bajunya, di tangannya di wajahnya,mengalir perlahan , masa seakan terhenti seketika, tubuh lemah dihadapannya diperhatikan perlahan,

"Youngjo?ottokae, andae..."

"Min-ahh gwenchana, its my pleasure to protect you..lagi pun...." belum sempat Youngjo menghabiskan ayatnya, Youngjo pun pengsan di dalam dakapan Min yang menyambut tubuh Youngjo yang lemah, bahu Youngjo luka parah terkena panah tersebut, lukanya kelihatan agak dalam,

Xion tergamam, hampir-hampir panah tersebut meragut nyawanya, kalau bukan sebab Youngjo menyelamatnya, dia mungkin akan cedera parah ketika itu,

sama seperti kali pertama dia berjumpa dengan Youngjo, Youngjo turut menyelamatkannya suatu ketika dahulu,

'Dia selamatkan aku lagi sekali, apa aku dah buat, kalau aku tak pentingkan diri sendiri aku tak mungkin membahayakan orang di sekeliling aku,'

"Hyung!" Leedo datang bersama Seoho,

"Gunhak, kau bawa Xion pergi, tempat ni tak selamat, aku akan uruskan assassin tersebut" Leedo merasakan aura Seoho berubah, sepertinya Seoho kehilangan kesabarannya,

Seoho selalu tunjukkan sisi dirinya yang tersenyum dan memberikan aura positif, namun sisi Seoho yang berada dihadapannya ketika itu sangat menakutkan,

"Tsk, mana kau nak lari" entah bagaimana Seoho begitu pantas mengesan tikus-tikus yang menyorok di sebalik bumbung bangunan istana dan tembok, kolar baju Soobin di gengam perlahan, begitu juga lengan Beomgyu yang digengamnya,sehinggakan berbekas pergelangan tangan Beomgyu ketika itu

"Kau, ingat baik-baik, korang bukan lawan aku, dan kalau aku nampak korang dua lagi, aku tak akan teragak-agak untuk habiskan korang, ingat tu" Seoho mencampakkan tubuh mereka ke tanah,

"Dan lagi satu, jangan pernah masuk campur hal Moon Haemin, ingat tu!" jelingan Seoho ketika itu membuatkan Soobin dan Beomgyu terus melarikan diri, Yeonjun yang memerhati dari sebalik pokok menutup mulutnya dengan kedua-dua tangannya dan menahan nafasnya,

"Aku tahu kau ada kat situ, kau dengar ni baik-baik, kau bagi pesanan ni dekat orang tua tu, kalau aku dapat tangkap dia nanti, aku takkan bagi peluang lagi sekali, sampaikan salam maut ini untuk dia" Seoho menghilang umpama kabus, Yeonjun menghela nafasnya kerana terlepas dari ambang kematian,

'aku akan larikan diri aku, aku takkan buat kerja orang tua tu lagi, pandai-pandai lah dia fikirkan cara nak bunuh pompuan tu, kalau tak dengan aku sekali jadi mayat'

Berbalik keadaan di istana, pada masa yang sama Leedo membawa Xion pergi dari kawasan istana, Xion melihat bajunya yang terpercikkan darah sehinggakan dirinya terduduk di tanah tak percaya dengan apa yang berlaku, entah bagaimana Youngjo boleh munculkan dirinya di situasi yang berbahaya itu,

Kalau bukan sebab Youngjo menolaknya ketepi mungkin dirinya lah yang terkena panah tersebut, kejadian tadi masih bermain difikirannya bagaikan sebuah filem aksi yang diputar kembali,

"Youngjo hyung? apa akan jadi dengan dia, kita patut patah balik tolong dia" lengan baju Leedo ditarik perlahan membuatnya berhenti berjalan.

"Min akan uruskan semua tu, kau jangan risau, sekarang knight raven dah jadi milik Puteri Haemin dan berkhidmat untuk dia sebagai pengawal pribadi"

"Jadi, aku pun akan berkhidmat untuk dia" ujar Xion ketika itu, Leedo membalikkan badannya memandang Xion,

"Bukan kah kau sendiri tak nak teruskan, aku tak nak kau dalam bahaya"

"Aku nak lindungi puteri tu sama macam korang, aku ada sebab aku sendiri, jadi walaupun aku bukan ahli night raven lagi, tapi kau, buat aku percaya, masih ada orang yang baik dalam dunia ni, dan lagipun aku masih simpan payung aku tu, jadi..."

"Asal kau terlalu serious? kau masih night raven, sebab kita...satu keluarga, aku keluarga kau, abang kau, kawan kau, kita akan selalu jadi keluarga, dan kami sentiasa tunggu kau balik, Son Donju.."

Xion tersenyum mendengar namanya dipangil, sudah agak lama tiada sesiapa yang memanggilnya Donju, selama ni dia mengunakan nama Xion kerana identitinya yang dirahsiakan agar tidak menjadi mangsa Bendahara Kim,

"Aku tahu lah" Xion tak meneruskan ayatnya dan mula memandang Leedo, wajah curiousnya membuatkan Leedo sepertinya tahu dia ingin bertanyakan tentang apa.

"tapi kan ...Youngjo hyung dengan Puteri rapat ke? kalau ingat balik wajah Puteri tadi, dia sepertinya sangat terkejut?"

Leedo hanya tersenyum kelat mendengarnya, sejujurnya dia sendiri pun tak pasti akan hal tersebut, sepertinya dirinya masih mencari jawapan untuk hubungan Youngjo dengan Min, banyak perkara yang Min mahupun Haemin yang sebenar rahsiakan,

Ketika itu, Min berusaha menghentikan perdarahan di bahu kanan Youngjo, dia sekakan panik ketika itu, mana tak nya, apa yang berlaku kepada Youngjo ketika menyelamat Xion tadi berlaku dihadapan matanya sendiri

"Wae...kenapa kau buat macam tu, kau tahu tak bahaya, kita tak tahu apa ada kat panah tu, mana tahu ada racun ke apa ke?, macam mana aku nak selamat kan kau" Min masih menangis dan cuba sedayanya untuk merawat Youngjo,

"eottokae..." sebak suaranya ketika itu, entah mengapa Min sentiasa merasakan seperti akan takut kehilangan seseorang dalam hidupnya,

Pada masa yang sama,Rena dan Hyekyo pun datang membawa peralatan perubatan

"Min, kita patut bawa dia ke tempat perubatan, panah tu beracun, kalau lambat dia mungkin.."

"Aniya, aku pasti boleh rawat dia" Wajah Youngjo yang pucat diperhatikan, akhirnya Min mengeluh dan mengeluarkan sesuatu dari almari lacinya, wajah Rena kelihatan agak terkejut ketika itu

'jangan cakap dia dah ingat segalanya?'

"Jap, awk pasti nak gunakan ni?," Rena menghentikan tangan Min yang ingin memberi Youngjo cecair tersebut,

"gwenchana..." Min memberi Youngjo sesuatu, Min hanya mengunakan daun-daun herba untuk menutup kesan luka di bahu Youngjo dan membalutnya dengan kain anduh,

Semasa di luar kediamannya, Rena mula membebel kepadanya, namun apa akan dayanya sudah tentu hanya masuk telinga kiri keluar telinga kanan,

"Yah! Awk tak boleh senang-senang bagi dia benda tu, kita tak pernah tahu keberkesanan dia, lagipun benda tu..." Rena tak meneruskan kata-katanya, Min pula hanya duduk mendengar segala bebelan yang Rena ungkapkan,

"Kau tahu kan ramuan dia apa, lagipun memang susah nak dapat ramuan dia, lagipun benda tu hanya boleh digunakan 1 kali je, sebab aku nak balas budi dia, jadi aku dah tak ada cara lain" Entah mengapa Min ketika itu terfikir ingin mengunakan benda tersebut, seolah-olah dirinya ada tindak releks dalam badannya,

"Awk tahu kan, akibat dia apa, Awk tak kisah ke?" Rena memandang wajah sahabatnya itu, dia tahu kenyataannya Haemin dihadapannya itu bukan lah Haemin sahabat baiknya dari kecil namun Haemin yang berasal dari tempat lain yang soulnya berada di badan sahabatnya itu,

"Dah tentu lah aku tahu, tapi aku tak kisah" Min memandang sosok tubuh Youngjo yang masih terlantar di katil melalui jendelanya, entah mengapa Min berasa kasihan dengan jejaka tersebut,

"Gongju-nim..." Hyekyo memaut lengan Min, sepertinya Hyekyo sangat risaukan puterinya itu,

"Aku okay," Min mengeluh perlahan dan memandang ke arah langit malam yang dipenuhi bintang-bintang berkelipan dengan indah,

Sebenarnya, Min telah kehilangan sahabatnya yang merupakan ketua enunch ketika itu hanya kerana kebiadapannya menyentuh tangannya, dan dilaporkan oleh dayang yang melihat kejadian tersebut,

Akhirnya ..enunch tersebut telah dijatuhkan jawatannya dan dihalau dari istana, Oleh sebab itu lah mengapa Rena mula dibawa masuk bekerja di istana atas arahan Min sendiri,Kini Min mula membawa masuk Night raven ke istana dengan nama pasukan barunya Oneus dengan kata lainnya Pahlawan Malam,

"Kau hutang nyawa dengan aku, Youngjo" Min memandang lengannya yang ditandai oleh Youngjo, tanda yang sama mula terukir di lengan Youngjo secara mysterius, memandangnya sahaja membuat Min bingung,

'Dulu semasa aku masih kecil, mama pernah ceritakan satu kisah seorang puteri yang ada 2 soul di dalam tubuhnya, tapi, salah satu soul tersebut mula dikeluarkan dan dijadikan elixir mahupun pil atau seperti marble atau dalam bentuk cecair, yang dijadikan untuk menyelamatkan nyawa seseorang,'

'ramuan penting dalamnya adalah soul itu sendiri yang dipindahkan ke dalam elixir. bahan-bahan lain yang terkandung dalamnya termasuklah bunga ros malam dan juga, bunga yang hanya akan mekar sekali dalam 1000 tahun, yang diberi nama bunga kematian,'

'Bunga putih yang hanya mekar di kuil di dalam hutan tebal itu, satu-satunya bahan lagenda tersebut, mampu memberikan seseorang, kehidupan yang baru, mahupun menukarkan hayat kepada orang lain,'

'dengan kata lain sekiranya ada 2 orang disitu, dan salah seorangnya dalam keadaan yang tenat, dan salah seorang yang lain boleh membuat hajat untuk memberi kehidupannya kepada si tenat tersebut dan si tenat itu akan diberi peluang kedua untuk hidup,'

'dan sepertinya Haemin sendiri pernah ingin membuat elixir tersebut untuk menyelamatkan kedua ibu bapanya, tapi dia gagal sebab bukan nyawanya yang dijadikan taruhan,'

'tapi..disebabkan kejadian malam tersebut, dengan hajat terakhirnya sebelum dirinya mati lemas,soul dia dipindahkan dalam elixir tersebut,'

'dan di situ lah jawapannya kenapa aku masih bertahan jadi Haemin, dan kenapa aku boleh selamatkan Youngjo dengan satu-satunya elixir tersebut, dan'

'Kehidupan aku dan Youngjo akan terkait bersama, umpama red thread yang menyatukan takdir manusia,'

'Dengan kata lain, jika aku tersakiti, Youngjo akan mengalami hal yang sama, dan tanda bunga ros hitam ni kan mulai pudar sekirannya hayat aku akan berakhir dan Youngjo akan lupa segalanya, dan aku akan ingat sampai bila-bila,'

'Itu lah sumpahan Bunga Kematian, kau bagi kehidupan kau untuk dia, dan kau akan mati menanggung siksa perjanjian tersebut,'

'Mianhae, aku hanya ada sisa 3 bulan untuk aku ubah semuanya, sebab memang itukan tujuan aku tiba di masa lalu ni?'

"aku selamat kan kau bukan sebab kau sangat istimewa untuk aku, sebab aku tak nak lihat mereka sedih atas kepergian kau, jadi aku bagi sebahagian kehidupan aku kat kau, jadi kau hutang aku, Youngjo" bisik Min perlahan dan tidak sedar bahawa dirinya sudah tertidur di kerusi dengan buku novel di tangannya,

"Gomawo, Haemin shii, " bisik Youngjo perlahan dan memerhatikan wajah Min yang tidur nyenyak di kerusi, Youngjo melihat bahunya, yang terbalut rapi, Youngjo sekitar tadi merasakan dirinya diambang maut, namun seolah-olah diberi peluang untuk hidup,mungkinkah Min memberikan hayatnya untuk menyelamatkan dirinya?

"Kau tak bagi kehidupan kau untuk selamat kan aku kan? kalau kau buat macam tu, aku akan terus salahkan diri aku" Youngjo mengeluh perlahan dan mengusap perlahan rambut Min, entah mengapa hatinya berdegup kencang,

"Ohh..kkaeeo-sseo?"(You're awake?)

"Ahh, aku buat kau terjaga ke?"

"Ahh-aniya.." Min menepuk-nepuk bahunya yang lenguh kerana tertidur saat membaca buku tentang perubatan tradisional,

"Kau baca buku perubatan? kau minat ke?" tanya Youngjo sepertinya tertanya-tanya tentang diri Min ketika itu,

"Kau tahu kan aku bukan puteri haemin, tapi kau tahu tak apa yang kau buat tadi tu bahaya, zaman ni tak banyak pakar perubatan tau? kau boleh mati on the spot sebab kehilangan banyak darah, nasib lah aku bijak sebab boleh hentikan pendarahan kau" Youngjo tergelak kecil mendengarkannya

"Baik lah cik muda"

"yah! asal kau panggil aku 'Cik muda'?" Min tiba-tiba menjauhkan dirinya, tapi Youngjo mula mendekatkan dirinya, mata mereka bertentangan,

"Yah, kau pasti ke? tak nak pakai baju?" Youngjo melihat tubuh badannya yang terdedah

"Yah! jangan tengok" Youngjo mula menutup tubuh badannya dengan selimut,

"Asal kau tutup? macam lah aku tak pernah tengok, it's not my first time though" Min tergelak memikirkan kejadian yang sama berlaku dengan Keonhee tapi Hwanwoong yang terlebih dramatik,

"Pffft tak yah buat muka macam tu, as a doctor, we don't see our patients either in man or women, kerja kami hanya untuk merawat tak kisah lah lelaki ke perempuan sebab di mata perawat, tak ada istilah jantina."

Youngjo mengangguk perlahan, namun dia masih tak biasa dengan kemodernan milik Min walaupun dia turut membaca buku-buku yang Keonhee bawa semasa belajar di luar negeri,

"Kan kau nak sangat kenal aku, so, let me tell you, nama aku.." Tiba-tiba Min mendengarkan bunyi deringan yang kuat membuatkan dirinya pening dan rebah. Seketika itu beberapa memori mula menerjah masuk ke dalam kepalanya,

"Min! Haemin ahh!" Min sepertinya tidak mendengarkan suara panggilan Youngjo, Youngjo mula menghilangkan diri setelah merasakan tenaga chinya yang semakin pulih,

nasibnya baik sebab ketika itu para dayang istana dan bendahara kim mula menyerbu masuk ke dalam Daisy palace, Keberadaannya tidak boleh diketahui oleh Bendahara Kim, kalau tak, hal tersebut bukan sahaja membahayakan dirinya, namun turut membahayakan Night Raven dan Min,

"Tuanku...." Bendahara Kim dan Ketua dayang Kim pura-pura menangis di sisi katil milik puterinya,

Rena datang memeriksa nadi Min, nadinya kelihatan lemah, sepertinya elixir di tubuh Youngjo mula bertindak memindahkan sebahagian nyawa tersisa milik Min. Rena memeriksa juga pengelangan tangan Min yang terdapat tanda bunga ros yang semakin pudar

Hyekyo tahu kebenarannya namun selama ini dia hanya berahsia dari diri puteri Haemin sendiri , puteri Haemin sebenarnya seorang kanak-kanak yang diselamatkan oleh keluarga Moon yang berhijrah dari kerajaan seberang yang terkenal dengan gaya barat dan koleksi dari seluruh kerajaan di dunia, itulah sebabnya mengapa ada koleksi baju dari pelbagai era zaman di almari milik puteri haemin,

bukan itu sahaja, semasa diselamatkan Haemin berpengangan tangan dengan seorang gadis yang turut di buang di kawasan mayat hamba-hamba yang tenat, namun Haemin ketika itu membawa gadis tersebut bersamanya, kerana gadis tersebut masih berjuang untuk hidup,

dan ketika itu lah, mereka tiba di satu kuil di dalam hutan dan untuk menyelamatkan Haemin yang terkena duri mawar malam, gadis tersebut sepertinya memberi Haemin sesuatu, ya, pertukaran hayatnya, agar haemin mampu diselamatkan,

nasibnya baik, Haemin dijumpai oleh pasangan suami isteri yang baru kehilangan anaknya dan sebaya dengan Haemin, dan sejak itu lah Haemin diangkat jadi anak keluarga Moon. bukan itu sahaja, disebabkan pertukaran hayat yang dibuat, membuatkan haemin jadi sangat muda dari umurnya, muda 5 tahun dari umur sebenarnya,

dan gadis yang menyelamatkan haemin ketika itu adalah..adik Leedo sendiri, Kim Yoonmin, dan sebab itu lah mengapa, ketika Leedo bertemu dengan Haemin, dia merasakan diri Haemin menyerupai adiknya itu,

"Kau rasa Min akan ingat semuanya ke? yang sebenarnya dia bukan 16 tahun tapi dah 21 tahun? hah, tapi tu lah tu, sampai bila kita nak menyamar jadi 16 tahun sama macam dia?" bisik Rena, Hyekyo hanya mengeluh perlahan,

"Dah nak buat macam mana, kau pun tahu, yang dia hilang ingatan sejak dulu lagi, dan sebab tu lah Bendahara Kim nak sangat hapuskan dia" Hyekyo hanya memandang ke arah langit yang kiar betukar warna, sepertinya sang fajar mula menunjukkan sinarannya,

"Kalau dia ingat semuanya, dia pasti ingat namja tu kan" Hyekyo memandang Rena di sebelahnya,

"Namja , ahh yang sebelum mereka berpisah sebab namja tu pergi belajar luar negeri tu? hah agaknya namja tu dah balik ke? it's been 8 years?"

"Wahhh...daebak, kau mula bercakap seperti Haemin" kagum Hyekyo ketika itu.

"Well"

"Tsk, ye lah tu, tapi, masih perlu diusahakan lebih ye cik park" sengaja ditekankan 'k' dibelakangnya agar kedengaran agak english time di situ.

"Tapi bukan ke namja tu nampak macam namja yang dia rawat sebelum ni?"mulut mereka terlopong terkejut akan fakta tersebut.

"Daebak, Tuan Muda Lee kan?" Hyekyo menutup mulutnya dengan kedua-dua tangannya terkejut, Rena pula merasakan bahawa namja tersebut adalah Tuan Muda yang Min selamatkan hari ni,

"Tak pe kita tunggu dia sedar, tapi agaknya bila dia nak sedar" Rena mengeluh perlahan, Bendahara Kim dan Ketua dayang Kim sudah mula bertindak, mereka sepertinya sangat berharap bahawa ketidaksedaran puteri mereka itu tidak akan pernah bangun-bangun dan boleh lah mereka melantik raja yang baru,

"Tapi kan, kalau crown prince yang misteri tu tiba-tiba menuntut tahtanya balik, tak ada masalahkan ?" soalan Hyekyo dibiarkan tak berjawapan oleh Rena dan mula melangkah kakinya pergi dari situ, seketika tadi dia melihat kelibat yang kelihatan familiar dimatanya,

"Siapa tu!" beberapa helai rambut Rena berguguran ketika satu dager dilemparkan kearahnya dan memutuskan tali reben yang mengikat rambutnya

"Aku ingatkan tikus mana yang sembunyi-sembunyi ikut kau Gunhak" Youngjo menghela nafasnya kerana dia tidak diikuti orang istana,

"Kau Park Rena kan?" Rena hanya mengangguk perlahan dan melarikan pandangannya dari Youngjo dan Leedo dihadapannya memerhatinya seperti ingin tembus sahaja pandangannya.

"Kau, kawan haemin?" Rena hanya mengangguk dan menundukkan wajahnya ketika ditanya oleh Leedo.

"Kitaorang adalah pengawal pribadi Puteri Haemin, kami merupakan pahlawan malam, Oneus, jadi kau tutup mulut dan rahsiakan sehingga semuanya dinyatakan dalam scroll pemerintahannya" Rena mengangguk perlahan setelah mendengar kenyataan yang Youngjo berikan,

"Kau tunggu apa lagi, balik lah"

Rena seperti tak puas hati dengan Leedo sebentar tadi yang seperti dingin terhadapnya dan mengahalaunya dari taman istana,

'tsk sombong amat'

Ketika itu, Min kelihatan berpeluh, dan bibirnya pucat, badannya mengigil kesejukkan, agaknya apa yang Min rasakan? seolah-olah berada di alam mimpi yang tiada penghujungnya, sepertinya effect elixir milik puteri tersebut berjaya, namun diri Min turut menerima effect yang buruk terhadap memori dan keadaan tubuhnya,

Wajah min sepertinya kelihatan agak muda dari sebelumnya, sepertinya tubuh puteri haemin sendiri sudah seperti mayat hidup mahupun vampire, putih pucat dan sepertinya tak terjamahkan oleh usia, tidak seperti gadis-gadis remaja yang seumuran dengannya,

Suddenly...

"Andae!" Min memandang sekelilingnya, air matanya yang mengalir dikesat perlahan, hatinya masih berdebar dengan apa yang dialaminya sebentar tadi seolah-olah nyata dan sepertinya dia tahu kesudahannya seperti apa,

'Aku dah ingat semuanya, puteri haemin ni, anak angkat keluarga Moon, dia dan Yoonmin sebaya dan disebabkan elixir mengandungi bunga kematian , membuatkan diri Haemin kelihatan sangat muda sehinggakan dianggapkan muda 5 tahun dari umur asalnya yang sebaya dengan Yoonmin ketika itu.'

'aku dah agak dah, sebab tu aku rasa pelik kenapa mereka nak mempercepatkan perkahwinan puteri ni, sebab dia dah melebihi umur untuk kahwin, aku rasa si tua tu tahu rahsia ni, haish, sebab tu dia nak sangat hapuskan puteri ni, sebab dia sepatutnya mati tapi,'

"Masih hidup dan sihat seperti biasa" Min mengeluh dan memandang ke arah jendelanya,

sepertinya dia perlu mempercepatkan rancangannya untuk menghalang Kim Clan untuk terus berkuasa dan menghancurkan kerajaan yang sudah bertahta dan bertahan untuk berkhidmat untuk rakyatnya,

Moon kingdom sangat disayangi oleh semua orang, kerana raja Moon sangat penyayang dan berdidikasi dalam memberikan ulasan mengenai masalah yang penduduk desa hadapi, dan raja Moon tak kedekut dan ramah dan tidak kedekut memberi senyuman,

'Annyeonghaesaeyo, abeonim, ini Min, sya sekarang dalam badan anak tuanku, Moon Haemin, sepertinya kami ada takdir yang terkait membuatkan sya terpaksa mengubah takdir di kehidupan ini untuk mengubah takdir di masa depan,'

'jadi sya nak tahu, apa yang sebenarnya dah berlaku, kenapa semuanya terjadi sekelip mata dan hilang sekelip mata? kenapa Kim Clan berdendam sangat dengan keluarga moon?'

'Abeonim memerintah kerajaan dengan sangat baik, semua sayangkan Abeonim, tapi kenapa...kenapa masih dicaci dan dibenci? apa yang berlaku di zaman ni pun tak ada beza dengan dunia modern, tapi kenapa..'

Min mula sebak semasa berada di tugu peringatan keluarga Moon itu,

"Wae? kenapa takdir itu sungguh kejam?" bisik Min perlahan, bunga daisy putih diletakkan di tugu peringatan tersebut dan, menunduk hormat perlahan sebelum berlalu pergi turun dari tangga,

Min tidak sedarkan selama 3 hari dan, lusa adalah majlis musim luruh yang dia perlu siapkan dalam masa 2 hari sahaja, sepertinya ada sesuatu yang terjadi dengannya semasa merawat luka Youngjo beberapa hari yang lepas,

"Tapi tak mungkin, ke Youngjo ada mention sesuatu yang buat aku rasa dejavu macam tu? ahh mengarut lah" keberadaan Min yang berada di tengah-tengah kawasan istana itu mula membuatkan para dayang yang terserempak dengannya mula menjerit ketakutan, bukan sahaja para dayang, para pengawal dan eunuch dan pembesar pun lari ketakutan,

"gwisin!"(Ghost!)

"Dah kenapa dorang ni terjerit-jerit sampai histeria tengok aku?" Min kehairanan memandang para dayang dan eunuch yang pengsan dan lari ketakutan

Bukan hanya para kaki tangan istana, Bendahara kim dan ketua dayang kim pun hampir diserang sakit jangtung melihat Min yang berjalan di taman bunga pagi tersebut,

Akhirnya, untuk pertama kalinya Min dibenarkan masuk ke Crown Hall, tempat dimana hanya Lelaki yang dibenarkan masuk, namun kerana tiada raja, Min masih layak untuk memberi arahan sebagai mana dirinya merupakan pemerintah yang masih sah di dalam istana tersebut,

"Ahh, korang ingat aku dah mati?"

"mungkin aku betul-betul dah mati?"

"dan aku akan bunuh korang satu persatu, mungkin kerat badan korang 14 bahagian? atau mungkin korek organ-organ korang? ahh mungkin makan hati korang?"

"HA HA HA HA" mendengar sahaja ketawa Min yang menakutkan membuatkan para pembesar dan bendahara melarikan diri dengan lintang pukang, ada yang pengsan, ada yang menangis dan lari ketakutan, ada yang sudah dari awal tak nak masuk ke dalam crown hall kerana takutkan aura Min ketika itu,

"Tsk! macam mana lah dorang ingat aku dah mati? Something happen ke semasa kepergian aku selama 3 hari tu? lantak lah, duduk kat tahta ni best juga" Min duduk dengan selesa di tahta tersebut, walaupun dia tahu dia tak layak untuk duduk disitu, tapi entah mengapa Min mula merancangkan sesuatu yang baru,

Senyuman sinisnya mula terukir perlahan di bibirnya, entah apa yang difikirkan olehnya saat itu,

"Ahh, aku lupa, aku kena pergi ke suatu tempat" Min tergesa-gesa keluar dari Crown Hall, sebenarnya, dia berkaki ayam dan mengunakan baju putih beserta keadaannya yang putih lesu dan pucat, rambut tak terurus membuatkan dirinya seperti mayat hidup, agaknya apa yang berlaku selama 3 hari ketidakberadaannya ketika itu? kenapa semua seakan takut dengannya?

"Tapi betul ke aku masih hidup? kenapa orang asyik jerit hantu sana hantu sini?"

To Be Continued

sorry for late update you guys im so busy but please do share and vote my story tq!!

knj_99creators' thoughts