Blue River menuju terus ke Arena. Setelah menjumpai bilik yang dicipta oleh Lord Grim, dia melihat Lord Grim dan seorang lagi pemain tahap 36 sedang beradu tenaga.

Namun, perlawanan di antara mereka cukup berat sebelah. Pemain yang bernama Chicken Feather ini jelas sekali baru mula bermain Glory.

Pihak lawannya pula adalah Dewa Ye Qiu yang mempunyai pengalaman 10 tahun bermain…

Chicken Feather tewas tidak lama selepas Blue River melangkah masuk. Blue River dapat berasakan yang Chicken Feather tidak tahu pun betapa besarnya perbezaan kemahiran di antara dia dan Lord Grim, serupa seperti Tang Rou pada mulanya.

Ye Xiu sangat kecewa juga. Selepas tiga pusingan, dia yakin yang Chicken Feather sememangnya pemain baru.

Seorang pemain baru yang berlagak seperti seorang jaguh dan seorang jaguh yang berlagak seperti pemain baru, kedua-dua ini tidak dapat disembunyikan dari mata Ye Xiu.

Capítulo Bloqueado

Apoya a tus autores y traductores favoritos en webnovel.com

avataravatar
Siguiente capítulo