webnovel
avataravatar

Bab 2

Akhir tahun peperiksaan selesai juga,dengan harapan semua kan lulus ke tempat yang mereka inginkan,Ray dan Emma telah menjadi topik hangat bila rakan sekolah mengetahui mereka telah menjadi saudara tiri,Ray sangat marah dan menyangka kalau Emma yang menyebarkan tentang mereka,Emma disalahfaham oleh Ray.Emma pun tidak mahu orang tahu mereka jadi saudara tiri,sedangkan sebelum ini Ray memang baik tidak bersikap seperti sekarang,kadang Emma kesal juga dan menyalahkan ibunya.Ray pula tidak mahu dia dan Emma di ketawakan,siapa yang lebih tua di antara mereka,mereka di bandingkan seolah menjadi saudara sebenarnya,Ray benci dengan lawak murah rakan sekelas.Emma sasaran kebencian tempat Ray melepaskan kemarahannya.

"oi,ibu panggil balik malam ini".

"hmm...

Walaupun Ray agak kasar terhadap Emma,tetapi dia menghormati ibu Emma,mungkin kerana dia ditinggalkan oleh ibunya sendiri,dia menerima ibu orang lain,kerana sikap itu Emma tidak berkira dengannya,Emma nak ibunya diperlaku dengan baik,biarpun dia dan ibunya seperti musuh.

MAJLIS

Emma tidak sangka bila sampai di rumah Ray ada banyak tetamu yang hadir juga,tidak tahu meraikan apa,Emma menyusur masuk di antara celah para tetamu dan menemui tempat selesa,dia tidak menyapa ibu dan bapa tirinya,apalagi Ray.Emma hanya inginkan dia seperti angin atau debu,dia tidak mahu mencari perhatian,sebab dia sedar ini kawasan orang yang berduit lebih dari keluarganya dulu.Emma seperti penonton wayang di tempat yang berkelas,segelas jus oren dan sebalang kuih di meja sudah cukup dari menjadi artis semalaman,Emma takut silau mata dan pingsan kerana digerumuni orang yang tak dikenali.

Ray pula seperti hero dia di kelilingi oleh teman² yang dia kenal sejak dari kecil lagi,temannya mula bertanya siapa adik tirinya itu,hatinya memang tidak senang,sebab pasti akan menjadi bahan lawak nanti,temannya ingin berkenalan dengan Emma,apalagi mereka tahu Emma gadis yang cantik.

Salah seorang dari temannya terlihat Emma sedang bersantai bersendirian di hujung ruang,Fendy dan Karl pergi mendekati Emma dengan hajat nak berkenalan,mereka tidak tahu Emma lah saudara tiri Ray.Apou sahabat baik Ray mengaju gelasnya ke arah Emma kepada Ray,Ray ternampak kemesraan temannya,dia tahu benar sikap kedua temannya itu,lalu Ray pergi mendekati mereka.

"hmmm!"

Teman Ray terkejut dan pergi dari situ dengan cepat,mereka fikir itu mungkin kekasih Ray.Mereka tidak mahu menjadi penganggu,sebab Ray bakal waris keluarganya,mereka akan menjadi rakan kongsi di masa depan.

"seronok nampak?jangan gatal nak cari orang kaya,mereka tidak buta".lalu Ray pergi dari tempat Emma ke arah temannya tadi.

Kata² Ray benar² menikam hati Emma yang keliru,apa maksud sebenar Ray sibongkak yang sombong,fikir Emma inilah sifat sebenar Ray,dia seperti orang hina ke,hingga Ray fikir dia melayan orang sebab mereka kaya.

"ting...ting...ting...

Bunyi gelas di ketuk berulang kali,tuan rumah nak berucap,melihat Rondell dan Ara berpegang tangan dengan gembira,hati Emma kembali sejuk,tapi panas balik terlihat Ray yang arah bertentang di depanya.

"sigila tu,bodoh abadi."bisik hati Emma.

Rondell bersuara yang malam ini dia sangat gembira dan ingin berkongsi dengan semua orang,semua tertanya² apa yang mereka ingin katakan,Rondell tidak segan mengusap perut Ara di depan umum,Ara baru saja hamil.Ray dan Emma terkejut sangat,mereka dah lapan belas tahun,mereka bakal menpunyai seorang adik,lawak betul fikir mereka berdua.

LIMA TAHUN KEMUDIAN

Emma hidup bersendirian sejak dia dan ibunya bertengkar,dia juga tidak berhubung dengan mereka semua,dia tidak mahu hubungan mereka ditambah dengan kebencian lagi,Emma ingin bersendirian.Dia belajar di sebuah tempat yang tidak popular,jauh dari keluarga dan teman sekolah dulu,hidupnya sederhana di bilik kecil yang di sewanya berapa tahun lepas,dia belajar sambil berkerja untuk menampung hidupnya,dia tidak mahu di anggap pengemas oleh Ray,kerana duit keluarga mereka.Emma mampu hidup sendirian di tempat ini,di kolej dia juga mengenali banyak senior dan junior yang baik kepadanya,di kedai stimbot rakan kerja dan pelanggan,merekalah tempat bergurau senda dan tawa gembira,adakalanya dia akan bermesej dengan kawan lamanya,Dun.Dun banyak menolong Emma sebelum dia ke tempat ini,bandar S.Di tempat lahirnya dulu sangat mengecewakan baginya,dia juga tidak melihat adik baru yang dilahirkan ibunya berapa tahun lepas,Emma tidak tahu sama ada anak baru Ara lelaki atau perempuan,tapi itu bukan urusannya,mereka pasti gembira tampanya,terutama Ray.

Hari ini Emma cuti,dia terbaring atas katil tidak mahu bangun lagi,dia bebas nak bangun pukul berapa,tiada siapa yang akan marah padanya.Kalau dulu ibunya pasti akan berleter pasal dia tidur dan bangun lewat,sekarang senyap saja,antara dia dan ruang biliknya,adakala hati ingin kembali melihat ibunya dari jauh,mungkin juga melihat Dun yang sedang memasak.Emma pernah tinggal sementara di rumah Dun,Emma kenal Dun sejak mereka belajar tingkat satu,tapi Dun berhenti sekolah semasa umur enam belas tahun sebab masalah keluarga dan tidak minat belajar,Dun suka cari duit,baginya duit sangat penting,dia tidak mahu hidup susah lagi.

KEJADIAN LEPAS

Selepas Emma dan Ara bertengkar malam itu,Emma lari keluar dari rumah,pada mulanya Ara menghalang dia dari pergi,Emma tetap keras hati dan Rondell masuk campur,dia menahan Ara,kerana dia fikir Emma budak yang sensitif,lepas itu dia akan tahu balik sendiri ke rumah,tapi mereka tidak sangka Emma benar² marah,sewaktu kejadian itu Ray ada mendengar perbalahan mereka,Ray sengaja menbuat Emma lagi marah untuk melawannya,Ray menunggu di luar rumah dan Ray berkata kepada Emma

"lari pun ke rumah kami,mana rumah kamu,papa yang bayar rumah itu dan menberikan kepada ibu."Ray senyum sinis.

Kerana ayat itu Emma berjalan kaki keluar malam itu,tapi tidak lama dari itu pemandu keluarga Ray menyusur dari belakang menawarkan bantuan,memula Emma menolak,tapi dah jauh malam,Emma menerima lalu Emma menyuruh Bert menghantarnya ke hotel.Bila Emma tersempak dengan Dun di hotel,Emma menceritakan segalanya kepada dia,dia menawarkan Emma tinggal di rumahnya sementara waktu,walaupun tak manis di pandang,Emma terima hanya untuk sementara,tapi tidak lama dari itu,Ara mendapat tahu dari Ray,Ray juga yang menbawa Ara mencari Emma,ibunya ke rumah Dun.Ara marah besar bila tahu Emma serumah dengan seorang lelaki,mengata dia tidak sayang diri,Ray pula tersenyum sinis saat melihat dia dimarahi oleh ibunya,kerana malu sangat Emma meminjam duit dari Dun dan pergi dari tempat itu,dia juga menulis surat kepada ibunya,jangan cari dia kalau tak nak hubungan mereka putus.

TERSEDAR DARI LAMUNAN

"Ray!...sial!fu*k you!...

Emma rasa bersemangat selepas memaki musuhnya,dia segera ke tandas untuk mandi,sebab perutnya dah berbunyi kerana lapar.

Siguiente capítulo