webnovel

CHAPTER 3

" to... tolong Lucas... adik kamu ...." " ibu, kenapa dengan ibu"

" IBU!!" jerit Lyza dari dalam kamarnya. Lucas meletakkan badan ibunya ke dinding lalu berlari kearah bilik Lyza.....

" ABANG!! TOLONG LYZA BANG!!" JERIT Lyza dengan menangis untuk meminta pertolongan.

" ARGHHH!!" Jerit Lucas.... seketika dia tersedar dari mimpinya atas bantuan dari Lyza yang membangunkannya dari mimpinya.

" Abang?? abang baik-baik tak ni?? abang mimpi lagi pasal masa lalu kita lagi??" soal Lyza dengan nada cemas.

" Lyza janganlah risau, abang baik-baik sahaja tak perlu dirisaukan... maafkan abang kalau Lyza terbangun" kata Lucas sambil mengusap mukanya lalu duduk.

Lyza yang mendengar akan ucapan abangnya itu tidak dapat melakukan apa-apa kerana abangnya selalu mengalami mimpi buruk itu sejak berusia 5 tahun.

Lyza mendekati Lucas lalu memeluk erat tubuh abangnya untuk membuatnya untuk tenang. Lucas yang dipeluk oleh adiknya berasa sedikit tenang.

" semua akan baik-baik sahaja.... saya janji akan jaga Lyza... ibu jangan risau..." bisik Lucas.

KEESOKAN PAGINYA

semua penduduk kampung menjalankan kegiatan mereka seperti biasa. ada yang pergi ke kebun ada yang ke kawasan pergunungan ada yang ke kawasan hutan untuk berburu dan ada jugak ke pekan yang berdekatan untuk menjual hasil penanaman atau perburuan mereka.

" Jeremy, Jenily pastikan kamu dengar cakap uncle Larry tau... " nasihat untie Shene kepada mereka sambil memberikan bekal makanan untuk mereka nanti.

" uhmmm" balas Jeremy dan Jenly sambil mengangkutkan kepala mereka.

" Shene janganlah risau sangat " kata Larry sambil mengusap kepala mereka.

setelah itu, mereka pun berangkat ke kawasan hutan yang berada di utara kampung untuk mengambil hasil hutan sekaligus berburu.

Jeremy dan Jenily berasa amat gembira kerana ini kali pertama mereka pergi berburu di hutan walau sebelum ini mereka hanya mengambil hasil di kawasan pergunungan dengan auntie Shene. setelah sampai di kawasan destinasi, Larry meminta Jeremy dan Jenily untuk mengumpulkan beberapa tumbuhan dan herba untuk memudahkan perburuan. Jeremy dan Jenily pun patuh akan arahan uncle mereka. Larry pula melihat kawasan sekitar untuk memastikan keselamatan anak buahnya dan laluan haiwan.

" Jenily jangan pergi jauh sangat tau " tegur uncle Larry.

" baiklah uncle" balas Jenily.

Jeremy yang sentiasa berdekatan dengan Jenily secara tidak sedar dia kehilangan kesedaran bahawa adiknya telah hilang dari pemantaunnya.

beberapa seketika waktu sebelum Jenily hilang.

" hmmmm..... yang ini... yang itu.... ni pun juga... "

" Jenily.... Jenily.... Jenily.... sini....." bisik suatu suara yang memanggil Jenily.

Jenily yang mendengar suara itu seakan-akan ia terpukau lalu mengikuti suara itu sehingga dia masuk ke dalam hutan yang lebih dalam.

Jeremy yang berasa Jenily sepertinya tidak ada di sekitarnya mulai memanggilnya.

" Jenily?? oiiii Jenily mana kamu ni?? Jenily jangan buat uncle risau lah" jerit Jeremy sambil mencari adiknya namun tiada sebarang respon diberikan.

tanpa berfikir panjang Jeremy pergi ke tempat uncle Larry dimana Jenily mungkin disana namun malanya tiada.

" Jenily mana?" soal uncle Larry kepada Jeremy yang baru datang.

" J...Jenily hilang uncle. saya fikir dia kesini sebab saya cari dikawasan sekitar tidak jumpa pun.." kata Jeremy sambil mengambil nafas kerana berlari.

Larry yang mendengar pernjelasan Jeremy terus mengambil senapang dan pisau kecik.

" mari Jeremy kita cari adik kamu sebelum matahari terbenam nanti sukar untuk cari dia kalau keadaan menjadi gelap". kata Larry sambil berjalan ke kawasan Jenily dan Jeremy mengumpul herba dan tumbuhan tadi.

setelah sampai Larry melihat kawasan sekitar untuk mencari petunjuk..... tidak jauh dari kawasan kejadian Larry menemukan ribon rambut milik Jenily.

" ni ribon rambut milik Jenily.... mungkin dia di kawasan sekitar" kata Jeremy lalu mengambil ribon itu dan disimpan ke beg sandang Jeremy.

mereka meneruskan perjalanan sampai ke dalam hutan dan suasana di dalam hutan dan luar hutan memang berbeda.

' Jeremy pastikan kamu pegang baju uncle jangan lepas... kalau ada apa-apa cepat beritahu uncle." kata Larry dengan tegas

Jeremy yang mendengar kata unclenya terus memegang baju uncle nya dengan erat.

tidak lama itu terdengar suara yang memanggil Jeremy dan Larry...

" Jeremy..... Jeremy... Jeremy..... mari sini.... Jeremy niichan " bisik suara itu.

" Jenily?? " tanpa sedar Jeremy melepaskan tangannya dari baju Larry.

" JEREMY!!! " jerit Larry.

Jeremy yang dipukau oleh suara itu tersedar semula atas bantuan Larry..

" uncle" balas Jeremy...

" Jeremy... tu bukan suara Jenily tapi ilusi yang dibuat untuk memerangkap kamu" kata Larry kepada Jeremy.

" Jeremy.... Larry....Jeremy....Larry... mari.... mari" bisik suara itu yang dengar oleh Jeremy dan Larry yang semakin kasar dan nyaring.

" Jeremy dekat kepada uncle" kata Larry... Jeremy memeluk erat badan unclenya..

Larry membaca mantera dan seketika angin dan cahaya yang begitu terang mengelilingi mereka berdua dan membesar secara mendadak.

" Jenily... itulah nama yang saya akan berikan... anak ku hiduplah dengan tenang.. ayah akan mengambil kamu semula bila saatnya tiba.." bisik suatu suara....

Jenily terbangun dari mimpinya kerana bunyi seperti pusaran angin berlaku di dekat kawasan sekitarnya.

" Jenily.... cepat kembali ke Larry dan Jeremy.. mereka tengah cari kamu tu.. " bisik suatu cahaya yang berdekatan dengannya...

"cahaya?" soal Jenily dia tidak berasa takut kerana dari ia lahir ke dunia ini selepas kematian di dunia yang lalu. cahaya itu selalu ikut bersamaanya.

" cepat Jenily nanti Beast yang berdekatan akan menyerang mereka... kamu harus keluar dari hutan ini" bisik cahaya-cahaya kecil itu sambil menolak-nolak badan Jenily.

Jenily tanpa berfikir panjang mengikuti arah yang ditunjukkan oleh cahaya-cahaya kecil itu dan tidak lama itu Jenily menemui uncle Larry dan Jeremy yang berada di dalam pusaran angin yang bercahaya itu.

" UNCLE!!! ABANG!!!" jerit Jenily untuk mendapatkan perhatian mereka.

Larry yang menyedari jeritan Jenily yang berada di hadapan mereka. Larry terus membatalkan pusaran angin yang bercahaya itu.

Jenily berlari kearah mereka. " JENILY! kamu dari mana sahaja ni" soal Jeremy dengan nada sedikit marah.

" lupakan untuk seketika waktu... kita kena keluar dari hutan.. hari dan nak gelap" kata Larry lalu mengendong Jeremy dan Jenily.

Jenily dan Jeremy hanya mampu berdiam di bahu uncle Larry.

Siguiente capítulo