Platform penulisan WEBNOVEL-INKSTONE dapat merealisasikan impian kreatif anda dan menghubungkan anda dengan pembaca di seluruh dunia dengan kata-kata. Anda juga boleh mengakses https://inkstone.webnovel.com dan buat di PC.
Di sebuah Negara terdapat 3 pendekar yang hebat, mereka telah mempelajari ilmu mempertahankan diri dengan berjumpa dengan beberapa orang mahaguru untuk menambah ilmu mempertahankan diri mereka. Di Setiap pengembaraan mereka terjadi peristiwa-peristiwa yang menarik dan menakutkan. Pengembaraan mereka terlalu panjang sehingga mereka kembali berbakti di negara mereka sendiri. Mereka di angkat menjadi Benteng utama Negara.
Lucas dan Lyza merupakan kembar yang telah maut dalam pembunuhan dimana menyebabakan mereka berdua mati. setelah itu Lucas menyedari bahawa dia telah berada dalam tubuh bayi begitu jugak dengan Lyza dimana mereka berdua lahir sebagai kembar dalam keluarga bangsawan. " hiduplah dengan baik duhai anak ku dan pastikan kamu menjadi seorang yang matang sebelum ayah mengambil mu semula" kata ayah kepada Lucas dan Lyza.
Sebuah kesah Isekai dengan latar belakang dunia fantasi, apa yang anda fikirkan? Klisyei? Membosankan? Atau sudah terlalu biasa? Terserah anda ingin menganggapnya seperti apa. Tetapi, ini adalah kesah Isekai pertama daripada Malaysia, jadi tidak ada salahnya jika ianya Klisyei bukan? Ringkasnya: Cerita ini berfokus kepada Madou Gaikuro, seorang pelajar sekolah menengah dan Otaku biasa yang secara tiba-tiba dibawa ke dunia lain dan diberikan gelaran berserta tanggungjawab sebagai seorang pahlawan. Jika anda berfikir bahawa perjuangan menjadi pahlawan itu mudah, maka anda sangat-sangat salah. Kesah ini akan mengubah sudut pandang anda terhadap kehidupan di dunia asing, kerana tidak semuanya akan berjalan dengan lancar. Walaupun memiliki kekuatan agung, dia tetap perlu melalui banyak kegagalan hanya untuk mencapai satu kejayaan. Ini adalah kesah mengenai perjalanannya untuk menjadi seorang pahlawan sejati. Bagaimana kesahnya akan berjalan? Baca saja dan ketahui ianya sendiri.
"Kematian boleh mengubah perspektif hidup seseorang. Mungkin?" Selepas meninggal dunia akibat satu kemalangan semasa menjalankan kajiannya. Parzivalz (Z), telah membuat kesepakatan dengan satu entiti yang menggelarkan dirinya Semangat Dunia Andromeda, Aiwass. Entiti tersebut telah menghidupkan dan menghantar Z ke sebuah dunia fantasi dan magik. Sebagai salah seorang Lord Avatar, proksinya dengan misi bagi melindungi dunia tersebut serta umat-umatnya daripada ancaman yang sangat dasyat berasal dari alam lain. Namun, bukan Z saja. Terdapat banyak lagi Hero terpilih seperti Z yang juga telah dihantar oleh Aiwass ke atas alam dunia itu. Dengan misi yang serupa. Setiap dari Lord Avatar ini mempunyai kuasa yang luar biasa dan kelas mereka yang tersendiri. Kini, takdir dunia itu berada di bahu Z. Tatkala Z perlu berkerjasa dengan rakan-rakan baru dan juga yang lama. Sambil merungkap takdir hidup barunya yang menanti di dunia baru ini. Sebagai Lord Archmagus.
Kepulangan Mardhiyah ke tanah air setelah sembilan tahun terpisah dengan Safiyah menjadi satu misteri apabila dia secara tiba-tiba kehilangan memorinya dan tidak mampu untuk berkata-kata lagi. Safiyah dan Rai perlu mencari seorang budak bernama Ateefah yang dikatakan mampu mengembalikan memori Mardhiyah dengan cara yang tidak logik pada pandangan umum. Caranya Alafun Ain atau alam mimpi. Namun, usaha itu semakin rumit apabila seorang insan misteri bernama Sufi berjaya menambat hati Safiyah. Sufi yang dikatakan sebagai pembunuh upahan itu juga ada hubungkaitnya dengan memori Mardhiyah dan Ateefah. Apakah sebenarnya peristiwa yang membuatkan memori Mardhiyah hilang secara tiba-tiba? Siapakah Sufi yang sebenarnya dalam memori Mardhiyah?