webnovel

BAB 05

"ARE you serious?" Terbuntang mata Zenia menanya Shafiz. Keputusan yang telah dibuat oleh lelaki itu memang benar-benar di luar jangkaannya. Di antara ramai-ramai calon yang hadir temuduga kelmarin dan semalam, kenapa perlu wanita itu yang menjadi pilihan Shafiz?

Shafiz yang sedang duduk bersandar pada kerusinya ketika ini memandang Zenia dengan wajah biasa. Baginya, hal ini bukan hal besar. Kerana dia tahu kenapa dia memilih wanita itu untuk berkerja di Shaf Engineering Sdn. Bhd.

"Ya, saya serius dengan keputusan saya, Nia. Apa pun yang berlaku, saya nak perempuan ni jadi pembantu kedua saya," yakin sekali Shafiz menjawab.

Zenia mengeluh kasar. Berkerut dahinya memandang ketuanya itu. Tubuhnya yang tadinya tegak kini disandar pada kerusi. Sukar untuk dia menerima keputusan yang telah dibuat oleh Shafiz.

"Okey, mungkin awak masih keliru. Tengok ni," Zenia kembali menegakan tubuhnya lalu mencapai beberapa keping resume calon lain yang telah menghadiri sesi temuduga mereka kelmarin dan semalam lalu ditunjukan kepada Shafiz.

"Perempun ni, ada diploma dalam kesetiausahaan. Yang ni pula ada diploma dalam pri hal sumber manusia. Mereka ni, lagi layak untuk kita pilih dan bekerja di Shaf Engineering Sdn. Bhd.," terang Zenia satu persatu tentang resume yang ditunjukannya tadi.

Shafiz memandang sepi setiap helaian resume yang dihulur Zenia. Sebenarnya, dia terkilan dengan sikap Zenia kelmarin yang dengan sewenang-wenangnya memperkecilkan dan memperlekeh salah seorang calon temuduga yang hadir. Selain itu, dia turut rasa serba salah kerana tidak membela calon itu. Kerana apa yang berlaku pada calon itu semuanya berpunca dari kecuaiannya.

"Awak nak saya pilih salah seorang dari calon yang awak cadangkan ni ke?" tanya Shafiz, mengabaikan seketika soal hati dan perasaannya.

"Ya lah, saya rasa mereka berdua ni lebih layak. Ada diploma yang bagus jika nak dibandingkan dengan perempuan yang hanya ada STPM tu. Apa kelas?" sinis Zenia menyindir.

Tiba-tiba Shafiz merasa sesuatu yang manyakitkan dadanya tatkala Zenia melepaskan kata-kata itu. Seolah kata sindiran itu terkena pada batang hidungnya juga.

"Awak sedar tak, jawatan yang kita tawarkan ni jawatan apa?"

"Of course, saya sedar. Pembantu kedua, kan?"

"Tahupun awak. Kita cari pembantu kedua, bukan setiausaha, pekerja sumber manusia atau lain-lain yang memerlukan diploma. Apa perasaan awak kalau kita ambil salah seorang dari calon yang awak cadangan ni, tapi kita bagi dia gaji seorang pembantu. Awak ingat mereka boleh terima? Awal-awal memang mereka boleh terima. Dah lama-lama nanti mereka akan merungut mintak naik gaji setaraf dengan diploma yang mereka ada. Ingat Zenia, kita nak cari pekerja tetap, bukan pekerja sementara yang dalam masa yang sama dia akan cari kerja lain yang lebih baik. Saya malas nak buat sesi temuduga banyak kali. Buang masa."

Sekali Shafiz sudah membebel, terus panjang berjela. Terkedu terus Zenia.

"Sebelum calon yang layak ni mula bekerja, kita buatlah kontrak kerja untuk dia." Zenia cuba mempertahankan cadangannya.

"Saya bukan nak cari pekerja kontrak, awak faham tak? Saya nak seorang pekerja tetap yang mahir buat kerja dan mahir gunakan komputer," tintas Shafiz.

"Ya, itu saya tahu. Kita buatlah kontrak kerja tetap."

Shafiz malas mahu memanjangkan isu itu. Walau apa pun yang terjadi, dia tetap dengan keputusannya. Jika dia terus melanjutkan isu ini, boleh perang besar dia dan Zenia. Labih baik dia yang mengalah.

Diam seketika. Masing-masing sedang cuba meredakan rasa bengang dan amarah yang kian berputik dalam dada.

"Terus terang saya katakan, saya cukup tak berkenan dengan sikap awak menemuduga perempuan ni, kelmarin." Jujur Shafiz meluahkan sambil memandang resume wanita yang disindir teruk oleh Zenia, kelmarin. Resume itu dicapai lalu di letak di hadapan Zenia.

"Tak berkenan fasal layanan saya pada dia?" tanya Zenia, hairan.

Shafiz angguk.

"Apa yang saya katakan semuanya betul, kan? Dia macam tak serius dengan temuduga yang kita buat. Kita buat temuduga mencari seorang pembantu kedua. Bukan tukang cuci. Tukang cuci pun lebih kemas dan bersih dari dia. Dengan baju lembab dan kotor sana-sini. Terus datang jumpa kita nak temuduga. Dahlah tak pandai bergaya. Tak kan perempuan pengotor macam tu awak nak jadikan pekerja kita?"

Zenia meluahkan apa yang dia pendam tentang wanita yang telah dimaksudkan oleh Shafiz.

"Okey," akur Shafiz. "Tapi, awak boleh tanya dia baik-baik, kan? Tak perlulah nak menyindir. Dia pun ada perasaan. Dia dah minta maaf dan beritahu kita yang dia mengalami insiden yang tak disangka-sangka sebelum datang temuduga. Saya belum tanya apa-apa dekat dia, awak dah suruh dia balik. Tak adil awak tahu tak?" sambung Shafiz, meluahkan rasa ketidakpuasan hatinya.

"Kalau dah datang dengan baju compang-camping macam tu, layak ke dia nak bekerja dekat sini? Perkara pertama yang orang pandang adalah, penampilan kita tau?" bantah Zenia, tetap tidak mahu mengalah.

"Kalau penampilan cantik, tapi busuk hati, tak guna jugak Zenia."

Terus terdiam Zenia selepas mendengar kata-kata Shafiz itu. Hanya kerana ingin memilih bakal pembantu kedua di syarikat ini, mereka terpaksa bertegang urat. Kali ini Zenia pula mengalah. Dia benar-benar tersindir dengan kata-kata Shafiz itu walaupun lelaki itu tidak menujukan kata-kata itu kepadanya.

Shafiz mencapai gagang interkom di atas mejanya. Butang satu ditekan. Talian bersambung dengan interkom di meja Fiza. Dia menyuruh pembantunya itu masuk ke pejabatnya.

"Saya tetap dengan keputusan saya. Saya mahu perempuan ni bekerja dengan kita." Ujar Shafiz selepas meletak gagang.

Zenia terkejut. Namun, tiada kata-kata yang terluah. Dia bukan sesiapa di syarikat ini. Dia hanya akauntan sahaja. Shafiz tetap pengurus besar di syarikat ini. Dialah yang lebih layak membuat keputusan.

Seketika kemudian, pintu pejabatnya diketuk. Muncul Fiza di muka pintu. Gadis genit itu melangkah masuk ke dalam pejabat itu selepas menerima arahan masuk.

"Fiza, saya nak awak hubungi perempuan ni dan maklumkan pada dia yang dia berjaya sandang jawatan pembantu kedua kita. Tanya dia bila boleh mula kerja. Kalau dia kata boleh kerja segera, suruh dia datang kerja, lusa. Awak sediakan sekali offer latter untuk dia, ya?" arah Shafiz sambil menghulur resume di tangannya kepada Fiza.

Fiza menyambut resume itu.

"Baik bos, saya buat sekarang," akur Fiza lalu meminta diri.

Zenia hanya memandang perbuatan Shafiz itu dengan rasa sakit hati yang meluap-luap. Nasib baik dia sayangkan lelaki itu. Jika tidak, sejak tadi mereka sudah bergaduh besar.

"Nampaknya, keputusan dah pun dibuat. Saya minta diri dululah, ya? Ada kerja yang saya perlu settlekan," pinta Zenia lalu bangkit berdiri selepas Fiza melangkah keluar dari pejabat itu.

Shafiz angguk membenarkan. Selepas Zenia hilang dari pandangan matanya, dia memusingkan kerusinya mengadap tingkap lutsinar di belakang mejanya. Bibirnya terukir senyum sendiri. Tiba-tiba wajah wanita ayu bertudung kelmarin terbayang di matanya. Senyumnya semakin lebar.

# # # #

PINGGAN kotor ditompok menjadi satu lalu dibawa singki. Mereka tiga beranak baru selesai makan tengah hari bersama. Dikala kedua anak gadisnya itu cuti semester dan cuti sekolah barulah dia dapat makan tengah hari semeriah ini. Jika tidak, seorang dirilah dia menyantap makanan tengah harinya jika anak sulungnya tidak pulang makan tengah hari bersamanya.

"Abang tu, bila nak kahwin mak? Macam dah tua aje umur dia?" tanya anak bongsunya yang sedang mengunyah tembikai susu sebagai pencuci mulut.

"Wah, kamu ingat mak ni kerja dekat tempat cari jodoh ke? Manalah mak tahu bila abang kamu tu nak kahwin. Puaslah mak 'kenen-kenenkan' dia dengan Kak Zenia kamu tu, tak adanya dia nak melayan lebih dari seorang kawan, katanya," jawab Puan Zainab, kedengaran seolah sudah berputus asa.

"Tak respons ke?" Anak kedunya pula bertanya.

"Tak. Puaslah Kak Zenia kamu tu berhantar makanan dekat dia. Nak suruh abang kamu jamah bukan main susah kalau tak dipaksa. Mak pun tak tahulah, apalah yang abang kamu tu nak lagi. Kak Zenia kamu tu dah cukup sempurna dah di mata mak," Puan Zainab meluahkan rasa di hatinya. Sepotong tembikai susu di hadapannya dicapai lalu dikunyah sedikit.

"Sepurna di mata mak nak buat apa? Yang nak kahwin tu abanglah mak. Bukannya mak." Shafinaz memperli.

Tajam Puan Zainab menjeling anak bungsunya itu, geram.

"Entah-entah abang tu gay kut?" tebak Shafiyah, seketika kemudian selepas dia selesai menghabiskan makanannya.

"Isy! Selisih malaikat 44. Abang kamu tu luruslah. Suka perempuan. Mak yang lahirkan dia, mak tahulah naluri anak mak. Kamu jangan nak ungkit pasal hal ni depan abang kamu ya? Nanti dia kecil hati pula."

Tepis Puan Zainab, tidak boleh terima kenyataan anak keduanya itu. Dia tidak akan sesekali bisa menerima andai anak sulungnya itu, songsang! Dan hatinya yakin yang Shafiz suka perempuan.

Shafiyah dan Shafinaz saling berpandangan untuk seketika sebelum mencebik bibir. Akur tidak mahu meneruskan topik itu.

Diam seketika. Shafiyah ke dapur untuk meletak pinggan kotornya di sinki dan mencuci tangan.

Puan Zainab pula tiba-tiba kelihatan resah. Dia bimbang telahan anak-anaknya tadi mengena. Jika satu-satunya anak lelakinya itu seorang gay, kempunanlah dia mahu bermenantukan Zenia.

"Finaz." Puan Zainab cuba merisik sesuatu pada anak bungsunya itu.

Shafinaz yang masih mengunyah tembikai susu, berkalih memandang emaknya.

"Kenapa mak?"

"Macam mana kita nak tahu abang kamu tu gay atau tak?"

Terkejut Shafinaz selepas mendengar pertanyaan emaknya itu. Tidak sangka pula dia, yang emaknya boleh sangsi akan ketulenan anaknya sendiri. Apa aku nak jawab ni? Getus di hatinya, resah.

# # # #

"JEMPUT minun, cikgu," pelawa Shadrina selepas menghidang minuman di atas meja kopi di hadapannya. Dulang diletak di bawah meja lalu dia duduk dia atas sofa yang bertentangan dengan Shahril.

Shahril mencapai telinga cawan lalu isi cawan dihirup sedikit. Sedap rasa kopi susu bancuhan Shadrina.

Memang setiap hujung minggu Shahril akan menjenguk Shadrina dan emaknya. Seolah sudah menjadi satu tanggungjawabnya pula menjenguk mereka berdua. Dia ikhlas menolong Mak Timah dan Shadrina. Lagipun, dia sudah menganggap Mak Timah seperti emaknya sendiri memandangkan dia sudah lama kehilangan kedua orang tuanya.

Ayahnya meninggal akibat serangan jantung, ketika dia berusia 15 tahun. Emaknya pula meninggal dunia akibat barah payu dara lima tahun lalu. Dia hidup sendirian. Abang-abangnya yang lain sudah berumah tangga. Hanya tinggal dia sahaja yang masih membujang. Dia bersyukur kerana Mak Timah membenarkan dia menumpang kasih walaupun hanya di pinggiran.

"Kelmarin, saya ada nampak awak turun bas dari arah bandar. Awak ke bandar ke? Ada apa?" tanya Shahril, sekadar ingin tahu sambil meletak cawan di atas piring. Wajah Shadrina dipandang lama – menanti jawapan dari gadis itu.

Walaupun lamarannya telah ditolak oleh gadis itu beberapa hari yang lalu, itu bukan alasan untuk dia tidak betandang ke rumah ini lagi untuk melawat keadaan keluarga Shadrina seperti sebelum ini. Niat ikhlasnya untuk membantu Shadrina.

Shadrina mengetap bibir. Emaknya yang sedang berehat di atas katil bujang tidak jauh dari ruang tamu itu di pandang sekilas.

"Saya, hadiri sesi temuduga terbuka untuk jawatan pembantu dekat sebuah syarikat pembinaan di bandar," Shadrina memilih untuk berlaku jujur.

Berkerut dahi Shahril mendengar jawapan Shadrina itu.

"Kerja? Awak dah tak nak sambung study? Saya baru berniat nak mohonkan pinjaman pelajaran untuk awak. Awak dah fikir masak-masak ke, nak bekerja?"

Shadrina tersenyum payah. Dia rasa sudah tiba masanya untuk dia tentukan jalan hidupnya sendiri.

"Saya rasa, saya nak kerjalah, cikgu. Dah mengunung budi saya pada cikgu. Saya takut saya tak mampu nak membalasnya nanti."

"Rin, saya bantu awak menuju ke menara gading, ikhas. Saya tak minta awak balas." Bersungguh Shahril menjelaskan akan keikhlasannya.

Shadrina hanya tersenyum mendengar kata-kata Shahril.

Diam seketika.

Shahril mula dilanda serba salah kerana telah mendesak Shadrina supaya menerima bantuannya.

"Jadi, macam mana? Dah dapat maklum balas dari syarikat tu?" Shahril menukar topik perbualan selepas melihat Shadrina seolah tidak selesa dengan topik perbualan mereka sebentar tadi.

Shadrina mengeluh halus lalu mengeleng.

Shahril angguk faham melihat jawapan bukan lisan dari Shadrina itu. Belum sempat dia menanya lanjut, tiba-tiba telefon bimbit Shadrina di atas meja kecil di sebelah kabinet televisyen, berbunyi. Wanita itu meminta diri seketika untuk menjawab panggilan itu. Shahril hanya menanti dengan rasa tekilan.

Beberapa minit kemudian, Shadrina kembali semula ke ruang tamu dengan senyum lebar.

"Macam ada berita gembira aje?" tanya Shahril selepas Shadrina kembali duduk.

"Saya baru dapat panggilan dari syarikat pembinaan tu. Mereka kata saya diterima dan boleh start kerja, lusa," jawab Shadrina, teruja sekali.

Shahril tersenyum janggal. Berpura-pura tumpang gembira akan perkhabaran itu.

"Alhamdulillah. Tahniah Rin," ucap Shahril, tidak ikhlas.

Shadrina hanya tersenyum. Kegembiraan yang sedang dia rasai ketika ini hanya Tuhan sahaja tahu rasanya. Alhamdulillah… ucap Shadrina di dalam hati. Dia bersyukur atas takdir ini. Tapi, apakah dia mampu berhadapan dengan wanita sinis yang menemuduganya kelmarin di tempat kerja barunya nanti?

Hazel Jay

Cik_Bintangcreators' thoughts
Siguiente capítulo