webnovel

BAB 13

"Apa jaminan kau, yang nak aku percaya semua yang kau cakap ni?" tanya Danial serius. Aku menarik nafas panjang,"saya janji atas nama mak ayah saya, yang saya akan pergi daripada hidup Encik Danial lepas sahaja Encik sembuh. Waktu tu hanya Encik sahaja boleh halang saya supaya tidak pergi" jawab aku.

"sila bermimpilah kalau aku halang kau waktu tu, yang harta tu kau yakin yang kau boleh dapatkan hak hak aku?" tanya Danial. "pasal harta Encik jangan risau biar saya yang uruskan" kata aku yakin padanya. "okay aku percayakan kau, nanti aku akan buat perjanjian hitam putih" serius Danial berkata.

"baiklah, mari saya tolong Encik duduk atas kerusi roda" tanpa menunggu jawapan daripad Danial, aku terus membantu Danial duduk atas kerusi roda. "bawak aku pergi bilik air" Danial memberi arahan kepada aku, "baik Encik" aku hanya mengikut arahan sahaja.

Aku menolak kerusi roda masuk kedalam bilik air. "saya keluar dulu ye?" aku meminta izin keluar. "woi, kau ni pandai ke tak jaga orang lumpuh?" tanya Danial kasar, "kau rasa aku boleh mandi sendiri ke?" tanya Danial lagi.

Aku hanya menggelingkan kepala sahaja, "habistu, mandikan lah aku. Lembablah kau ni!!!!" marah Danial. Aku menutup pintu bilik air itu, aku berasa agak kekuk bila berada berdua duaan dengan Danial ketika ini.

"cepatlah bodoh!, aku nak mandi ni" marah Danial lagi. "ye saya buat cepat cepat" aku agak malu sebenarnya bila ingin menguruskan Danial kerana aku tidak pernah melihat badan lelaki selain Ayah. Masa yang aku ambil untuk menguruskan Danial hamper tiga puluh minit.

"aku tak nak pakai baju hospital" kata Danial pada aku, "saya ambil baju yang Papa bawak untuk awak ye" aku melangkah k arah almari yang di sediakan oleh Hospital dalam wad Danial. Aku mengambil kain pelekat dan T-shirt bewarna biru laut untuk di pakai Danial.

"ni boleh ye Encik?" tanya aku sambil menunjukkan pakaian yang aku ambil. "hmmmmmmm, apa apa jelah" jawabnya. Aku memakaikan baju itu ke tubuh Danial, rambutnya aku sikat rapi dan mukanya aku pakaikan sedikit bedak. "Encik nak duduk atas kerusi ni atau nak duduk atas katil?" aku bertanya kepadanya. "aku lapar belikan aku makanan" katanya. "ouh Encik lapar, Encik nak makan apa?" tanya aku.

Tajam anak matanya memandang aku, "kau ni banyak tanyalah, eli jelah apa apa, jangan kau beli makanan aku dekat tepi jalan sudah aku alergik tambah jijik" pesannya pada aku, "baiklah" aku mengambil beg tangan aku dan keluar daripada wad itu meninggalkan Danial sendirian.

Aku membeli nasi ayam untuk Danial, ketika aku ingin menaiki lift Hospital aku terdengar orang memanggil nama aku. "Hanan" aku menolih kearah suara itu. "eh Abang Ridz, nak melawat Danial ke?" tanya aku ramah. "Yelah, hari kejadiaan tu abang taka da dekat sini sebab ada kerja luar, ni pun baru sampai jer tak sempat nak balik rumah lagi" kata Ridzwan pada aku. "patutlah muka letih semacam jer, kenapa tak datang esok jer?" aku memang Nampak muka letih Ridzwan ketika itu.

"Abang nak tengok keadaan Danial tu macam mana, lagipun Abanglah satu satu kawan baik dia, kalau bukan Abang yang nak tengok dia siapa lagi kan," kata Rdzwan "Danial dah sedarkan, sebab haritu Aira ada inform Abang bagitahu Danial dah sedar" aku hanya menganggukkan kepala .

"Danial okay jer kan, tak ada yang serius?" tanyanya. "saya rasa baik Abang sendiri yang tengok keadaan dia" kata aku "kenap macam serius jer?" tanyanya pada aku, "jom kita pergi wad Danial" aku mengajak Ridzwan. Aku dan Ridzwan sama sama menaiki lift selepas itu sama sama melangkah ke arah wad yang di tempatkan Danial.

"Danial" Ridzwan memanggil nama sahabatnya itu. "eh Ridzwan" terkejut Danial dengan kedatangan Ridzwan. "kau baik baik jerk an, tak ada yang serius pun kan?" tanya Ridzwan pada Danial. "aku lumpuh Ridz, aku dah tak boeh jalan lagi" terkejut Ridzwan mendengar kenyataan itu.

"astagar Danial, aku mintak maaf sebab tak ada dengan kau waktu kau baru jer dapat tahu pasal pekara ini" Ridzwan menahan sebak mengenangkan nasib rakan baiknya ini. "alah Ridz, aku okay jer. Asalkan kau tak tinggalkan aku jer, cukup kau bagi aku sokongan."Danial tersenyum memandang ke arah Ridzwan. "kau kawan aku Danial, aku janji aku tak akan tinggalkan kau walau apapun yang jadi" Ridzwan menggenggam tangan Danial.

"Encik, ni saya belikan Encik nasi ayam" aku membuka plastic bungkusan itu,"Encik nak makan sendiri atau nak saya suapkan?" tanya aku pada Danial. "aku lumpuh dekat kaki, tangan aku tak lumpuh pun. Kau jangan layan aku macam aku ni langsung tak berguna!" Danial memarah Hanan di hadapan Ridzwan.

"Danial kau jangan le marah Hanan macam tu, dia Cuma tanya jer" Ridzwan menegur Danial. "tak adalah , perempuan ni buat aku rasa diri aku ni langsung tak berguna" marah Danial. "saya tak bermaksud macam tu….." kata kata aku di potong Danial "apa yang kau tak maksudkan!!!!!!!!!!!, kalau bukan sebab kau, aku tak akan jadi macam ni lah. Ni semua salah kau!!!!!!!!!!!!!" tengking Danial.

Air mata yang sudah jatuh cepat cepat aku lap. Ridzwan yang mula kesiankan Hanan mula bersuara. "Hanan awak keluarlah dulu, Danial biar saya yang jaga" tanpa berkata apa apa, aku terus keluar daripada wad Danial.

"Danial, aku rasa tak patut kau layan Hanan macam tu, dia Cuma nak jaga kau" lembut sahaja Ridzwan berkata. "kalau taka da dia pun aku boleh jaga diri aku sendiri" Ridzwan tidak suka satu sahaja perangai Danial ni, sombong nak mampus!.

"ni kau nak makan tak?" tanya Ridzwan. "boleh jugak, aku tengah lapar ni" kata Danial. "aku ingat kau tak lapar, yelah marah Hanan tadi" perli Ridzwan. "kau jangan buat pasai tau"Danial marah. "kau ni aku gurau jer, pun tak boleh" cebik Ridzwan.

"aku ni antilah, orang duduk bela minah tu, kau tu pun sama jangan nak rapat sangat dengan dia. Takut sial perempuan tu melekat kat kau pulak" pesan Danial. "apalah kau ni Danial, kita ni kena percaya pada takdir. Bukan salahkan orang, tak baik tau tak" Ridzwan memberi nasihat pada Danial.

"kau ni sama macam, Papa dan Aira asyik bela perempuan kampung tu jer. Naik jemu telinga aku ni tau tak" kata Danial sebal. "nah makan ni, karang sakit lain pulak datang" Ridzwan malas mahu panjangkan pergaduhaan diantara dia dan Danial, bagi Ridzwan tiada guna mahu bergaduh dengan Danial kerana ia selalu mempunyai jawapan.

*******************

Sudah seminggu Danial dibenarkan pulang, selama seminggu juga kami berdua tinggal di rumah Tan Sri Malek. Ini semua atas arahan Tan Sri Malek. "Hanan!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!" Danial jerit memanggil nama Hanan."pekak ke perempuan ni?!, Hanan!!!!" jerit Danial lagi.

Muncul sahaja wajah Hanan di muka pintu bilik dengan tepat Danial membaling batal tidurnya di muka Hanan. "kau ni pekak ke apa, aku panggil kau tak reti nak datang ni. Kau ni memang Bodoh lah perempuan" telinga aku memang dh lali dengan caci maki yang Danial berikan kerana sejak aku kahwin dengannya tidak pernah sekali pun Danial berkata baik dengan aku. Tetapi Cuma dihadapan Papa sahaja watak Danial berubah menjadi penyayang. "maafkan saya Encik Danial ,saya dekat dapur tak dengar Encik panggil" alasan aku.

"kau ingat aku bodoh, mentang mentang aku lumpuh kau ingat kau boleh ipu aku hidu hidup?" sinis Danial berkata. "woi Danial cill lah, jangan marah marah" Ridzwan tiba tiba muncul di muka pintu bilik Danial.

"amboi Ridzwan sejak aku di benarkan pulang, dah berapa kali kau datang sini?" tanya Danial. "ish kau ni, salah ke aku nak melawat kawan aku?, lagipun aku datang harini bersebab" kata Ridzwan.

"sebab apa?" tanya Danial pelik. "aku bawak surat perjanjian kau, semalamkan kau suruh aku buat" kata Ridzwan. "bagus alang alang perempuan bodoh ni ada sini, dank au Ridzwan sebagai saksi antara perjanjian aku dengan perempuan ni" kata Danial.

"woi Danial, perjanjian yang aku buat ni, untuk Hanan?" Ridzwan agak terkejut. "yelah untuk perempuan bodoh ni, kau ingat untuk Tessa?" kata Danial. "kau ni biar betul Danial, Hanan ni isteri kau tau tak?" kata Ridzwan "kau pikir aku kisah?, hoi bodoh mari sini" Danial memanggil aku.

"aku nak kau tanda tangan perjanjian ni, Ridzwan bagi dia surat tu" Ridzwan sebesalah untuk memberi surat itu pada Hanan. Aku membaca setiap bait perkataan yang terkandung pada surat itu.aku diam terkaku membaca surat perjanjian itu.

1.jangan sesekali membantah atau melawan

2.pastikan harta yang di janjikan menjadi hak milik Danial.

3.perlu menfailkan penceraian selepas, Danial seratus peratus pulih

Dan yang terakhir membuatkan aku tidak sangka dan tidak percaya.

4.perlu lahirkan zuriat Danial melalui proses tabung uji.

5.selepas cerai, penjagaan anak jatuh kepada Danial

"Tanda tangan sekarang" Danial menghulurkan pen kepada aku. "Perlu ke saya lahirkan zuriat encik?" Tanya aku. "Kau lupa syarat papa, dia nakkan zuriat daripada kau, aku ni jijik nak sentuh kau. Sebab tu aku gunakan syarat proses tabung uji" kata Danial bongkak.

"Sampai macam tu sekali, encik jijik dengan saya. Baiklah saya tanda tangan, tapi saya ada dua syarat" cukup dengan satu syarat aku berikan padanya. "Apa syarat kau, nanti aku suruh Ridzwan masukkan dalam surat perjanjian ni?"

"Yang pertama, bila nanti encik ceraikan saya. Saya nak encik ceraikan saya dengan talak 3, dan yang kedua jika saya ada lahirkan zuriat daripada rahim saya. Saya nak tengok mereka sekurang kurangnya seminggu sekali" itu keputusan aku, mungkin ini adalah suratan takdir aku. Sekurang kurangnya apabila Danial ceraikan aku dengan talak tiga. Aku sudah tidak boleh kembali kepadanya lagi.

"Aku setuju" kata Danial. "Kau Ridzwan nanti masukkan dalam surat perjanjian ni" kata Danial dengan penuh angkuh. "Tapi Danial" sebersalah Ridzwan mahu mengikut.

***********************

PERJANJIAN YANG TAK MASUK AKAL, BODOH PUNYA DANIAL.

MAAF AINA DAH MULA KERJA JADI SUSAH SIKIT NAK MENULIS MASA SANGAT. JANGAN LUPA KOMEN TAU SAYANG KORANG.

Siguiente capítulo