"Kenapa dengan kau bawak aku dekat sini? Ya Allah! Penat betul la aku dengan perangai kau ni!" Ujarku dengan letih.
"Ape? Salah ker? Padang bola? Pastu kau nak aku bawak kau pergi mane lagi? Pergi dorm? Memang tak la." jawabnya.
Kami pun duduk di bawah sebuah pokok besar.
"Kenapa kau tolong aku tadi?" Soal ku.
"Saje." Jawabnya.
"Kau sukakan aku?" Soal ku.
"Memang tak la aku suka kau!" Ujarnya dengan menyampah.
"Kenapa kau tak lawan jer perempuan tu tadi?'" Soal Tengku Adrian.
"Aku takde tenaga. Aku lapar." Jawabku.
"Takpe, kau tunggu sini jap. Bagi aku duit, pastu aku tolong belikan makanan untuk kau, kat kantin. Lagipun dah masa rehat ni. Make sure kau duduk sini tau." Pesannya.
"Tak menyusahkan ker?" Soalku.
"Kau pilih, kau nak aku belikan atau nak lapar? Cepatlah bagi duit tu." Jawabnya.
Aku pun menyelongkar Kocek seluar aku.
"Oh My God!" Jerit ku.
"Kenapa?" Soal Tengku Adrian dengan terkejut.
"Duit aku tertinggal dekat dorm." Jawabku.
"What? Pastu macamana sekarang ni?" Soalnya.
"Entah. Kalau nak pergi ambik kat dorm, memang tak la cikgu nak bagi masuk." Jawabku.
"Hum, kau takyah runsing la pasal aku. Habis waktu sekolah nanti aku makan la." Ujar ku dan tersenyum paksa.
"Ok." Jawabnya ringkas dan berlari ke kantin.
"Kau sweet, Tengku Adrian." Bisik ku perlahan.
Dalam beberapa puluh minit...
"Nah." Tengku Adrian menghulurkan roti kepada ku.
"Eh kau makan la!" Arahku.
"Takde takde, aku beli dua ni, kau makan sekali." Arahnya.
Aku pun ambik roti dari tangan Tengku Adrian dan makan dengan laju.
"Jangan makan gelojoh sangat, tercekik nanti kang!" Pesannya.
"Uhukk! Uhuk!" Aku tersedak.
"Haa!Tu la! Aku dah cakap! Tak nak dengar!" Marahnya. Dia menghulurkan milo ais kepada ku. Aku pun terus minum milo ais itu.
Lepas aku minum, dia pun minum air itu.
"What the heck! Kau minum bekas aku punya? " Soalku dengan nada geli.
"Ape? Ni baru kongsi air. Nanti bila dah kahwin, lagi banyak benda kena Kongsi." Ujarnya dengan selamba.
'Ape maksud dia banyak benda kena kongsi? Mati la aku lepas kahwin nanti.' Bisik hati ku.
"Haa! Fikir bukan-bukan lah tu!" Ujarnya.
"Mana ade." Balas ku.
"Jom masuk kelas." Ajak Tengku Adrian.
"Ok, jom." Aku pun bangun dan mengekori dia masuk ke kelas.
Semua orang sudah keluar ke kantin, kawan-kawan aku aje yang ade dalam kelas.
"Tengku Adrian! Kau bawak kawan aku pergi mana hah?! Kau ni kan, memang nak kena!" Marah Ecah.
Sebaik sahaja Mulut Tengku Adrian terbuka untuk marah Ecah kembali, dia menutup kembali mulutnya apabila wajah Rykal tiba-tiba terbayang dalam fikirannya.
"Nasib baik la engkau ni girlfriend Rykal." Bisik Tengku Adrian dengan perlahan tetapi kami masih mampu mendengar.
"Kau okay tak ni? Kau pergi mana tadi?'' Soal Yaa.
"Kitorang risau tahu tak?" Yahh memarah aku.
"Rileks la. Nanti kat dorm aku citer." Jawabku.
Mereka mengangguk tanda setuju.
Tengku Adrian memandang kitorang dengan menyampah.
'Sayang sangat la dekat minah sewel tu.' Bisik Tengku Adrian didalam hati dan merenung kitorang dengan tajam.