Rina Zafran seorang gadis yang dingin dan dia tidak mempunyai ramai kawan seperti orang biasa. Baginya, kawan hanyalah jenis manusia yang suka menyibuk hal orang. Entah bagaimana, Rina mula berkawan dengan seorang lelaki yang berumur 17 tahun. Sejak itu, mulalah hari Rina dan lelaki itu, Amirul Hakim
Pada waktu malam, Rina sudah biasa pergi ke kedai runcit. Ianya mula menjadi tabiat sejak ibunya, Puan Maria kerja syif malam di hospital. Disitulah, Rina beli snek malamnya jika dia hendak tidur pada lewat malam tanpa pengetahuan ibunya.
Rina melihat sekilas telefon bimbitnya sementara pekerja kedai sedang mengira jumlah wang yang perlu dibayar.
"Ini dia, terima kasih. Sila datang lagi," kata pekerja kedai itu dengan senyuman seraya memberi Rina sebuah beg plastik berisi barang yang dibelinya.
Rina mengorakkan langkah ke rumahnya tetapi panggilan dari pekerja kedai itu mematikan langkahnya.
"Ya, kenapa?" tanya Rina dengan penuh sopan.
"Nanti, balik tu hati-hati. Sekarang ini, ada racing haram."
Rina menyengetkan sedikit kepalanya tanda dia tidak faham dengan kata-kata pekerja tersebut.
"Racing haram bermakna...mat rempit, kan?" tanya Rina, meminta jawapan yang lebih senang untuk difahami.
Pekerja kedai tersebut mengangguk.
"Jangan risau, kak. Saya boleh jaga diri sendiri," kata Rina seraya tersenyum. Senyuman itu membuatkan pekerja kedai tersebut tergamam.
Selama ini, dia tidak pernah melihat pelanggan tetap yang berumur dua belas tahun ini tersenyum. Jika senyum pun, sama ada senyuman sinis, terpaksa diukir ataupun senyuman janggal.
Senyuman Rina tidak lama, selepas beberapa saat, senyuman itu lenyap digantikan dengan muka tiada perasaan.
Rina berjalan ke rumahnya sambil berbual-bual bersama ibunya melalui telefon bimbit. Selepas menamatkan talian, sebuah motosikal dipandu kearahnya. Rina tidak tahu apa yang dia patut buat. Kakinya terasa seperti menjadi satu bersama jalan raya itu.
Air matanya mula bergenang di kelopak matanya memikirkan yang dia akan mati dilanggar oleh motosikal tersebut.
Disebabkan rasa takut yang melampau, kakinya tidak mampu menahan berat badannya membuatkan dia melutut di jalan raya itu.
Mujurlah, pemandu motosikal itu sempat memusingkan haluannya. Akibatnya, dia terjatuh dari motosikal tersebut.
Rina melihat dirinya sendiri, rasa bersyukur membuatkan dia menangis di situ. Pejalan kaki berdekatan sedang bergosip tentang kejadian tadi dan merakam untuk post di media sosial tetapi tiada sesiapa yang mahu menolong Amirul, pemandu motosikal itu bangun.
Rina tersenyum sinis dengan kelakuan mereka, "Lagi bagus kalau tolong pemandu itu bangun!"
Amirul buka topi keledarnya. Badannya dipaksa bangun walaupun perasaan sakit menguasainya.
Motosikal yang sudah terbalik dibetulkan posisinya. Topi keledar itu diletakkan di bakul motosikal yang tersedia.
Amirul berjalan mendekati Rina yang sedang menangis. Tangannya dipegang mengarahnya bangun.
Rina hanya akur.
Di hadapan flat Rina...
Rina turun dari motosikal Amirul. Topi keledar dibuka lalu dihulurkan kepada Amirul. Tidak lupa juga perkataan 'terima kasih'.
"Kenapa senyum?" tanya Rina apabila dia melihat senyuman Amirul.
"Kenapa menangis tadi?" tanya Amirul, soalan Rina diabaikan.
"Sebab..." Rina melihat Amirul. Perasaan percaya membuatkannya selesa untuk bercerita tentang perasaannya tetapi mereka langsung tidak kenal. Ini dikira kali pertama mereka berjumpa. Pelik, kan?
"Takut."
"Tapi selamat kau-I mean...abang...atau..." Rina mula keliru apa yang dia patut panggil lelaki di hadapannya ini.
Jika dilihat dengan mata kasar, kelihatan seperti budak sekolah menengah. Jika nak kata orang besar, mestilah tidak akan racing macam ini.
Muka keliru Rina membuatkan Amirul tergelak, "Panggil aku abang je dik."
"Oh, ok."
"Apa-apa pun, thanks. Adik pergi dulu!" Rina mengorakkan langkah ke flatnya tetapi langkahnya mati kerana Amirul memegang tangannya, membuatkan dia tidak boleh berjalan.
Rina memandang Amirul, "Kenapa?"
"Bagi aku hanphone kau, dik."
"Untuk apa?" tanya Rina seraya mencari telefon bimbitnya di poket seluarnya.
Keesokan harinya...
Keesokan harinya, semua berjalan seperti biasa. Yang tidak biasanya ialah...
Wei Xiang, kawan baik Rina, berlari ke arahnya dengan muka gembiranya, "Wei, kau second round, kan?" tanya Wei Xiang dalam bahasa cina, mandarin.
"Yes," kata Rina.
Sewaktu Wei Xiang dan Rina sedang berbual-bual, Rina berkata 'shit' lalu menutup mukanya dengan buku. Wei Xiang yang melihat kelakuan Rina berasa pelik.
"Wei, kau tunggu sini. Kalau pak cik dah sampai panggil aku," seusai berkata, Rina berlari mengikuti langkah seorang lelaki.
Rina pernah berharap bahawa dia tidak akan jumpa dengan lelaki itu lagi tetapi kenapa dia mengikuti langkah lelaki itu sekarang? Kenapa dia berubah 360 darjah dan...siapa lelaki itu sehingga membuatkan Rina ingin mengikutinya dalam diam?