webnovel

Chapter 8

SALAH FAHAM

Villiam melihat phonenya,Ruth masih tidak call lagi,dia terfikir mungkin Ruth masih marah kerana dia naik angin hari itu.Villiam berfikir selepas puan Anita sembuh baru dia akan mencari Ruth untuk menjelaskan hubungan dia dan Lili,sekarang Lili juga menbantu menjaga adik² rumah anak yatim dengan baik dan penuh kasih sayang seperti seorang ibu,nasib Lili ada ringan juga berat Villiam.Tapi Villiam tidak ada perasaan terhadap Lili selama ini.Villiam tahu isi hati Lili kepadanya dan kata kiasan dari puan Anita.Tetapi Villiam tidak menganggap semua itu serius sehingga ketika Lili berani menluahkan perasaannya hingga menbuat Villiam terkedu seketika.Pada masa yang sama kekasih Noly sakit dan masuk di hospital yang sama di mana puan Anita di tempatkan.Villam tidak mengenali rapat dengan mana² kawan Ruth, tapi semua kawan Ruth mengenali Villiam,biasalah geng perempuan,jadi lelaki berhati²lah cctv yang tersembunyi,ketika Villiam dan Lili makan tengahari di kantin sekitar hospital.Noly pergi ke kantin untuk menbungkus makanan kerana lapar menjaga pakwenya yang tetiba jatuh sakit,pada mulanya Noly tidak perasaan Villiam dan Lili, semasa mendengar nama Villiam di panggil oleh Lili, baru Noly perasan.Noly berfikir mesra semacam mereka berdua ni,kawan ke atau adik beradik.Kawan Ruth tidak tahu sangat Villiam sebatang kara.Lalu diam² Noly mengambil gambar mereka berjalan seiringan.Sebelum ini Jessy pernah nampak juga Villiam dan Lili di simpang jalan sewaktu Villiam menghantar Lili ke rumahnya tidak lama dulu.Jessy ada juga menberi kiasan kepada Ruth,tapi Ruth jenis kurang memahami keadaan kalau tidak berterus terang.Noly menelefon Ruth untuk memberitahu apa yang dia lihat...

tut... tut... tut...

"heloo... jawab Ruth.

"Ruth,u...kat mana?...

"kat rumah,i baru sembuh,esok mula kerja...

"jadi... Villiam temankan u ke?"tanya Noly.

"dia sibuk,tapi keluarga i ada datang temankan,jadi tak sunyi sangat."

"hmm,u jaga diri ya,i kat hos ni,pakwe i sakit masuk hos,i temankan dia."

"sakit apa pakwe u,sekarang oke tak?"

"oke dah,deman biasa.Okelah...nanti borak kat tempat kerja,kita cerita."

"oke²...lalu Ruth mematikan phonenya.

setelah berapa hari di hospital,puan Anita sudah boleh keluar dari hospital,oleh itu Villiam dan Lili menjemputnya bersama hari ini untuk menolong puan Anita mengambil barangan yang di bawa kemarin.

"seronok semacam kamu berdua ini?"kata puan Anita.

"seronoklah,sebab mama dah boleh keluar hospital."jawab Lili.

"maafkan mama,sebab dah menyusahkan kamu berdua."kata puan Anita.

"mana susahnya,mama dah sihat semua gembira dan senang hati."kata Lili.

"Vil,bukan kamu sibuk mengantikan ketua chefkan?"tanya puan Anita.

"ketua saya dah balik, itu sebab saya boleh menjaga mama,lagi katanya bosan asyik berjalan saja."tawa Villiam.

Villiam tidak tahu hal sebenarnya,sebab ketuanya bergaduh dengan isterinya semasa melancong,masalah kecil jadi besar kerana cemburu.Ketua chef boleh tahan juga hemsem,biarpun sudah berumur empat puluh lebih,isterinya sedikit muda darinya dan kuat cemburu,ada perempuan berani mengoda suaminya,meradanglah hati isterinya yang melihat,yang jadi mangsa si suami...

mereka kembali ke rumah anak yatim milik puan Anita,malam ini Villiam tidak pulang ke rumah sewa mereka, dia menginap di bilik lamanya bersama adik² kecil.Lili pun sama berada di bilik perempuan,tapi belum tidur lagi masih berbual dengan puan Anita.Villiam pula masih melihat-lihat phonenya tiada tanda Ruth menberi pesan atau call,teruklah kali ini Ruth marah besar fikir Villiam.Besok mesti pergi mencari Ruth sebelum dia mula kerja.

DI BILIK PUAN ANITA

"kamu dan Villiam macam mana,mama tengok Villiam ambil berat tentang kamu,apa kamu dah beritahu Villiam tak?"tanya puan Anita.

"Lili malu takut kena tolak,tapi...mama boleh tolong Lili kan?...kata Lili malu².

"mama gembira sangat,kalau kamu berdua bersama,mama lega kalau Villiam yang jadi suami kamu,kamu jangan risau kali ini mama akan campur tangan."tegas puan Anita.

"tapi...Lili takut kalau Vill dah ada orang lain dan Lili tak rasa Vill suka pada Lili... Lili menbuat wajah sedih untuk mendapatkan simpati dari puan Anita.

"kamu jangan risau,kali ini mama akan tolong kamu,mama akan menyatukan kamu dan Villiam.Villiam tiada alasan nak tolak kamu nanti."

Lili tersenyum gembira mendengar kata puan Anita,apalagi dia anak manja puan Anita yang manis dan sopan santun.Lili tidak mahu menlepaskan Villiam,walau apa pun yang terjadi,Ruth memang lebih cantik darinya,tapi Villiam lebih menghormati puan Anita yang menjaga dia dengan kasih sayang.

DIRESTORAN

Ruth mula berkerja hari ini,macam biasa sibuk memanjang hingga kaki terasa kejang,tapi tidak menghalangi mereka mencari rezeki,hampir waktu rehat semakin kurang pelanggan yang datang,tapi sekejap lagi akan kembali sesak,semua pelanggan baru dan lama akan datang untuk makan tengah hari,masa inilah bunyi bising dari dapur berlarutan ke petang,kemudian rehat sekejap sebelum masuk makan malam,benda yang sama sentiasa mereka lakukan,dah boleh hafal pelanggan yang datang hari apa,waktu bila.

"u baru sihat,jangan penat sangat...nanti pingsan."kata Jessy.

"i oke je,kalau rehat lagi,i yakin i malas dan mungkin berhenti kerja, seronok bila papa dan Ate layan i dengan baik."

"u ni,manja sangatlah...bidas Noly.

"Noly,masuk kerja?"tanya Ruth.

"pakwe i dah sembuh,tak yah layan baik sangat,lelaki ni...depan kita baik, tapi di belakang...macam hanat!"

"wei... marah nampak,siapa buat u marah ni?"tanya Jessy.

"iyalah siapa?kita team GFF akan menbantu...

"Ruth,u oke ke kalau i cakap?"tanya Noly.

"i,mengapa dengan i?"

"ada kaitan dengan u... Noly seba salah.

semua mata teman tertumpu ke arah Ruth,apa masalah di antara Ruth dan Noly...

"Ruth... semasa i call u hari itu,i ada tanya soal Villiam kan...kata Nolly.

"iya...

"i ada nampak dia dan seorang wanita mesra sangat,tapi mungkin adik dia kot...

semua menberi perhatian gosip terbaru dengan tumpuan,bukan senang Ruth nak menerima cinta si Villiam,tak sampai setahun dah naik bulu.

"berambut panjang dan kelihatan ayu... Ruth bersuara.

"iya... ini gambar mereka berdua... tekun menunjukkan gambar kepada Ruth.

"Villiam sebatang kara...tapi i percaya kepada dia."jawab Ruth tidak yakin sangat.

"Ruth,i pernah nampak juga mereka berdua sebelum ini,tapi i tak beranilah nak campur urusan u,tapi si Noly ni... Jessy menjeling ke arah Noly.

"sebelum deman,i ada gaduh dengan dia soal perempuan ini,yang teruknya bekas pakwe i tinggal sebumbung dengan i,i pun tak tahu... tengah kita orang gaduh,boleh pulak dia muncul,i jadi terkejut beruk."Ruth menjelaskan kejadian yang melandanya...

"what!Quan serumah dengan u?"tanya Jessy.

"woo...gosip hangat,so apa yang terjadi sekarang?"tanya Nolly

"jangan cakap u pasang dua... senyum si Jessy.

"i bukan macam tu,tapi Villiam dah seminggu tak call i,i pun malas nak cari dan papa i sangat marah pada Villiam sebab dia tak ambil berat pada i waktu deman...Ruth muncungkan mulutnya.

"mungkin dia ada masalah kot."kata Jessy.

"pakwe lama dah kembali,pakwe baru buat angkara."cela Zoey.

"Ruth,u tanya Villiam dulu untuk kepastian,jangan buang masa kepada yang tak setia."kata Noly.

"i tahu,sebab sekarang papa dan abang i sengaja nak menyatu hubungan i dan Quan.Quan pula macam orang bodoh menlayan,benci i."Ruth merajuk konon.

"benci ke suka?"kata Zoey.

"Zoey ni dari tadi sengaja nak singgung hati i ke?"tanya Ruth.

"tidak sayang... u sendiri fikir baik²,this you life,u sendiri tahu mana yang menbuat u berasa gembira."balas Zoey.

KE RUMAH RUTH

Ruth sekeluarga bersama Quan pergi makan malam,kebetulan ulang tahun Quan dan Ate hari yang sama,jadi mereka meraikannya sekali,pada masa Villiam sampai di kawasan apartment Ruth.Villiam melihat Ruth sekeluarga dan Quan menaiki kereta yang sama,jadi Villiam mengekori mereka dari belakang hingga ke sebuah restoran tiga bintang,setelah masuk ke dalam restoran mereka duduk di antara beberapa buah meja jauhnya.Villiam boleh mendengar gelak tawa keluarga Ruth,nampak sangat dia orang gembira bila bersama Quan, tapi menlayan Villiam macam musuh, masa ini Villiam teringat apa yang di katakan oleh Ate dan Aboy sebelum ini,kalau Quan muncul tak tahulah macam mana nantinya,sebab Quan cinta hati Ruth yang pertama.

Villiam boleh melihat pandangan mata Quan kepada Ruth,rasa cinta yang masih menbara di dalamnya,tapi Villiam yakin Ruth tidak akan mengkhianati cinta mereka.Villiam menberanikan diri untuk muncul, walaupun dia tahu keluarga Ruth pasti tidak senang...

"Ruth,hei semua...Villiam menebalkan wajahnya.

"Villiam,u datang dengan siapa?"tanya Ruth terkejut dan gembira.

"i seorang...

"duduklah,kita makan sama."kata Ruth.

"oke ke?"tanya Villiam,walaupun dia nampak tiga pasang mata yang menyampah dengannya.

"oke je, u kan boyfriend i,hari ini hari jadi Ate dan Quan,jadi kita orang sambut sekali,sebab keduanya dan lama tak meraikan bersama."dalam hati Ruth masih lagi tak baik, saja nak tunjuk kepada Quan dia happy.

Quan melihat kemesraan Ruth dan Villiam duduk rapat dan berbisik²,hatinya merasa tak selesa melihat bekas kekasih bersama orang lain,perit terasa biarpun meneguk air yang manis terasa pahit.Ate dapat merasai perasaan Quan kurang tersenyum lagi,jadi dia dan papanya yang menlayan si Quan agar suasana tidak menjadi kekok.

"Quan,makan...ini lauk kesukaan kamu."kata papa Ruth.

"Quan,minum...relax,mereka berpura gembira tu,saya tahu Ruth kecewa sebab dia tak muncul waktu Ruth deman,mereka perang dingin,kali ini u dah buat yang terbaik,cheers...bisik Ate kepada Quan.

selesai makan Villiam meminta izin kepada papa Ruth untuk menghantar Ruth pulang,Villiam ingin berbual dengan Ruth dulu untuk menjelaskan kepada Ruth,mengapa seminggu ini dia tidak muncul,walaupun papa Ruth tak suka,mereka dah bercinta setengah tahun dan masih bersama lagi,mungkin terjadi salah faham sebelum ini,bagus mendengar penjelasan dulu,papa Ruth mengerti perasaan anak perempuannya,Ruth tak seperti dulu di depan Quan tersipu malu,sekarang biasa macam kawan,tak kisah dengan siapa pun,yang penting Ruth bahagia.

"jangan lupa balik awal, esok dia perlu kerja."kata papa.

"baiklah uncle...

tinggal Villiam dan Ruth di restoran,mereka mencari meja yang lebih santai untuk berbual,sedikit tenang dan sedikit alunan musik yang romantis,sebangku berdua di ruang yang berangin dan bercahaya kelam...

"i rindu pada u...Villiam mencium tangan Ruth.

"iya ke rindu atau menlayan si Lili?"

"Lili seperti adik i,takde apa pun i dan dia,malam itu i sendiri terkejut bila dia menluahkan perasaannya...

"serius...tapi u mesti tahu dia suka u selama inikan?...

"iya i tahu,tapi i hanya tak sangka dia berani bagitahu,mungkin dia tahu i bersama dengan u,tapi u serumah...macam mana?"

"Quan tumpang sementara waktu hingga rumah dia siap."

"tadi u all gembira sangat, bila i muncul semua orang tak happy...Villiam rasa kecewa.

"i gembira dan terkejut,u buat apa kat sini sebenarnya? cakap....

"i nak jumpa u, tapi sampai kat apartment u, i nampak u all keluar,jadi ikut dari belakang niat nak mengintip...

"nak jumpa i,untuk apa?"

"maaf tak call u seminggu ni,i betul sibuk sebab penjaga i deman denggi dan masuk hospital,jadi i harus menolong menjaga dia dan rumah puan Anita."

"betul ke?....

"betul...Ruth,kita jangan gaduh lagi oke tak?...dan sentiasa berterus terang,ok."Villiam menatap mata Ruth.

"oke...u cakap u mesti ingat dan i bukan tak munasabah pun"

"i akan sentiasa mengingati kata² hari ini."

tiga jam kemudian,Villiam menghantar Ruth pulang,di kawasan lobby Quan sengaja menunggu alasannya menbeli minuman...

"baru sampai?...sapa Quan.

"hmm...beli air?...

"mmm,untuk esok pagi."

"u minum kopi?...

"i minum juga bila takut mengantuk waktu kerja...

"u kerja apa?...

"Ate tak beritahu ke?"

"Ate suka permainkan Ruth,malas nak tanya apa pun pada dia."

"i kerja biasa je...

"kerja biasa, u bergitu pandai,tak percayalah u cakap kerja biasa."

ting! bunyi lif tiba di kawasan rumah tempat tinggal mereka,papa dan Ate dah tidur, besok mereka nak balik pagi hari ke JB,Ruth pun dah sihat,jadi papanya berasa lega boleh meninggalkan Ruth sendiri.

membuka pintu.... krik...

"senyap saja... kata Ruth.

"mereka balik je terus masuk bilik dan tidur...kata Quan.

"i nak masuk bilik dulu,selamat malam."Ruth tidak mahu di anggap ada sesuatu antara mereka.

"selamat malam."sedikit hampa.

mereka tak perasan dua biji mata papa Ruth yang sedang mengintip di antara celah pintu yang di tutup tidak rapat,tapi papanya tidak boleh menlarang atau memaksa Ruth,jadi dia mengharapkan Quan lebih tekun dan tidak putus asa terhadap Ruth,Quan bergitu berjaya siapa tidak mahu menantu yang boleh menberikan kesenangan buat anak dan cucunya nanti.

"sayang betul mereka berdua nampak secocok,tapi Ruth pula dah berubah hati."keluh papa Ruth sendirian.

Siguiente capítulo