webnovel

Chapter 50 : Lawatan Lama.

Flashback.....

"Arghhhh!Lepaskan aku!Lepaskan aku!!!"teriak ibunya dengan trauma sambil melempar segala isi bilik ke lantai. Habis berselerak bilik tidur itu dengan sepah yang dihasilkan sejak tadi.

"Ibu"panggilnya dengan sedih. Letih dia hari-hari menghadap angin ibunya. Siang malam tidak menentu. Sampaikan hendak belajar pun tidak tenang. "Tolong la jangan macam ni"

"Lepaskan aku!Biar aku keluar...kau tak faham ke!"jerkah ibunya dengan berang sewaktu memandang ke arah dia.

"Naera tak boleh biarkan ibu keluar...berapa kali Naera nak beritahu?"keluhnya.

"Kau tahu naik gila aku duduk dalam rumah ni!Muka lelaki tak guna tu ada di merata-rata dalam bilik ni!Aku nak cari suami aku!"

Melihatkan keadaan tidak terurus ibunya buatkan hati seorang anak luruh beribu cebisan. Ibu yang selalu dia adore dan pandang tinggi kini berubah menjadi seorang wanita asing yang dia sendiri sudah tidak kenal lagi.

"Tolonglah jangan begini...Ibu akan sakiti diri ibu sendiri.."pujuk dia lagi sambil mendekati ibunya dengan berhati-hati.

Tiba-tiba ibunya berubah watak. Dari ganas kepada sedih. Tercebik-cebik sedih sambil melihat tangan sendiri dan pandang bingung ke sekeliling bilik. "Apa yang dah berlaku Naera?"soalnya dengan takut.

Terus tumpah air mata yang dia bendung dari kelopak. "Ibu"panggilnya dengan sebak.

"Naera apa semua ni?Adakah ibu hilang kawalan lagi?"soalnya dengan mimic muka letih dan pucat sewaktu memandang ke arahnya.

Mahu tak mahu dia menggeleng kepala. "Tak...Naera yang buat semua ni...maafkan Naera ibu.."ucap dia sebelum Tarik ibunya ke dalam pelukan lalu di dakap dengan lemah lembut. "Maafkan Naera sebab sakiti ibu macam ni"

Lantas ibunya teresak-esak nangis. "Huhuhu...Naera...maafkan ibu. Ibu tak sengaja...kamu cedera ke?"tanya ibunya sambil memegang tubuhnya dengan risau.

Sudah terbiasa dengan semua situasi ini, dia tidak dapat berkata apa-apa lagi. Ibunya tidak salah. Dan dia tidak kisah sekiranya dia cedera.

"Naera...tolong la hantar ibu ke hospital...kalau kamu enggan, ibu takut ibu hilang kawalan dan sakiti kamu.."rayu ibunya buat kesekian lagi selama dua tahun ini. "Lepaskan ibu sayang...ibu tak nak sakiti kamu ketika sakit ibu datang"rintih ibunya dengan penuh nada kesakitan dan terdesak.

Dia yang dengar pun ikut terdesak. Yalah...anak mana yang sanggup hantar ibu sendiri ke hospital mental. Dia tak nak!Kalau ibunya jauh dari dia, pada siapa lagi dia mahu tumpang kasih. "Naera tak nak ibu.jangan tinggalkan Naera"rayunya tersedu sedan dengan teruk.

End of flashback....

Air mata mengalir turun ke pipi apabila dia melihat kelibat wanita yang sedang duduk termenung di atas kerusi roda menghadap jendela bilik pada senja itu. Bersama senyuman terpaksa di bibir, Naera seka air mata dari pipi lalu tolak pintu ke dalam dan melangkah masuk ke bilik tersebut.

Kritt~~

Bunyi engsel pintu sentakkan lamunan Rose'. Dia palingkan kepala dengan perlahan lantas bertentang mata dengan seorang gadis berwajah sugul namun manis di pandang mata. "Kamu jururawat baru ke?"tanya dia sebelum tersenyum nipis.

Bila Naera dengar soalan itu, bibir dia mula mengeletar mahu menangis dan matanya semakin merah. "Tak...Ini Naera ibu. Anak ibu"beritahunya dengan lirih.

Maka berkerut la kening itu sebaik mendengar jawapan Naera. "Anak?Saya ada anak?"soal Rose' kebingungan.

Tidak mahu terus memaksa, Naera mendekati ibunya sedikit demi sedikit sebelum bertimpuh di depan kaki Rose'. Matanya terarah pada tangan ibunya buat seketika sebelum dia dongak memandang wajah itu pula. "Maafkan Naera sebab jadi anak tidak berbudi pada orang tuanya.."ucapnya.

Rose' pandang tidak faham. Dia angkat tangannya lalu memegang atas kepala itu. Entah kenapa dia rasa tidak asing tetapi tidak satu pun ingatan terdapat dalam fikirannya mengenai anak gadis di depannya ini. "kamu salah orang mungkin?Saya tidak ingat langsung saya ada anak?"

Air mata jatuh ke pipi Naera apabila dia pejam mata dan mula menangis di situ. Bagai dicarik-carik isi hatinya bila ibunya sendiri tidak dapat mengingati siapa dirinya sebab kesan dari ubat-ubatan di sini. Semua ini demi ketenangan jiwa ibunya. Kerana itu la dia benarkan pihak hospital gunakannya. Tapi malangnya kesan ubat itu buatkan ingatan ibunya sedikit demi sedikit terhapus.

"Maafkan Naera sebab tak dapat nak lupakan Seth ibu. Naera tahu Naera tak patut terus berhubungan dengan keluarga Renold selepas apa yang mereka lakukan kepada keluarga kita...tapi Naera sayangkan Seth ibu.dan Seth sayangkan keluarga lelaki tu...mana mungkin Naera sakiti orang yang Seth sayangi hanya kerana kepentingan kita..."luahnya dengan sendu.

Rose' yang benar-benar tidak faham hanya mampu mendiam dan mendengar luahan anak gadis di depannya. Tiba-tiba dia pun ikut rasa sedih taktala melihat air mata yang berjuraian di pipi mulus itu.

Oleh kerana terlalu sedih dan letih, Naera rehatkan dahinya ke lutut Rose' dan menangis tersedu-sedu di situ. "Apa patut Naera buat?"soalnya dengan suara serak menangisnya.

Secara nalurinya, Rose' pegang kepala Naera lalu di usap. Dia beri tepukan lembut pada kepala itu."Wahai anak muda...saya tak tahu masalah apa yang kamu hadapi...tapi saya harap semuanya akan baik-baik saja. Jadi berhenti la menangis.."beritahunya.

Tanpa mengangkat kepalanya, Naera bawa tangan kanannya lalu naik memegang tangan Rose'. Dia patut tegakkan kebenaran buat ayahnya dan juga ibu dia dan berikan hukuman kepada pelaku sebenar setimpalnya. Tapi sekiranya dia berbuat begitu dia akan sakiti Seth. Untuk itu dia telah buat keputusan yang mana tidak adil buat dirinya dan juga ibu dia.

"Ibu"panggil Naera semasa mengangkat kepala dia lalu tatap wajah sakit ibunya.

Kening Rose' terangkat. Hatinya terdetik senang bila suara lembut itu menyebut 'ibu' kepadanya.

"Let's just forgive and forget..can we do that?"aju Naera. "Naera..dah dapat bukti untuk bersihkan nama baik ayah. Jadi lepas ni, bila semua selesai. Kita pergi dari sini ya. Ibu tinggal dengan Naera. Kita duduk dekat tempat yang jauh dari orang lain...okay?"cadangnya dengan sedih sebelum tersenyum lebar.

"Kamu nak bawa saya keluar dari sini?"soal Rose' dengan nada sedikit tinggi seakan teruja.

Naera mengangguk kepala dengan sebak. Ya. Akan dia pergi dari sini untuk tinggalkan semuanya yang ada di sini dan bina hidup baru. With or without Seth. "Bagi Naera sikit je masa lagi untuk selesaikan urusan dekat sini. Lepas tu pergi."

Rose' yang lebih dari gembira mendengar kata-kata itupun mengangguk kepala. "Okay.."

Tangan ibunya di capai sebelum Naera beri kucupan kasih pada jari jemari itu. Meminta restu. Dia berharap Seth akan terima keputusan dia nanti.

Siguiente capítulo