webnovel

Chapter 46 : Pulang.

Baru nak tidur loceng sudah berbunyi. Naera bangun dari perbaringan untuk mandi dan bersiap. Yalah, kalau benakkan kepala dengan banyak berfikir, ianya hanya akan buat umur dia semakin pendek ada lah. Lantak la apa nak jadi!Jadi la!Dia malas hendak fikirkan semua itu lagi. Lebih baik dia penuhkan perut dengan makanan.Lebih bagus.

Masih dikediaman mewah baru Seth, Naera turun dari bilik yang bersebelahan dengan bilik Seth. Sempat juga dia jenguk ke bilik lelaki itu hendak bertanya apa lelaki itu mahu makan. Tetapi bilik itu lengang. Yang ada hanya bau minyak wangi Seth sahaja berlegar dalam ruangan itu. malas hendak berfikir banyak, Naera kemudiannya atur langkah untuk ke dapur. Dia cuba cari bahan untuk sediakan sarapan pada pagi itu.

Sekali sampai saja di dapur itu, dia disapa dengan pemandangan belakang badan lelaki lampai berapron sedang memasak. Tersengih dia sekejap sebaik menyedari lelaki itu adalah Seth sendiri.

Bau haruman masakan serta merta menerpa rongga hidung yang buatkan bunyi berkeroncong kedengaran dari perut Naera taktala dia berdiri di tepi dining table marmar putih di dapur itu. "Morning..."sapanya.

Seth tersentak. lelaki itu palingkan kepala ke balik bahu. "Hey beautiful..."sapanya dengan senyuman di bibir. "Duduk la dulu. Sarapan akan siap tak lama lagi.."

"Need help?"aju Naera ingin membantu. Kalau dekat rumah biasanya Kade la yang tolong masak dan bagi dia makan. Selalunya kalau nak tengok dia memasak hujung minggu saja la sempat merasa. itupun kalau tak sibuk dengan kerja. But mostly, Kade yang uruskan segalanya untuk dia. Yang mana sudah jadi kebiasaan.

"It's okay..dah nak siap. Duduk la.."

Mendengar akan kata-kata itu, Naera menurut. Dia duduk atas bangku kaki Panjang di dining table itu lalu topang bawah dagu dengan tapak tangan. Fangirl mode dia pun on. Tersengih seperti orang angau bercinta, dia lirik akan belakang bahu Seth yang bidang dengan minat. Hilang terus rasa mengantuk dan penat yang dirasai kerana berjaga sepanjang malam memikirkan penyelesaian isu mereka berdua melihatkan gaya husband material yang dimiliki oleh Seth.

Dring!

Dring!

Deringan telefon menganggu lamunan Naera. Dia tanpa berlengah cepat-cepat capai telefon yang berada dalam poket seluar jean lantas melihat ke skrin telefon dengan kening terangkat. Apabila dia melihat nama 'Kade' tertera padanya, cepat-cepat dia jawab panggilan itu.

"Hey Kade.."sapa Naera.

Seth yang ketika itu sedang menghidang penkek ke pinggan pasang telinga tetapi tidak berpaling.

"Awak dekat mana?"tanya Kade dari dalam panggilan.

Mata Naera terus gerak ke Seth. Lelaki itu sedang berpaling menghadapnya lalu menghidangkan pinggan yang terisi dengan penkek hangat. "Uhh"dia tergagap sendiri. "Ada apa?"tanya dia.

"Saya dah pulang. tetapi awak tiada di apartment?Masih awal lagi..awak dah gerak ke pejabat ke?"soal Kade lagi.

Seth pandang Naera lalu ambil tempat di bangku bersebelahan dengan gadis itu, Siap dengan sengaja selisihkan lengannya pada lengan Naera.

"Oh...awak dah balik?"soal Naera dengan terkejut yang benar-benar terkejut. Aduh!Masak la!Apa dia nak goreng ni? "Well...saya-"

Masa ini la Seth ambil kesempatan. Dia yang hanya hidangkan satu pinggan sarapan pada Seth gerak mahu menganggu focus gadis itu. Dia selak rambut Naera ketepi untuk dedahkan leher itu lantas gerak melagakan hidungnya ke kulit leher Naera.

Serta merta Naera cuba hendak jauhkan diri, tetapi tangan Seth menghalang dia dari bergerak. Maka bergelut la dia untuk tidak ketawa di situ. "Saya keluar awal hari ini...ada hal yang perlu di uruskan"tangannya sibuk hendak menolak Seth jauh darinya.

Seth tidak berhenti, dia terus gerakkan jarinya untuk diseluk ke bawah pakaian Naera. Mahu menggeletek Naera pula. Sesungguhnya dia tidak suka Naera berhubung dengan Kade atau berbual dengannya. Ianya seakan hak dia dicerobohi!Dia gigit cuping telinga Naera sambil tu.

Mata Naera menjegil bulat apabila dia merasai jari Seth merayap ke perutnya.

What the hell!

Dah kenapa pulak dengan mamat ni!Ulat bulu naik lidi betul la!Pepagi lagi buat hal! Serta merta Naera pegang tangan Seth dari terus gerak ke tempat lain.. Dan struggle untuk kekal tenang dalam panggilan itu.

Hampir hendak ketawa sekali, Seth melawan tangan Naera yang cuba menghalang dia.

Siguiente capítulo