webnovel

Chapter 29 : Pertengkaran.

Bersama nafas naik turun, Seth turunkan tangan ke bawah dari mencekak pinggang kasar-kasar. Bengang betul la dia!Pagi-pagi lagi sudah memekak di rumah orang. Dasar kakak ipar tak guna!

"Seth!"panggil suara lembut itu tiba-tiba.

Seth yang dengar ikut tersentak. Dia dengan lekas gerakkan mata ke arah anak tangga, lalu ternampak Naera yang bermuka marah itu. "Awak dah bangun?"

"Yeah...early enough because of your fight.."beritahu Naera setelah tiba di bawah dan mendekati kawasan sofa dimana Seth sedang berdiri. "Apa yang berlaku tadi?Betul ke apa yang saya dengar?"

Hela nafas Panjang lepas dari hidung Seth. Dia pandang letih ke Naera. "Ianya bukan seperti yang awak fikirkan Naera...Teressa tak tahu apa yang dia katakan...percaya la.."

Naera berdengus mengejek. Dia silangkan tangan ke dada dan memandang judging ke Seth. Dia fikirkan Seth lain dari The Donovan yang lain. Rupanya dia salah. Lelaki ni sama saja seperti mereka. Gilakan harta dan tamakkan kuasa. "Sampai hati awak libatkan Sylas dalam hal ni"

"Naera please.."Seth jalan mendekati Naera. Cuba hendak memujuk cinta hatinya itu agar tidak salah faham. Ini semula Teressa punya salah. Meninggikan suara sehingga buatkan Naera dengan semua ini.

"No!"Naera undur ke belakang sambil hulur tangan 'stop' ke arah Seth. "Jangan dekati saya..saya tak nak dengar apa-apa dari awak. And you know what. I'm done. What ever it is. It stop here. Saya tak mahu ada kaitan apa-apa lagi dengan awak mulai hari ni saya berhenti jadi PA awak!"

Seth tidak berhenti, malah dia terus mendekati Naera. "Awak tak boleh buat macam ni Naera...awak sendiri dengar apa saya katakan tadi bukan?Saya tidak pernah berpihak pada ayah saya."jelasnya dengan reaksi marah dan nada sedikit tinggi.

Ya!Dia dengar. Sebab itu dia tidak mahu Seth terus menerus menentang ayah sendiri. Kalau Seth buat semua ni sebab kasihankan akan nasib dia, tidak mengapa. Dia tidak perlukan belas kasihan Seth. Dan kalau mereka berdua kekal bersama seperti ini semakin susah la dia hendak lupakan perasaan Sukanya terhadap Seth. Mereka berdua ini saling tidak ubah seperti langit dan bumi. Dia batu dan Seth adalah permata. Banyak perbezaan antara mereka. Lagipula ayahnya mati kerana keluarga Seth. Rasa macam tak patut pula sekiranya dia kekal bersama dengan Seth.

"Saya tak pedulikan penjelasan awak tu Seth. Bila saya kata we done. It mean we are. So please. Just let me go." minta Naera dengan kening mencerun bersedih. Dia kecewa sebab tak dapat nak nafikan perasaan suka dia pada Seth lagi. Cepat atau lambat dia kena buat jugak keputusan ni. Lagi-lagi selepas dengar semua ini. "Dan please...izinkan Sylas bertemu dengan ibunya sendiri. .Dia ada hak untuk pilih dengan siapa dia mahu Bersama. Bukan hak awak untuk jauhkan Sylas dari ibunya.."pesan dia sebelum berpaling ke arah pintu.

Tercengang Seth dekat situ sebaik mendengarnya Dia pandang tidak berkedip ke langkah Naera. Oleh kerana dia tidak mampu menghalang Naera khuatir Naera akan semakin menjauh darinya, dia hanya berdiri di situ sambil mengepal jari jemari dengan erat hingga timbul urat belirat pada permukaan tangannya.

CLICK!

Bunyi pintu di tutup sesaat kemudian.

Dan sekali suasana penthouse itu menjadi tenang semula.

Maka terduduk la Seth di sofa berdekatannya sebelum tunduk merenggut rambut dengan jari jemari sewaktu tunduk menopang siku atas kedua-dua peha. Mata di pejam untuk rehatkan otaknya yang ketika itu berdenyut-denyut senak.

Penat betul la jadi orang dewasa ni!

Keadaan itu berlanjutan buat beberapa ketika. Senyap sunyi tiada bunyi kecuali bunyi dari deru mesin air akuarium di ruang tengah itu.

Tidak semena satu tangan muncul lalu menyentuh bahu Seth. Perlahan-lahan tangan itu menepuk bahu tersebut memberi pujukan.

Seth pun angkat kepala dari tunduknya untuk memandang. Sebaik dia palingkan kepala ke sisi, di situ berdirinya Sylas dengan renungan prihatin terhadapnya. Tangan kecil itu dengan lembut naik memegang lengannya yang sedang merenggut rambut itu lalu paksa ia turun dari terus berbuat begitu.

"Hey bud.."sapa Seth dengan perasaan tersentuh. Satu senyuman nipis diberikan kepada anaknya itu.

Sylas tidak tahu hendak kata apa.Tapi dia tahu pakciknya ini sedang susah hati. Apa dia boleh buat hanya ini. Tanpa berkata apa-apa terus dia lingkarkan tangan ke sekeliling bahu itu dan memeluk tubuh itu. Kepalanya di lentokkan ke bahu pakciknya. Jauh dari sudut hatinya, selain ayahnya, pakcik dia adalah segalanya dalam hidup dia. Sebab pakcik dia saja yang sudi berikan perhatian dan kasih sayang terhadapnya.

Seth termangu. Tidak menjangka hal itu.

Sylas diam memandang ke tepi sewaktu mengeratkan pelukannya. Dia harap pakcik dia tidak bencikan dia kerana ibunya yang jahat itu.

Tersentuh hati lelakinya bila anak kecil ini cuba memujuknya. Buatkan dia teringat akan abangnya sewaktu lelaki itu masih hidup. "Terima kasih Sylas...patutnya ayah yang pujuk kamu, tapi sebaliknya kamu yang pujuk ayah.."ujar Seth semasa membalas pelukan itu. Kalau abang dia masih hidup pasti abangnya akan buat perkara sama seperti Sylas lakukan terhadapnya sekarang,

Siguiente capítulo