webnovel

Chapter 27 : The Rival The Enemy

Sekejap ke hulu.

Sekejap ke hilir.

Ada masa tu berhenti.

Kemudian sambung semula tingkah yang sama.

Kade yang sudah panas punggung itu jalan mundar mandir sejak tadi di ruang tamu memegang telefon dekat pada dagunya. Berasa resah kerana malam sudah pun lewat. jam masuk 11 malam. Tetapi kelibat Naera tidak kelihatan. Jarang sekali Naera berbuat perangai seperti ini. Biasanya gadis itu akan pulang sebelum 10 malam. Dan sekarang kelibat tiada, panggilan jangan di tanya!

Kade berhenti dari berjalannya sewaktu berhenti mahu melihat jam. Bila dia lihat jarum Panjang sudah tiba di digit enam. Hatinya di hentak risau.

"Mana kau ni Naera?Kenapa tak balik lagi?"tanya Kade sewaktu tunduk memandang skrin telefonnya. Dia pandang akan mesej yang dihantar melalui WhatsApp Naera sejak siang tadi. Tidak dibaca langsung sehingga berpuluh mesej sudah dihantar hingga waktu malam ni. Satu pun tidak berbalas.

Ada something dah berlaku terhadap Naera ke?

Buat risau je la!

Biasanya Kade tidak hubungi Naera melainkan Naera yang menghubungi dirinya. Bukannya apa, dia cuma tidak mahu menganggu Naera atau buatkan dia kelihatan seperti lelaki terdesak. Sebab itu la. Dan sekarang terpaksa la dia langar peraturan yang dia cipta ini kali ni!

Butang hijau pada nombor Naera di sentuh oleh Kade sebelum dia tekap telefonnya ke telinga.

Tut!

Tut!

Bunyi nada dering panggilan.

Kade tunggu panggilannya dijawab sambil mengetap bibir dan mencekak pinggang. Dia jalan mendekati tingkap ruang tamu itu lalu memandang pemandangan langit malam berbulan sabit di atasnya itu.

Click!

"Hello?Naera?"sapa Kade serta merta. "Mana ada awak sekarang?"jantungnya berdebar resah.

Buat beberapa saat panggilan itu senyap tiada suara.

"Naera are you there?"tanya Kade sewaktu berkerut kening menukar kedudukan telefon ke telinga sebelah lagi.

"She not here...for now.."balas suara lelaki dalam panggilan tidak lama kemudian.

Terus jatuh tangan Kade yang sedang mencekak pinggang itu. Air muka resahnya jatuh kepada tergamam.

"Kenapa?Terkejut?"

"Seth?"sebut Kade dengan nada terkejutnya.

"Ya...ini aku.."

Kade mengeratkan cengkamannya pada telefon bila menyedari yang Naera kini Bersama dengan Seth. itu bermakna kedudukan dia terdedah dan rahsianya sudah pun di ketahui oleh Seth. "Mana Naera?"soalnya dari balik ketapan gigi.

"Haha...kenapa kau tanya?"tanya Seth dengan nada ketawa mengejeknya.

"Aku serius Seth?Mana Naera?Kenapa phone dia ada pada kau?Apa kau dah buat pada dia?"soal Kade bernada berang hendak tinggikan suara. Ikutkan hati mahu saja dia berlari keluar dari apartment dan dapatkan Naera serta merta tanpa berlengah lagi.

"Don't worry...she more safe with me than with the man who the reason why she lost her family..." seloroh Seth. "Kau tahu...aku tak sangka pandai jugak kau berlakon baik kan?"

Kening Kade mencerun tajam. Wajahnya menjadi serius..

"Aku tak tahu pulak selama ni kau sorokkan semua ni di belakang aku dan berpura-pura menjadi malaikat penyelamat buat Naera...ni..kau duk berkepit dengan dia selama empat tahun dia, dia tahu tidak siapa diri kau sebenarnya ni?"

"Kau tak tahu apa-apa...better kau diam!"deram Kade dengan garang.

"Wuu...takutnya"ejek Seth lagi. "So dia tak tahu la ni?Dekat mata dia kau adalah hero dia?Gitu?Wah...hebat...sangat hebat.."

Kade menjuling mata menyampah dengan ucapan itu. Dia tidak mempedulikannya untuk balas atau beri sebarang komen mengenainya.

"Naera dekat mana?Dia ada dengan kau?beritahu aku dekat mana, biar aku ambik dia.."

"Nah...I don't think so.."jawab Seth yang sepertinya mahu mengapi-apikan Kade. "Aku lebih prefer dia Bersama dengan aku dari parasit seperti kau tu..."

"SETH CAIN!"panggil Kade dengan nada tinggi akhirnya.

"Kenapa?Kade Hades?Kau marah?Jengkel?"

Kade mengepal penumbuk pada masa rahangnya berketik mahu mengamuk di situ. Keningnya mencerun tajam saat pandangan mata dia di tala pada bingkai gambar lama keluarga Naera di ruang tamu itu.

"Well..sama la dengan aku...itu la perasaan yang aku rasakan selama ni. Dan dalam situasi sekarang yang patut marah adalah aku. Bukan kau!"ujar Seth dengan tenang di dalam panggilan itu. "Kau...tak ada hak nak marah atau tinggikan suara kepada aku.."

"Beritahu aku dimana Naera berada sekarang Seth..or else-"

"Apa kau nak buat?"tanya Seth yang memintas kata Kade serta merta. "Nak aku beritahu Naera siapa diri kau sebenarnya?Nak aku beritahu Naera kau adalah mastermind di sebalik kejadian yang menimpa syarika DI Clove dan memburukan nama baik ayah Naera sampai dia mati bunuh diri?Itu mahu kau?"

Kade terdiam. Dapat dia rasakan darahnya naik berderau laju ke otak sampai sakit urat saraf otaknya.

"Dengar Kade...aku bagi amaran pada kau...sama ada kau keluar dari apartment tu sendiri atau yang heret Naera tinggal Bersama dengan aku..pilihan kau. Sekiranya kau berdegil, jangan salahkan aku sekiranya hal yang tak sepatutnya Naera tahu aku dedahkan"ugut Seth bernada penuh sinis dan jahatnya.

Sampaikan Kade yang dengar sudah bernafas kencang menahan sabar, hidungnya kembang kempis dan bibirnya bergetar seperti haiwan buas menyeringai!Tak guna betul anak bos dia ni!Berani-berani ugut dia!

CLICK!

Tanpa menunggu Kade bercakap, Seth putuskan panggilan sesaat kemudian.

*****************************************

Hahaha...lambat sikit malam ni tak apa la ya.

Tinta tengah layan novel Mr.Grey ni.Tak leh nak lepas. Best sangat Nisa Ardina dengan Mr.Grey ni... Siapa pernah baca?Serius talk novel ni kelakor habis doh!Ketawa tak habis-habis.

Ni dua chapter dulu ya up.

Nanti Tinta up lagi.

Stay tuned okay.

Siguiente capítulo