webnovel

Chapter 23 : Risau Jatuh Cinta Sekali Lagi

What the hell!?

Mata kanannya mengerenyet selepas lihat akan kereta hitam Porsche di depan laman apartment dan lelaki segak di tepi kenderaan itu. Beg tangannya jatuh dari bahu ke tangan kerana begitu tercengang.

"Apa tuan buat dekat sini?"soal Naera sambil mendekati Seth. Tak ada rebut tak ada taufan, tiba-tiba tercegat dekat depan apartment dia?Nak jadi gentleman atau saja nak tunjuk diri tu kaya depan dia?

Seth tolak dirinya dari sandar di badan kereta itu lalu berdiri melangit di depan Naera. "Jemput awak sekali.."katanya dengan senyuman berlagak di bibir. "Semalam saya call awak off phone. Siapa suruh. Kalau awak jawab. Mesti awak takkan terkejut dengan kemunculan saya dekat sini.."

Mata Naera naik turun meneliti lelaki yang tidak ubah seperti tuan besar itu dengan curiga. Dah kenapa?Macam la dia tak ada kaki nak pergi sendiri ke pejabat. "Tak payah...saya boleh pergi sendiri. Nanti kalau orang Nampak saya keluar dari kereta dan datang Bersama dengan tuan...gossip akan tersebar. Saya tak suka terlibat dengan scandal bagai.."ujarnya sebelum gerak ke tepi untuk pergi dari situ. Bukannya dia tak suka, malah suka, Tapi dia tak boleh terlalu rapat dengan Seth sebab nanti makin susah dia nak lupakan perasaan suka dia pada Seth!Yang sakit merindu dia jugak yang tanggung!

Seth terus cengkam lengan kiri Naera dengan erat lalu tarik gadis itu mendekat padanya semula.

Menahan nafas terkejut Naera dibuat rentapan itu, Oleh kerana dia bertumit tinggi, kakinya tersandung mahu terpelecok dek hilang keseimbangan. Mahu tak mahu dia cepat-cepat lingkarkan tangan ke bahu Seth dan sandar pada lelaki itu dari jatuh di lantai pavement itu.

Tangan Seth secara automatik melingkar ke sekeliling pinggang Naera kemas-kemas. "Sorry...awak okay?"sengih dia.

Naera yang terpana akan rupa paras Seth termangu sendiri. Dia hampir mahu tersengih bila melihat senyuman boyish milik crushnya itu. Sungguh!Seth langsung tidak berubah langsung. Lelaki ini tetap murah dengan senyuman! Dupdap!Dupdap!Jantung dia berdetak!

Senyuman Seth melebar selepas dia perasaan akan renungan Naera yang jelas-jelas beritahu dia yang gadis di depannya ini masih sukakan dia. Senang mengetahuinya, tangan sebelah lagi di bawa naik untuk menyelak anak rambut yang jatuh ke mata kiri itu. perlahan-lahan dia selak rambut itu ke tepi.

"Walaupun saya suka dengan kedudukan kita sekarang Naera, we have meeting need to attend honey...so apa kata awak berhenti tunjuk perangai keras kepala awak tu supaya ikut saya dan jadi seorang PA yang mendengar kata untuk satu hari ni?Boleh?"katanya di depan muka Naera.

Seakan baru di tampar, Naera tersentak dari angaunya lalu cepat-cepat menolak dirinya jauh dari Seth. Dia luruskan pakaiannya sambil berdehem. mahu menghilangkan rasa gugup dan malunya. Isy!tak guna punya hormon!Ada ke patut buatkan dia berdebar gara-gara Seth! Patutnya bencikan Seth!Bukan malah angaukan lelaki ni semula!

Seth buka pintu untuk Naera lalu aju tangan supaya Naera masuk ke seat depan itu.

Mata Naera gerak memandang Seth lalu ke dalam kenderaan mewah itu. Bawah bibirnya di gigit geram. Serius dia nak memberontak sekarang ni!Paling tidak pun tampar muka Seth supaya lelaki ini berhenti dari mendesak dia untuk jadi PA. Tapi itu la!Perasaan dia telah mengkhianati dirinya sendiri.

"Tak perlu. Saya akan drive sendiri nanti."tolak Naera lagi. Dia kena jarakkan diri dengan lelaki ini sebanyak yang mungkin!

"Nak drive macam mana?Kereta awak masih di company. Lupa ke semalam saya yang hantar awak balik?"tanya Seth. "Ke sebab awak tak nak orang lain cemburu bila awak bersama saya?"selorohnya dengan penuh maksud.

Naera menjeling tajam ke Seth. Hak alah...dah kenapa pulak mamat berlagak ni?Tiba-tiba je! "Siapa yang cemburu?"tanya dia dengan muka bercemberut tak puas hati.

Seth menjungkit bahu. "Mana saya tahu...awak beritahu la saya.."kata dia semasa pegang belakang badan Naera dan dorong gadis itu supaya masuk ke dalam kereta.

"Next time...saya akan drive sendiri. Berhenti layan saya macam ni!"gerutu Naera ketika itu.

"Hahah..kenapa?Risau awak akan jatuh cinta dekat saya lagi ke?"sakat Seth sewaktu letak tangan di atas kepala Naera untuk elak dari terhantuk pada pintu itu.

Sebaik Naera duduk di seat, dia dongak menjeling ke Seth. "Jangan nak perasan ya!Sekalipun dunia kiamat takkan saya sukakan tuan semula!"lafaznya dengan benci.

Tidak terasa dengan kata-kata itu, Seth hanya tersengih lalu tutup pintu kereta dengan perlahan dan gerak ke tempat seat pemandu.

Siguiente capítulo