webnovel

52.

"Bianca bercakap..siapa ni?"

Xiana bawa telefonnya dekat depan muka dia sambil pandang pelik. Takkan la ketua dia ni tak save nombor dia dalam phone siap tanya siapa ni? Serius la. Terus dia bawa telefon tu ke telinga semula.

"Hai Cik Bianca..."sapa Xiana.

"Huh?Kau ke...aku ingatkan siapa tadi.."Boleh Xiana bayangkan yang wanita ini sekarang sedang menjuling mata menyampah kerana dia.

"Maaf kerana menganggu.."ucap Xiana.

"Ada apa kau call aku ni?"gerutu Bianca.

Sambil tarik senyuman tidak pasti, Xiana pandang tiga lelaki yang berada di depan dia. Seorang duduk sandar di kerusi dengan kaki bersilang, seorang dengan tangan bersilang di dada berdiri sebelah kerusi lelaki pertama. Seorang lagi hanya pandang dia dengan kening berkerut dekat sebelah lelaki kedua tadi.

"Umm...macam ni. Sebelum saya cakap hal yang selanjutnya, boleh tak cik pilih."

"Haih...kau jangan nak buang masa aku boleh tak...kalau kau nak merepek...aku putuskan panggillan ni."marah Bianca.

Xiana berkerut kening masa pandang Mateo. "Sekiranya diberi pilihan untuk bunuh seseorang, saya atau Tuan Desmond. Yang mana pilihan Cik Bianca?"

Terus senyap panggilan tu. Tapi masih di talian, belum lagi diputuskan.

"Cik Bianca?"panggil Xiana lepas panggilan tu senyap tiada bunyi.

Mateo terus duduk sondong ke depan sambil letakkan kedua-dua siku atas lutut kaki dia lepas lihat reaksi Xiana. Berjaya ke tak tu?

"Desmond."jawab Bianca tak lama dia mendiamkan diri.

Terus naik mata Xiana pandang Mateo. Lalu dia memulutkan nama Desmond di bibir untuk di baca oleh Mateo.

Nampak saja bibir Xiana bergerak, Mateo beri anggukan serius kepada Xiana sebagai izin untuk Xiana teruskan apa yang telah dirancang.

"Cik...ada sesuatu yang saya nak pastikan dari cik. Dan saya harap cik bantu saya."

"Asal kau dah tahu rahsia dia ke?"soal Bianca terus yang seperti tahu apa yang sedang berlaku.

Terkedu Xiana lepas tu. Dia pandang terkejut ke depan sebelum menahan nafas dekat tekak. Wow! Cepat betul cik grumpy ni pick up. "Jadi cik tahu la yang Encik Desmond tu-"

"Of course la aku tahu...dah aku membesar dengan dia.."sampuk Bianca sebelum Xiana sempat habiskan kata-kata. "Kalau boleh dah lama aku bongkarkan rahsia dia. Tapi itu la. Dia gunakan ibu aku yang sakit untuk tutup mulut aku. Nak tak nak, aku terpaksa diamkan diri..."

"Kalau macam tu...biar saya tolong cik..."

"Kau nak jatuhkan Desmond?Sendiri?"Bianca bernada mengejek. "Jangan mimpi..."

Xiana pandang Mateo, Ryan dan Kian yang ada di depannya sebelum tersenyum nipis. "Tak..bukan saya seorang."

"What ever...kalau kau nak bukti dia seorang perempuan...aku ada lebih dari bukti yang boleh buat dia melungkup tak bangun-bangun. Kalau kau nak aku akan emailkannya dekat kau sekarang."aju Bianca bernada tidak berminat.

"Macam tu je?"soal Xiana dengan muka terkejut.

Suara Bianca melepaskan dengusan menyampah kedengaran. "Bertahun lama aku simpan semua perasaan aku. Kalau betul kau nak jatuhkan dia. Jatuhkan dia cukup-cukup. Biar dia rasa macam mana hidup ditindas nanti..."

Xiana pandang ke lantai dengan perasaan serba salah. Tak hairan la kenapa Cik Bianca bersikap kasar dengan orang. Semua tu sebab tak nak diri di tindas seperti mana yang Desmond lakukan pada Bianca.

"Boleh saya tahu kenapa dia tukar jantina dan sejak bila dia ubah penampilan dia kepada lelaki?"Xiana turunkan telefon dia dari telinga lalu menekan butang loudspeaker untuk didengari oleh semua orang.

"Untuk apa lagi kalau bukan sebab harta. Syarikat kata mereka tak boleh terima waris perempuan sebagai penyandar ayah, jadi dia ubah jantina dia perlahan-lahan sejak dia berusia 13 tahun... sejak tu dia mula berubah jadi lelaki."

Xiana yang dengar dah buat muka kengerian. Mesti sakit untuk jalani proses tu. Sampai hati ya.

"Lepas dia dijadikan sebagai CEO, hanya aku dengan ayah je yang tahu siapa dia. Tapi berita tu keluar tak lama dia jadi CEO, presiden dan director syarikat dapat tahu yang Desmond bukan lelaki. Mulanya dia orang nak lucutkan jawatan tu, tapi memikirkan risiko yang bakal mereka hadapi, dia orang kekalkan Desmond sebagai CEO sehingga sekarang.."jelas Bianca lagi.

"Begitu ke..."balas Xiana yang tak terkata mendengarkan semua itu. "Terima kasih untuk kerjasama cik. Amat saya hargai."

"Small matter. Aku dah sent kan semua maklumat dan gambar lama milik Desmond ke email kau. Gunakan sebaiknya."pesan Bianca.

"Baik cik."

"Okay. Bye."pamit Bianca dengan nada grumpy dia.

Setelah itu panggilan itu pun terputus.

Xiana lepaskan hela panjang lega dia lalu sandar ke belakang. "Settle. Sekarang apa?"

"Apa lagi...kita mulakan la misi kita untuk lumpuhkan syarikat tu.."jawab Mateo sambil capai dokumen yang dia peroleh dari pejabat papa dia. Senarai nama pemegang saham lama yang dulu pernah bersahabat baik dengan papa dia. Pemegang saham kekal di syarikat Vidmizir.

"Apa rancangan awak?"soal Xiana.

Mateo pandang Xiana dengan senyuma meleret jahat dia. "Ambik balik apa yang dirampas dari ayah aku..."dia akan rampas semua pemegang saham ni untuk berpihak pada syarikat dia dan keluarkan semua pelaburan mereka dari syarikat Vidmizir.

Xiana termenung memikirkan sesuatu. Mata dia terarah pada lantai seramik di bawah kakinya.

Kian yang perasan akan hal itu bersuara. "Ada sesuatu yang menganggu fikiran cik ke?"

Tersentak Mateo masa dengar, dia turut alihkan perhatian dia dari kertas tu ke Xiana. "Ada apa Ana?"

Xiana pandang serba tak kena ke Mateo. "Tak ada apa-apa."kalau dia beritahu Mateo halang dia tak agaknya?

Ryan yang tahu ada sesuatu tak kena hanya pandang curiga ke Xiana. Tak cakap apa-apa.

Siguiente capítulo