webnovel

19.

"Macam mana dengan saham dari Kumpulan ACEX?"tanya dia sambil pandang kertas dekat tangannya yang mengandungi maklumat mengenai syarikat Vidmizir.

"Mereka ada 60 peratus share dalam syarikat ni tuan.."

"Baki shareholder yang lain?"

"Dua pertiga dari mereka adalah ahli kongsi lelap."

"Okay...terima kasih. Kalau ada apa-apa maklumat lain maklumkan kepada aku." ujarnya sewaktu kerling ke kertas profile syarikat pula. Beberapa wajah di pandangnya sebelum dia terarah pada wajah staf wanita yang tersenyum manis.

"Baik Tuan Mateo..."

Telefonnya di turunkan dari telinga dan kertas yang dipegangnya di letakkan ke atas meja sebelum dia capai kertas profile pekerja dan dibacanya dengan teliti.

SPRANG!

Bunyi sesuatu pecah kedengaran dari luar balkoni jiran sebelah kedengaran tak lama kemudian. Buatkan Mateo tersentak lalu kaku memandang ke depan.

Bunyi apa tu?

Tanpa berlengah, dia bangun lalu gerak ke beranda ruang tamunya. Keluar saja dia ke beranda, Mateo di sapa dengan jiran sebelahnya yang berpijama tidur warna putih sedang berdiri dekat situ.

"Hei...apa tu?"soal Mateo. "Kau okay tak Ana?"keningnya berkerut tak faham bila jirannya hanya berdiri di situ termenung memandang langit malam.

Xiana yang sedang berdiri itu kemudiannya gerak ke sisi dan tarik kerusi kecil yang ada dekat situ. Dia letakkan kerusi tu di tepi rel besi sebelum panjat di atasnya.

Mateo yang nampak akan hal itu angkat kening tinggi. What the hell!

"Apa kau cuba buat tu?"soalnya dengan hairan. Takkan la Xiana nak terjun bangunan.

Xiana panjat rel besi tu, dia angkat kaki kanan sebelum naikkan kaki kirinya lantas duduk di atas rel besi dengan kedua-dua kaki menghala keluar beranda.

Masa tu jantung Mateo terus drop bila menengok aksi tersebut. "Xiana..."panggilnya.

Perlahan-lahan kepala Xiana bergerak berpaling memandang ke beranda sebelahnya. Renungan kosong terarah pada Mateo yang kelihatan kacak disimbah cahaya bulan malam.

"Apa yang kau cuba buat?"tanya Mateo dengan perlahan.

"Mati..."sebut Xiana dengan perlahan sewaktu angin malam bertiup menerbangkan rambutnya ke belakang.

"Kenapa?"tanya Mateo lagi. Sedaya upaya hendak halang hal tak elok dari berlaku di malam-malam macam ni.

Xiana kembali pandang ke depan. Sikit pun tak rasa takut dengan ketinggian itu. Kalau dia jatuh sekarang jugak, dengan senang hati dia terima kematian dia. "Sebab saya dah penat dengan dunia ni."ngadunya.

Mateo rapat ke sisi beranda dia supaya lebih dekat lagi dengan Xiana. "Apa yang buat kau penat?"

"Semuanya...saya penat dengan semuanya...dan saya harapkan kematian saja yang dapat hilangkan semua penat tu nanti."Xiana tunduk termenung memandang ke bawah dengan senyuman nipis di bibir sebelum air mata bergenangan di kelopak matanya.

Mateo lepaskan hela nafas panjang sambil berkerut kening. Apa la yang buatkan Xiana nekad nak buat semua ni. "Dengar...semua masalah boleh selesai dengan baik. Bunuh diri takkan selesaikan apa-apapun."

Mata Xiana bergerak memandang Mateo. "Selesai?Apa yang selesai?Saya cuba selesaikannya...tapi masalah tu semakin lama semakin banyak.."luah dia sewaktu air mata jatuh berlinangan di pipi.

"Aku akan tolong kau...jadi tolong la turun dari situ."aju Mateo dengan kening mencerlung.

Xiana tersenyum sedih. "Awak akan tolong saya?Kenapa?Sebab saya nampak kasihan?" soal Xiana dengan nada marah tapi tersenyum.

Mateo geleng kepala. "Tak...aku tolong kau sebab aku jugak seorang manusia...aku tak tahu apa masalah yang kau tanggung sampai kau buat keputusan ni...aku nak tolong...please. Bagi peluang dekat diri kau dan jugak aku...."

Sambil mengetap bibir, Xiana ketap gigi sebelum tunduk menangis menekup sebelah muka. Dia dah tak larat nak lalui semua ni lagi masalahnya. "Bukan sekali, tapi banyak kali saya bagi peluang pada diri saya untuk tak berputus asa...tapi semuanya tak ada gunanya jugak..."luah dia dengan sebak.

Mateo panjat beranda dia pada masa itu. Mujur la jarak antara beranda dia dan Xiana hanya satu depa saja. Jadi dia gunakan kaki panjang dia untuk melangkau jarak itu sebelum lompat ke beranda Xiana. Dia gunakan peluang itu untuk peluk Xiana turun dari beranda tu sebelum mereka berdua sama-sama terjatuh dekat situ.

"Lepas!Lepaskan saya!Biar saya mati!"ronta Xiana sambil tarik tangan Mateo supaya lepas dari memeluk pingang dia.

"Ana...bawak bertenang!"panggil Mateo semasa peluk Xiana sekuat hati dia.

"Arghh!!Lepas! Saya nak mati!Arghhhh!!!!"teriak Xiana sekuat hati.

Mateo tarik kepala Xiana lalu di bawa ke ceruk lehernya lalu dipegang kemas belakang kepala itu. "Shh...."pujuknya.

Xiana tumbuk tepi lengan Mateo berkali-kali sambil menangis sebelum berhenti tak lama kemudian. Biar dia mati! "Saya bencikan hidup saya..."luahnya dengan mata terpejam dari balik bahu Mateo.

Mateo pejam mata lepaskan nafas lega. Nasib baik sempat. Nampaknya tambah satu la kerja dia dekat sini. "Aku janji. Aku akan tolong kau."sebut Mateo semasa menepuk belakang badan Xiana.

Siguiente capítulo