webnovel

bab35

   " Saya macam siapa?" Soal aku kepada Haniff.

" Macam siapa? Apa? Maksud awak?" Soal Haniff yang memandang aku sekilas sambil menjongketkan sebelah keningnya lalu kembali fokus pada pemanduannya.

"Tadi tu la yang Zarul cakap tu. Dia cakap saya ni macam, lepas tu tak sempat dia habis cakap, awak dah potong cakap dia." Omelku sambil memuncungkan sedikit bibir.

"Ada eh? Err saya tak perasan la. Alah bukan apa pun tu sayang. " Ujar Haniff bersahaja.

Dia ni kan, yeye la tu tak perasan entah-entah... Haish Alisya kau ni kerja nak fikir negatif je. Cuba positif sikit.

"Haa fikir apa tu, mulut tu muncung macam nak cium kereta depan dah." Ujar Haniff.

"Mana ada..." Ucapku perlahan

"Ke... Nak cium saya?" Usik Haniff nakal bersama ketawa kecil.

"Ish awak ni gatal eh." Tuturku sambil memandang tajam.

"Ooo cakap saya gatal eh.. nak saya buat throwback ke apa jadi dekat Turkey hari tu?" Bisik Haniff perlahan tapi tetap jelas.

Merah muka aku bila teringat kembali apa yang aku lakukan di Turki tempoh hari. Tu la Alisya yakin sangat.

"Hahaha. Blushing ler tu. Hahaha it was nice darling." Ucap Haniff lalu mencium pipi kananku.

Aku? Lagi la tambah blushing. Haih lah pakcik air batu tingtong ni. Air batunya dah tak ada. Tapi tingtongnya makin tebal.

***

Sesanpai sahaja kami di sekolah, aku mengukir senyum melihat para pelajar yang baru sampai ke sekolah. Mungkin di antara mereka sedih dan malas nak mulakan hari ni. Iyalah lama cuti, minggu depan exam pula tu. Tapi aku, tersangatlah teruja nak memulakan tutij aku kembali. Pelbagai perkara berlaku sebelum cuti tempoh hari, dari tunang tipu-tipu, kes cikgu Latip sampai lah aku menikah. Semuanya tak ada pun dalam buku planner aku tahun ni. Betul lah orang cakap, kita hanya merancang Allah yang menentukan.

"Uish, lama termenung, siap senyum-senyum lagi. Puan Qalisya memang tak mahu turun kereta ye?" Soal Haniff yang sudah pun berdiri di sebelahku sambil tangan kirinya memegang pintu kereta. Entah bila lah dia buka pintu kereta bahagian aku ni.

Aku menoleh ke arahnya. Walaupun aku sedikit tersentak dari lamunan tapi masih boleh dikawal.

" Ehem. Sejak bila berdiri dekat situ?" Soalku

"Lama dah sayang. Sempat la kira berapa banyak bulu mata awak tu." Ujarnya sambil  tersengih.

"Main-main eh." Ucapku sambil menggelengkan kepala.

"Usik sikit pun tak boleh ye." Ujarnya seraya merapatkan wajahnya lalu mencuit hujung hidungku.

Haniff mengukir senyuman hingga menampakkan barisan giginya yang tersusun cantik

Belum sempat dia berdiri semula, pantas aku merangkul lehernya dan menghadiahkan satu kecupan di pipi kirinya.

"Bye husband," ucapku lalu bangkit fan berjalan menuju ke pejabat.

Aku tersenyum puas melihat wajah Haniff yang jelas terkejut dengan tindakan ku.

***

"Amboi pengantin baru, masuk-masuk kerja dan tersenyum sampai telinga ye?" Sapa Cikgu Mariam yang berdiri disebelahku.

"Eh akak ni, mana ada" ucapku.

"Mana Encik Suami? Takkan datang asing kot." Tanya Cikgu Mariam

Belum pun sempat aku menjawab soalan Cikgu Mariam, terdengar suara yang cukup aku kenal.

"Ada ni kak, laju sangat isteri saya jalan." Ucap Haniff yang melangkah masuk ke ruang pejabat sekolah.

"Tak sangka betul akak korang ni suami isteri. Iyela baru je rasa Haniff pindah sini, tup-tup nikah dah korang. Rahsia Allah betul jodoh ni." Ucap Kak Mariam sambil tersenyum.

***

"Assalamualaikum kelas!"  Sapaku kepada Kelas 5Aura.

" Waalaikumusalam Cikgu Alisya cantik!"

"Amboii. Kemain bodek eh, tak exam lagi ni. Awal bodek." Sakatku sambil diiring tawa mereka.

"Alaaa, cikgu ni.. petik pasal exam pula.." keluh Hafiz sambil menongkat dagu.

"Haha. Okeh macam yang korang dah sedia maklum, minggu depan kita exam, jadi saya bak tanya, cuti hari tu study tak?" Soalku kepada mereka.

Semua pelajar memang sudah dimaklumkan sebelum cuti yang peperiksaan akan dijalankan seminggu selepas cuti berakhir.

Mereka hanya tersenyum kelat melihatku. Tidak lah aku hairan kalau mereka tidak ulang kaji. Al maklum lah, semua orang cuti kalau boleh nak enjoy kan.

"Okeh, tengok muka masing-masing ni, nampaknya kau orang tak ulang kaji la ye. Ok kalau macam tu, hari ni, kita ulang kaji, Cikgu dah print soalan untuk korang. Semua jawab, and kalau ada yang tak faham, korang tanya ye." Ujarku.

Sedang khusyuk aku melihat mereka menyiapkan soalan yang aku berikan, Fatin mengangkat tangannya.

"Ye Fatin, kenapa?" Soalku kepada Fatin.

"Cikgu tak nak buat kelas tambahan ke?" Tanya Fatin sambil tersengih.

"Kelas tambahan? Erm,. Boleh je, awak nak bila? Weekend ni boleh?" Soal aku kembali.

"Tak boleh Cikgu, kita orang ada lawatan kelab minggu ni." Kata Aisyah, yang merupakan Ketua Pelajar di sekolah ini.

"Oo semua terlibat ke?" Soalku.

"Separuh juga la kelas 5Aura." Jawab Aisyah.

" Lawatan dekat mana?" Soalku.

"Rumah anak Yatim Mutiara. Cikgu Haniff pun join la. Cikgu tak tahu ke?" Tanya Aisyah.

"Oh yeke? Entah saya tak tahu pun." Jawabku

"Ok la , korang bincang tarikh, kalau nak buat saya ok je." Ujarku.

"Kalau buat kelas tambahan akaun, kira free sekali kelas tambahan math la kan?" Ujar Fatin sambil tersenyum nakal.

"Amboii sempat ye. Dah buat soalan tu, kejap lagi kita bincang jawapan".

***

"Amboi, termenung apa tu," tegur Haniff lalu melabuhkan punggung disebelahku.

"Tak ada apa, saja layan drama melayu." Ujarku sambil mata ku fokuskan pada skrin televisyen.

"Erm, weekend ni awak ada pergi mana-mana ke?" Soal aku kepada Haniff yang memakai tshirt hitam tidak berkolar dipadan dengan seluar bertona kelabu.

"Tak ada pergi mana-mana pun. Kenapa?" Jawabnya

Aku mencerun matakan merenung wajah milik Haniff.

Siang tadi, 5Aura cakap pakcik ni join program dekat rumah anak yatim. Ni cakap tak ada pergi mana-mana pula.

" 5Aura cakap awak join lawatan rumah anak yatim. " Tuturku.

"Oh. Haah lupa nak bagitahu. Tapi hari. Sabtu. Ahad saya tak ada apa-apa program." Terang Haniff sambil bangun lalau melangkah menuju ke dapur.

"Lah, nak pergi mana pula tu?" Soalku sambil memusingkan badangku menghala ke arah Haniff.

"Nak ambil air, Puan Alisya nak?" Soal Haniff sambil tersenyum.

"Air apa? " Soal aku. Iya la air manis ke , air kosong.

"I love you forever" ucap Haniff lalu mwngenyitkan mata kanannya.

"Eyy! Belajar dengan budak mana la pickup line macam tu." Ucapku sambil wajah sudah mula merona merah.

"Elele. Padahal dah blushing. " Ujar Haniff sambil ketawa. Lalu kembali melangkah ke dapur.

***

"Nah. Special buat yang tersayang. Ni kalau minum, comfirm awak gila bayang dengan saya." Ucap Haniff sambil menghulurkan secawa kopi.

"Saya je la nanti gila bayang dengan awak. Awak tak?" Soalku sambil menyambut huluran Haniff.

Haniff tersenyum manis memandang wajahku.

Dia duduk di sampingku, lalu tangan kiriku dicapai lembut.

"Kalau awak gila bayang, saya gilakan awak sorang." Tuturnya sambil tersenyum.

"Eh gedik la. Pakcik air batu ni," katakan sambil ketawa.

" Pakcik air batu je? Mana tintong?" Soal Haniff sambil menjongket sebelah keningnya.

"Eh? Mana awak tahu pasal tintong?" Soalku terkejut.

"Tak tahu tak tahu." Ujarnya sambil menjuihkan bibir.

" Haniff! Awak tengok phone saya eh?! Eyy!" Ujar sambil menumbuk lembut lengan Haniff.

Haniff menjongketkan bahunya.

" Tukar tau nanti. Kalau umi tahu habislaaa." Sakat Haniff sambil ketawa.

Pin! Pin!

Terdengar bunyi hon motosikal di luar rumah.

Aik! Takkan la abang posmen datang malam-malam.

" Siapa?" Soalku kepada Haniff.

Haniff bingkas bangun lalu mencapai dompetnya yang berada di atas meja.

"Saya order makanan." Ujarnya sambil tersenyum lalu mengeluar dua keping not 50.

Saat dia menarik duit tersebut,sekeping gambar bersaiz passport jatuh ke lantai. Namun Haniff tidak sedar akan hal tersebut. Dia telah pun bergerak ke pintu rumah.

Aku mengutip gambar tersebut yang jatuh dalam keadaan terbalik.

Di belakang gambar tersebut tertulis satu nama yang sudah tidak asing bagi aku.

'Amira'

Pantas aku memusing gambar itu. Dadaku terasa sedikit berombak, kerana inilah kali pertama aku akan melihat wajah penghuni pertama di hati Haniff.

Wajah polos, berkulit putih dan berambut lurus. Itulah yang dapat aku gambarkan dari gambar ini.

Tidak aku nafikan ,dia memang cantik. Tidak hairan la kalau Haniff masih menyimpan gambarnya. Kerana aku sendiri mengakui kecantikkannya. Namun terasa tidak asing buatku melihat sepasang mata cantik milik Amira ini.

"Sayang.." panggil Haniff teragak-agak.

Aku memandang Haniff. Lalu mengukir senyum nipis buatnya.

"Nah, awak punya. Terjatuh tadi " ucapku lembut.

Marah? Sedih? Cemburu? Entahla. Bagaikan padam apabila melihat wajah polos milik Amira itu.

"Erm.. Qalisya.." ucap Haniff teragak-agak. Aku yakin pasti Haniff rasa bersalah saat ini.

" Tak apa saya tak marah pun. Tapi rasanya dah boleh kot tukar dengan gambar saya pula.". Ujarku sambil tersenyum.

"Erm saya pun tak ingat yang ada gambar dia dalam ni. And siapa cakap saya tak simpan gambar isteri saya?" Ucap Haniff lalu mengeluarkan sekeping gambar dari dompetnya.

"Haniff!! Mana awak dapat gambar saya zaman sekolah ni?!!!" Jeritku dek kerana terkejut.

Dengan muka comot tu. Aih mesti umi yang bagi ni .

BERSAMBUNG...

P/s : enjoy reading korang!

Siguiente capítulo