webnovel

Bab 3

Tiba-tiba, badan naga itu mengeluarkan cahaya lagi.

"Oi, kau nak buat apa lagi" ujar Hermin Jr.

Ternyata naga itu mengecilkan lagi badannya sehingga terbentuk tangan, kaki, dan badan seperti manusia tetapi kulitnya masih berwarna merah bersisik, matanya juga memancarkan cahaya merah darah, tepat di depan Hermin Jr.

"Wooow, kau memang boleh ubah saiz badan ke?. . ."

"Kulit kau sedap la dipegang, macam kain baldu" Hermin Jr menyentuh badan naga yang sudah menjadi seperti badan manusia itu.

Sang naga hanya memerhatikan gelagat Hermin Jr yang menyentuh badannya itu.

"Sepanjang aku hidup, tiada siapa yang pernah menyentuh aku sebegini rupa. . ."

"Perasaan apakah ini, kenapa aku rasa seperti. . . .seperti. . .grrrrrrr. . ." Sang naga mendongak ke atas memejamkan matanya.

Hermin Jr meneruskan menggosok badan naga itu di bahagian leher, sehingga naga itu membuka matanya dengan mengejut.

"Huh, cukup!,. . .ha. . .ha" nafas sang naga tercungap-cungap.

Hermin Jr berhenti menggosok leher sang naga dan tersenyum sedikit, tiba-tiba muncul kalung rantai pada leher naga itu, kalung rantai itu bersambung pada tangan Hermin Jr. Sesaat kemudian kalung rantai itu hilang.

"Heh!, apa lagi ni. . ."ujar Hermin Jr

'Mendapat pet: Dragon King' muncul di monitor Hermin Jr.

"Oh, macam tu je?". . .

"Ha!. . .ya, kontrak sudah terbuat (apa!, aku belum lagi membuat kontrak, kenapa ini boleh terjadi, aku tidak boleh meleraikan kontrak ini jika bukan aku yang menawarkan. . .)"

"tapi, mengapa aku merasa itu sudah tidak penting lagi?". .

"Dragon king, kau tak ada nama ke?"ujar Hermin Jr

"Aku tidak memerlukannya". . .

"Kalau macam tu, aku panggil kau DK, senang sikit nak sebut". . .

Selepas sahaja Hermin Jr memberi gelaran 'DK' kepada naga itu. Badan sang naga yang seperti manusia itu bertukar menjadi susuk tubuh wanita yang sempurna.

"Heh!., kau betina rupanya" ujar Hermin Jr.

"Apa!, apa yang kau buat pada diri aku" DK melihat badannya.

"Ha,?,. . .ha?"Hermin Jr terpinga-pinga.

"Skill perubahan aku sudah sempurna, adakah disebabkan aku menjadi pet kepada manusia ini?". . .

"Kau punya badan kan, kenapa tanya aku". . .

"hancur hutan ni, tapi aku tak sangka ada naga dekat dunia ni"Hermin Jr melihat sekeliling.

"Jom ikut aku",

Hermin Jr berjalan melompat retakan tanah menuju ke arah kampungnya, DK mengikutinya di belakang. Semasa berjalan, Hermin Jr menoleh ke belakang,  di melihat DK mengikuti gerakkannya. Hermin Jr kemudian membuat gerakan yang pelik, dia melihat DK mengikuti gerakannya yang pelik itu juga.

"Kau dah kenapa?"ujar Hermin Jr.

"Aku mahu membiasakan diri dengan badan ini, cara yang paling mudah adalah dengan mengikuti makhluk sejenis" balas DK.

"Oooh"Hermin Jr melihat ke depan dan meneruskan berjalan.

"Mengapa badan kau dan aku mempunyai perbezaan, aku menyangka manusia itu sama semuanya, tapi aku tiada seperti apa yang kau ada di bahagian bawah pinggang itu, adakah aku manusia jenis lain" DK bercakap sambil mengikuti gerakan Hermin Jr.

"Heh!. . .kau. . . . .biar betul, naga tak pernah memproduksi ke?"

"Memproduksi?, adakah itu sesuatu benda ataupun suatu perbuatan". . .

"Bukan benda tapi perumpamaan daripada suatu perbuatan, . . .ok, kau pernah di lahirkan, maksud aku, kau ada keluarga kan."

"Keluarga?"

"Ya, keluarga, mak, ayah, adik-beradik"

"Apa maksud kau, aku tidak memahaminya, dan aku tidak pernah dilahirkan."

"Tak pernah dilahirkan?, macam mana kau boleh tercipta?"

"Aku dicipta dari gumpalan tenaga yang dihasilkan oleh para Elder"

"Elder?,. . . . .gumpalan tenaga?, aku rasa. . . .aku punya otak dah tak boleh nak ikut, jadi berhenti sampai situ je."

Setelah  berjalan lama menyelusuri hutan, Hermin Jr dan DK kembali semula ke kampung itu. Terdapat papan tanda 'Kampung Raff' di pintu gerbang bahagian depan yang tidak hancur. Hermin Jr berjalan cuba mencari rumahnya, dia melihat terdapat debu yang membukit di tengah kampungnya.

"Kenapa debu tu boleh berkumpul macam tu?. . ."

". . .sebelum aku lompat tadi tak ada. . ."

"Ooo, mungkin aku lompat tadi, sebab tu debu tu boleh berkumpul, jadi tu lah rumah aku".

Hermin Jr berjalan mendekati debu itu, DK mengikutinya di belakang. Setelah berada di depannya, Hermin Jr mengaut debu itu menggunakan tangannya kemudian dia melepaskan debu itu sikit demi sedikit.

"Marah?.."ujar DK

". . . . .tak. . . ."

"Cuma kesian. . . .lepas ni kau jangan bunuh sapa-sapa lagi" Hermin mengaut  debu itu lagi dan melemparkannya ke udara.

"DK, kau periksa sebelah sana, aku sebelah sini"

"Apa lagi yang mahu kau cari, sudah tiada apa-apa di sini"

"Mana la tahu, ada tempat perlindungan bawah tanah, dan lagi satu aku baru perasan yang aku tak pakai baju, kau pun sama, mungkin ada baju yang tak terbakar"

"Mustahil ada kehidupan lagi selepas terkena semburan api aku"

"Oi, yang tengah bercakap dengan kau ni apa, dah lupa ke"

". . ."DK tergamam.

"Kau sebelah sana, aku sebelah sini,. . .ingat, jangan membunuh kalau jumpa apa-apa"

DK mengikuti arahan daripada Hermin Jr itu. Mereka berdua mula mencari, tetapi usaha mereka sia-sia kerana tiada apa-apa yang tersisa. Akhirnya mereka berputus-asa.

"Hahaha, tak ada apa-apa, hmmm. . ."

"Apa aku nak buat?,. . ."

"Ha!, DK, kau ada tempat persembunyian?"

"kenapa?"

"bawa aku pergi sana, aku dah tak ada rumah ni"

"Baiklah." DK berjalan ke arah pantai.

"tempat persembunyian kau dekat mana?. . .mesti ada banyak harta kan"Hermin Jr mengikuti DK.

DK tidak membalas Hermin Jr. Sampai di pantai, DK mengeluarkan sayap di bahagian belakang badannya, dia kemudian menebarkan sayapnya itu dan terbang ke udara.

"Oi!, kau nak pergi mana?" Hermin Jr melihat ke atas.

"Seperti yang engkau minta, ke tempat persembunyian aku."

"Ya, aku tahu, tapi aku tak boleh terbang, bawa aku sekali."

"Ikut aku jika kau mampu" sayap DK mengeluarkan cahaya kemudian terbang dengan laju ke laut arah tenggara.

"Oi, kau faham tak aku cakap, oiii,. . ."

"macam mana aku nak ikut dia, takkan nak berenang, memang tak la, sebab aku tak pandai berenang. . ."

"Hmm,. . . .dulu aku pernah nampak dalam movie, karakter utama dia boleh lari atas air, sebab kelajuan dia sangat laju membuatkan permukaan air boleh dipijak. . ."

"Ok, aku cuba, aku harap tak tenggelam. . ."

"Ke garisan,. . .sedia. . .mu, ok jap, jap, kalau tenggelam aku patah balik. . ."

"Ok, kali ni betul, ke garisan,. . .perlu ke aku cakap ke garisan, sedia, mula. . ."

"Haaah, apa-apa je lah, ke garisan,. . . sedia,. . . mula, aaaaaaa"Hermin Jr berlari dengan menutup matanya.

"Aaaaa. . .aa"Hermin Jr membuka matanya sedikit.

"Wow,. . .wow, wow, wow"Hermin Jr melihat kakinya berada di atas permukaan air, kemudian dia kembali fokus dan menambah kelajuan untuk mengejar DK.

Hermin Jr tidak sedar dengan kelajuan yang pantas di tambah dengan kekuatannya yang besar, setiap hentakan kakinnya di atas permukaan air membuatkan air laut bergelombang dan akan menyebabkan bencana besar.

Hermin Jr:

Kalau betina digunakan pada perempuan manusia boleh membawa maksud bit*h, tapi kau haiwan? manusia?, aku tak bermaksud yang buruk.

DK:

bit*h?, nama yang unik, akan aku guna nama itu sebagai kata ganti nama diri ku.

Hermin Jr:

aarrrrrrrr...

NAFaScreators' thoughts
Siguiente capítulo