webnovel

Rancangan yang belum berjaya

Elita melihat dirinya di pantulan cermin.Kemas dan cantik.

"Semoga awak akan segera ingat akan kenangan kita berdua,Haura.Meskipun mengambil masa yang lama.Semoga tiada lagi yang akan memisahkan ikatan persahabatan kita berdua"

***

"Morning Elita"tegur Gavin,sambil mempamerkan senyuman manis.Elita tak membalas senyumannya.Dia hanya memberikan jelingan maut yang dianggap comel oleh Gavin.

Elita mencari kelibat mama dan ayahnya.

"Mama dan ayah awak dah pergi ke pejabat"kata Gavin.Tahu bahawa Elita sedang mencari mereka.

"Oh"balasnya dan masih berdiri sambil menyandarkan tubuhnya di dinding.Gavin memandangnya.

"Awak tak nak makan ke?"tanya Gavin.

"Tak nak"balas Elita sambil berpeluk tubuh melihat ke arah lain.Selera makannya tak ada kerana hanya mereka berdua berada di dapur.Mengingati peristiwa semalam saat Gavin memeluknya dari belakang membuatkan dia bertambah malu nak duduk di sebelahnya.Gavin berdiri dan berjalan ke arah Elita.

"Awak perlu makan,kalau tak gastrik awak akan tambah teruk faham ke?"kata Gavin dengan tegas.

"Tak perlu nak ambil berat tentang saya boleh tak? Saya tak suka"balas Elita.

"Kalau awak tak nak.."kata Gavin termati di situ.

"Kalau tak apa huh?"tanya Elita

Gavin mengangkat tangan dan menahan dinding.Pipi Elita merona merah.

"Nak ke?"tanya Gavin dan tersenyum nakal.

"Nak apa?"Elita mengerutkan dahinya.Keliru dengan pertanyaannya.Gavin melihat mata hinggalah ke bibir dia.What are you thinking Gavin?Elita menyedari pandangan Gavin,lantas dia menutup bibirnya dengan telapak tangan.Gavin hampir hilang waras.Nasib sahaja Elita cepat bertindak.Gavin menurunkan tangannya.

"Takde apa-apalah.Awak perlu makan sekarang,kalau tak saya akan laporkan pada ayah awak"balas Gavin dan tergesa-gesa mencuci piringnya.Elita terdiam seketika.

"Saya tunggu awak kat dalam kereta"kata Gavin ,lekas dia keluar dari dapur tanpa melihat Elita.Elita mengangguk faham.Dia dapat merasakan jantungnya semakin berdebar sejak dari tadi.

"Stop thinking about that,Elita!"

***

"Apa yang kau fikirkan tadi,Gavin?Gila ke nak buat perkara tu?Sedangkan dia tu bukannya teman wanita kau!Tak pasal-pasal aku akan dianggap perampas"Gavin menggeleng laju.

"Gavin tengah fikirkan apa tu?"soal Vivi.Gavin hampir nak terlompat kerana terkejut.Bila masa Vivi ada kat sini pula?Dia dengar ke kata-kata aku tadi?bisik hati Gavin.

"Erh takdelah"balas Gavin sambil senyum paksa.

"Yeke?Ni mesti ada something kan?Ceh macamlah Vivi tak tahu"usiknya dan bercekak pinggang.

Gavin menelan air liurnya.Sekarang apa dia perlu buat untuk elakkan daripada Vivi? Gavin mengetap bibirnya.Mujur sahaja Elita telah munculkan diri.

"Cik Elita dah ada,takpelah . Don't worry,Vivi akan simpan rahsia awak berdua"kata Vivi sambil ketawa kecil.Apa?Dia tahu ke? Gavin melihat Vivi yang sedang menuju ke tempat Elita.

"Morning cik Elita"tegur Vivi.

"Morning"balas Elita.Dia hairan melihat Vivi hanya senyum.Senyuman yang jarang sekali dilihat.Seperti gembira yang baru sahaja melihat drama sweet.Sweet?Ke dia nampak kami berdua tadi kat dapur?katanya dalam hati.

"Kenapa Vivi nampak gembira semacam aje hari ni?"

"Takde,saja Vivi suka"

Elita terkejut.

"Suka ape pula ni?"

"Takdelah,Vivi nak masuk kat dalam.Bye cik Elita"balas Vivi dan segera masuk ke dalam rumah.Elita mengangguk.Kemudian,matanya bertentang dengan mata Gavin.Gavin mengalihkan pandangannya.

***

Hanya bunyi radio memecahkan kesunyian walaupun tiada terselit pergaduhan mereka berdua yang memang sentiasa berlaku.Sesekali itu,Gavin mencuri pandang ke arah Elita sambil memandu.

"Saya tak ada niat nak buat macam tu pada awak"kata Gavin.

Elita berpura-pura tak mendengar dan terus melihat ke luar cermin.

"Elita?"Gavin berharap Elita akan menjawab panggilan.Tetapi dia tetap tak menyahut.

"Elita?"tegurnya lagi.

"Apa?Cakap je apa awak nak katakan!Bising je!"jawab Elita.

"Boleh tak awak cakap dengan lembut?"

"Awak tak layak!"

"Ok ,thanks untuk info yang tepat.Ya saya memang tak layak sebab saya hanyalah bodyguard awak.Memang patut pun awak cakap dengan kasar terhadap saya"Gavin berdiam.Entah kenapa hatinya sakit dan kesabarannya hilang sekarang.Elita tersentak dengan kata-kata yang melontar keluar dari mulut Gavin.

"Merajuk ke dia ni?Tak kisah pun!Padan muka!Tapi dia betul2 marah ke?Erk?"tanyanya dalam hati.Elita menyesal dengan kata-katanya tadi.

***

Daun pintu pejabat ditarik.Baru sahaja Haura nak masuk,Elmira melanggarnya dengan sengaja.Haura terjatuh di lantai.Nasib kepalanya tak terhantuk.Elmira senyum sinis dan membiarkan Haura.

"Haura!"Ruben berlari dan membantu Haura berdiri.

"Sakit tak?Awak ok?"tanya Ruben

"Tak sangat,saya ok je"balas Haura sambil memberikan senyuman paksa.

Ruben memandangnya dengan penuh simpati.Dia merenung tajam wajah Elmira.

"Kenapa?"balas Elmira.Tak nak mengaku dengan kesalahannya sendiri.

"Awak dah kenapa langgar dia?!Kalau nak jalan tu guna mata!Saya tahu awak sengaja!"kata Ruben sambil mengusap lengan Haura.Haura menundukkan kepalanya.

"Opss sorry ye,saya tak sengaja pun.Jangan nak tuduh saya bukan2 ye!Erm yelah hero dah ada kat sini so saya nak masuk.Panas nak berdiri kat sini je.Rimaslah pula!"Elmira mengipas mukanya dengan tangan.Dia mengulas tombol pintu dan membukanya.

Ruben berasa tak puas hati terhadap sikap Elmira.

"Dah buat salah,lepas tu tak nak tolong!"

"Masalah kecil je tak perlu nak dibesarkan"kata Haura dan menarik tangannya.Ruben mengangguk faham.Namun baginya dia masih berasa risau terhadap Haura.

"Terima kasih sebab awak dah tolong saya"Haura mempamerkan senyuman.

"Sama2"Ruben turut membalas senyumannya.Gembira dapat bersama dengan wanita yang sangat dicintai,walaupun Haura tak tahu perasaan dia.

"Bye"Haura melambaikan tangan padanya.Tak kisah sama ada Ruben mendengarnya ataupun tak.Ruben berhenti termenung ketika Haura tiada di depannya.

"Haura?"Ruben menoleh ke belakang.Pintu sudah ditutup.

"Dia dah masuklah pula"Ruben menggaru kepalanya.Dia menumbuk-numbuk dinding sambil senyumannya masih terukir.

Elita menggeleng laju."Dah gila ke ape?"bisik hatinya.Elita berdehem.Ruben berhenti menumbuk dinding dan berdiri tegak di depan Elita dan Gavin.

"Oh ,eh morning cik Elita"

"Morning"balas Elita.Dia mengatur langkah untuk masuk sambil diikuti oleh Gavin di belakangnya.Ruben menumbuk kembali dinding itu.

***

"Morning cik Elita"tegur Caitlin dan Jolicia sambil tersenyum manis.

"Morning"balas Elita dan membalas senyuman mereka.Gavin gembira kerana Elita membalas ucapan pekerja di pejabat ayahnya walaupun Elita masih menghina dirinya.Gavin mengikut Elita menuju ke tempat Haura.

"Morning my friend"kata Elita dan memberikan pelukan hangat pada Haura.

"Morning too my friend"Haura membalas pelukan hangat yang diberikan oleh sahabatnya itu.

"So how?Best tak kat sini?"soal Elita.

"Best sangat,saya gembira ada kawan baik macam awak"balas Haura.Kata-katanya membuat Elita terharu.

"Mana bodyguard awak?"tanya Haura.

"Eh bukan dia ada kat belakang ke tadi?"kata Elita dan menoleh ke belakang.

"I miss you so much baby"Elmira berlari memaut lengan Gavin.

"Stop Elmira.Saya tak suka faham tak?"

Elita dan Haura memerhatikan mereka berdua.Elita menjeling Elmira yang masih mengejar cinta Gavin walaupun sudah ditolak berkali-kali.Lalu dia mengalihkan pandangannya kepada Haura.

"Biarkan je dia tu.Nanti kita jumpa lagi tau bye"kata Elita dan tersenyum tawar.Haura mengangguk dan melambaikan tangan padanya.

Gavin berjalan dengan laju menuju ke bilik Elita.Elmira tercegat di belakang Gavin apabila lelaki itu menghentikan langkahnya.Dia memaut lengannya dengan erat.Cepat-cepat Gavin mengulas tombol pintu.Elita mengelenggeng laju melihat mereka berdua seperti pasangan kekasih.

"Please Elmira lepaskan saya sekarang"arah Gavin.Namun Elmira masih tetap berdegil dan mencium pipi Gavin.Dia mahu Elita cemburu.Elita menunduk.

"Ok baby.Saya dah happy dapat cium pipi awak.I miss you so much baby"kata Elmira sambil melepaskan lengan Gavin dan beredar dari sana.Gavin menggeleng kepala.Menyampah dengan perangai Elmira.

***

Jam sudah menunjukkan 12 tepat.Alden mengetuk pintu bilik Elita.Haura berhenti.Alden memandangnya dengan senyuman sinis.Gavin membantu untuk membuka pintu.

"Hi bro"Alden menepuk kasar bahu Gavin.Nasiblah Alden ni adalah teman lelaki Elita.Kalau tak dah lama Gavin halau.

"Hi"balas Gavin.

"Mana girlfriend aku?"

"Ada kat dalam ,masuklah"Gavin menatap wajahnya dengan pandangan tajam.Sedia mahu menumbuk Alden jika dia ingin mencari gaduh.Alden menolak kasar Gavin.Gavin menggengam penumbuknya.

"Hi sayang"tegur Alden sambil memeluk Elita.Gavin keluar meninggalkan mereka berdua.Tiba2 hatinya sakit.

"Haura kat sini rupanya"ujar Gavin dan bersalaman dengannya.

"Kenapa sedih ni?Ke awak sakit hati tengok Elita dengan teman lelaki dia?Kan?"soal Haura ,separuh berbisik.

"Taklah"balas Gavin.

"Haha macamlah saya ni tak fikir yang awak cemburu sebenarnya kan?"tanya Haura.

"Saya tak cemburu pun.Dia tu kan cuma tuan saya dan bukan girlfriend"

"Awak tak suka dia ke?"soal Haura sekali lagi.Belum sempat,Gavin menjawab pertanyaan Haura,Alden dan Elita sudah berada di depan mereka.Hatinya bertambah sakit kerana Alden memegang tangan Elita.

"Apa yang korang bincangkan?"tanya Alden.

"Nothing.Kami cuma berbual kosong je"balas Gavin.

"Tapi aku macam dengar cerita seorang putera sedih sebab ditinggalkan oleh puteri dia haha kesiannye"kata Alden dan membawa Elita mengikut langkahnya keluar.Elita berdiam.

Gavin sedia hendak menumbuk Alden tetapi Haura sempat menarik lenggannya.

"Awak mesti sabar"

Gavin mengangguk faham.

***

Ruben mencari kelibat Haura."Haih dia takdelah pula..aku lupa nak cakap kat dia yang aku nak ajak dia keluar makan.. haishhh"Ruben bercekak pinggang.Dia meletakkan bunga Ros di meja Haura.

"I love you Haura"bisik hatinya.

***

"Awak dah tahu ke siapa yang hilangkan Haura dulu?"soal Alden.

"Tak"balas Elita.Haura mengangkat dagunya melihat Alden.Alden mengangkat kening kiri dengan senyuman mengejek.

Aku nak kau mati dan tinggalkan dia!Kalau aku nampak kau hidup aku akan bunuh kau! Ayat itu masih diingati saat dia melihat muka Alden.Suara Alden sama seperti lelaki yang memakai topeng muka hitam dan ingin membunuhnya dulu.Gavin pula hairan melihat Alden memandang lama wajah Haura.

"Sayang?"

Lantas Alden melihat Elita.

"Ya kenapa?"

"Bila kita nak dating lagi?Dah lama kita tak keluar bersama-sama seperti dulu"

"Next time,can?If I have free time"

"Alright"

Tiba2 telefon Alden berdering.Alden mengeluarkan telefonnya dari poket seluar dan menyahut panggilan daripada Hadzwan.

"Weii kau kat mane?"suara Hadzwan di corong telefon.

"Kat restoran,kenapa call aku?"

"Cepat pergi kat sini,Ovid nak larikan diri"

"Ok ok tunggu aku"Alden menghentikan perbualan mereka.

"Kenapa?"tanya Elita.

"Erh ada masalah"balas Alden sambil menghulurkan duit pada Elita.

"Takpe biar saya yang belanja awak"

"Thanks sayang"Alden berdiri dan berlari anak keluar dari restoran.Haura merenung tajam Alden sehingga hilang dari pandangan matanya.

Gideon mengambil gambar Haura,Elita dan Gavin secara senyap.Dia tersengih.

"Tak lama lagi,Haura akan mati,Elita!Ni adalah permulaan.Lama2 nanti hidup korang tak akan bahagia seperti ini!Aku akan tolong Elmira hancurkan hidup korang!"bisik hatinya.

***

"Aku suruh kau duduk je kat sini!Bodoh takde otak ke?!"Alden menendang tubuh Ovid.Ovid terjatuh dan seperti menyembah bumi.Merayu agar Alden melepaskan dia.Namun,Alden menendang mukanya sehingga dia pengsan.

"Kita nak bunuh dia ke?"tanya Hadzwan.

"Ya!Tak guna kalau dia tak nak tolong kita.Sia-sia je.Suruh diorang bunuh dia sekarang kat depan aku"arah Alden. Ace,Axton dan Bardolf mengangguk dan mengambil pedang.Lalu mereka mengajukkan ke perut Ovid.Ovid menjerit dan menghembuskan nafas terakhir.Mereka memotong tangan dan kaki Ovid.Alden dan Hadzwan ketawa terbahak-bahak.Alden menyuruh mereka membuang mayat Ovid di laut.

***

"Kenapa awak bawa saya kat sini lagi?"Gavin risau jika Elita masih menyuruhnya membelikan makanan untuk dia.

"Pilih je mana awak nak,saya belanja"balas Elita,senyum sinis.

"Yeke?"tanya Gavin.Meminta kepastian jika Elita ingin menipu dia.

"Ya betul cepatlah ambil mana je yang awak nak,nak banyak2 pun boleh.Silakan"balas Elita.

"Baiklah!"jawab Gavin dengan semangat.Laju dia mengambil keropok,maggi, pepsi dan aiskrim.

"Yeke awak nak belanja dia?"soal Haura dan tersenyum.Elita menyuruhnya diam.

"Tak baik tau awak buat dia macam tu"

"Haha saya cuma nak balas dendam je haha" Elita berbisik di telinga Haura.Haura mengelenggeng laju.

"Saya dah siap"kata Gavin sambil membawa bakul yang penuh dengan makanan dan minuman.

"Pergi beratur kat sana"balas Elita.

Gavin berlari anak dan berdiri di barisan.Haura menggelengkan kepalanya lagi dan beratur di belakang Gavin.

Gavin melihat Elita keluar dari kedai.Sekarang adalah gilirannya untuk membayar.terpaksalah Gavin membayar semuanya dan membatalkan niatnya untuk memanggil Elita.Gavin berasa sedih dirinya ditipu lagi.Rm 50 melayang habis.Padahal dia hendak menyimpan duitnya itu untuk duit tabung.

***

Wajah Elita dipandang tajam oleh Gavin.Elita tersengih.Gembira dapat membuli Gavin.

"Awak tipu saya lagi kan!"kata Gavin.

"I'm sorry"balas Elita sambil mencubit pipi Gavin.Haura ketawa kecil melihat gelagat Elita.Seperti kebudak-budakan.

***

Ketawa Elita pecah mengenangkan nasib Gavin dibuli olehnya.Gavin memakai tali pinggang keledar tanpa mengabaikan dia.Terhenti ketawa Elita dan dia menatap wajah Gavin.Lucu melihat Gavin merajuk.

"Comelnye bila awak merajuk"Elita memuji dia.

"Ermm.."balas Gavin.Suara yang tiada mood.

"Saya akan merajuk jika awak terus merajuk!" Elita berpeluk tubuh.

"Ada nampak muka saya kisah?"soal Gavin sambil menunding jari telunjuk pada mukanya.

"Ok takpe!Nanti saya akan buli awak sampai mati!Siaplah awak!Ingat tu!"balas Elita dan menjelingnya.

"I don't care!haha"balas Gavin.

Elita mencubit bahu Gavin.Gavin menggosok bahunya.Pedih.

"Sakitlah!"

"Padan muka!Tu hukuman untuk awak!"

"Boleh tak awak berhenti buli dan tipu saya?"soal Gavin.

"Tak nak!"Elita menjelirkan lidahnya.

"Alright nanti saya akan balas awak"kata Gavin sambil memandang wajah Elita.

"Perasan baguslah sangat!Lembab!Lembab!"

"Yang awak tu muka je cantik tapi perangai huh buruk!Orang lembab macam saya ni pun ada adab tahu tak?Bukan macam awak!"

"Elehh yang awak tu cepat terpedaya dengan kata-kata saya,nampak sangatlah awak ni senang ditipu!Hahahah"

Elita dan Gavin bergaduh berterusan.Masing-masing tak nak menyerah kalah.Haura menggaru kepalanya yang tak gatal.Serabut kepala.

"Dah dah jangan bergaduh lagi!"kata Haura menghentikan pergaduhan mereka berdua.Elita dan Gavin masih bergaduh dan tidak mempedulikan arahan Haura.Haura menutup telinganya dengan tangan.Tak tahu dah macam mana nak hentikan pergaduhan mereka berdua.

***

Haura mengurutkan kepalanya.1 hari melihat Elita dan Gavin bergaduh,boleh menyebabkan dia pening kepala.Kalau setiap hari,entah2 boleh menyebabkan gila.Dia terpaksa bersabar.Sejambak bunga berada di mejanya menarik perhatiannya.Haura mengambil kad pengirim yang ada dalam bunga itu.

This is for you and I love you ,Haura

From:Your friend

Haura melihat sekelilingnya.Lalu dia melihat ke arah Ruben.Ruben hanya menunduk dan menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap tugasannya.

"Takkan dia kut,mungkin orang lain"katanya dalam hati.Haura membiarkan bunga itu di atas meja.Malas nak menghidu ke melihat bunga itu.Haura melabuhkan punggung di atas kerusi.Ruben mengetap bibirnya sambil melihat Haura.Sedih bunga yang dia berikan pada Haura tidak dipedulikan.

Haura menyedari Ruben sedang memandangnya.

"Awak tahu tak siapa yang beri bunga ni?"soal Haura.

"Tak tahulah,saya tak nampak"

"Yelah,saya akan biarkan bunga ni kat sini je.Malas nak tahu siapa yang berikan"balas Haura.Ruben tersenyum nipis dan melihat kembali komputer.Sedih dan sakit hati.

***

Mereka meraih kemenangan kerana menang dalam game PUBG.Alden melihat Elmira yang sedang termenung memikirkan sesuatu.

"Kenapa Elmira?Awak nampak macam tak puas hati je?"tanya Alden.Hadzwan,Ace,Bardolf turut memandangnya.

"Hati saya sakit disebabkan Gavin tak suka kat saya!"balas Elmira sambil berpeluk tubuh.

"Tenanglah Elmira,perkara biasa je tu"

"Perkara biasa?!Hei tu perkara yang sangat menyakitkan hati tahu tak?!"

Mereka ketawa terbahak-bahak.Lucu dengan perangai Elmira yang masih tak pernah mengenal putus asa.

"Awak nak ke kalau kita orang bagi idea?"

"Mestilah nak!"jawab Elmira dengan bersemangat ingin tahu.Alden dan Hadzwan mula memberikan cadangan padanya.Ace ,Axton dan Bardolf turut membantu dan memberikan pendapat lagi.Elmira tersengih.Gembira mendapat rakan seperti mereka.Kalau nak diharapkan sepupunya iaitu Gideon

,memang semua tak akan berjalan dengan lancar rancangannya.

"Faham tak?"tanya Alden sekali lagi.

"Faham sangat.Betul ke idea korang ni akan berjaya?"

"Ya kita hancurkan hubungan diorang,lepas tu kita bunuh Haura. Bila hancur hubungan diorang tu,saya akan bawa Elita jauh daripada Gavin.Tapi kita perlukan kesabaran supaya plan kita ni berjaya"

"Ok good"balas Elmira.

"Awak nak ikut kita orang main game PUBG tak?"soal Hadzwan.Elmira mengangguk dan bersetuju.

Siguiente capítulo