webnovel

Seorang Lelaki Yang Dicintai Dengan Duit

Autor: NAFaS
Fantasía
En Curso · 29.1K Visitas
  • 11 Caps
    Contenido
  • valoraciones
  • N/A
    APOYOS
Resumen

Cerita ini berpusat pada seorang yang bernama Syami, 21, dia merupakan lelaki biasa dan normal tetapi ada sesuatu yang tidak normal berlaku pada dirinya dengan duit. Pada setiap akhir bulan ketika hendak membayar bil api dan air di bank, "1333... kaunter 3",..... "no aku!! ",Syami bangun dari tempat duduk dan menuju ke kaunter 3. "ya boleh saya bantu? " kata penjaga kaunter "saya nak bayar bil",Syami menjawab sambil memberi resit bil tanpa duit kepada penjaga kaunter. "sekejap ya saya chek", penjaga kaunter mengambil resit sambil mengangukkan kepala dan melihat komputernya, "..........(kenapa lama sangat ni)", Syami menunggu dengan penuh sabar. Tidak lama kemudian penjaga kaunter pun memberi respon, "bil bulan ni cik sudah bayar minggu lepas melalui atas talian" "ha.??(bila pulak aku bayar ni) "Syami terkejut. Ini bukanlah kali pertama dia melalui situasi tersebut tetapi dia masih terkejut dan sebenarnya dia sudah tahu pun yang perkara itu akan terjadi. Begitulah dirinya apabila hendak menggunakan duit, duit itu sendiri yang datang padanya tidak kurang dan tidak lebih. Walaupun dirinya dicintai dengan duit tetapi dia tidak mempunyai satu sen pun pada dirinya sama ada di dalam poket seluar, dompet, tabung apatah lagi di dalam bank tiada satu angka pun walaupun 0.

Etiquetas
3 etiquetas
Chapter 1Tidak dalam pekerjaan

"ding dong..,"..?

"ya sekejap ,ni mesti orang hantar piza", syami menjawab yang ketika itu berada di dapur kemudian menuju ke pintu utama rumahnya,

"berapa?", Syami

"lima ringgit", jawab penghantar piza.

Selepas mendengar harga piza tersebut Syami pun melihat sekeliling dan ternampak gumpalan kertas yang berhampiran denganya

"(ehh!! kertas apa tu, hmm...tak rugi cuba)", Syami pun mengambil kertas itu dan memberinya kepada penghantar piza kemudian dengan lantas dia menutup pintu rumahnya, "please ada duit, please ada duit, please ada duit dalam kertas tu" Syami berharap dengan nada perlahan.

Di sebalik pintu bahagian luar,

"haa!!??" penghantar piza itu terpinga-pinga sambil membuka gumpalan kertas tersebut tanpa mempersoalkannya,

"lima, sepuluh... (baik betul orang ni bagi tip, biasanya kalau aku hantar kat orang lain seringgit pun tak nak bagi, kalau orang ni order piza lagi aku nak hantar la,....jap, macam mana aku nak tau kalau dia ni yang order.....hahaha).

Di sebalik pintu bahagian dalam rumah,

"vroommm"...

"dia dah pergi ke?", Syami bercakap seorang diri dan membuka pintu rumahnya sedikit untuk melihat bahagian luar,

"fuhhh nasib baik dia dah pergi, jadi ada duit la dalam kertas tu....hmmmm, baik aku makan sebelum makan malam aku sejuk".

Keesokan paginya, "bip bip bibibip",

"haaaaaaooohh", Syami menguap dan bagun dari tempat tidur  kemudian membuat sarapan pagi, "aku nak jog dulu lah baru sarapan, dah lama tak exercise ni", selepas siap membuat sarapan pagi Syami pun Menukar pakaian sukan lengkapnya.

Keluar saja Syami dari pintu rumah dia terlihat jiran sebelah rumahnya mak cik Siti bersama dengan anak perempuannya, Karina sedang melakukan senaman ringan di halaman rumahnya, Syami pun memberi senyuman kepada mereka kemudian meneruskan tujuan utamanya.

"dapat buat tiga pusingan pun jadi la". Selepas selesai berlari Syami pun pulang ke rumah. Ketika sampai di depan rumah, Syami melihat jirannya masih melakukan senaman kemudian Syami terlihat gumpalan kertas di depan pintu rumahnya,

"ehh!! tu kertas yang aku bagi dekat penghantar piza semalam", Syami pun mengambil dan membuka gumpalan kertas tersebut, "tulisan apa ni? macam novel je", Syami pun membaca apa yang tertulis di kertas tersebut.

Tiba-tiba Karina yang sedang bersenam bersama ibunya berlari ke arah Syami dan merampas kertas yang ada di tangan Syami kemudian menamparnya dengan kuat,

"ehh, kenap...." Syami pelik akan tindakan

Karina kepadanya, sebelum habis bercakap kepala Syami terhantuk pada tombol pintu rumahnya akibat ditampar oleh Karina kemudian pitam.

"Kenapa lah aku jog hari ni? kalau aku tak jog takda lah kena tampar, buat tiga pusingan pun, pusing gelanggang badminton je, aku beli pakaian sukan ni sebab aku nak guna kalau aku tak gunakanya nanti hilang pula, sama lah macam kerja, ya betul aku tiada pekerjaan atau lebih tepat lagi aku ni penganggur, bukan apa cuma setiap kali hari nak masuk gaji saja aku tak dapat gajinya tanya bos, bos cakap dah masuk, tapi aku chek akaun aku tiada apa-apa, angka kosong pun tiada, yang ada hanyalah tulisan 'RM' sahaja, tanya kaunter? dah berkali-kali aku tanya katanya tiada masalah, pernah juga minta gaji cash, bagi dalam sampul surat, siap dah kira lagi sebelum masuk sampul, balik rumah aku buka sampul suratnya kosong, buat apa aku kerja kalau tak dapat apa-apa jadi aku berhenti, seolah-olah duit tu datang bila aku perlu je, susah lah nak terangkan macam mana, semua ni bermula se..ma...sa.....". Itu lah apa yang difikiran Syami sebelum kehilangan kesedaran sepenuhnya.

También te puede interesar

Kembalinya Sang Kegelapan

Segala yang terjadi didunia sudah ditentukan oleh para dewa.Suatu hari ada seorang manusia yang lahir yang ditakdirkan mengalahkan raja iblis. Saat manusia itu remaja dia memiliki tubuh fizikal yang berotot dan sedikit kekar,kedua matanya berwarna oren kemerahan dengan aura matanya yang berwarna merah. Saat manusia itu sudah remaja dia masuk ke sekolah pahlawan.waktu itu manusia itu masih naif dan tidak mengetahui apa-apa dan dengan penuh semangat dia berlatih dengan gigih untuk mengalahkan raja iblis.Setelah 10 tahun berlalu waktu yang ditentukan sudah tiba.kedua-dua belah pihak berada di suatu kawasan yang luas yang jauh dari wilayah manusia dan wilayah Raja iblis. kedua-dua belah pihak memandang satu sama lain lalu mereka mula menyerang,pertarungan itu sungguh sengit hingga setengah bulan berlalu tapi perlawanan mereka tidak terlihat penghujungnya.Lalu sang manusia yang ditakdirkan sampai ke tempat raja iblis.Keduanya menatap dengan pandangan haus akan kemenangan lalu mereka berdua mula bertarung.Perlawanan mereka sungguh sengit sehingga kawasan yang luas itu mengalami kehancuran yang dahsyat dan menelan jumlah korban yang cukup banyak bagi kedua belah pihak tapi kerana para dewa sudah menentukan hasilnya dari awal raja iblis itupun akhirnya mati. Sebelum raja iblis itu menghilang dia menggunakan sisa sihirnya dan menyalurkan kedalam alat telerportasi lalu memindahkan kesemua askarnya yang tersisa kembali ke wilayahnya dan menyuruh bawahannya untuk bersembunyi sehingga raja iblis mereka yang baru muncul lalu tubuh raja iblis itu pun menghilang dan cuaca disitu menjadi cerah. Pihak manusia telah berjaya menenangkan pertarungan dan sang tokoh utama merasa lega bahawa tugas dia sudah selesai tapi dia tidak mengetahui bahawa dewa juga telah memulakan permainan yang baharu dimana sang manusia itu bakal menjadi raja iblis yang baru.

VLAREKA · Fantasía
Sin suficientes valoraciones
4 Chs