webnovel

Bab 6

TEMPAT duduk Ashraf di dalam studio aku pandang sepi.Seketika, aku menghela nafas berat.Rasa bersalah mula menghurung diri.

Dah tiga hari dia tak datang kelas.Khabarnya demam panas.Tapi aku tahu bukan sebab itu.

Mungkin dia juga rasa bersalah terhadap aku.Iyalah, dia tiba-tiba confess lepas itu aku dengan muka tak boleh terimanya terus pergi macam itu je.

"Ris, cafe jom. Lunch" Dee menepuk bahu aku.Tersedar terus aku dari lamunan.Aku pandang Dee lalu tersenyum nipis.Beg sandang di tepi meja aku capai.

"Ha jomlah.Aku pun lapar ini"

Dee mengangguk.Kami berjalan keluar dari studio.Sampai sahaja di kaki tangga, kami terserempak dengan geng Alpha dan Farah.Aku mengeluh perlahan apabila masih Ashraf tiada bersama mereka.

"Korang nak lunch ke?"soal Danielle.

"Haah"balas Dee.

"Join boleh?"soal Damien pula.Dee hanya mengangguk.Selepas itu kami bersama-sama berjalan turun.Tengku Adam pula berjalan di sebelah aku.

"Atau kau memang suka Adam?"

Kata-kata Ashraf mula tergiang-giang di telinga aku.

"Urmm Adam"aku cuba memanggilnya.

"Ya?"

"Weekend ini saya tak boleh keluarlah"

Serta-merta dia terhenti.Aku yang perasan tubuhnya yang tiada di sebelah aku juga berhenti.Aku toleh ke belakang.

"Adam..."

"Kenapa ya?"dia menyoal aku sambil tersenyum.Aku mula rasa serba-salah sebab senyuman itu seperti membawa maksud kecewa.

Mereka yang lain sudah meninggalkan kami di tepi blok ini.Dee ini bukan nak perasan aku hilang ke tak!

"Saya ada hal hari itu.Mak dengan ayah saya nak datang"

Okay ini aku tak menipu.Baru semalam mak aku call cakap nak datang melawat dengan satu family .Sumpah aku trigger gila bila mak aku datang.

Mak aku itu macam obses dengan aku faham tak?!

Aku tahulah aku seorang je anak perempuan tapi tak payahlah sampai macam itu sekali.

"Oh kalau macam itu tak apalah"

Dan kami mula berjalan ke cafe.

"EH nak tanya boleh?"soal Dee sambil mulutnya ligat mengunyah spaghetti.

Ish! Tak senonoh betul budak ini.

"Ya nak tanya apa?"soal Shahrill.Yang lain sibuk dengan makanan masing-masing.

"Kenapa kauorang tak pernah tegur Airis eh even semua sekelas satu sekolah sampai sekarang?"

Aku terus tersedak mihun sup.Perit tekak aku.Farah segera menghulurkan botol airnya kepada aku.

Fuh kau Dee...soalan mengalahkan soalan KBAT dia tanya kau! Aku yang kawan dengan kau dari darjah empat ini pun tak terjawab habak kau!

Satu meja senyap sunyi dengar soalan strike dari Dee.

"So?" soal Dee lagi.

"So?" terangkat kening Danielle.Dee dah buat muka menyampahnya.

"Iyalah.Reason pada soalan aku itu! Haihlah dia ini"

"Err..."Danielle tak tahu nak jawab apa.Aku yang melihat semua muka geng Alpha yang cuak itu terus menyiku lengan Dee.Dee memandang aku dengan muka blur.

"Adalah itu"ujar aku perlahan separuh berbisik.Dee buat muka pasrah bila aku dah cakap macam itu.

"Ah abaikanlah soalan aku itu! Sambunglah makan"Dee kembali hadap spaghetti nya semula.Tiba-tiba dia terhenti.Aku dah pandang dia pelik.

Lah dah kenapa budak ini?

"Ha lagi satu.Apa cerita budak Ash itu?"

Dan itu dia tersedak satu meja.

BAHU Dee aku hentam dengan buku nota.Dia mengaduh sakit lalu menjeling aku tajam.

"Kau dah kenapa samdol!"dia menolak bahu aku pula.

"Yang kau pergi tanya soalan cerdik kau itu dah kenapa?"aku tunjuk muka tak puas hati.

Kau tahu tak lepas je Dee soal macam itu, semua muka bapak cuak.Dengan aku-aku sekali dah mengeras macam iceberg dekat situ.Tak terkunyah mihun dalam mulut.

"Baru tahu aku cerdik ke cik Airis oii..."Dee terus meng' flip hair' rambutnya.Aku dah buat muka menyampah.

Eee budak kecil ini ada juga aku cincang badan dia masuk blender bagi ikan piranha makan!

Huhu kejam ayat kau Airis.Tak sayang kawan ke?

"Kau dengar sini ya Airis aku yang cantik serta bijaksana"kedua-dua pipi aku dipegangnya.

Amboi puji aku melambung nampak! Nasib dengan aku-aku sekali tak melambung dengan pujian kau.

"Selama inilah kan.Dari zaman tadika, takkan kau tak pernah terfikir kenapa diaorang buat silent circle dengan kau? Kenapa Ash itu aje yang tegur kau tiba-tiba itu pun waktu kau darjah lima.Kau tak pernah terfikir ke?"

Aku terdiam tak terkata apa-apa.

Dee melepaskan pipi aku, membiarkan aku berfikir.

Aduh kenapa aku tak pernah terfikir soalan itu.Dulu aku ingat sebab diaorang anak-anak orang kaya itu yang tak tegur, hidung tinggi sombong mendongak langit.Tapi seingat aku Damien orang biasa-biasa je.Mak dia kerani sekolah aku dulu dan ayah dia pengawal keselamatan.

Aku pula memang anak orang kaya.Iyalah mak ayah aku pangkat Tan sri dan Puan sri kot?

Kenapa aku tak ditarik masuk sama kalau itu geng untuk orang kaya je?

"Ha, dah faham dah apa aku maksudkan?"Dee menepuk bahu aku.Aku yang masih berfikir hanya mengangguk.

"Entahlah Dee.Aku pun serabutlah nak fikir. Awal tahun dah kena confess lepas tu nanti aku pun tak tahulah nak hadap Ashraf macam mana lepas ini"aku keluh kasar.

Dee terus tepuk lembut belakang aku.Aku memandangnya yang sedang tersenyum manis.

"Kalau kau jumpa dia, kau buat macam biasa je.Aku yakin punya Ashraf pun awkward juga tapi diakan lelaki.Kenalah kekal steady.Lagipun, esokkan dah hari sabtu, bolehlah kau releks-releks sikit"

Aku terus mengukir senyuman nipis.

"Thanks Dee"