webnovel

Zafrel Saira Raya Bersama bhg 2

"Assalamualaikum, Puan Saira kan?" sapa seorang wanita.

"wakalaikumsalam, aah, ye saya, " jawabku teragak agak.

"ingat saya lagi tak? " soal wanita tersebut.

"erm, siapa ye? " soalku, memang lihat pada wajah puan ini, macam aku pernah jumpa tapi tak ada nama pula yang terlintas.

" Saya Wahida, klien Puan Saira dulu," ucap wanita sambil tersenyum

Wahida? Ligat otak aku berfikir untuk mencari memori tentang klien bernama Wahida ini.

"Saya ingat Puan." celah Zafrel yang berada di sebelahku.

"aik? Abang kenal klien saya?" soalku hairan.

"Puan Wahida ni, kes pertama sayang urus lepas kita nikah." terang Zafrel lembut.

"haah, masa tu, jari Puan merah lagi ," ucap Puan Wahida.

Aku mulai teringat kes Puan Wahida, dia lah wanita yang risau akan haknya sebagai ibu dirampas,

Aku mengukir senyum sambil mengangguk perlahan.

"oo, saya ingat, lain dah Puan, saya tak cam langsung, hehehe maaf ye," ujarku mesra.

" iyalah Puan, dah tujuh tahun dah, saya pun dah kahwin, masih wujud lelaki yang baik, ni pun sekarang tengah mengandung, tu yang puan tak cam saya kot, sebab saya kembang semacam, hehe, tapi Puan tak berubah, sama je dari dulu, awet muda." pujinya sambil mengukir senyum.

"awak dah kahwin? Syukur, seronok saya dengar awak dah bahagia, eh, tak awet muda pun lah, dah tiga orang anak, banyak putus urat dah," ucapku sambil ketawa kecil.

"eh cantik je lagi, tetap sepadan macam dulu, Encik Zafrel pun tetap pandang puan sama macam dulu." ujarnya bersama senyuman.

Ya, dia lah orang pertama yang memberitahu aku tentang renungan Zafrel, tapi masa tu, aku anggap Puan Wahida cuma salah tengok sahaja.

"Mama,.. Papa... Lama lagi ke nak borak...?" Renget Zara sambil menarik hujung lengan bajuku.

Budak Zara ni, bosan lah tu, memang itulah perangai dia, kalau pergi rumah orang, sibuk nak balik, kalau mama papa dia berborak merenget nak perhatian, kalau pergi taman, ajak balik dia yang tak nak, alahai, anak..mujur lah kau anak.

"ok lah puan, saya minta diri dulu ye, comel anak puan, muka Encik Zafrel, tapi nampak ceria macam Puan Saira," ucap Puan Wahida sambil tersenyum ke arah Zara.

" I knew it aunty" kata Zara ceria sambil tersenyun hingga mata menampakkan barisan gigi susunya.

"baiklah, jumpa lagi." balasku mesra.

Sebaik sahaja Puan Wahida berlalu pergi, pantas aku memandang Zara sambil mencekak pinggang.

"Zara! Mama dah pesankan, jangan mencelah kalau mama atau papa tengah berbual dengan orang lain," ucapku lembut namun tegas.

"mana ada Zara mencelah mama, aunty tadi, cakap pasal Zara, so, i have the right untuk cakap lah kan?" ucapnya sambil membuat muka suci murni.

" tengok mulut tu, ada saja idea nak bela diri," omelku sambil menggelengkan kepala.

Zara memuncungkan mulutnya lalu memandang ke bawah hingga juling matanya.

"haa buat apa pula tu,?" soalku .

"Zara tengah tengok mulut lah mama, tapi susah, can I borrow your phone? Nak pinjam kamera je," ucap Zara sambil menghulurkan tangan.

"Zara!!" ucapku geram.

"hahaha, dah-dah, sayang jangan lah marah-marah, " ucap Zafrel yang dari tadi berdiam diri.

" setuju! Mama jangan lah marah-marah." ucap Zara sambil memandang aku.

" Zara... Sini datang dekat papa," panggil Zafrel lembut.

Zara menghampiri Zafrel, Zafrel melutut dan memegang bahu Zara sambil tersenyum lembut.

"Zara dengar papa nak cakap ni, Zara tak boleh buat macam tu, Zara tak boleh cakap sesuka hati dengan orang tua, tak kisah lah kawan papa ke, kawan mama ke, atau orang dewasa lain, sebab nanti dia orang ingat anak papa ni, tak ada adab, kecuali, kalau dia orang tanya Zara, nanti dia orang ingat papa dengan mama tak pandai didik Zara, padahal puteri papa ni, baik, comel dan sopan , Zara budak baik kan? " ucap Zafrel lembut sambil matanya merenung mata Zara.

Zara mengangguk perlahan, lalu memandang ke lantai.

"ok now, Zara minta maaf dengan mama, sian mama, hari-hari cuba nak didik Zara jadi princess yang baik, yang comel, tapi Zara asyik lawan mama je, say sorry to mama ok," ucap Zafrel lagi sambil mengusap pipi Zara.

Zara menghampiri aku perlahan lahan, kepalanya tunduk kebawah, alahai anak, tengok dia macam ni pun dah sejuk dah hati aku ni.

"mama, Zara minta maaf,.." ucap Zara dengan wajah tulusnya.

"ok, tapi promise jangan buat dah ok, Zara kan dah besar, kena jadi contoh pada Saif dan Saqif,." ucapku sambil tersenyum lalu mengusap lembut pipi Zara.

"ok, tapi mama sayang Zara kan, tak marah kan?" soal Zara sayu,

Aku tahu Zara ni, mulut je zup zap, tapi hatinya lembut, mudah tersentuh, tengok matanya saja aku dah tahu dia nak menangis.

"off course! You are my first baby, Zara je anak perempuan yang mama ada, sebabtu mama nak Zara jadi yang terbaik, " ucapku lembut lalu mengucup ubun-ubunya dan menarik Zara ke dalam pelukan ku.

Baru sahaja pelukan dileraikan, Saif dan Saqif pula yang menangis.

"haa dah jom, Saif dengan Saqif penat dah ni, layan kakak dengan mama dia orang buat drama petang," ucap Zafrel sambil tersenyum.

***

Aku melabuhkan punggung di sebelah Zafrel yang sedang leka menonton televisyen,

Zafrel memaling sekilas lalu mematikan televisyen.

"anak-anak dah selamat beradu ke?" soal Zafrel sambil memandang wajah aku.

"dah, penat kot, cepat je masing-masing lelap, " ujarku sambil jari ku mengusap cincin nikah di jari manis.

"kenapa abang tutup tv tu?" soalku kepada Zafrel.

"sebab nak bagi perhatian penuh lah dekat isteri saya ni," ucap Zafrel sambil tersenyum lalu mencuit hujung hidungku.

"mengadanya pakcik sorang ni," ucapku sambil menggelengkan kepala.

"abang,.." panggilku lembut.

"ye sayang abang," ucap Zafrel sambil tersenyum lebar.

"thanks, sebab selalu tenang uruskan keluarga kita, lebih-lebih lagi kalau saya emosi," tutur sambil mengetap bibir.

Zafrel tersenyum, lalu mencapai kedua belah tanganku dan merenung kedalam irisku.

"itu semua, tanggungjawab saya,saya kan beli beras, hahaha ok yang itu abang gurau, sayang tak perlu pun nak terima kasih , sebab apa yang abang buat memamg apa yang abang perlu." ucapnya bersama senyuman sambil kepalanya disengetkan sedikit.

"aww!" ucapku terharu.

"wanna hug?" soal Zafrel sambil sebelah keningnya dijongket ke atas.

Aku tersenyum melihat Zafrel yang sedang mendepa tangan seluas mungkin.

Aku mendakap kemas Zafrel ,hangat, harum, bau yang sentiasa menenangkan aku, sama seperti pemiliknya. Zafrel mengusap lembut rambutku, dan mengemaskan lagi pelukannya.

"abang cintakan sayang, sepenuh hati dan sepanjang hidup abang." bisiknya lebut ditelingaku.

"eh-eh, abang..lupa nak tanya, esok abang nak sahur apa?" soalku laju sambil membetulkan kedudukan.

"erm,.. Nak request, daging kicap boleh?" pinta Zafrel sambil membuat muka comel.

"boleh,lagi?" soalku lagi.

"telur dadar je lah." jawab Zafrel sambil memandang aku.

"sayur tak nak? Patutlah saya tengok papa Zaf ni makin roy," sakatku sambil ketawa.

"amboi, mana ada lah, sayur tak payah masak, saya ada beli salad, nanti basuh je lah, sayang ni, nak sahur je pun, kalah berbuka." omel Zafrel sambil menggelengkan kepala.

"sebab saya tahu, suami saya bila sahur, selera dia lebih dari berbuka." ucapku sambil menjuihkan bibir.

Zafrel memang begitu, dia lebih makan banyak ketika bersahur, sebab itulah, aku ni masak beria sikit, lauk panas-panas, sebab seronok tengok dia makan ketika bersahur.

"eh yeke? Masa abang bujang, abang makan kurma je sahur, ni salah sayang ni, sebab masak sedap sangat." ucapnya sambil tersenyum.

"eh-eh, first ramadan kita, saya tak masak sangat pun, sebab masa tu mengandungkan Zara, masa tu pun saya pandai masak lauk nak hidup je,pandai eh nak bodek, ish ish ish" omelku sambil menggelengkan kepala bersama segaris senyuman.

Aku bangun dan menuju ke dapur. Baru je nak melangkah terasa tanganku diraih lembut.

"sayang nak pergi mana?.." soal Zafrel, kalau dengar dah macam Zara merengek dah.

"saya nak pergi siapkan bahan lah, esok pagi boleh terus masak je," jawabku.

"kenapa? " soalku lagi.

"nak ikut, takut rindu, " ucap Zafrel yang pantas bangun dan berdiri disebelahku.

Eh dia ni ada-ada saja, macam aku tak tahu dia nak tolong aku, Zafrel memang begitu kalau dia ada di rumah, semua perkara dia nak bantu, Walaupun dia dah ambil pembantu rumah ,tapi tetap saja dia ingin membantu.

***

"sayang... Bangun.." sayup-sayup aku terdengar suara itu.

Terasa pipiku dioles lembut, dan hidungku dicuit.

Aku membuka perlahan mataku, terlihat Zafrel sedang tersenyum sambil beridiri di hadapanku.

"sahur sayang, jom, abang dah siapkan semua dah," ucap Zafrel.

"dah siap?  Abang masak?" soalku sambil menggosok mata.

"haah, kesian sayang, semalamkan Saif meragam," ucap Zafrel lembut.

"tapi abang pun jaga Saif juga,"ucapku, iya lah kalau ikutkan dia pun tak cukup tidur,

"dah jom, cuci muka, abang tunggu kat dapur, " Tutur Zafrel lembut.

Beruntungnya aku dapat dia..

***

Aku berjalan menuju ke meja makan ,dari jauh aku dengar riuh di meja makan.

"aip, budak kecik ni pun ada?" soalku saat melihat Zara yang sedang duduk di atas kerusi.

"hehe, Zara tidur tadi, lepastu Zara terbau makanan, tengok-tengok papa masak," ucapnya ceria.

"yeke,..ke memang tak tidur haaa,ni Zara bangun sahur, Zara puasa tak hari ni?" soalku lalu mengambil tempat disebelah Zafrel dan menghadap Zara.

"hehehe, tak, esok lah Zara fikir." ucapnya sambil Tersengih.

"amboi, ada-ada je budak cinonet ni, dah, papa baca doa," kataku sambil menggelengkan kepala.

***

Tanganku mencapai telefon dan mematikan penggera, pukul 9 pagi, .aku melihat Zafrel tiada disebelahku,

Aku bangun dan mencapai tuala untuk membersihkan diri, sementara Saif dengan Saqif masih tidur, nanti dah bangun, satu benda pun tak boleh nak buat.

Usai membersihkan diri, aku mencari kelibat Zafrel namun tak kelihatan, bukan Zaf je yang hilang, dengan Zara pun tak ada, pergi mana lah dua beranak ni, tak ada pula pakcik tu mesej bagitahu.

Aku menguruskan keperluan anak kembarku dahulu. Terasa sungguh berbeza menguruskan Zara dahulu dengan anak kembar ku ini, bagaimanalah mama dan papa jaga aku dan Salina dahulu, sudahlah kami merupakan puteri sulung mereka, pasti sukar.

Sudah pukul 11 pagi, dua beranak ni, tak balik lagi, pergi kemana lah bulan-bulan puasa ni, mesej yang aku hantar tidak pula dibacanya, haih jarang sunggub Zafrel Amran ni, tak balas mesej aku, haih,buat orang risau je ,

Aku memutuskan untuk membawa Saif dan Saqif bersiar-siar di kawasan kolam, kerana kawasannya berbumbung tidak lah panas. Setelah aku meletakkan mereka ke dalam stroller, aku menolak menuju ke kawasan kolam.

Dari jauh aku ternampak seorang wanita termenung ditepi kolam. Dia nampak seperti sedang mempunyai masalah

Aku mendekati wanita tersebut,

"Assalamualaikum," sapaku bersama segaris senyuman.

"wakalaikumsalam, " jawab wanita tersebut.

"boleh saya duduk?" soalku sopan.

"duduklah" ujar wanita itu.

Dia nampak sungguh kusut dan sugul, aku perasan, wanita inilah yang bergaduh di pasar raya semalam, rupanya dia juga tinggal disini.

"Nama saya Saira, nama puan?" soalku memula bicara.

"nama saya Huda,akak Huda la kot, nampak macam Saira muda lagi," ucapnya lembut,

"hehehe, tak muda sangat dah ,akak pun bercuti ke?" soalku.

"erm, tak ada lah bercuti pun, nak tenangkan fikiran je, Saira? Bercuti? Tu anak eh?" soalnya sambil memandang Saif dan Saqif.

"aah, bercuti, suami Saira buat kejutan sempena ulang tahun perkahwinan kami, aah anak lah ni," ujarku bersahaja.

"ooo, untung lah dapat suami yang hargai isteri" ucapnya sambil tersenyum nipis.

"alah, semua suami akan hargai isteri dia akak." ucapku lagi.

"bukan suami akak lah kot,erm , Saira kerja?" soal Kak Huda lembut.

"kenapa akak cakap macam tu? Erm aah Saira kerja, peguam syarie." jawabku, jelas di wajah Kak Huda yang dia menangis lama, matanya sembab dan bengkak.

"peguam? Saira urus hal penceraian?" soal Kak Huda yang kelihatan tertarik dengan pekerjaanku.

"urus.. Kenapa ye kak?" Soal ku teragak agak.

"akak nak bercerai,.akak dah tak boleh dah dengan dia." luahnya sayu.

"erm, boleh Saira tahu, apa masalah akak?"  soalku,

"akak dah kahwin dengan dia 15 tahun, akak tak ada anak,dia salahkan akak, akak penatlah Saira, akak tak boleh nak hidup dengan lelaki yang tak hormat akak dah," luah Kak Huda, suaranya terdengar sungguh sayu.

"mama! " terdengar suara Zara menjerit dari jauh, balik dah dua beranak ni, dah 12:30 , haih lah.

"Zara, pergi mana? Papa mana?" soalku tatkala Zara sampai didepanku.

"tu papa, " ucap Zara sambil menunjuk ke arah Zafrel yang berjalan ke arah kami.

"subhanallah, kenapa gelita anak mama ni,main panas eh, demam nanti Zara," omelku melihat kulit Zara yang sedikit terbakar dek pancaran cahaya matahari,

"hehe, sikit je mama, anak mama cantik je lagi, tetap comel." ucap Zara ceria, bab angkat bakul sendiri memang perangai bapaknya,

"sayang!, " sapa Zafrel bersama senyuman, memeluk bahuku dari belakang.

Aku memandang Zafrel geram, hilang tiba-tiba, lepastu nak bermanja bagai pula ye..

"erm, kak Huda, kenalkan ni suami Saira, Zaf."kenalku kepada Kak Huda.

Zafrel menunduk hormat kepada Kak Huda bersama senyuman.

"sepadan kau orang ni," ucap Kak Huda lembut .

"erm sayang, jom balik, abang belengas lah," ajak Zafrel manja.

Gedik sungguhlah laki aku ni, tak kira orang atau tempat kalau dah termasuk roh gedik tu.

"erm ok lah Kak Huda, pasal tadi tu, nanti kita bincang, jap Saira bagi nombor, jangan stress-stress tau," ucapku bersama segaris senyuman.

***

"Zara pergi mana tadi dengan papa?" soal aku kepada Zara saat sedang memandikannya.

"Zara pergi pantai, pastukan mama, Zara naik bot, best! Zara dapat sotong juga! Atok bot bagi, nanti mama buat ketupat sotong eh!" Cerita Zara ceria.

Amboi menyempat order ketupat sotong, anak bapak sungguh si Zara ni, apa saja papa dia suka, mesti dia suka juga.

"yelah, nanti mama buatkan, Zara pergi pakai baju, keringkan rambut betul-betul, mama nak pergi tengok papa, nak tanya siapa atok bot tu," ucapku kepada Zara.

"Encik Zafrel..." panggilku sambil memulas tombol pintu bilik.

Zafrel yang sedang pakaian dan masih bertuala menoleh tanpa perasaan.

"apa..ok ni mesti nak tanya abang pergi mana, sabar dulu Puan Saira, tarik nafas dalam-dalam hembus." ucapnya sambil ketawa.

"tak kelakarlah Encik Zafrel.., seronok ye buat saya risau? Kalau jadi apa-apa macam mana?" soalku sambil menahan marah, kita ni risaukan dia, dia boleh buat lawak, haish.

"ok-ok, abang minta maaf, abang ingat nak keluar sekejap je bawa Zara pergi pantai, tapi terlajak, seronok pula tengok laut." ujar Zafrel bersama sengihan sambil menggaru belakang kepala.

Aku memandang Zafrel tajam, mencari titik kejujuran diwajahnya.

"Zara cakap dia naik bot dengan sorang atok ni, siapa?" soalku kepada Zafrel.

"aaa, nelayan, siap dapat sotong yang besar-besar tau sayang," cerita Zafrel ceria.

"abang ni, percaya je, entah-entah lanun ke, lagi satu, tengah hari baru balik, demam nanti Zara," omelku

"sayang..apa lanun pula, jauh sangat fikir,tak ada apa-apalah, Zara happy je tu," ucap Zafrel lembut.

"ikut abanglah, cakap saya memang abang tak nak dengarkan," perliku lalu keluar dari bilik.

Eyyy!! Sakitnya hati, dah lah hilang macam tu je, lepastu banyak pula alasan, geram!.

Kelihatan Zafrel keluar dari bilik lalu melabuhkan punggung di sebelahku. Tanpa perasaan dia membuka televisyen.

Eh dia ni, macam tak jadi apa-apa pula, selalunya bukan main lagi pujuk aku, panas pula hati ni bulan-bulan puasa.

***

Hampir 15 minit aku perhatikan Zafrel ni, dia tak endahkan aku langsung! Jin laut mana sampuk dia ni? Eh yang kena ikat tu syaitan kira jin ada lagi lah kan.

"awak memang tak nak pujuk saya eh Encik Zafrel?" soalku kasar.

"hurm?" soal Zafrel lalu mengukir senyuman.

"haaa senyum pula, eyy" ujarku lalu menjeling tajam.

"speechless abang, sayang nak abang pujuk ke?" soalnya sambil melentokkan kepalanya.

"taknak. Siapa entah sayang dia" ucapku lalu memalingkan wajah ke arah lain.

"hahaha, comel! Baru abang nak uji sikit,hahaha, sayang, sini tengok abang," ujarnya lembut lalu menyentuh hujung daguku supaya memandang ke arahnya.

"abang minta maaf ok? Abang tahu, tak patut abang tinggalkan sayang macam tu je, tapi abang betul-betul lupa, maafkan abang ok? Oklah, kalau tak nak maafkan, hukum lah abang,tapi tak nak tidur luar tau," tuturnya sambil tersenyum manis.

"amboi, mana boleh pilih denda," ucapku sambil mengawal senyum.

"alah, abang mana boleh tak tidur dengan sayang, nanti kena insomnia," ucapnya sambil memuncungkan bibir.

"eyy, mengadanya! Pergi tidur dekat laut nuh!" ucapku.

"dekat laut tak ada Puan Saira.." ujar Zafrel manja.

Aku tidak dapat mengawal senyum dengan perangai pakcik ni, ada-ada saja perangainya.

"sayang, tak marah dah kan?" soal Zafrel ceria.

"mungkin," tuturku.

Zafrel mendekatiku lalu menggeselkan badannya seperti seekor kucing,

"meow, jangan lah marah..." pujuknya sambil menahan tawa.

Terhemhur juga tawaku dengan tindakan Zafrel.

***

Usai menunaikan terawih, aku membancuh minuman dan menghidangkan potongan buah buat Zafrel yang sedang tekun menonton drama koreanya, haih tak kira bulan apa, tak tinggal drama korea dia tu, katanya ni lah ilham nak jadi romantik, ada je pakcik tu.

"abang, ni air dengan buah," pelawaku, lalu mengambil tempat disebelahnya.

"thanks sayang," ucapnya sambil mengukir senyuman.

Aku ingin menanyakannya soal Kak Huda, aku menarik nafas lalu memulakan bicara,

"abang..nak cakap sikit boleh?.." soalku teragak agak.

"boleh, free je, tak payah bayar pun, kenapa isteri ku?" soalnya lalu memusingkan badan menghadapku.

"erm, abang ingat tak kakak yang saya borak dekat swimming pool tadi?" soalku kepada Zafrel.

" erm, ingat, Kak Huda kan?" ujar Zafrel.

"aah, dia cerita masalah dia tadi, dia nak cerai dengan suami dia,sebab suami dia salahkan dia tak bagi zuriat." ceritaku kepada Zafrel.

"ok.. Jadi?" soal Zafrel kepadaku lalu mengangkat sebelah keningnya.

"patut ke saya tolong?" soal aku kepada Zafrel.

" peguam?" soal Zafrel lagi.

Aku mengangguk perlahan.

"erm, sayang masalah macam ramai je yang alami, erm tak payahlah, kita datang sini nak rehat, tak kan nak kerja lagi, lagipun, abang tak minat sangat lah pasal cerai-cerai, sebabtu abang jarang ambil," ucap Zafrel bersama kerutan di dahi.

"erm.. Dia nampak stress sangat," ucapku lagi.

"sayang.. Daripada awak tolong dia nak cerai why not, awak bagi tips nak pregnant, sayangkan power, sampai dapat anak kembar " sakat Zafrel lalu ketawa.

"abang ni! Orang tanya pendapat, dia melencong pula." omelku tidak puas hati.

"hahaha, ok sayang macam ni, apa kata, sayang ,tak payah masuk campur,tak penat ke, asyik nak dengar masalah? Kalini kita rehat je la," ujar Zafrel lembut.

"erm, tapi.." ucapku.

"No, tak payah," pujuk Zafrel lembut namun tegas.

***

3minggu berlalu, aku menjalani bulan ramadan yang cukup bahagia, berbeza sungguh dengan tahun-tahun sebelun ini dimana aku dan Zafrel sama-sama sibul dengan kerja, kali ini kami lebih banyak waktu bersama, masak, pergi bazar serta dapat terawin berjemaah , dan perkara sunat lain, indah sungguh.

Selama tiga minggu ini juga Kak Huda sering menghubungiku, Benar, Zaf tak benarkan aku masuk campur, tapi aku kasihan, Lagi pula, Kak Huda bukannya bercerita perihal masalah rumah tangga lebih kepada rakan, bertanya soal aku dan anak-anak, dan lain-lain hal.

***

Salina ada bertanya mengenai persiapan hari raya,

Entahlah aku sendiri tidak tahu, Ramadan sudah lebih separuh, persiapan hari raya? tanpa mama, umi dan abi, tak ada mood pula aku nak bersiap beria. Iyalah Salina pun tak ada, .

"termenung apa tu Puan Saira? " sapa Zafrel lalu mencuit hujung hidungku.

"Rindu mama, umi dengan abi lah abang, tak bestlah raya tanpa dia orang," luahku sedih.

"call lah," cadang Zafrel.

"dah.. Pagi tadi, taknak lah ganggu dia orang beribadah.." ucapku perlahan.

"apa nak susah, sayang kan akan beraya dengan suami yang kacak dan tampan ni, bukan semua suami tau kacak macam abang ni " ujar Zafrel bangga.

Kalau bab puji diri sendiri memang mamat ni power, macam dia sorang jelah yang ada muka dekat dunia ni,

"kenapa pandang macam tu? Apa abang tak kacak ke?" soal Zafrel.

"entahlah, nantilah Saira fikir yee," ucapku malas.

"haa abang, mek tak balik Malaysia ke raya ni?" soalku kepada Zafrel, iyalah mek sekarang duduk di luar negara bersama Yusrina, dan moklong. Yusrina dah berkahwin dengan seorang lelaki warga New Zealand.

"entahlah, tak lah kot, tak ada pun mek cakap dia nak balik," ujar Zafrel.

"Reen sihat? Ada mesej abang?" soalku.

"aik, kenapa tanya pasal Reen, sihat lah kot, tak kan lah bini orang tu nak mesej abang." jawab Zafrel bersama kerutan.

"manalah tahu.." tuturku.

"haa mulalah tu, tak ada tak ada, next topic please," ucap Zafrel dengan nada ala-ala lelaki lembut.

"abang ni, tak fun lah " ucapku sambil menjuih bibir.

"sebab abang tahu endingnya, ada orang merajuk" ucap Zafrel sambil tersenyum

"mana ada.." nafiku sambil berpeluk tubuh.

" I really know my wife," ujar Zafrel lalu mencuit hujung hidungku.

***

Lepas subuh lagi Zafrel dah ajak kami anak beranak ke pantai, melayan Zara nak tengon matahari terbit,ni kalau mama tahu aku bawa Saif dan Saqif keluar awal pagi ni, mahu kena pulas telinga.

"mama, tengok tu, cantiknya! " ujar Zara ceria sambil menujukkan sang suria yang perlahan lahan keluar menunjukkan wajahnya.

"suka?" soalku kepada Zara.

"sukaaaaa sangat mama!" jawab Zara.

"haa lepas ni, suruh lah papa bawa kita jalan selalu" ujarku sambil mengerling ke arah Zafrel.

"papa ok je, mama tu yang selalu busy, sayang sangat dengan klien-klien dia,"perli Zafrel.

Sedang kami bergelak tawa, terasa ke stroller Saif dan Saqif sedikit bergerak, aku menoleh pantas, terlihat satu susuk tubuh yang memakai baju hitam berlari menjauh dari kami.

Mataku pantas memeriksa Saif dan Saqif, namun hanya Saif yang berbaring di dalam stroller.

Jantungku berdetak laju, otakku ligat bergerak,aku cemas.

"abang!! Orang tu culik Saqif!!" teriakku cemas.

Zafrel memandang aku tajam dan serius, lalu berlari mengejar susuk tersebut.

Air mataku mula tertakung dalam kolam mataku., otakku pantas mencerna apa yang sedang berlaku, Saqif hilang? Orang culik? Ah aku buntu.

"mama.. Adik will ok, don't cry.." pujuk Zara yang memelukku secara tiba-tiba.

"Zara...orang ambil Saqif.." ujarku dalam keseduan.

"I know.. Tapi I'm sured, papa will safe him, trust me ok mama, I'm here with you," ucapnya tenang,

Ya Allah, matangnya Zara, dia lebih kuat dari apa yang aku sangka, malah lebih kuat dariku.

***

Hampir 30 minit aku menanti Zafrel, aku terlihat sayup-sayup susuk tubuh Zafrel berjalan dalam gelap pagi yang semakin mencerah, dia mendukung bayi, Saqifkah itu?

Aku pantas berdiri dan mengelap air mataku.

"abang, Saqif ke tu,?" soalku kepada Zafrel.

Zafrel mengangguk perlahan, matanya tajam lalu menghulurkan Saqif kepadaku.

"awak tahu siapa culik dia?" soal Zafrel serius sambil termengah mengah.

"siapa?" soalku.

"Kak Huda kesayangan awak." ucap Zafrel , wajahnya cukup serius, jelas kelihatan dia menahan amarah.

Lama aku tak nampak rautnya begini, dia marahkan aku kerana aku gagal jaga Saqif?

"jom pergi balai." ucapnya tegas.

***

Aku masih terngiang jawapan Kak Huda, apabila ditanya mengapa dia lakukan ini.

"Saira kan ada dua, bagi lah akak satu, bukan Saira dah anggap akak ni, macam akak Saira ke?" soalnya sinis.

Adakah dia menganggap segala kebaikan dan perhatianku selama ni, merupakan tanda setuju untuk memberi anakku kepadanya? Gila!!

Aku melangkah masuk ke dalam bilik, terlihat Zafre sedang berdiri di tepi tingkap sambil berpeluk tubuh.

"Saira, saya rasa, saya dah bagitahu awak supaya jangan masuk campur hal Kak Huda, kenapa degil?" soal Zafrel tegas tanpa memandang aku.

Aku tersentak mendengar kata-kata itu dari Zafrel, sungguh telingaku yang sentiasa dimanjakan denga. Kata lembut dan halus bagaikan ditembak pabila disergah oleh kata-kata begitu.

"abang, saya pun tak tahu yang Kak Huda ada niat lain,kalau saya tahu.." kata-kataku belum pun habis sudah dipotong oleh Zafrel.

"susah sangat ke awak nak dengar nasihat saya Saira? Boleh tak, sekali je awak ambil kira apa yang saya cakap? Awak tak anggap saya suami ke?" ucap Zafrel sayu namun tegas.

Benar, selama hayat perkahwinan kami, aku lebih dominan, Zafrel banyak mengikut kehendakku. Tapi bukannya aku berniat untuk menidakkan statusnya sebagai suami.

"abang, janganlah macam ni, saya minta maaf, Zafrel yang saya kenal bukan pemarah macam ni," rintih ku sambil mengusap lengan Zafrel.

"saya tak marah, saya kecewa, sebab isteri saya tak nak dengar nasihat saya," ucapnya lalu mencapai tuala dan masuk ke kamar mandi.

Aku buntu, tak pernah Zafrel bersikap begini, dia sungguh dingin,dan penuh dengan renungan tajam, kemana hilangnya Zafrel yang hangat dan pandangan penuh kasih sayang?

Tak lama kemudian, Zafrel keluar dari bilik saat aku sedang bermain dengan Saif dan Saqif, dia bersiap mengenakan sluar slek hitam dan t shirt hitam, kemana dia mahu pergi?

"abang nak pergi mana?" soalku yang sedikit janggal dengan keadaan dingin ini.

"keluar." jawabnya ringkas lalu keluar dari rumah.

Hatiku bagai dihiris , sakitnya apabila suami perlakukan aku begini, rasakan bagai tak dihargai,

***

Waktu berbuka sudah hampir., namun Zafrel masih belum pulang, resahnya aku, mesej dariku langsung tak dilayan.

"Zara... Call papa, tanya papa dekat mana.." pintaku.

"jap, eh ma, papa ada mesej lah, dia cakap dia berbuka dekat masjid," ujar Zara.

Berbuka dekat masjid? Merajuk sungguh suamiku ini, apa perlu aku buat?.

***

Masuk hari ini,sudah 3 hari Zafrel tidak mahu bercakap denganku, bersahur dan berbuka, semuanya di masjid, hidupku sungguh tidak lengkap tanpa gurau manjanya.

Aku termenung sendiri di ruang tamu.

"mama..."panggil Zara manja.

"ye, manja mama, ada apa? Lapar ke?" soalku lembut.

"tak, kenyang lagi ni, papa merajuk lagi dengan mama?" soalnya sambil memandang wajahku.

"merajuk? Eh mana ada." nafiku

"Zara tahu,papa merajuk, papa tak macam biasa." ujar Zara bersama keluhan.

Aku hanya tersenyum hambar mendengar kata-kata Zara.

"mama pujuk lah papa," cadang Zara ceria.

"pujuk? Mana mama pandai, tak reti lah Zara.." ucapku bersama keluhan.

"itulah mama, mama patutnya belajar dari papa," omel Zara perlahan.

Amboi ini anak, ada je mulut dia.

"Zara lah tolong, Zara kan selalu menuntut dari papa," ucapku kepada Zara.

"boleh je!" setuju Zara bersama segaris senyuman.

***

Malam itu kami bersiap bagaikan ada majlis di rumah. Gantung belun, hias ruang tamu, buat kek dan macam-macam lagi, padahal raya lagi 3 hari tapi dah macam esok dah hari raya.

Sambil aku bersedia dengan kad besar yang tertulis "forgive me".

Zafrel membuka pinta aku dan anak-anak berdiri depan pintu, Zafrel memandang kosong , tiada secalit pun senyuman.

"abang..saya minta maaf," ucapku sambil meraih tangan Zafrel dan ku kucup lembut.

Zafrel mengangguk perlahan, tanpa berkata apa-apa.

"Papa, smile lah, Zara dengan mama buat semua ni tau," kata Zara ceria.

"Zara buat? Wow hebatnya Zara!" ujar Zafrel,

Dia ni, kenapa macam ni, dari rasa bersalah, jadi sakit hati pula, sakitnya hati ni, bila suami bagaikan tak menghargai apa yang telah disiapkan.

Aku mengetap geram bibirku, lalu melangkah laju menuju ke bilik.

"Puan Saira , awak nak pergi mana tu," soal Zafrel.

"saya nak masuk bilik ,." ujarku ringkas namun tanpa perasaan.

"kemas barang-barang, kejap lagi kita balik." arah Zafrel.

4274 words..

BERSAMBUNG..

                   

P/s: hi! Lama pula hilang ye, hehe, sis duk fikir, nak bg ending terus ke eh, atau nk bt stu part lg, memandang dh 4k lebih untuk bab ni,tkut korg muak pulak,so sis bg ending untuk next part, ending dah siap dh, sis copy and cut je letak dkt chap bru, lps 3 hari sis bg ending, ok, jgn lupa vote, komen dan share, enjoy reading!!

Siguiente capítulo