webnovel

Dendam tak berhabisan

Carl saja menggertak Si Dragon yang bernama Mary itu. Dia tidak tahu apakah perasaan ini tapi setiap kali dia dijeling atau menerima pandangan maut dari Mary ada perasaan pelik yang mula bertandang di hatinya. Ahh...dia tak suka perasaan ini kerana itu dia bertindak untuk menggertak gadis itu.

Riak wajah Si Dragon terus berubah. Rakan di sebelahnya tetap setia di sisinya. Mungkin cuba menahan Si Dragon daripada cuba berlawan kata dengannya lagi.

Si Dragon hanya mendiamkan diri walaupun wajahnya jelas masih tidak berpuas hati dengan kata-kata Carl. Akur dengan kekalahannya, Mary menyerahkan segala pesanan tadi kepada Gabriel tanpa sedikitpun memandang ke arah Carl. Walaupun Carl berasa sedikit ralat tetapi hatinya puas. Selepas ini, Si Dragon sudah tidak berani keluarkan apinya. Hahahaha....hatinya ketawa keriangan.

Setelah selesai, Carl segera keluar dari kafe tersebut. Tidak sampai beberapa langkah Carl terdengar Gabriel mengucapkan kata maaf bagi pihak dirinya kepada Si Dragon dan gadis pujaannya. Carl ternampak Si Dragon menggelengkan kepala dan tersenyum nipis ke arah Gabriel.

Kenapa dia tak pernah senyum macam tu depan aku? Hah...persetan dengan semua tu. Kenapa aku peduli dia senyum atau tidak? Bukan urusan aku.

"Carl!" Panggil Gabriel sambil menghampiri Carl dengan riak tidak puas hati.

"Kenapa kau kata macam tu pada Mary?" Tanya Gabriel.

Mata Carl sudah naik ke atas. Nak berleter lagi lah tu...

"Gab! I'm swear, this time is not my fault. Dragon tu yang salah." Kata Carl cuba membela diri.

"Bukan Dragon. Mary, Carl. M.A.R.Y....Mary," kata Gabriel berulang-ulang kali.

Lucu pula Carl melihat wajah Gabriel yang tanpa espreksi tu. Itu tanda dia sudah jengkel dengan pihak lawannya.

"Whatever...." Jawab Carl malas lalu terus mengambil minumannya di tangan Gabriel. Dia terus menghirup minuman Capuccino kegemarannya dan sejurus itu juga dia menyeburkan air minuman tersebut keluar dari mulutku.

"Oh, shit!" Maki Carl berkali-kali. "Rasa apa ni. Manis giler....macam air gula," kata Carl dengan muka yang sudah berkerut menahan rasa air yang paling buruk rasanya. Rasa Capuccino entah ke mana rasa air gula semata-mata dengan rasa sedikit masin. Eeeuhh...Gabriel sudah ketawa berdekah-dekah. Carl menjeling ke arah Gabriel.

"Kau tengok apa yang dragon tu dah buat pada aku," katanya sedikit kesal lalu mencampakkan minuman tersebut ke dalam tong sampah.

"Mungkin tu bayarannya, sebab kau panggil dia Dragon," kata Gabriel dengan ketawanya masih bersisa.

Setelah ketawanya reda, Gabriel menghirup pula kopi hitam yang dibelinya tadi. Wajahnya sedikit berkerut tetapi masih tetap menghirup air kopi tersebut.

"Kenapa?" Tanya Carl pelik.

"Nothing. Cuma kopi ni manis sedikit," Jawab Gabriel senada. Tidak mudah melatah seperti Carl.

"Hmm...mungkin ni bayaran untuk kau sebab kau 'pernah' panggil dia dragon," Balas Carl dengan selamba.

Gabriel menjengilkan matanya kepada Carl.

"What?" Tanya Carl sedikit polos.

"Tapi aku tak pernah cakap depan dia. Aku sebut sekali je. Arghhh...sudahlah Carl. Kau selalu nak menang. Ada saja jawapan kau yang buat aku sakit hati. Kalau aku tahu jadi macam ni aku tak ajak kau pergi tadi," keluh Gabriel.

Carl mencebikkan mukanya bila mendengar kata-kata Gabriel.

"Hey, little boy. Jangan nak salahkan aku sebab spoil kau nak mengurat perempuan tadi. Kau tu pemalu depan orang yang kau suka. Tadi pun tak ada progress. Dah tahu siapa nama dia? Tak tau kan? Sekurang-kurangnya aku tahu juga nama dragon tu siapa walaupun tak ada guna aku tahu nama dia," kata Carl sedikit sinis.

Gabriel terdiam mendengar kata-kata Carl. Aku salah cakapkah? Dia yang lembap dalam percintaan. Getus Carl. Atau Gabriel maksudkan perkara lain?

"Sudahlah Carl. Malas nak bertekak dengan kau. Kau memang tak pernah belajar daripada kesilapan," kata Gabriel lirih.

Gabriel terus berjalan ke hadapan tanpa menghiraukan Carl lagi. Carl menjongketkan bahunya tanda dia malas nak ambil peduli semua tu. Lantaklah.....

Eylem melihat jam di tangan. Lagi 15 minit sebelum pukul 2.00 petang. Betul telahannya. Selepas kejadian itu, kelibat Mr. Gorgeous tidak pernah kelihatan. Mungkin dia serik untuk datang ke sini lagi. Fikir Eylem.

Tapi tak sampai beberapa saat Eylem terlihat dua kelibat lelaki sedang memasuki kafe dengan penuh elegan. Ohhh....tidak! Mr. Gorgeous ada kat sini. Jerit hati Eylem. Bertuahnya dia dapat juga menikmati ketampanan Mr. Gorgeous.

Mary berdeham beberapa kali. Mungkin sedar tentang keterujaan sahabatnya.

"Behave Eylem," tegurnya sambil menyediakan makanan dan minuman yang dipesan oleh pelanggan lain.

Eylem mengeluh kecil. Bagaimana Mary boleh setenang itu? Seolah-olah keadaan sekeliling tidak pernah memberi kesan dalam hidupnya. Bukan Mary tidak perasan ada Mr. Anoyying sekali di situ. Gemar sungguh dia memberi gelaran kepada orang lain.

Tidak mahu rasa tergugat dengan kehadiran Mr. Gorgeous dia terus melemparkan senyuman yang manis untuk tatapan mereka.

"Hello, Mr. Gorgeous!" Tegur Eylem dengan selamba saat lelaki itu dan rakannya menghampiri kaunter. Beberapa saat kemudian, baru dia tersedar dengan panggilan yang dia gunakan. Teringat akan nasihat Mary, tanpa sedar Eylem terus menutup mulutnya dan mengerling ke arah Mary tetapi sahabatnya itu membuat tidak tahu seolah tidak ada apa-apa yang berlaku sebentar tadi.

Untuk tidak rasa janggal Eylem terus mengambil pesanan daripada Mr.Gorgeous.

"So, Encik nak pesan apa?" Tanya Eylem. Riak muka Mr. Gorgeous seakan berubah.

Mungkin dia tidak suka orang lain memanggilnya begitu. Kenapalah mulut aku ni bercakap apa yang terlintas dalam hati aku tanpa fikir dahulu akibatnya. Rasa nak cepuk je mulut ni. Sudahlah! Malaslah aku fikir. Perkara yang lepas jangan dikenangkan lagi. Yang paling penting saat ini, aku perlu jaga tingkahku di hadapan Mr. Gorgeous agar tidak ketahuan aku sangat teruja melihat lelaki ini. Takut nanti, Mary bebel panjang pula. Bicara hatinya.

Mr. Gorgeous terus membuat pesanan. Ya, Tuhan...suaranya begitu berkarisma di perdergaranku. Sedikit garau dan serak-serak basah. Aku cuma boleh kata suaranya hampir buat jantung ku luluh mendengarnya. Bukan tubuhnya saja yang seksi tapi suaranya sekali. Kalau nyanyi ni mesti merdu. Pujanya di dalam hati. Hish...Apa yang kau fikir ni, Eylem? Manakah akal waras kau? Sekali lagi hatinya berperang seaama sendiri.

Eylem mengulangi pesanan yang dibuat oleh Mr. Gorgeous dan memberitahunya kepada Mary. Setelah itu dia kembali fokus kepada Mr. Gorgeous menanti lelaki itu membuat pesanan untuk makanan pula.

Tidak sampai beberapa detik, Eylem terdengar suara Mr. Anoyying sedang memarahi Mary. Eylem sudah gelisah. Apa dah jadi ni? Fikirnya.

Eylem memandang Mr. Gorgeous. Riaksinya juga terkejut seperti Eylem. Mr. Gorgeous cuba menghentikan tingkah rakannya tapi tindakannya itu seakan tidak berjaya apabila rakannya menepis tangannya. Tiba-tiba Eylem rasa sebal melihatnya. Perlukah tepis tangan Mr. Gorgeous sampai begitu sekali? Memang betul-betul 'anoyying' lelaki ni. Getus Eylem.

Rasa sebal hanya sebentar. Eylem terus menghampiri Mary bila dia terdengar gertakan daripada Mr. Anoyying. Dia resah. Dalam hatinya, dia berharap Mary tidak bertikam lidah dengan lelaki itu lagi.

Eylem menarik nafas lega bila Mary bertindak untuk mendiamkan diri. Walaupun Mr. Anoyying agak keterlaluan baginya tapi saat itu mereka tidak mampu lakukan apa-apa. Kan ada pepatah cakap 'Customers always right'. Berdiam diri bukan bererti Mary kalah tapi lebih kepada memilih tindakan yang bijak. Good job, Mary! Desis hati Eylem.

Selepas itu, Mr. Gorgeous meminta maaf kepada Mary bagi pihak Mr. Anoyying. Apa kes? Orang lain yang buat salah orang lain yang minta maaf. Hmmm...kasihan Mr. Gorgeous. Selalu jadi penyelamat keadaan. Bisik hati Eylem

Eylem memandang Mary dengan rasa simpati. Hari ini bukan hari yang bertuah buat Mary. Eylem menghampiri Mary setelah shift mereka hampir tamat.

"Kau okay?" Tanya Eylem.

"Kau risau fasal aku?" Tanya Mary kembali sambil tersenyum nipis. Dia mengemas barang keperluannya ke dalam beg galas, bersedia untuk pulang.

"Mestilah! Aku tak rasa kau okay selepas kena gertak dan digelar dragon oleh Mr. Anoyying tu," balas Eylem sambil mengemas barangnya juga. Bersedia untuk pulang ke rumah beriringan dengan Mary.

"Hahaha...bukan kau ke yang bagi nickname tu kan aku?"Tanya Mary dengan ketawanya masih bersisa.

"Aku tak sengaja. Tak tahu pula Mr. Annoying tu panggil kau macam tu. Tak patut...tak patut..."Kata Eylem simpati.

"Ada nama baru pula? Kau ni macam-macam, Eylem. Kau jangan risau. Aku okay. Eylem, aku dah buat keputusan yang kita tak akan bekerjasama lagi di kafe dan aku tak perlu lagi menghadap muka Mr. Anoyying tu lagi." Kata Mary bersahaja.

"Apa maksud kau, Mary? Kau nak berhenti?" Tanya Eylem gelisah. Wajahnya sudah berkerut seribu.

"Hey! Stop buat muka macam tu. Hahaha..." Kata Mary sambil ketawa. Dia ingat perkara ni lawak? Getus Eylem.

"Aku tak cakap aku nak berhenti. Lagipun gaji kat sini boleh tahan lumayan. Aku dah bincang dengan manager tadi. Aku akan tukar shift. Aku akan kerja dari petang sampai malam." Jelas Mary.

Jelas Eylem terkejut dengan keputusan Mary. Begitu drastik.

"Tak bestlah macam tu Mary. Nanti aku dah tak jumpa kau lagi. Kenapa kau buat macam tu?" Rungutku. Mary menepuk bahuku.

"Chill lah friend. Macam lah kita tak akan jumpa kat rumah." Kata Mary. Senyuman masih terukir di bibirnya seperti tiada apa yang perlu dibimbangkan.

"Yalah. Tapi masa yang kita luangkan bersama-sama dah tak macam dulu. Kalau macam tu aku nak tukar shift juga lah. Tak seronoklah kalau kau tak ada," rungutku lagi.

"No, Eylem. Aku ada sebab kenapa aku buat macam tu. Lagipun, kau sanggup, tak dapat jumpa Mr. Gorgeous lagi? Tak kan?" Soal Mary.

Umpan Mary membuatkan Eylem terdiam. Betul juga. Tak terfikir pula dia.

"Kenapa diam?"

"Tak sangka mereka datang ke kafe selepas kejadian hari tu. Bukan kau tak suka aku dekat-dekat dengan Mr. Gorgeous?" Soal Eylem polos. Mary memeluk bahu Eylem.

"Eylem. Aku ni tak sekejam yang kau fikirkan sampai aku tak sensitif dengan perasaan kau. Aku rasa Mr. Gorgeous tu tak lah seburuk yang aku sangka tapi....still kau kena hati-hati. Jangan mudah teruja atau perasan kalau dia layan kau baik-baik," kata Mary dengan penuh makna.

"Aku faham maksud kau. Aku bukan siapa-siapa nak dibandingkan dengan Mr. Gorgeous tu. Macam langit dan bumi. Lagipun dia dah ada girlfriend. Aku cuma tak boleh tahan rasa keterujaan aku bila dia ada di depan mata aku," lirih Eylem meluahkan perasaannya. Tidak rasa takut lagi untuk berbincang hal tersebut dengan Mary.

"Janganlah rendah diri sangat, Eylem. Kau cantik. Boleh kata kau ni wanita idaman lelaki. Cuma aku takut kau dipermainkan disebabkan kau tak sama taraf dengan dia. Tapi mungkin nasib kau berbeza tak sama macam aku," kata Mary.

Tiba-tiba wajah Mary bertukar mendung seakan ada sesuatu yang buruk pernah terjadi pada dirinya. Dalam diam Eylem terfikir, kenapa Mary seolah-olah lembut hati kali ini?

"Tak apalah. Lupakan apa yang aku cakap. Janji dengan aku, kau kena hati-hati dengan Mr. Gorgeous kalau dia cuba rapat dengan kau. Ingat pesanan aku." Ucap Mary dengan tegas.

Hmm...aku tarik balik kataku. Mary tetap dengan pendiriannya. Bagi Mary, aku tetap tak ada peluang untuk rapat dengan Mr. Gorgeous. Aku tak faham kenapa Mary sangat alergi dengan lelaki seperti Mr. Gorgeous? Begitu juga dengan Mr. Anoyying. Mary seolah-olah bencikan lelaki yang berstatus tinggi. Hatinya tak henti-henti berbicara. Untuk menyenangkan hati Mary, Eylem hanya menganggukkan kepala tanda mengerti.

"Ada apa-apa lagi yang kau nak cakap?" Tanya Eylem apabila dia melihat Mary seperti sedang berfikir untuk katakan sesuatu.

"Hmm...satu lagi. Aku nak minta tolong dengan kau," kata Mary seakan berbisik walhal tiada sesiapa di sekeliling kami.

"Tolong apa?"

"Nanti kalau Mr. Anoyying atau Mr. Gorgeous datang ke kafe, cari aku, kau cakap aku dah berhenti kerja." Pinta Mary.

"Kenapa mereka nak cari kau?" Tanya Eylem hairan. Menghairankan lagi, dia perlu menipu? Itu namanya dosa.

"Hmmm...mungkin sebab aku dah buat mereka marah? Aku tak rasa mereka akan tinggal diam terutama Mr. Anoyying tu," kata Mary dengan serius.

"Kau buat mereka marah? Jangan kata kau ada buat sesuatu yang buruk pada mereka tanpa pengetahuan aku," kata Eylem secara spontan.

Mary tersenyum senang mendengar kata sahabatnya itu. Eylem menggelengkan kepala. Dia memandang Mary dengan serius dan Mary mengankat keningnya berkali-kali sambil tersenyum senang. Petanda memang dia ada lakukan sesuatu.

"No! Are you kidding me? Please say no." Kata Eylem dengan matanya sudah membulat.

"Hehehehe, unfortunately the answer is yes." Balas Mary tanpa rasa bersalah.

"Oh, Mary! Apa kau dah buat ni? Adakah ini penyebab kau tukar shift?" Tanya Eylem lagi.

Tak sangka Mary boleh bertindak sejauh itu untuk menyakiti Mr. Anoyying dan lebih parah Mr. Gorgeous terlibat juga. Macam mana dia nak berhadapan dengan Mr. Gorgeous nanti.

"Sebab tu kau kena tolong aku, Eylem. Lain yang aku rancang, lain pula yang jadinya. Aku tak sangka dia gertak aku. Kalau aku tahu dia seberani itu, aku tak akan buat macam tu. So, sekarang ni aku tak boleh tarik balik tindakan aku tu. Please, Eylem. Kau kena tolong aku. Kalau tak habislah aku." Rayu Mary.

"Apa yang kau dah buat pada mereka?" Soal Eylem ingin tahu.

"Tak teruk sangat pun. Cukuplah sekadar balas rasa sakit hati aku ni," kata Mary sambil ketawa kecil.

"Are you sure?" Tanyaku untuk meminta kepastian.

"Yes! Very sure." Jawab Mary dengan yakin. "Okay, dahlah. Jom balik," ajak Mary.

Eylem menganggukkan kepala. Kenapalah ada siri dendam tak berhabisan ni? Ya Allah...selamatkan lah aku. Doanya di dalam hati.

Siguiente capítulo