Gabriel menarik tangan Carl bersama-sama dengan dua wanita keluar dari kafe. Wajah Carl sudah tidak semerah tadi tapi raut mukanya masih lagi tegang. Gabriel menghembuskan nafas lega.
Dia tersenyum nipis. Tiba-tiba fikirannya melayang memikirkan gadis yang memanggil dirinya Mr. Gorgeous. Siapakah gerangan gadis tadi?
"Gab!" Panggil Carl memusnahkan segala fikirannya yang mula menerawang.
"Oh! Yaa...Ada apa?" Tanya Gabriel seolah-olah baru sedar ke alam nyata.
"Apa yang kau fikir? Tersengih sampai hujung telinga. Kau ingat kelakar tadi?" Tanya Carl. Wajahnya masih keruh walaupun sudah tidak sekelat dan mencuka seperti tadi.
Eliza dan Maggie memandang ke arah Gabriel dengan penuh tanda tanya. Gabriel menjongketkan bahu tanda tiada apa yang perlu diulas.
"Gab, kami balik office dulu. Dah lewat sangat ni. Eliz jom. Jumpa kat rumah. Bye." Kata Maggie kepada Gabriel dan Carl.
Maggie tidak mahu keruhkan lagi keadaan jadi lebih baik dia beredar segera dari situ. Dia memegang tangan Eliza dan mengajak Eliza untuk pergi dari situ tapi Eliza tetap berdiri membatu di situ.
Eliza masih dengan wajahnya yang berkerut seribu. Tidak puas hati dengan kejadian tadi.
"No! I tak puas hati dengan perempuan tadi." Protes Eliza.
"You..." rengek Eliza kepada Carl. Carl menoleh ke arah Eliza. Hatinya masih tidak tenteram akibat kata-kata pekerja kafe tersebut.
"You kena ajar perempuan macam tu. Dia dah kurang ajar dengan kita. Berani dia malukan kita depan orang ramai," hasut Eliza.
Maggie sudah menggelengkan kepala mendengar kata-kata Eliza. Mata Gabriel juga sudah juling ke atas. Meluat mendengar kata-kata Eliza. Dada Carl kembali berombak menahan marah membuatkan Gabriel cepat bertindak sebagai penenang. Kalau dibiarkan habis kiamat dunia ini. Bukan dia tidak tahu sikap panas baran Carl.
"Stop Eliz! Jangan api-apikan Carl. You tahu Carl macam mana. Sepatutnya you kawal keadaan dan tak bersikap kebudak-budakkan. Kalau you akui kesilapan you tadi benda ni tak akan jadi. You faham tak? Don't be so childish!" Tegur Gabriel dengan tegas.
Carl mengerling ke arah Gabriel. Gabriel tahu Carl tidak suka cara dia bercakap dengan buah hati kesayangannya. Kadang-kadang sayang Carl tidak bertempat. Sikap itu yang sangat dibenci oleh Gabriel. Tapi melihat Carl tidak membantah dia mengambil itu sebagai satu hal yang tidak perlu dipanjangkan lagi.
"Eliz you pergilah dulu dengan Mag. Next time you contact Carl semula," cadang Gabriel dengan nada yang lebih lembut.
Walaupun dia tidak lah begitu selesa dengan kehadiran Eliza tetapi dia tetap hormat Eliza sebagai seorang teman kepada Carl.
Akhirnya, Eliza mengalah. Gabriel terdengar hembusan nafas yang deras keluar dari Carl setelah kedua-dua wanita itu lesap dari pandangan mereka.
"Eee...Aku tak boleh lupa apa yang dragon tu kata," luah Carl dengan rasa kesal.
Dragon? Gabriel ketawa halus mendengar gelaran Carl kepada pekerja kafe yang garang itu. Saat itu, minda Gabriel melayang teringat wajah gadis yang memanggil dirinya Mr. Gorgeous. Gadis itu juga mengelarkan rakannya sebagai seekor naga.
Tapi bukan itu yang menarik perhatian Gabriel. Dia tidak sangka ada seseorang yang berani mengatakan dirinya 'gorgeous'. Tidak pernah seumur hidupnya, seorang gadis memanggil dirinya seperti itu. Dia terkesima saat gadis kafe itu memanggilnya Mr. Gorgeous. Kedengaran seakan gemersik di telinganya.
Penampilannya biasa-biasa saja tapi tidak dapat dinafikan gadis itu seorang yang rupawan. Tanpa sedar bibir Gabriel mengukirkan senyuman lagi.
"Hei, Gab!" Panggil Carl sambil menepuk kuat di bahu Gabriel.
Gabriel mengurut bahunya dengan pelahan. Dasar tangan besi. Desus hati Gabriel.
"Sakitlah..." Gumam Gabriel.
Meletus ketawa Carl melihat muka Gabriel yang berkerut menahan sakit.
"Hahahaha....lawak aku tengok wajah Kau. Dari tadi aku tengok, kau tersenyum-senyum. Macam tengah angau. First time macam ni," kata Carl bersahaja. Tawanya masih bersisa.
"Teringat pada gadis kafe yang panggil kau, Mr. Gorgeous? Suka lah tu," Usik Carl sambil tersengih sumbing.
Gabriel melihat Carl dengan pandangan yang sebal. Dia tersenyum sinis. Siap kau!
"Bukan main seronok kau kenakan aku. Tadi bukan main sakit hati aku tengok kau kena bahan dengan Miss Dragon. Sekarang hati sudah senanglah..." Perli Gabriel sengaja membangkitkan perasaan yang tidak senang dalam diri Carl.
Wajah Carl terus berubah bila terdengar perkataan 'dragon'. Seolah-olah sebutan itu membawa mimpi ngeri dalam hidup Carl.
"Kau jangan berani-berani sebut fasal dragon tu depan aku. Setiap kali kau cakap fasal dia, tangan aku ni gatal nak cubit-cubit pipi dragon tu. Sakit hati aku hanya Tuhan saja yang tahu. Dia ingat dia siapa? Kalau aku jumpa dragon tu lagi taulah apa aku nak buat dengan dia." Marah Carl sambil mengepal tangannya.
Gulp! Gabriel menelan air liurnya sendiri. Ahh...sudah. Melekat gelaran 'dragon' pada pekerja kafe yang garang itu. Jangan Carl terlepas cakap sudah di depan wanita itu. Kalau tidak habislah mereka nanti. Siapa suka diberi gelaran seperti itu? Gabriel menepuk-nepuk bahu Carl, cuba untuk menenangkan diri Carl.
"Chill lah man! Tak akan perkara kecil ni kau nak besarkan. She just a girl, dude. Kau mengalah jelah," kata Gabriel dengan tenang.
"No. Just because, she is a girl it's doesn't mean she can say everything that can hurt man's pride, dude." Balas Carl tidak mahu mengalah.
Gabriel menongkat dagunya dengan tangan kanan. Berfikir apa lagi kata-kata yang sesuai untuk mematikan amarah Carl terhadap gadis yang digelar sebagai 'dragon' itu.
"Carl, just let her go. She is nothing. Banyak lagi perkara yang perlu kau fokus. She doesn't worth your time for you to worry so much about it," kata Gabriel lebih tegas. Cuba menghentikan akal dan tindak bodoh yang akan dilakukan oleh Carl.
Gabriel melihat Carl sedang berpeluk tubuh seakan memikirkan sesuatu. Sejurus itu, Carl tersenyum meleret.
"Don't do the stupid thing, old man!" Tegur Gabriel lagi setelah mengesyaki sesuatu yang buruk yang bakal direncana oleh Carl.
Carl berpaling menghadap Gabriel. Matanya membulat.
"Oh...please, Gab. Berapa kali aku cakap. Jangan panggil aku 'old man'. Aku lebih rela dengar kau panggil aku Uncle Carl daripada kau sebut 'old man'." Kata Carl sedikit sebal.
Gabriel ketawa geli hati.
"Apa salahnya aku panggil kau 'old man'. Nanti kau akan jadi orang tua juga," sakat Gabriel.
Masih seronok melihat wajahnya yang masam-masam manis bak limau tangarin.
"But not now. Don't ever call me that again if you want to play safe, Gab." Carl memberi amaran.
Entah apa dia alergi sangat dengan panggilan itu pun Gabriel tidak pasti. Jatuh sangatkah maruah dia kalau dia panggil Carl orang tua?
"Uhh...takutnya dengar." Gabriel mengajuk kata-katanya.
"Kau tak pernah hormat aku ni sebagai bapa saudara kau walaupun umur kita sebaya, kan? Tapi tak apa. Disebabkan hati aku mulia, aku maafkan kau kali ni tapi sekali lagi kau panggil aku old man, aku tak teragak-agak nak malukan kau depan perempuan yang panggil kau Mr. Gorgeous tu. Aku tahu kau dah mula tergila-gilakan perempuan tu. So, mark my words my little nephew," kata Carl lagi sambil tersenyum sinis seakan kemenangan berpihak kepadanya.
Gabriel mengeluh kecil. Tidak mampu berkata apa-apa. Tapi dalam diam dia tidak akan membiarkan Carl begitu saja. Tunggulah bila tiba waktu yang sesuai kemenangan akan berpihak juga pada dirinya.
"Ahh...sudahlah. Bercakap dengan kau, tak akan pernah habis," kata Gabriel sudah malas melayan bicara Carl.
"Hehehehe..." Carl tersenyum sumbing ke arah Gabriel.
"What?!" Tanya Gabriel tidak puas hati. Meluat melihat senyuman Carl.
"Nothing!" Dalih Carl lalu memandang ke arah depan dan kembali senyum.
Gabriel memandang Carl dengan riak tidak puas hati. Mudah benar Carl berubah angin. Tidak mahu memanjangkan persoalan itu dia hanya mengekori Carl pulang ke pejabat.