webnovel

Mereka Sangat Baik

"Ash... Mari sini!" kata Bryend. Dia terus memimpin tangan Ashley supaya dia dapat duduk di bangku penumpang di belakang. 

Ashley hanya menurut. "Thanks."

Bryend hanya tersenyum saja. 

Steven pula menolong Ashley untuk membawa fail kelab manakala Herry pula menolong membawa beg Ashley. 

"Thank you sebab tolong hantar saya sampai rumah. Tapi saya masih boleh---" Belum sempat Ashley bercakap habis, Jeremy sudah memotong ayat dia. 

"Sudahlah, Ashley.. Jangan lagi cakap begitu. Kau sudah ada di sini dengan kami. Tak mengapa!" balas Steven. 

Ashley yang tidak dapat bercakap apa-apa lagi itu hanya memandang mereka lalu tersenyum kecil. 

Mereka sangat baik pada saya.. Betulkah yang suatu hari nanti mereka akan membuang saya?? Tapi kenapa pula?? 

"Jom pergi!" kata Eden. 

Suara Eden itu mengejutkan Ashley sekaligus membuatkan Ashley sedar dari lamunan sementara dia. 

Semua orang pun bertolak keluar dari kawasan sekolah dan sempat singgah ke Sunflower Supermarket. 

Mereka membeli minuman kotak berperisa coklat pula pada hari itu. 

Seperti biasa, selepas membeli, mereka akan berbaris dalam keadaan melintang di tepi jalan sambil menghadap jalan raya. 

Selepas membuang kotak minuman itu ke tong sampah, barulah mereka kembali ke tempat mereka meletakkan basikal mereka. 

Ashley berjalan pelan-pelan sebab kaki dia yang masih sakit itu. Tiba-tiba, Ashley tersadung dengan permukaan jalan raya yang tidak rata. 

Oleh sebab itu, dia terus terjatuh ke depan. 

Bergema suara teriakan Ashley di kawasan itu. 

Semua orang terkejut melihat Ashley terjatuh. Hampir semua orang bergerak mau menolong Ashley. 

Namun Steven lah yang menyambut Ashley daripada terjatuh ke jalan memandangkan dia yang paling hampir dengan Ashley. 

Ashley terkejut kerana tidak menyangka yang Steven akan menyambut dia. Malah, bila dia mendongak sedikit untuk memandang Steven, terkejut juga dia bila muka dorang dua ni begitu hampir. 

"Ash, kau okey?!" tanya Jeremy. 

Steven terus menolong Ashley untuk berdiri semula. Dia memeriksa keadaan Ashley. "Dia okey saja!" balas Steven pada soalan Jeremy tadi. 

"Eergh, itu lah kau, Bryend... Kau yang patut jaga Ash, kenapa kau biarkan dia jalan seorang diri pula?" marah Eden pada Bryend. 

"Saya---" Bryend yang tidak dapat menjawab itu terus menoleh ke arah Eden. Aih, sejak bila kawan saya yang seorang ni pandai marah disebabkan oleh perempuan saja? 

Bukan Bryend yang merasa hairan saja malah yang lain juga merasa hairan kerana tiba-tiba Eden marah sebab Bryend tidak menjaga Ashley dengan baik. Semua orang memandang ke arah Eden dengan pandangan yang penuh dengan tanda tanya. 

"Kalau Ashley okey saja, baguslah... Yang penting dia okey. Kalau luka dia berdarah lagi, habis kita," kata Charles. 

"Saya okey. Terima kasih, Steven sebab tolong saya," kata Ashley perlahan. Punya dia malu sebab jatuh begitu di depan semua lelaki ni. 

Ashley menoleh ke permukaan tidak rata tadi. Tak guna kau, jalan.... Nasib baik saya tidak jatuh betul-betul... Bikin malu saya saja kau ni!!!! 

"Kalau macam tu.. Marilah kita pergi!" balas Kenzie pula. Dia kesian melihat keadaan Ashley itu. 

Sudahlah Ashley sakit begitu, terpaksa lagi dia lewat pulang sebab terpaksa tunggu dorang habis latihan. 

Lebih baik dorang awal hantar Ashley pulang supaya Ashley dapat berehat dan ubat luka dia. 

Namun berbeza pula yang difikirkan oleh Ashley. Dia merasa Kenzie berfikir yang dirinya itu menyusahkan mereka sebab luka dia, hanya kerana wajah dia yang nampak dingin dan tiada perasaan itu. Dia mau cepat pulang sebab tak mau rasa susah kah?? Adakah keadaan diri saya yang luka begini menyusahkan dia.. Yalah, saya jatuh tadi mesti dia rasa menyusahkan... Tak mengapalah, mungkin lebih baik kalau saya awal pulang saja... 

Steven menolong Ashley untuk berjalan ke basikal Bryend. Lepas memastikan Ashley sudah naik ke basikal Bryend, barulah Steven kembali ke basikal dia. 

Mereka pun berlalu dari kawasan itu ke rumah Ashley. 

Sampai di depan rumah Ashley, Ashley turun dari basikal dia. Ashley mengambil beg dia dari tempat Herry dan fail kelab itu dari tempat Steven. 

"Kau yakin kau tidak mau kami tolong kau sampai pintu?" tanya Jared dengan wajah yang ragu-ragu. 

Ashley memberikan senyuman lebar untuk meyakinkan mereka. "Ya, saya okey saja. Korang jangan lah risau. Dah dekat pun... Korang sudah susah-susah hantar saya ke sini. Biarlah saya berjalan sendiri berjalan ke pintu rumah." 

"Okey kalau kau tidak mau kami tolong kau. Berehat lah kau malam ni dan jangan lupa ubat lagi luka kau tu," kata Charles, memberi pesan kepada Charles. 

Steven terus memandang sekilas ke arah Charles. Baru saja Steven mau berkata seperti itu tapi Charles sudah pun mendahului dia. 

Ashley tersenyum lagi. "Okay, I will!" 

Ashley berjalan ke pintu rumah. Sebelum dia masuk, sempat lagi Ashley melambai ke arah tujuh orang lelaki itu. "Bye! Hati-hati di jalan!" 

Tujuh orang lelaki itu membalas lambaian Ashley. 

Setelah Ashley masuk ke dalam rumah, para lelaki itu masih belum berganjak. 

"Kesian, Ashley... Teruk betul Raquel tu buli dia. Semua gara-gara dia jealous yang Ashley rapat dengan kita. Siapa yang nak bertanggungjawab dengan hal ni??" kata Bryend secara tiba-tiba. 

Lima orang lelaki itu segera menunjuk ke arah Kenzie. Kenzie pula termangu-mangu memandang kawan-kawannya menuding jari telunjuk kepada dia, seolah-olah dia yang paling bersalah pula. 

"Saya pula. Korang pun sama juga lah," kata Kenzie tidak mau mengalah. 

"Tapi Raquel lagi obses dengan kau. Dia takut kalau kau jatuh hati dengan Ashley lepas tu kalau akan terus lupakan Raquel," balas Steven. 

Terdengar Kenzie mendengus tidak setuju. "Saya nak jatuh hati? Korang kan sudah sedia maklum apa reaksi saya pasal hal bercinta ni?" kata Kenzie pula. 

"Kami tau, Kenzie. Kau tidak suka nak dating, couple apa semua ni sebab ex kau yang tinggalkan kau untuk lelaki lain. But not every girls are same like her," kata Jeremy. 

"Yeah, Kenzie. Bukan semua perempuan tu sama. Mungkin kau terjumpa perempuan yang perangai macam ex kau ni. Kalau kau kenal perempuan lain, mungkin pandangan kau pasal perempuan akan berubah," kata Jared, menyokong kata-kata Jeremy. 

"Guys, saya sekarang ni nak belajar saja, okey. Kita baru sixteenth kot... Takkan nak pikir pasal bercinta dah ni. Come on lah, saya still nak belajar lagi. Kalau pasal cinta-cinta ni, masa alam pekerjaan pun boleh cari," kata Kenzie pula dengan suaranya yang sedikit berang. 

"Betul apa Kenzie cakap. Lebih baik sekarang kita tumpukan perhatian pada pelajaran dan basketball kita. Pasal hal cinta ni, lepas dapat kerja pun boleh cari. Jodoh kita takkan ke mana punya," kata Steven yang menyokong Kenzie. 

"Wei, itu kalau kau yang berhati batu, Kenzie.. Tapi orang macam kami ni perlu seseorang sebagai semangat nak belajar," balas Herry pula. 

"Cari sajalah perempuan dekat sekolah tu. Banyak tu yang selalu kejar-kejar kau terutama masa rehat!" kata Jeremy sambil ketawa kecil. 

"Eleh, mengata orang, sendiri pun sama... Cuma bezanya, kau ni playboy. Kami ni gentleman!" balas Charles. 

Kawan-kawan dia yang lain ketawa mendengar kata-kata Charles. 

"Saya playboy pun tak pernah sakitkan hati mana-mana perempuan. Saya just berkawan dengan semua perempuan dan tidak mau ada hubungan serius dengan mereka. Sekadar kawan tu okey lah," balas Jeremy membela diri. 

"Hah, banyak lah kau punya alasan.. Marilah kita pulang. Tugas kita nak hantar Ashley pulang sudah siap. Atau korang nak tidur depan rumah dia pula???" kata Steven. 

Semua orang ketawa. 

Mereka pun mula beredar dari sana dan kembali ke rumah mereka masing-masing. 

============================

Ashley berbaring di atas katil selepas dia menggosok gigi dia. Ashley sudah bersedia untuk tidur pada malam itu.

Kerja rumah sudah dia buat.

Ulangkaji pun sudah selesai.

Ashley merasa sangat penat malam itu. Sebab dia banyak buat kerja sebagai assistant hari ini. Bukan macam hari-hari biasa.

Ashley teringat akan fail kelab yang dia dapat dari Diani. Ashley segera mengambil fail kelab yang dia letakkan di atas meja belajar dan kembali ke katil lagi untuk memeriksa fail kelab itu.

Semasa Ashley membelek semua kertas kerja di dalam fail itu, Ashley terus menjadi teruja bila dia mendapat biodata mengenai Kenzie. Serta-merta dia terus membaca biodata lelaki itu.

Sedikit demi sedikit, dia sudah mengetahui tentang Kenzie.

"Wah, tinggi Senior ialah 180 cm rupanya. Tingginya!!"

Ashley cuba membandingkan ketinggian mereka berdua. Tinggi Ashley cuma 168 cm saja dan Kenzie pula adalah 180 cm.

Jadi kalau mereka berdiri saling bersebelahan, maknanya, Ashley hanya separas dada saja kah?

Ashley tiba-tiba meronta kerana teruja. Tiba-tiba dia merintih kesakitan sebab lutut dia yang masih luka itu.

"Aduh, aduh... Macam mana saya boleh lupa yang lutut saya masih sakit ni?" rintih Ashley dengan suara lemah.

Dia akhirnya berhati-hati dengan lutut dia sebelum dia memandang kembali ke biodata Kenzie.

Ashley mengambil telefon dia dan terus mengambil gambar. Sedang dia memeriksa gambar itu, datang satu mesej WhatsApp yang datang dari teman baik dia, Mellisa.

Ashley segera memeriksa mesej itu.

{Hey, gurl... What's up?

Kau sudah pulang kah?}

Ashley tersenyum melihat mesej itu. Dia mula menekan skrin telefon.

[Hey back, gurl..]

[Yes, I'm home. Kau tau tak, saya sedang periksa fail kelab dan teka apa, saya jumpa biodata crush saya!!! Arrghh, saya gembira!😝😝]

-SEND. 

Tidak lama kemudian, mesej baru datang. 

{Well, good for you.}

{Selama ni kau stalking dia, tiada hasil. Sekarang bila sudah jadi assistant, kau boleh saja dapat biodata crush kau! 🙄😏...}

Ashley terus ketawa terkekek-kekek. Tiada yang lucu tapi boleh pula dia ketawa begitu.

[Of course. Bukan crush nama dia kalau biodata dia saya tak tau.]

[So, how's your practice? Is it going good?]

-SEND. 

TING! 

{Yeah, I think so... I've got back my position for the center.}

{At least saya tidak duduk di bangku reserve saja masa game nanti.}

[Okey lah tu... Center position tu memang layak pun untuk kau.]

[Buat yang terbaik okey?]

[All the best, bestie💜...]

-SEND. 

TING! 

{Okey, bestie.. 

Thanks for the support. 

Anyway, get well soon okay?}

[Your welcome.

And thank you again! ☺️]

-SEND. 

TING! 

{Okay, bestie😝💚}

Ashley membiarkan mesej itu tidak berbalas lagi. Ashley mula memandang ke arah kertas kerja itu lagi. Dia teringat akan arahan yang diberikan oleh Coach Dhin. 

Esok saya akan mula lah... Saya tak mau tangguhkan kerja.. Takut pula kalau Coach akan buang saya dari kelab ni... 

Ashley terus mengeluarkan buku catatan dia dan mula menulis semua senarai kerja yang dia akan lakukan selepas ini. 

Ashley tidak sedar jam berapa sudah dia tidur. Bila dia bangun saja, pagi sudah datang. Ashley pun bersedia untuk ke sekolah. 

==================

Ashley tiba di perkarangan sekolah dan dia terus mau bergerak ke kawasan letak basikal. Dia mau berjumpa dengan Mellisa di sana, sekali gus mau menyapa Kenzie. 

Ketika dia mahu pergi ke sana, di pertengahan jalan, Ashley dihalang oleh tiga orang pelajar perempuan. 

Ashley berhenti dan dia memerhati saja tiga orang pelajar itu. Ashley meneliti cara mereka berpakaian, aksesori-aksesori yang mereka pakai, Ashley berfikir yang tiga orang pelajar ini berasal dari golongan orang kaya. 

"Ew, look at her. She is so ugly!" kata pelajar perempuan yang berdiri di bahagian kiri. Di tangan dia ialah sebuah kipas yang berbulu dan berwarna biru. Kipas itu sekejap-sekejap dikipaskan ke wajahnya dan sekejap-sekejap digunakan untuk menutup muka dia. 

"Gosh, look at her old clothes... And her fashion.. So, low class...!!! How hideous!!" balas perempuan yang ada di kanan pula. Dia tidak mempunyai kipas bulu macam kawan dia yang satu tapi dia memegang sebuah sapu tangan yang mempunyai banyak corak dan berwarna hijau. 

"Is this the girl yang jadi assistant kelab basketball tu?? OMG, so ugly lah... Coach Dhin ni langsung tiada citarasa lah.. Kenapa dia nak pilih orang macam perempuan ni juga nak jadi assistant??" kata pelajar perempuan yang ada di tengah. 

Tidak macam dua orang kawan dia, pelajar yang ada di tengah ini tidak memegang kipas bulu atau sapu tangan. Tapi Ashley dapat mengesan satu ikat rambut bulu yang besar di atas kepala dia dan ikat rambut bulu itu adalah warna kuning. Separuh dari rambut dia diikat tinggi dengan menggunakan ikat rambut itu. 

Kalau Ashley tidak tengok betul-betul rupa ikat rambut itu, dia akan menyangka ikat rambut itu adalah anak itik. Ashley mau ketawa tapi ditahan saja memandang pelajar perempuan yang memakai ikat rambut bulu berwarna kuning itu sedang memandang Ashley dengan tajam. 

"You, you are an ugly woman... Biasa-biasa saja pun I nampak. Tapi kenapa you yang jadi assistant kelab hot tu?? Sepatutnya orang hot macam we all ni yang ada di posisi you sekarang ni," kata perempuan yang ada di tengah itu. 

Ashley melopong sekejap. Excuse me, kau cakap saya ugly?? 

Eh, hello.. Dibandingkan dengan korang, muka saya ni natural without make up okay? 

Muka korang dahlah penuh dengan make up. Korang letak bedak di muka berapa tebal hah?? Sekilo, dua kilo?? 

Muka macam badut ada hati nak kutuk saya?? 

"Hey, you... Dengar sini okey?...." 

Sedang perempuan yang ada di tengah itu bercakap dengan Ashley, di bahagian pintu pagar sekolah, seorang lelaki yang tinggi dan hensem berjalan masuk ke perkarangan sekolah. 

Semua pelajar yang ada di sekeliling, berhenti dan menoleh ke arah pelajar lelaki ini. Mereka semua ternganga dengan kehadiran lelaki itu. Mereka tidak pernah nampak pula lelaki kacak itu di sekolah mereka sebelum ini. 

Lelaki itu masuk ke dalam sekolah dengan gaya selamba dengan satu tangan membawa beg sekolah yang diletakkan di belakang dia dan satu pula tangan dimasukkan ke dalam poket seluar sekolah. 

Lelaki itu kelihatan sedang menghampiri Ashley. Sebaik saja dia berada di sebelah Ashley, dia terus mengangkat tangan dia yang dimasukkan ke poket ke atas dan diletakkan di atas bahu Ashley. 

"Hai, Ash!" sapa pelajar itu. 

Tiga orang perempuan tadi berhenti bercakap dan mereka memandang ke arah lelaki itu. Bila mereka melihat wajah lelaki yang hensem itu, mereka terpegun. Tapi bila mereka melihat dia menyentuh Ashley, wajah tidak puas hati mereka muncul. 

Ashley menoleh ke arah lelaki itu. Terus saja mulut dia membentuk 'O' kerana terkejut. 

"TED!?" 

Siguiente capítulo