webnovel

Kes

Ashley masuk ke dalam rumah dengan penuh ceria. Dia melompat-lompat kecil sambil menyanyi kerana dia terlalu gembira. Bukan saja dia dapat melihat Kenzie berlatih hari ini malah dia juga ditemani oleh Kenzie pulang sampai rumah. Sungguh, dia gembira.

Walaupun bukan Kenzie yang menghantarnya secara sendirian tadi tapi bersama dengan kawan-kawannya tadi, namun Ashley masih berasa gembira.

"Hah, Elley... Kenapa lambat pulang ni?? Sejak bila Elley pandai pulang lambat?" tanya satu suara yang terdengar garau dan lembut pada masa yang sama.

Ashley terkejut dengan sapaan itu dan dia terus terlompat sedikit. Ashley memegang dadanya yang berdegup kencang sambil menoleh ke arah ruang tamu.

Di sana, seorang lelaki separuh abad, bercermin mata dan sedang memegang surat khabar itu, memandang Ashley dengan tenang. Di wajahnya tidak terlihat rasa marah.

"Bapa!!!!! Terkejut Elley!!" kata Ashley sambil mengurut dadanya.

"Elley sudah sampai?" tanya Mak Enon dan muncullah diri orang tua itu dari dapur dengan masih memakainya apron dan memegang senduk. Melihat wajah Ashley di ruang tamu, hati tuanya yang risau mula tenang. Mak Enon risau kerana Ashley tidak pernah lambat pulang ke rumah. Tiba-tiba hari ini Ashley lambat pulang. Nasib tiada apa-apa yang terjadi pada Ashley.

"Elley!! Aduuh, nak! Kamu ke mana saja?? Kenapa baru pulang sekarang??" tanya Mak Enon dengan penuh kerisauan.

Ashley tersengih sambil menggaru belakang tengkuknya. Baru dia ingat yang bapanya dan Mak Enon tidak tau kalau Ashley diberi tanggungjawab sebagai assistant dalam kelab bola keranjang di sekolahnya.

"Urmm... Maaf, bapa... Maaf, Momy... Bukan Elley sengaja lambat pulang tapi

Elley dilantik sebagai assistant di kelab basketball di sekolah Elley... Itu pasalnya Elley lambat pulang," kata Ashley.

"Huh, assistant??" kata Mak Enon.

"Kalau begitu, tak mengapalah. Elley naik ke atas dan bersiap. Kejap lagi makan malam!" kata Mr. Adham.

Ashley tersengih lagi. "Baik, pa!!"

Ashley pun berlari ke biliknya dan terus mandi. Dia sudah dapat menghidu bau badannya yang asam itu.

Setelah dia siap, Ashley segera turun ke dapur untuk makan malam. Ketika dia sampai di ruang tamu, Mr. Adham sudah tiada. Ermm, mesti bapa sudah ada di dapur ni!

Ashley pun segera menuju ke dapur. Sesampainya dia di sana, Ashley terus mengambilnya tempat duduk di sebelah Mr. Adham. Kecur air liur Ashley melihat menu makan malam mereka.

"Ermmm, sedapnya!! Elley terus jadi lapar!!" kata Ashley.

"Makanlah!" kata Mak Enon sambil meletakkan satu lagi menu ke atas meja.

"Momy, duduklah dulu.. Kita makan sama-sama," balas Ashley sambil menepuk tempat duduk di sebelahnya.

Mak Enon hanya tersenyum lalu dia duduk di sebelah Ashley. Begitulah mereka makan sehari-hari. Walaupun Mak Enon cuma pembantu rumah di rumah ini, dia dilayan seperti ahli keluarga di rumah itu. Ashley selalu membawa Mak Enon makan bersama mereka di meja makan. Mak Enon ada membantah pada pertama kalinya namun Ashley berkeras juga mau Mak Enon makan bersama. Katanya, Ashley tidak akan mula makan kalau Mak Enon tidak duduk.

Mau tidak mau, terpaksa Mak Enon memenuhi permintaan Ashley. Lagipun, Mr. Adham juga tidak banyak cakap dan hanya membiarkan Ashley menyuruh Mak Enon duduk.

Semenjak kematian isterinya, meja itu tidak lengkap. Lebih-lebih lagi, anak perempuan Mr. Adham yang pertama juga tiada di sana.

Setelah Mak Enon duduk, mereka berdoa dan mula menjamu selera.

"Hermm, Momy memang tau selera Elley!!!" kata Ashley lalu dia menambah lagi kuah ke dalam pinggannya.

"Elley, jangan makan terlalu banyak. Nanti jadi gemuk. Tiada lelaki yang mau tengok Elley nanti!" usik Mr. Adham.

Malam ini, dia dapat makan malam dengan anaknya kerana tiada pekerjaan di syarikatnya. Entah besok-besok, dia akan kembali sibuk lagi.

Ashley hampir tersedak mendengar usikan bapa dia. Ashley terus memandang Mr. Adham. "Ish, bapa ni.... Kalau Elley makan banyak-banyak, kalau jadi gemuk pun bukannya ada yang suka... Lagipun, Ashley tidak akan pandai gemuk ni!"

"Yelah... Jadi siapa yang hantar Elley pulang tadi tu siapa??" tanya Mr. Adham.

Sekali lagi, Ashley memandang bapa dia. Bapa ni! Pandai betul mau korek rahsia orang....

"Dorang tu ahli kelab basketball sekolah Elley... Oleh kerana sudah mau malam, dorang tolonglah hantar... Takut ada apa-apa jadi kat Elley, dorang cakap."

"Baguslah tu, Elley kalau dorang tolong hantar Elley pulang sampai ke rumah.... Hari ni, Momy ada dengar kes rogol di daerah sebelah... Sudah ada 5 kes rogol melibatkan pelajar sekolah, macam Elley ni.... Semuanya kerana lambat pulang ke sekolah. Harap-haraplah perogol tu kena tangkap sebelum datang ke sini!" kata Mak Enon tiba-tiba.

"Ada kes rogol??" tanya Ashley terkejut.

"Iya, Elley... Dan semua mangsa rogol itu mati dibunuh, kesian... Sedih Momy tengok dorang!" balas Mak Enon.

"Jadi, Elley... Elley kena hati-hati tau lepas ni. Jangan sampai ada terjadi apa-apa pada Ashley. Kalau Ashley nak jalan juga, bagi tau bapa atau bagi tau Momy... Lepas tu, kalau berjalan tu mesti ada kawan. Bapa risau ada jadi apa-apa pada Elley!" kata Mr. Adham lagi.

Ashley tersenyum. "Ashley faham, bapa!"

"Bah, makanlah dulu.. Nanti sambung cerita nanti!" kata Mr. Adham.

Ashley pun menyambung makan dengan penuh selera. Sekali-sekala, Mak Enon akan meletakkan lauk ke dalam pinggan Ashley.

================================

Di dalam sebuah rumah, sebuah keluarga sedang sibuk mengurus makan malam mereka. Tv yang ada di ruang makan itu terpasang, membiarkan berita yang terpampang di kaca televisyen itu ditonton oleh penghuni rumah besar itu.

"Rexy, tolong panggil papa kau di ruang tamu tu. Sudah ada di rumah pun masih mau buat kerja dia. Kenapalah kalau dia tinggalkan saja semua kerja dia tu di pejabat!" bebel si isteri dengan wajah geram. Dialah suri rumah di rumah itu, Ms. Stacy.

Rexy yang sedang duduk di bangku sambil mendiamkan diri itu mengangguk saja dan berjalan ke ruang tamu.

"Jangan lupa panggil Big Bro, okey!!" teriak yang si anak perempuan pula. Nama dia ialah Stella.

Baru saja Stella menyebut Big Bro, wajah seorang lelaki tinggi dan hensem masuk ke ruang makan itu. Kenzie terus duduk di bangkunya. "Tak perlu panggil saya, saya sudah turun!" kata Kenzie.

Stella mencebik kecil.

Tidak lama kemudian, Mr. Benedict datang ke ruang makan itu bersama dengan Rexy.

"Kenapalah kalau papa tinggalkan saja kerja tu di pejabat. Kenapa mau bawa di rumah juga?" tanya Mrs. Stacy dengan nada tidak puas hati.

"Tak bolehlah, ayang... Kerja tu mesti siap sebelum bulan depan... Saya tak boleh tinggalkan kerja tu di pejabat.. Nanti tertangguh lagi!" balas Mr. Benedict.

"Itu saja alasan papa dari dulu!" balas Mrs. Stacy.

"Sudahlah, mama, papa... Jom lah makan. Makanan sudah terhidang, tidak baik bergaduh di depan makanan!" tegur Kenzie.

Dengan itu, perbualan antara orang tua Kenzie terhenti begitu saja.

"Dilaporkan, sudah ada 6 kes pembunuhan di....

Dikatakan mangsa dirogol dulu sebelum mereka dibunuh!!"

(Sorrylah, guys.. Kalau berita ni tidak padan. Saya mana pandai buat berita😂)

Semua mata tertumpu ke arah skrin Tv. Tidak lama kemudian, terdengar suara Mrs, Stacy mengeluh.

"Tsk, tsk, tsk... Apalah nak jadi dengan orang ni.. Tiada kerja lain kah mau buat selain mau bunuh orang saja. Nasib di daerah sebelah. Harap-harap polis dapat tangkap penjenayah tu dengan cepat," keluh Mrs. Stacy.

"Sekarang, kes sudah bertukar menjadi enam kes. Sebelum ni cuma ada 5 kes.. Creepy lah penjenayah ni. Mohon dijauhkan lah kalau dia tiba-tiba datang ke tempat kita..."

"Polis belum berjaya tangkap penjenayah tu kah?" tanya Mr. Benedict pula.

"Dorang sedang usahakanlah tu.. Mau tangkap penjenayah tu. Mungkin sebab penjenayah ni licik sangat, sampai polis pun susah mau tangkap dia," balas Mrs. Stacy.

"Jadi, lepas ni... Habis saja sekolah, terus balik ke rumah, okey, Stella... Rexy... Kenzie, kau pun perlu balik ke rumah lepas habis latihan basketball tu. Walaupun kamu sudah besar, penjenayah itu masih berbahaya bagi kamu semua," kata Mrs. Stacy pula.

"Jangan risau, mama. Kenzie ada belajar martial art... Kenzie boleh lindungi diri sendiri," balas Kenzie.

Mrs. Stacy pun terdiam. Dia tau Kenzie ada belajar seni bela diri namun naluri ibunya masih risau dengan keadaan Kenzie.

"Oh, dan lagi satu... Kalau boleh, mama tak mau Kenzie jadi tutor budak perempuan tu lama-lama. Mama tak suka kalau Kenzie pergi ke rumah orang kaya tu dan mengajar anak perempuan dorang," balas Mrs. Stacy.

"Maksud mama, anak perempuan Dato' Jack tu?? Raquel??" tanya Stella sambil mengunyah ayam goreng.

"Kenapa pula ayang nak melarang Kenzie tu pergi mengajar anak Dato' Jack? Biarlah dia pergi... Bukannya dia datang secara free," balas Mr. Benedict pula.

"Memanglah tak free... Tapi saya tidak sukalah kalau Kenzie ada dengan budak perempuan tu. Papa tidak tau kalau budak perempuan tu sangat liar. Saya ada dengar dari kawan-kawan saya dalam Kumpulan Wanita saya tu, dorang semua cerita tentang keburukan Raquel. Dorang cakap, Raquel terlalu bebas dan selalu ikut lelaki ke hulu ke hilir... Kalau Kenzie ajar dia dan masuk ke rumah mereka setiap hari, tidakkah orang akan cakap-cakap kalau begitu?" kata Mrs. Stacy menyuarakan tidak puas hatinya kepada suaminya.

"Betul tu, mama... Stella setuju, sebab kawan-kawan saya juga selalu cerita pasal dia. Dorang selalu nampak Raquel bergaul dengan budak samseng di tepi jalan sana..."

"Tengok tu.. Budak samseng pun nak kawan juga.. Kalau budak-budak samseng tu ajak merokok kah.. Minum arak kah... Atau makan dadah kah... Mesti budak perempuan tu ikut juga... Heih, rimaslah saya. Saya tidak suka dengan perempuan seperti itu," kata Mrs. Stacy.

"Sudahlah tu, ayang.... Kalau orang nak cakap buruk pasal dia pun, janganlah mama pun nak ikut... Kenzie cuma datang ke rumah mereka untuk jadi tutor budak perempuan tu.. Bukan buat benda-benda pelik," kata Mr. Benedict pula.

"Jangan risau, mama.. Lepas siap saja peperiksaan hujung bulan ni, Kenzie akan berhenti mengajar dia. Kenzie nak tumpukan perhatian pada basketball dulu," kata Kenzie pula.

"Hah, baguslah tu... Tapi lagi baik kalau Kenzie berhenti awal-awal. Mama tak mau orang cakap-cakap yang anak mama ni selalu datang ke rumah perempuan liar tu.. Lebih-lebih lagi kalau kawan mama yang bercerita. Mulutnya ooii, langsung tidak tau tapis-tapis. Main cakap saja!!" balas Mrs. Stacy lagi.

"Macam mama lah juga!" balas Mr. Benedict perlahan.

Kenzie dan adik-beradik dia ketawa mendengar kata-kata papa mereka. Tapi tidak lama sebelum mereka kembali serius kerana mama mereka sedang memandang mereka dengan tajam.

"Apa?? Apa papa cakap tadi??" tanya Mrs. Stacy tidak puas hati.

"Apa?? Papa cuma cakap, mama janganlah pikir sangat apa dorang cakap tu. Biarkan orang lain cakap, yang penting anak papa tidak buat semua tu," balas Mr. Benedict lalu makan lagi.

Mrs. Stacy tidak puas hati dengan jawapan itu. Dia ingin bercakap lagi namun Mr. Benedict membidas ayatnya dan menyuruh Mrs. Stacy untuk makan.

Siguiente capítulo