Sheena tidak bergerak dari berdirinya di hadapan villa milik Mike. Mulutnya melopong melihat villa yang tersergam indah itu, dia tidak pernah melihat rumah yang begitu besar seumur hidup dia. Selama ini, dia hanya melihat villa yang mewah seperti itu di kaca televisyen sahaja, iaitu dalam drama atau movie. Tapi kali ini benar-benar berada di hadapan matanya dan bakal menjadi tempat kediamannya. Saya tidak bermimpi bukan? Sheena mencubit lengannya sendiri. Ouch! Dia mengadoi sendiri gara-gara mahu memastikan bahawa dia berada di dunia nyata.
"Cik Sheena, mari masuk. Saya tunjukkan bilik cik." Mak Mia mengajak. Sheena tersengih memandang mak Mia, malu dengan dirinya. Nampak sangat kampungan. Tolonglah, Sheena jaga kelakuan. Jangan malukan nenek moyang. Dia menyusul di belakang Mak Mia, beg pakaiannya sudah di bawa masuk oleh Pak Neo. Tiba di pintu utama, sekali lagi Sheena tergamam. Okay, kalau di luar villa itu sudah kelihatan mewah. Di bahagian dalamnya lagi membuatkan dia mahu menangis. Wujud rupanya dalam dunia nyata rumah secantik dan semewah itu. Dia mahu melangkah pun ragu-ragu, takut nanti dia akan mengotorkan atau memecahkan mana-mana bahagian. Terlalu sempurna untuk dirinya.
"Mak Mia, saya tengah bermimpi ke?" Sheena bertanya ragu-ragu, terkekeh Mak Mia mendengar soalan gadis tersebut.
"Cik Sheena tak bermimpi. Ini dunia nyata. Mari saya tunjukkan bilik cik. Mesti cik suka."
Mak Mia menarik tangan gadis tersebut lembut menuju ke tingkat atas. Mata Sheena masih meliar, tidak puas rasanya dia melihat susunan dan hiasan dalaman villa tersebut, kemas, bersih dan semuanya barangan yang berjenama.
"Mak Mia harap Cik sukakan bilik cik. Kalau ada yang cik tidak puas hati, beritahu sahaja mak Mia. Nanti mak Mia ubahkan untuk cik. Semua hiasan dan barang-barang dalam bilik nie tuan Mike yang pilihkan tau."
Okay, Sheena terlopong lagi. Bilik ini bilik dia? Semua barang di dalamnya bilik dia? Wow, berkali ganda lebih mewah dan cantik berbanding barang-barang milik Kayla! Bila dia katakan berkali ganda maka dia memang benar-benar maksudkannya. Biar betul. Mike yang pilihkan? Okay, dia ada citarasa yang baik.
"Cuba cik tengok di dalam almari..." Ujar mak Mia sambil tersenyum manis, perlahan-lahan Sheena melangkah kearah almari pakaiannya. Matanya masih melilau memandang sekeliling dan apabila dia membuka almari pakaian tersebut dia hampir-hampir berteriak. Bukan almari kosong tapi sudah dipenuhi dengan pakaian-pakaian yang tidak pernah dia impikan selama ini kerana dia tahu sukar untuk dirinya mahu memilikinya. Dia menoleh memandang mak Mia dengan pandangan 'betul ke ini semua milik saya?'. Mak Mia tersenyum lagi sambil mengangguk faham dengan pandangan Sheena.
"Itu semuanya milik cik Sheena dan semuanya pilihan tuan Mike juga."
Sheena membelek-belek pakaian tersebut dengan penuh keterujaan, ini memang benar-benar bulan jatuh ke riba. Dia tidak tahu apa yang perlu dia katakan lagi, sempurna. Kemudian dia terfikir, bagaimana Mike boleh menyediakan semua itu dalam masa beberapa jam sahaja? Bukan setahun, bukan sebulan, bukan seminggu atau bukan sehari tetapi beberapa jam sahaja. Sheena malas mahu memikirkannya, yang penting dia bahagia (sekarang).
"Cik bolehlah berehat sebentar, saya sediakan makanan dulu. Nanti saya panggil cik kalau makanan sudah sedia dan jangan lupa jam9.00 malam ini, ada testing gown kahwin untuk majlis esok. Bila Pn.Elle datang, nanti mak Mia beritahu cik."
Sheena sekadar mengangguk, tidak berapa memberikan tumpuan kepada kata-kata mak Mia. Dia terlalu sibuk untuk mahu memikirkan semua itu saat itu. Yang dia tahu, dia mahu masuk ke dalam selimut dan memikirkan semua tuah yang datang kepadanya hari ini. Mungkin hidup dia masih ada harapan. Siapa tahukan.
Mak Mia tersenyum lebar melihat gadis tersebut begitu teruja, akhirnya ada juga bunga yang bakal menghiasi villa tersebut dan semoga tidak lama lagi ada riuh rendah yang akan memenuhi villa itu. Dia semakin tidak sabar kerana selama ini suasana villa sangat senyap dan membosankan atau boleh dikatakan agak suram, kadang-kadang Pak Neo juga sukar untuk ditemui kerana keadaan villa yang luas untuk saling berselisih bahu. Mereka hanya bertemu apabila mereka balik ke rumah mereka yang terletak di bahagian belakang villa tersebut. Rumah yang dibina khas oleh Tuan Mike untuk mereka suami isteri kerana mereka enggan untuk tinggal di dalam villa bersama tuan Mike.
Mike menghempaskan tubuhnya ke atas katil, tubuhnya terasa penat dengan semua yang dia lakukan sepanjang hari ini. Berulang-alik ke kawasan kampung untuk urusan yang berlaku tiba-tiba itu, kemudian sebelum bertolak petang tadi dia juga sibuk dengan bilik Sheena dan proses mengorder baju-baju baru yang sesuai untuk gadis tersebut. Saiz yang dia pilih juga belum tentu sesuai untuk Sheena tapi mahu tidak mahu dia pilih sahaja. Sheena bukannya besar sangat dan tidaklah terlalu tinggi, mungkin dalam lingkungan 160cm sahaja dengan tubuh yang agak kurus. Selepas ini dia perlu menanti laporan daripada PA-nya berkaitan dengan pengurusan untuk majlis esok dan juga urusan-urusan yang berkaitan termasuklah wakil daripada pihak JPN untuk mengesahkan perkahwinan mereka. Nasib baiklah, MJ shoping complex mempunyai semua yang dia perlukan jika berkaitan pakaian atau pelamin atau makanan. Mamanya juga sudah memberikan green light tentang dewan yang ada di SKY Hotel untuk dia gunakan. Sekarang dia menanti pihak butik untuk datang membawa pakaian yang dia minta untuk dirinya dan Sheena, Pn.Elle merupakan designer yang sudah bekerja dengan keluarga Miles bertahun lamanya dan setiap kali Mike memerlukan apa-apa pakaian baru, dia selesa untuk berurusan dengan wanita tersebut. Bagaimana pula dengan pengangkutan? MJ corporation ada berpuluh-puluh bas mini sama ada untuk vvip atau yang biasa dan bas besar jika diperlukan.
Dia melirik memandang jam tangannya, baru jam8.30 malam, ada lagi 30minit untuk dia berehat sebelum Pn.Elle tiba dan tanpa dia sedari dia terlelap.
Sheena pula tidak dapat berhenti daripada tersenyum dan tersenyum lagi. Habis whatsapp En.Martin dia spam dengan gambar dari pelbagai sudut, termasuklah bilik mandi yang lebih besar daripada bilik tidurnya di rumah En.Martin. Siap dengan jacuzzi dan pelbagai jenis sabun mandian dan shampoo. Dia tidak kisah jika Pn.Biba atau Kayla berasa meluat dengan semua itu, yang penting dia mahu menunjukkan yang dia bahagia, sangat bahagia, terlalu bahagia.
Tok,tok,tok!
Pintu biliknya diketuk.
"Masuk..."
Dia menjawab tanpa melihat kearah pintu.
"Cik..Pn.Elle sudah tiba, boleh mak Mia bawa dia masuk ke dalam bilik? Cik sudah siap sedia?" Mak Mia bertanya, Sheena melirik kemudian mengangguk. Dia hampir lupa dengan test baju, nasib baiklah dia tidak bersenang lenang di dalam jacuzzi saat ini, padahal beberapa minit lagi memang itu rancangannya.
Mak Mia hilang sebentar kemudian dia datang semula dengan seorang wanita awal 40-an bergaya dan elegan. Mungkin itu Pn.Elle. Sheena menyapa dengan senyuman manis.
"Hai, cik Sheena..."
Pn.Elle turut tersenyum lebar menampakkan lesung pipinya memandang Sheena. Cantik walaupun sudah berusia. Sheena memuji di dalam hati.
"Cik sudah ready? Ada 20 pasang gown untuk cik try..."
Terlopong Sheena mendengarnya, 20 pasang? Ini mahu kahwin atau mahu membuat fashion show? Dia menelan air liurnya tidak percaya. Mahu menangis pun susah. Apa yang mampu dia lakukan hanyalah mengangguk dan tersengih. Be strong, Sheena!
Gown 1, gown 2, gown 3, gown 4, gown 5 dan sehinggalah gown 20. Sheena hampir pengsan, penat rasanya pakai, buka, pakai, buka dan pakai lagi kemudian buka lagi. Jam juga sudah menunjukkan hampir jam12.00 malam. Baiklah. Dia memandang pantulan dirinya di cermin, gown yang ke-20 membuatkan penatnya itu terasa hilang sebentar. Elegan tapi tidak keterlaluan. Dia suka dengan hiasan mutiara di dadanya dan juga warnanya yang putih cream, kainnya juga cukup selesa. Dia tersenyum sendiri, puas hati. Gown itu juga tidak terlalu seksi seperti beberapa lagi gown yang lain tapi masih menampakkan S-line tubuhnya.
"You look gorgeous, cik Sheena. Saya sarankan cik memakai gown ini untuk entrance miss esok. Look stunning and elegant. Saya pasti, tuan Mike juga sukakan gown ini." Puji Pn.Elle sambil tersenyum gembira, gembira kerana akhirnya dia dapat mencari 5 pasang yang terbaik.
"Mak Mia panggilkan tuan Mike, mak Mia rasa dia juga sudah siap mencuba dan memilih kot yang sesuai." Ujar mak Mia sambil berlari anak keluar ke bilik Mike yang terletak di hujung laluan. Semangat pula wanita tersebut di tengah-tengah malam, aktif.
"Boleh saya tukar pakaian sekarang?" Sheena bertanya, dia tidak mahu Mike melihatnya dalam pakaian tersebut. Malulah pula. Pn.Elle menggeleng laju.
"No,no...kita tunggu tuan Mike datang dahulu. Kebetulan cik memakai gown yang sesuai untuk entrance, kita tanya pendapat dia pula. Manalah tahu, dia ada pendapat lain."
Sheena menelan air liurnya, risau dan gementar dan malu. Semuanya ada. Perlukah Mike melihatnya? Esok sahajalah. Dia merungut di dalam hati.
"Tak payahlah...biar jadi kejutan." Dia cuba mencari alasan. Pn.Elle menggeleng lagi.
"No,no...kejutan untuk para tetamu tapi bukan untuk bakal suami miss." Ujarnya sambil tersenyum nakal. Sheena menggaru kepalanya yang tidak gatal. Bakal suami? Meremang bulu romanya mendengar kata-kata Pn.Elle. Tidak sanggup dia mahu memikirkan hal tersebut.
"Tuan Mike sudah tiba..." mak Mia masuk semula sambil membawa kot-kot dari bilik Mike.
Sheena membetulkan berdirinya dan juga rambutnya supaya menutupi bahagian dadanya yang agak terdedah sedikit.
Mike muncul di balik pintu dengan rambutnya yang agak kusut masai dan muka baru bangun dari tidur, tadi mak Mia menghantar kot-kot tersebut untuk dicuba dia tertidur lagi, tidak sempat dia mahu mencuba walau 1 pun. Dia menguap mengantuk tapi langkahnya terhenti apabila melihat Sheena dengan gown kahwin di hadapannya. Matanya merenung gadis tersebut dari atas hingga ke bawah dan kemudian dari bawah ke atas tanpa berkata apa-apa. Pn.Elle dan Mak Mia saling berpandangan kemudian tersenyum nakal.
Mata Mike tidak berkelip, dia masih mamai atau gadis yang berada di hadapannya itu merupakan orang lain? Cantik. Berbeza dengan Sheena yang sebelum ini, sangat berbeza. Dia tidak menyangka yang pemakaian seseorang boleh mengubah seluruh penampilannya. Sebelum ini dia tidak menyedari Sheena mempunyai tubuh badan yang cantik dan slim bukannya seperti bayangannya 'kurus'. Iyalah, baru beberapa kali dia melihat gadis tersebut. Sudahlah baru beberapa kali, setiap kali itu juga Sheena dengan pakaian yang compang camping. Iyalah, dia mahu ke ladang dan bukannya ke pejabat. Kemudian, petang tadi juga dress yang dipakai oleh Sheena agak ketinggalan zaman dan bukan saiz yang sesuai untuk dirinya. Agak oversized. Kali ini, dia terkesima. Tidak menyangka tangkap muat yang dia lakukan mengena kepada gadis yang cantik dan boleh dikatakan sesuai dengan citarasanya buat pertama kali dalam seumur hidup. Ulang suara, pertama kali dalam seumur hidupnya.
"Bagaimana tuan Mike? Kami sepakat yang gown ini sesuai untuk entrance esok. Apa pendapat tuan Mike?" Pn.Elle bertanya apabila lelaki itu tidak berkata apa-apa.
Mike berdehem kemudian melarikan pandangannya kearah lain, pura-pura memandang gown yang lainya. Cover malu.
"Okay, look good." singkat komennya. Dia tidak tahu apa lagi perkataan lain yang boleh dia katakan. Dia bukannya jenis yang pandai memuji orang lain.
"Oh, dan ini 4 lagi gown yang lain. Pilihan cik Sheena..." Pn.Elle menunjukkan gown-gown yang sudah dipilih oleh Sheena tadi. Mike memandangnya sekilas kemudian mengangguk perlahan dan berpatah balik untuk keluar.
"Kot tuan?" Pn.Elle bertanya lagi.
"Ask her to pick for me." Singkat jawapan Mike kemudian dia kembali ke biliknya. Mak Mia dan Pn.Elle saling berpandangan, terkejut. Buat pertama kalinya, tuan mereka itu membiarkan orang lain untuk menentukan pakaiannya. Mereka kemudiannya memandang Sheena yang sibuk mahu mencapai zip gownnya yang terletak di belakang baju. Innocent. Sheena tersengih, dia mahu membukanya secepat mungkin kerana dia mahu ke tandas. Dia tidak sedar tentang apa-apa, yang penting dia mahu menanggalkan pakaiannya itu.
"He likes you." Pn.Elle berbisik teruja, Sheena mengangkat keningnya tidak faham kemudian memberi isyarat agar seseorang membantunya untuk menanggalkan gown tersebut. Dia malas mahu memahaminya, yang penting sekarang dia mahu ke tandas. Dia sudah menahannya sejak dari entah baju yang ke berapa. Sekarang sukar untuk dia mahu terus menerus menahannya, dia mahu terkencing. Pantas Pn.Elle dan mak Mia membantunya sambil terus saling berbisik kemudian tertawa kecil bersama-sama. Mereka gembira kerana tuan mereka sukakan gadis tersebut. Memanglah dia sukakan Sheena kan, dia sendiri pula yang memilih gadis tersebut untuk menjadi isterinya.
Mike memegang dadanya, jantungnya berdebar kencang. Lebih kencang daripada yang biasa. Kenapa? Dia juga tidak tahu mengapa. Bukan kali pertama bagi dirinya melihat gadis cantik, malahan berkali ganda lebih cantik berbanding Sheena tapi kali ini perasaannya lain daripada yang lain. Mungkin sebab sebelum ini dia melihat gadis tersebut dengan penampilan yang berbeza. Dia menyenangkan hatinya sendiri. Dia memejamkan matanya seketika, kemudian bayangan Sheena muncul dengan senyuman manis diwajahnya. Pantas Mike mencelikkan kembali matanya, parah. Boleh pula bayangan Sheena yang muncul. Pak! Dia menampar pipinya sendiri. Ouch, sakit! Laju dia memegang pipinya yang terasa pedih. Sedar Mike. Fokus dengan tujuan asal, jangan tersasar. Tapi diakan akan jadi isteri saya nanti, apa salahnya kalau saya memikirkan dia pun. No, Mike. No. Fokus, fokus. Keuntungan berlipat kali ganda menanti, jangan hilang tumpuan. Kalahkan mama! Iya, kalahkan mama! Mike mengangguk sendiri.