webnovel

BAB 2

Sebelum masuk ke tingkatan Lima Utarid, dadanya berdebar kencang.Bagaimana sambutan pelajar pelajar terhadapku? Dengan saiz tubuhku yang kurus ini, apakah mereka akan membuliku? Isy apalah aku ni, selalunya pelajar senior yang selalu membuli pelajar baru. Bukannya pelajar membuli guru baru. Dia tersenyum.

Kebanyakan saiz tubuh pelajar di kelas itu besar dan tinggi seperti saiz keturunan Arab. Ada yang mempunyai ketinggian yang boleh dibuat galah untuk mengait buah rambutan di pokok belakang rumah. Aein Najla melempar kan senyuman.

"Hari pertama jangan beri muka kepada pelajar, nanti mereka naik lemak. Biar kita tunjuk garang dan tegas. Baru mereka takut dan hormatkan kita". Masih terngiang-ngiang pesan kak Yana."Cikgu, boleh kami tahu nama cikgu?".

Soalan daripada pelajar yang tinggi mengga lah mengejutkan Aein Najla." Err...tadi semasa perhimpunan, puan pengetua sudah memperkenalkan saya. Apa kamu sudah lupa atau tidak mendengar ucapan puan pengetua tadi?". Aein Najla menyoal kembali. Cuba mempraktikkan petua kak Yana. Si galah yang bermata sepet itu tersengih-sengih menahan malu.

"Saya... tidak dengar tadi cikgu. Diorang bersembang tadi, macam mana saya nak dengar". Tergagap-gagap si galah menjawab. "Baik, ada sesiapa yang mendengar tadi? Ada sesiapa yang tahu nama saya?".

Seorang pelajar perempuan mengangkat tangan, lantas menyebut nama penuh guru baru mereka itu." Ya, terima kasih. Sekarang saya pula mahu tahu nama dan latar belakang diri kamu sekalian. Sila tampil ke hadapan, perkenalkan diri. Bila kita sudah saling mengenali dalam kelas ini, barulah kita lebih mesra dan dapat tumpukan perhatian pada pelajaran. Kita dalam kelas ini ibarat satu keluarga.

Aein Najla berbeja sebentar sambil merenung seorang demi seorang pelajarnya yang tekun menghadapnya yang berada di hadapan kelas.

"Sebagai guru kelas kamu, saya perlu tahu lebih mendalam tentang latar belakang diri kamu. Selain menjadi guru, saya juga boleh menjadi kakak atau ibu kepada kamu di sekolah ini. Kita boleh belajar dalam suasana yang harmoni. Kita mula daripada ketua kelas".

Aein Najla menggunakan ibu jari kanan menunjuk ke arah pelajar yang mula-mula bangun menyuruh rakan yang lain mengucapkan salam sejahtera kala dia masuk kelas itu tadi.

"Tapi cikgu masih muda, mana boleh jadi ibu kami". Gegendang telinga Aein Najla menangkap satu suara di hujung kanan kelas." Kalau begitu anggap saja saya ini kakak kamu".

"Boleh jadi ibulah. Ibu tiri. Ibu muda".

Kelas menjadi gamat dengan hilai tawa. Ada yang panjang tawanya sampai enam harakat. "Baik. Bawa bertenang. Tak kisahlah ibu tiri ke ibu kandung. Orang dulu-dulu, zaman nenek saya, memang dalam usia belasan tahun sudah menjadi ibu. Sebaya kamu sudah bergelar bapa dan ibu, memikul tanggung jawab memimpin keluarga". Aein Najla menambah perisa dalam baris perkataan. Kelas menjadi senyap dan sunyi.

Beberapa pelajar perempuan menundukkan wajah. Tidak sanggup barangkali mereka membayangkan dalam usia begini sudah mengelek anak, melayan makan minum dan pakaian sang suami dan anak-anak.

" Sudah, kita tinggalkan dulu cerita itu, sekarang kenalkan diri masing-masing", ujar Aein Najla kembali memecah kesunyian kelas itu. Seorang demi seorang tampil ke hadapan kelas untuk memperkenalkan diri. Aein Najla cuba mengamati dan mengingati nama mereka yang seramai 25 orang itu.

Apabila sampai giliran seorang pelajar perempuan, pelajar itu enggan bangun. Apabila digesa oleh pelajar lain, barulah dia melangkah kehadapan. Lemah longlai langkahan kakinya. Wajahnya tampak suram. Kelam. Sampai dihadapan kelas, dia tegak berdiri tanpa sepatah kata.

"Nama saya ... Err...Err... "

" Makjah, cikgu!"

Selamba tawa menyambut perkataan yang keluar dari becok si Naim. Mengapa pulak ada panggilan mak sebelum namanya? Melihat tanda nama yang tertera di tudung gadis yang sudah mendung itu, tertera nama Khatijah. Kelas masih gamat. Aein Najla cuba mententeramkan keadaan.

"Dia orang ni selalu ejek saya cikgu. Dia orang... Dia orang ni kata saya mak gajah". Khatijah mula bersuara. Melontarkan aduannya tersekat-sekat. Dengan saiz badannya yang agak besar, mungkin menyebabkan dia berasa rendah diri.

Aein Najla ada juga terdengar tadi ada si mulut celupar memanggil Khatijah dengan nama mak badak. Masyaallah, sesuka hati sesedap mulut saja menggelarkan orang.

Aein Najla mula bercekak pinggang membulatkan matanya kepada wajah-wajah yang mencemuh dan suka mentertawakan si gadis malang.

Tidak kiralah yang berbadan besar atau kecil, siapa yang menjadikan? Bila kamu mengejek, bermakna kamu tidak mengakui kebesaran Tuhan yang menjadikan kita. Dan kepada kawan yang berkenaan, sewajarnya tidak berasa terpinggir dan rendah diri dengan kelebihan lemak di tubuh kamu". Aein Najla menguatkan suara menunjukkan ketegasannya.

Kelas kembali tenang.

Aein Najla berada di surau sekolah sebelum pulang. Dia menunaikan solat sebelum pulang. Perjalanan dari sekolah ke rumah sewanya sangat jauh, dikhuatiri waktu solat Zuhur sudah lewat kala sampai ke rumah.

"Awak jangan beri muka kepada pelajar. Nanti mereka naik kepala. Budak di sini lain sikit. Mereka ingat sudah naik menengah boleh berlagak, sudah tak mahu dengar nasihat cikgu, nasihat orang tua". Cikgu Hanim melontarkan nasihat.

Aein Najla hanya mengangguk. Sudah banyak saranan yang sama diterima daripada guru-guru lain di sekolah itu.

"Lagi satu, awak hati-hati sikit dengan cikgu Iqmal. Dia tu duda entah berapa kali. Kahwin cerai, kahwin cerai. Sekarang ni sudah setahun menduda kembali. Entah macam mana isteri yang dicarinya. Ada saja yang tak kena, mudah sangat lafazkan cerai. Akak ni bukannya apa, kasihan dengan bekas isteri-isterinya itu, kedua-duanya guru baru postingnya macam awaklah. Datang saja guru baru, tambah pulak cantik, mulalah nak mencuba nasib mahu memancing".

Terkesima Aein Najla sebentar mendengar syarahan tanpa henti dari mulut cikgu Nisha itu. Namun, dia angguk juga sambil senyum. Dalam hati berkata-kata jua, bilalah dia ni mahu mula mendirikan solat.

"Err...cikgu, saya nak turun. Tak lama lagi bas sampai". Sekilas Aein Najla melihat jam tangan yang sudah menunjukkan 2:30 petang. Dia perlu bergerak sekarang.

"Ohh, awak naik bas ya. Tak apalah, lain kali borak lagi".

Aein Najla terus berlalu pergi. Sambil berlari anak, dia bergegas ke koridor kemudian menuruni anak tangga.

Mengapalah tidak dibina bangunan surau yang berasingan dari bilik kelas. Atau buat saja di tingkat bawah, tidak perlulah menungkah anak tangga sempit begini. Kalau masih ada air wuduk, tersentuh dengan bukan muhrim, bukan ke sudah terbatal dan perlu diulang berwuduk semula. Punca air pula aras bawah sekali. Hati Aein Najla bernoglog sendiri. Ah, aku ni baru sehari disini sudah banyak songeh. Terimalah kemudahan yang sedia ada, jangan banyak komen.

Sampai anak tangga keenam, entah kenapa pandangannya menjadi kelam. Dipejam celik sebentar matanya, namun tetap kabur. Tiba-tiba kaki tersasar lalu tergelincir. Tubuhnya terasa terbang melayang. Bukannya ke atas, malah sebaliknya.

"Allah! Mak! Ah!"

Aein Najla sudah menyembah laintai. Dia mencuba bangun, tapi kepalanya terasa berat. Pandangan matanya mula berpinar. Ada ribuan bintang bergayutan di anak mata. Kemudian pandangannya kian kabur dan terus gelap. Telinganya hanya sempat menangkap satu suara memanggil namanya. Kemudian senyap...

Siguiente capítulo