webnovel

( Bab 3 )

"Apa aku nak cakap kat umi aku wei?"

Aku meletakkan kepala aku di atas meja makan di ruangan dapur rumah sewa milik Syira.

"Cakap je lah hilang. Senang."

"Senang kaki ayam kau. Kau macam tak tau umi aku tu macam mana garangnya. Dah lah bagasi tu dia sayang."

Aku mendengus perlahan. Aku tengah stress dia boleh pula bagi cadangan tak berapa bijak tu.

"Wohooo. Chill baby. Kau beli aje lah yang baru."

Syira memberi cadangan sambil meletakkan secawan coklat panas di hadapan aku. Aku termenung seketika. Beli baru? Hmm boleh pakai idea tu.. tapi.. duit?

"Mana aku nak cari duit?"

"Lah,abah kau kan ada syarikat guaman. Mintak lah pada dia."

"Kau gila? Habis abah aku bagitahu umi aku nanti."

Aku mula menggaru kepala yang tidak gatal. Tudung bawal hitam yang terletak elok tadi pun sudah kusut. Senget dan sangat tidak terbentuk.

"Along kau? Atau angah kau kan ada. Apa guna?"

Aku teringat pada kedua-dua abang aku itu. Hmm iya tak ya juga.

"Entah kenapa jawapan kali ini membuatkan kau nampak bijak." Aku mengusutkan rambut Syira yang tidak bertutup dengan tudung itu..

"Entah kenapa ayat kau membuatkan aku rasa nak halau kau keluar dengan segera dari rumah aku ni."

Aku tersengih sumbing cuma. Muka Syira yang sudah masam mencuka aku cubit perlahan.

"Tak payah sentap sangat lah.gurau aje pun."

"Gurau tak gurau. Yang aku tau belanja aku chicken chop. Ok dah jom. Kau bawa kereta. Lepas makan kita cari bagasi tu."

"Duit?"

"Mintak dekat abang kau lah gila!"

"Haa lupa. Ok jap." Aku terus mengeluarkan Telefon aku dari dalam sling bag yang aku bawa. Pantas nombor Along aku dail.

Beberapa saat selepas itu. Baru panggilan berjawap.

"Hello. Along nak duit RM1000."

"Adalah. Bagi aje lah."

"Tak."

"Hei! Adik bukan macam itulah!"

"Iya Along."

"Ok bye. Love you. Assalamualaikum."

Aku mematikan panggilan. Sempat aku melihat cermin besar yang tergantung berdekatan dengan ruang dapur itu.

Lumrah perempuan. Jumpa cermin je, mesti nak tengok. Heh.

"Sweetnya lahai kau dengan abang kau. Ber love you bagai. Bila lah aku nak ada pakwe kan?" Syira menopang dagu sambil duduk tersarung elok di kepalanya. Mesti dia naik ke bilik tadi.

"Pergi lah cari sendiri. Nak abang-abang aku? Sorry, sudah ada yang punya." Aku menarik tangan Syira kemudian nya dan terus masuk ke dalam kereta Honda CRV milik Along aku.

Hmm teringin juga nak ada kereta sendiri. Tapi abah kata hidup kena berdikari. So maksudnya aku kena kerja dulu lah baru beli kereta sendiri.

Walaupun aku ni dikira orang berada, tapi umi dengan abah tak pernah ajar aku untuk terlalu mewah. Hidup bersederhana lagi baik. Bagus kan parents aku? Hehe..

*********************************************

"Ada tak duitnya?"

"Ada. Nak keluarkan lah ni."

Aku hanya menjeling tajam. Syira di sebelah. Dari tadi tanya benda yang sama, tak nampak ke aku tengah keluarkan duit ni?

Pada mulanya, terkejut juga aku bila tengok sahaja baki di dalam akuan aku. Aku mintak seribu je, tapi ada dua ribu.

Wah apa lagi? Rasa nak berpesta lah aku dengan duit tu. Ini yang sayang Along lebih ni.

"Dah jom. First, kita makan dulu."

"Agak dah kau. Pergi mana-mana pun mesti makan diutamakan."

"Of course. Kau tak tau ke badan aku ni memerlukkan tenaga? Kalau aku pengsan, siapa nak angkat aku? Kau? Tak payah. Terima kasih. Thank you. Badan kau tu lagi kecil dari aku. Tau?"

"Amboi mulut,dah lama tak merasa cili padi ke?"

"Kenapa pula tak pernah rasa? Apa? Ingat aku duduk dekat zaman Dinasour ke?"

"Kalau kau duduk masa zaman Dinasour, aku berani beb Dinasour semua tu dah pijak kau."

"Sebelum kau yang aku pijak kat sini, baik kau order cepat sebelum aku belanja tapi kau bayar. Nak?" Aku separuh mengugut. Pantas Syira menggelengkan kepalanya.

Tidak lama selepas itu, kami pergi ke Pavilion. Berlegar-legar di situ mencari barang yang ingin dibeli. Harap lah ada bagasi yang sama jenis dengan umi punya.

"Jumpa tak?"

"Tak ada lah wei. Macam mana ni? Tak kan nak beli yang lain?"

Syira bercekak pinggang sambil berfikir. Nampak rungsing juga dia memikirkan masalah aku. Haha.

"Cari aje lah sampai jumpa. Bahagian hujung tu pun kau belum tengok lagi." Syira menunjuk ke satu sudut di kedai itu. Aku membontoi langkah Syira. Bersinar mata aku apabila melihat bagasi yang sama seperti umi aku punya dulu. Yang entah ada dengan lelaki mana.

Apa lah reaksi dia bila tengok isi dalam bagasi tu?

Apabila teringatkan perkara itu, terus mata aku membulat. Terbayang gaun tidur nipis berwarna hitam yang aku beli di Filipina tempoh hari

Sorry sikit ya, aku beli sebab Sumpah gaun tu lawa. Even gaun tu kosong tiada corak. Bila nak pakai? Tunggu aku ada suami dulu lah kut. Haha

Aduh aku frust. Sudah lah baju dalam aku semua ada di situ. Harap lah orang yang tertukar bagasi dengan aku ni buta. Atau budak kecil ke. Ataupun gay. Ataupun tak ada nafsu dengan perempuan. Eh apa beza?

"Daerin?"

"Apa?"

"Apa hal kau termenung? Fikir apa? Kahwin?"

Aku menggeleng kepala. Ada ke pula kahwin. Aku muda lagi tahu? Baru 24. Heh.

"Tak ada apa-apa lah. Dah jom kita beli Bagasi ni."

Baru sahaja aku ingin memegang bagasi berwarna hitam itu, seorang pekerja menghalangku. Aku dan Syira memandang ke arahnya.

"Maaf cik. Bagasi ini sudah dibeli oleh seseorang. Sebelum cik berdua datang sini lagi. Maaf, saya lupa nak cakap."

Pernyataan daripada pekerja perempuan itu membuatkan aku ternganga. Mendengarkan itu, aku rasa mahu menangis. Sumpah frust. Siapa lah hamba Allah yang dah beli bagasi ni? Tak kesian kat aku ke?

See? Nampak tak betapa takutnya aku dengan umi

"Boleh saya tahu siapa yang sudah beli bagasi ni?"

Syira bertanya.

"Itu dia cik. Yang tengah tunggu kat kaunter tu."

Pekerja perempuan itu menunjuk ke arah seorang lelaki berpakain kemas yang membelakangkan kami

Mata aku terus tertancap pada belakang badan nya. Wow! Solid wei solid! Haip.. Haip.. Hani.. Stop.

"Ok terima kasih." Syira berterima kasih dan memberi senyuman.

Aku melihat bagasi itu dan memegangnya. Kenapa lah hari ini kau jadi benda yang manusia seperti aku dengan lelaki tu nak bagasi oii? Aku mengeluh perlahan. Setelah pekerja itu pergi. Syira berpaling memandang aku. Aku menaikkan kening, bertanya apa yang ada di dalam fikiranya.

"Kau kena beli bagasi ni dekat lelaki itu."

Pantas aku memandang kembali kelibat lelaki itu yang kini turut memandang ke arah aku dan Syira.

Hmm aku tak sure sama ada dia pandang siapa,sebab dia pakai cermin mata hitam. Tapi entah kenapa aku rasa dia tengah pandang sini.

Gulp, aku telan air liur. Terasa mata dia yang tajam merenung aku. Aku melihat tangan aku di atas bagasi yang sudah dia beli. Pantas aku jauhkan tangan. Takut-takut aku membalas pandangan sepasang mata yang berada di sebalik kaca mata hitam itu.

Cadangan Syira tadi bermain di kotak fikiranku

Patut ke aku beli dari dia? Entah-entah dia pun memang perlukan bagasi macam ni. Kalau tidak. kenapa dia mahu yang ini juga sedangkan banyank lagi pilihan yang boleh dibeli.

Tapi,aku rasa dalam keadaan macam ni, aku lagi perlukan benda alah ni kut dari dia. Aku menarik nafas. Entah kenapa rasa berdebar pula. Gaya macam tunggu lelaki tu habiskan akad nikah

Cuba saja lah Hani Daerina. Mana tahu lelaki tu baik hati. Stay positive

Siguiente capítulo