webnovel

Chapter 77

AINAA merenung ke luar tingkap kereta, dengan satu asakkan perasaan yang tidak enak. Di sebuah perjalanan yang sunyi, sesekali di sapa dengan lampu kuning dari tiang di sisi jalan. Semakin dipaksa untuk melelapkan mata, semakin kuat perasaan itu menganggu lenanya hingga dia tak mampu untuk melelapkan mata. Kerana perasaan itu, matanya segar bugar, dan tak mampu untuk terlelap seketika walau badannya penat dan lelah.

Bahkan, tiada satupun tanda dia menguap sejak dari tadi. Avienna yang memandu, menguap sekali dua. Manakala, Sofea sudah terbaring lena.

Perasaan yang kuat dirasakan itu, semakin mengasak jiwanya. Dia akui, bahwa dia risau pada Danish. Lelaki pengecut itu, tak akan mampu untuk bertahan lama di tempat seperti itu. Tetapi, bukan salah dia apabila Danish berkeras untuk menanti Rafael di situ. Dijeling pada cermin pandang belakang. Melihat adiknya, Sofea masih lena di bahagian penumpang belakang. Seperti kanak-kanak yang terlena, walau berkali juga Avienna terlanggar bonggolan di atas jalan secara kasar. Tidur mati.

"Why?" Lembut, dan perlahan nada suara Avienna apabila menegurnya. Wanita berbangsa India itu, mencari masa terluang untuk menyoal Ainaa. Wanita yang ditemaninya itu, masih sukar dijangka.

Ainaa tersentak kecil, apabila Avienna menegurnya. Terus dia menyoal rakannya itu, semula dengan bahasa tubuh.

"None..just, wanna to know.."

Mendengar ucapan dari Avienna, Ainaa mulai faham, lantas dia mengeleng. Raut dari reaksi wajah Avienna itu, dia tahu. Temannya itu risau tentang keadaannya. Ada masa, dia bersedia untuk berkongsi. Tetapi, dia juga akan memilih untuk menyimpan sekiranya itu pilihan terbaik. "Mmph!" balasnya pendek.

"If something bothers me. I'll tell you."

"Still.."

" I was fine." Aina mencelah sebelum Avienna mula bersuara. "I know, you're worried. But, i'm okay."

Avienna mengangguk perlahan. Dia terpaksa membiarkan rakannya itu, membuat keputusan sendiri. Dia risau sebenarnya..dan dia, mengenali Ainaa bukan sebulan dua. Ianya sejak dari kes itu, dari waktu Ainaa digemparkan hilang. Dia faham, apabila mendengar jawapan dari Ainaa yang tidak berminat untuk berkongsi masalah yang sedang menganggu dirinya buat masa ini.

Dia juga, tidak mahu memaksa kerana Ainaa akan berkongsi cerita apabila tiba waktunya. Buat masa ini, rakannya itu lebih gemar menyembunyikan masalahnya.

Suasana antara mereka, kembali sunyi. Masing-masing, dalam fikiran sendiri. Sehingga kesunyian antara mereka, terpecah saat Sofea terjaga dari tidurnya. "Kak, kita makan dulu." Sofea yang menyandar di belakang, dan terlena seketika telah terjaga. Perutnya lapar, membuatkan dia sukar untuk melelapkan matanya lagi.

"Singgah kedai kejap. Aku pergi beli roti."

Unjuk Ainaa pada satu kedai runcit yang masih dibuka di tepi jalan. Kedai runcit serbaneka yang beroperasi 24 jam. Walaupun sudah dua pagi, kedai itu masih dibuka bagi kemudahan orang awam yang mencari kedai pada waktu tengah malam. Namun, kedai ini hanya ada di bandar-bandar sahaja. Di kampung, mereka selalunya tutup sebelum pukul sembilan malam.

Avienna terus memulas stereng ke sisi jalan, di hadapan kedai dan berhenti. Ainaa menyarungkan masker penutup wajah dan terus keluar dari perut kereta. Setelah membelikan makanan dan minuman ringan. Dia masuk semula ke dalam kereta dengan bungkusan plastik yang dijinjit masuk.

"Thankyu kak." Roti yang dihulur kakak kembarnya, sudah diambil dan dibuka. Avienna juga, sudah mengigit bahagian roti yang dibeli Ainaa untuk setiap seorang. 

Sofea sengih memandang kakaknya apabila sebiji roti ditelan habis. Air kotak juga, sudah kosong disedutnya. "Kita nak tidur mana kak?"

Avienna mencebik dan mengeleng perlahan. Semakin lama dia kenal dengan saudara kembar Ainaa. Makin meluat apabila, kembar Ainaa tak berhenti memanggil kakaknya. Ada sahaja kerenahnya. Macam budak-budak! Sesuailah, karakternya sebagai seorang adik. Ainaa, memang matang dari wataknya. Tidak hairan, jika dia adalah seorang kakak.

"Ada surau kecil di sana. Kita, tumpang tidur disana. Lagipun, dekat dengan rumah yang kita nak pergi esok."

Jawab Ainaa dengan suara mendatar. Surau yang dipandang siang tadi, hanya kebetulan sahaja mereka lalu. Tak ramai orang, lewat malam sebegini, tambahan pula. Tengah malam seperti ini, mana ada kawasan bilik sewa atau hotel di kawasan terpencil seperti di kawasan ini.

"Aku di kereta." ujar Avienna, sebaik kereta mereka di parking di kawasan halaman surau. Mungkin kerana berlainan agama, Avienna memilih untuk menjauhi kawasan suci bagi penganut beragama Islam. Dia yang merupakan penganut hindu, merasa tidak selesa berada di tempat seperti itu. Agak janggal. Tidak semua masyarakat akan dapat menerima, walaupun hanya berkaitan dengan isu-isu kecil seperti memasuki rumah ibadat agama lain.

"Okay.." Balas Sofea, selamba.

"Jom masuk sekali. Kita berehat di serambi luar." Ulah Ainaa. Dia mengalihkan matanya ke arah serambi surau. Saudara kembarnya itu, sudah berjalan ke pintu pagar surau, sebelum berhenti menunggu kakak kembarnya. Kawasan serambi yang kecil, namun selesa kalau untuk tidur seketika bagi merehatkan badan. Dia memandang semula Avienna yang serba salah.

"Luar, tak masuk dalam. Tak apa. Aku, ada." ulah Ainaa lagi, seperti menjawab keraguan Avienna. Sesuatu yang melibatkan tentang agama, adalah sesuatu perkara yang agak sensitif walau situasinya berada di dalam negara Malaysia. Atas sebab hormat antara satu sama lain, sebagai bangsa dan agama. Tak kira agama apa, Islam, Hindu, Budda, kristian atau mana-mana agama dan kepercayaan lain yang berada di Malaysia perlu diikuti pengikut perlembagaan. Jangan ganggu gugat agama lain!

Ainaa akui, andai dia berada di tempat Avienna. Pasti dia juga akan merasa kekok. Namun, ustazah pernah berkata waktu dalam kelas pengajian. Umat Islam, dibolehkan untuk menunaikan solat di mana-mana atas muka bumi ini, termasuklah di dalam kuil atau gereja, sekiranya tempat itu bersih dari sebarang jenis najis dan ianya tidak menyalahi adab-adab sopan dalam agama Islam. Namun, ianya mestilah dalam keadaan terdesak atau darurat. Andai tak berkaitan, lebih baik solat di tempat lain. Di tempat yang terhindar dari asbab timbulnya fitnah.

Konsep agama tak susah. Namun, mesti faham ajarannya.

Avienna masih nampak ralat. Ainaa menepuk lengannya. Memujuk lembut. "Tak apa. Kawasan itu, untuk rehat dan lepak. May not give you any damage in your religion. Dekat dalam, baru ruangan untuk solat. But, you still boleh masuk. Cuma, need to make you cover the aurat on the body."

Tampak di wajah gadis berbangga India itu lega. Diturutkan sahaja kehendak Ainaa yang meminta dia untuk rehat sekali di kawasan yang sama.

...

DANISH mengatur langkah, memasuki perkarangan rumah tinggalan besar yang kosong, kelihatan terbiar dan lusuh. Di kawasan sekitarnya, penuh dengan lalang yang tinggi dan semak samun yang agak tebal hingga menyukarkan sedikit pengerakkannya bahkan lengan dan tubuhnya calar balar, akibat akar dan duri yang tidak kelihatan.

"Dan.."

Danish berhenti melangkah. Suara Rafael yang seakan-akan berada di hadapannya, kedengaran agak jelas di deria telinganya.

"Dan..." suara Rafael, bukan susah untuk dia mengenalinya. Lelaki itu, mulai keluar dari bayangan gelap bangunan dan menampakkan senyuman lebar di bibirnya. Cahaya bulan samar-samar, menampakkan wajah Rafael yang serabai, dengan kumis dan jambang yang memanjang. Persona Rafael yang sebelum ini, dikenali dengan wajah segak seakan tenggelam dengan aura kegelapan. Empat tahun berlalu...terlalu singkat!

Rafael memandang Danish yang sudah tiba.

"Raf.."

Bersambung...

Siguiente capítulo