webnovel

Chapter 52

Masa Kini-Bank Cimb

"Syaitan!!!" lontaran tanpa sengaja itu terbit di bibirnya ketika dirinya berada di dalam keadaan emosi marahnya yang sudah tak mampu lagi untuk dikawal. Menjadi-jadi pula, perkara buruk itu berlaku padanya. Ammar merengus geram pada telepon mudah alihnya itu, apabila ianya terjatuh ke atas lantai saat ketika dia sedang mengeluarkan beg dompet dari dalam poket seluarnya sebentar tadi.

Keluhnya, terasa perit dihujung halkum lelakinya. Sungguh! Hari ini, bukan hari untuknya. Ada sahaja perkara yang kurang baik telah berlaku. Dengan ibu jari kakinya, terhanduk di kaki kerusi. Tambah pula, minyak motornya telah habis di pertengahan jalan sewaktu dia dalam perjalanan ke ATM. Bila sahaja dia, berpenat lelah menolak motornya sehingga tiba di pam minyak. Duit pula, tak ada. Bertapa malangnya dia hari ini.

Sekarang ini, di tengah-tengah bandar dalam situasi dirinya yang terkontang kanting seorang diri dengan duit yang sekadar cukup untuk belanja rumah dan sedikit duit untuk tampung minyak motor dalam seminggu dua ini, dan telefon pula rosak, langsung tidak boleh digunakan membuatkan dia terasa lelah dan penat. Ada sahaja yang tak kena! Memang di bisik juga pada hati, agar bersangka baik dan bersabar. Tapi, bila telefon pula dah rosak, tak boleh nak guna. Terlafaz juga, kata carutan di lisannya.

Ammar buat tak endah pada pandangan orang sekeliling yang memandangnya, terutama lelaki muda yang menjual minuman 'Milo' dengan kenderaan unik, berkotak dan bersegi di sudut parking kenderaan. Apa yang merunsingkan, dia perlu segera ke motornya yang di tinggal di pam minyak. Jangan ada pula yang terniat ingin mencuri motor buruknya itu.

"Nak...boleh tolong mak cik. Mak cik dah lama tak makan." unjukkan kad pengenalan dan kad orang kurang upaya dihala ke arah ku. Meminta belas ihsan dan sifat empeti padaku. Wanita berusia seperti usia ibu, terhinjut-hinjut kakinya inginkan sedikit wang. Aku mengeleng berkali-kali, menolak permintaannya sebelum bersegera melajukan langkah. Duit yang baru sahaja aku keluarkan, duit lima puluh yang berkeping-keping, aku pandang tidak cukup. Aku sangkakan saja bahawa ada insan lain yang boleh membantunya nanti. Aku hanya mengeluh buat kesekian kali.

Telefon milikku yang berderai, perlu dibaiki. Jika tak boleh dibaiki, terpaksalah aku mengantikan dengan telefon yang baru. Melayang lagi duit. Rungutku..kecewa. Sangat kecewa yang sukar untuk ku tepis di sisi hatiku. Apa akan jadi nasibku, jika ini terus terjadi.

Merungut pada sesuatu perkara yang berlaku, ada kalanya untuk melepaskan beban penat yang dijinjing sentiasa hingga tak mampu lagi mengawal amarah. Ammar mengeluh, penat dengan kehidupan yang dilaluinya. Adakah selama ini, dia akan hidup seperti ini??

Keluhannya, tak lagi mampu membujuk perasaan lampau. Jika dia mampu memutarkan masa..adakah ianya akan bertambah baik atau...

menjadi takdir yang jahat...?

Bersambung...

p/s; Saya akan sambung cerita ini selepas rehat utk beberapa bulan. mAaf Π^Π

Siguiente capítulo