Tahun 2013-Wad kecemasan.
Kuala kangsar.
ZAHRAH, muram. Kedua anaknya rebah serentak, seolah-olah dibuat manusia. Mujur ustaz muda itu, turut membantu dan tuahnya dia apabila, dua anaknya rebah di dalam hospital. Jika di tempat awam yang lain, pasti kelam kabut mereka untuk menguruskannya.
Di kerusi menunggu, dia duduk menanti. Doktor dan jururawat, telah meminta mereka untuk menunggu sehingga kedua-dua anaknya, kembali stabil. Ainaa yang baru sahaja melalui fasa kesembuhan, rebah apabila darah tingginya naik manakala adiknya, dikatakan terlalu stress dan mengalami despression. Itulah yang diberi penjelasan ringkas oleh seorang doktor wanita, dan beberapa kakitangan yang berada dalam bilik rawatan. Zahrah tidak tahu, untuk bereaksi apa-apa buat ketika, hatinya runsing dan buntu.
Kenangan di zaman mudanya, terimbau sendiri. Sebagaimana dia mengalaminyanya sendiri, seperti itu juga gangguan yang dialami oleh dua anaknya kini. Adakah...
"Mustahil.." gumam Zahrah, bermonog pada dirinya. Terlalu mustahil, jika lelaki itu datang membalas dendam. Namun...hal itu sudah terlalu lama untuk lelaki itu, membalas dendam.
"Puan..saya beredar dahulu. Jika perlukan bantuan, puan call saya. Assalamualaikum." Rafael mengundur diri. Jam ditangannya menunjukkan waktu sudah hampir ke petang. Dia membalas dengan tundukkan hormat, dan ucapan salam seraya beredar pergi.
Zahrah hanya mengangguk. Detik kerisauan yang menganggu hatinya, berterusan bertaut di pengkal hati.
...
Gunung pondok-Tahun 1989
Padang rengas, Yahyawiah
ZAHRAH, bersama Nabila serta beberapa penuntut muda bergegas ke kelas yang terletak di kawasan yang berhampiran dengan penginapan penuntut aspura. Air muka masing-masing, diselaputi keresahan dan kerisauan tentang Maria. Gadis yang ingin membunuh diri.
Sebaik sahaja mereka sampai, gadis yang bernama Maria sudah tidak sedarkan diri. Malah, dikerumuni ramai penuntut aspura dan menyebabkan timbulnya perasaan marah di dalam hati Zahrah.
"Maaf, boleh minta beredar." tutur Zahrah, berbahasa pada penuntut-penuntut lelaki yang masing-masing hampir sebaya umur dengannya. Namun, tuturnya dibuat tidak endah dan umpama angin lalu.
Tumpuan mereka, pada gadis muda yang terbaring bersimpuh tanpa sedar akan suasana sekeliling. Beberapa rakan wanita, hanya mengampu tubuh gadis tembam dan sekadar peneman sementara.
Zahrah, mengetap bibir. Nabila memandangnya, seolah-olah berharap sekumpulan lelaki yang berkumpul, yang menghalangi mereka dari mendekati Mari untuk bergerak menjauhi mereka. "Saya minta, pelajar aspura untuk beredar." suara Zahrah, kedengaran sedikit kasar dan bersuara mendesak.
"Pelajar lelaki, sila beredar!" Amin menyampuk dari arah belakang. Zahrah berpaling, tika disapa dengan tiba-tiba. Bibirnya, tersungging senyuman kecil.
Dia yang berjubah putih, dengan kain selendang yang diselempang di atas bahu. Wajah bersih, mempersonakan rautnya sebagai seorang lelaki dan menampilkan ketokohannya sebagai seorang ketua biro agama.
Kerana arahan Amin, mereka beredar dan berkurang sudah beberapa penuntut yang berkumpul, yang menyaksikan tingkah bodoh si gadis yang sudah tidak sedarkan diri. Disebabkan Amin merupakan ketua agama, mereka terpaksa akur. Sebelum denda yang agak keras dikenakan nanti.
"Terima kasih." ujar Zahrah, senang hatinya tatkala muncul Amin.
Amin melebarkan senyumannya. "Tak ada apalah, Ara. Kebetulan saya lalu, dan mujur ramai penuntut yang ada sekali." bicaranya lembut. Maria tidak dipandang, kerana menjaga pandangan. Pandangannya juga, tidak ke arah Zahrah dan Nabila.
"Zahrah..aku dengar.." Zafran yang baru tiba, dengan tuala yang tersangkut di pengkal lehernya, terhenti ujarannya tika terpandangkan Amin. Zahrah yang terpandang Zafran, mengangguk seperti memahami akan isyarat dari bahasa sahabatnya. Walau bicara sahabatnya, terhenti setengah jalan.
Zafran kekok. "Maaf, aku tak perasan kau ada disini." ulahnya pula pada Amin. Sempat juga dia menunduk hormat pada Nabila. Rakannya itu, hanya membalas dengan senyuman sahaja.
"Tak apa." balas Amin pendek. Merendah diri. Suasana diantara mereka, seakan canggung.
"Amin yang nampak tadi." jawabnya Zahrah, tatkala dia memandang raut sahabatnya Zafran, seperti meminta penjelasan. Walau hanya sekilas dari pandangannya. Dia lekas menangkap maksud sahabatnya.
Zahrah mengunjuk ke arah Maria, yangsedang dipangku rakannya.
"Kak.., Maria dah sedar." panggil seorang penuntut, apabila gadis bernama Maria sudar sedar. Zahrah, dan Nabila datang mendekat. Begitu juga dua lelaki muda, turut sama mendekati.
"Maria..awak okay ke tak?" tanya Zahrah. Terkedip-kedip, Maria memahami sekitarnya. Dahinya, berlapis seperti berfikir. Zahrah, menoleh ke arah Nabila. Buntu.
"Maria...awak tahu, apa awak buat tadi?" tanya Amin, mencelah lembut. Zahrah, bergerak ke sisi. Memberi ruang kepada Amin. Zafran ganya memerhati. Dia masih tidak punya jawapan yang tepat buat masa ini. Samar-samar.
"Maria." panggil Amin, mencuba buat kali kedua.
Tetapi, reaksi dan tindak balas yang sama yang dia dapatkan.
"Tak apalah, Amin. Kami bawa dia balik ke asrama." bicara Zahrah lembut. Isyarat ringkas, di arahkan pada rakan-rakan Maria untuk membawa gadis itu kembali semula ke dalam pondok kediaman aspuri.
Amin mengangguk. Zahrah, memandang Zafran pula. " Aku naik atas. Nanti, aku beritahu." cakapnya pada rakan baiknya sebelum beredar pergi.
Zafran mengangguk. Nabila, yang mendengar. Terus memandang Zahrah dengan riak hairan. Tersendeng-sendeng, dia meminta jawapan. "Kau nak cakap apa dengan Zafran." bisiknya. Tertanya-tanya, dia tatkala Zahrah mengisyaratkan kepadanya, supaya tunggu jawapannya di asrama.
Sebelum berlalu, sempat juga Zahrah menghadiakan sebuah senyuman dan melambai jauh apabila jarak mereka samakin jauh.
"Weh..." Bentak Nabila, mendesak.
"Nanti." pujuk Zahrah, tetap dengan bahasa yang lembut. Walau dia sendiri, terasa rimas.
Bersambung..