webnovel

Chapter 19

Tahun 2013

Hospital Besar Kuala Kangsar

Helaian akhbar yang disediakan untuk para tamu diambil lalu dibaca, sementara dia menunggu gilirannya, namanya dipanggil untuk masuk bertemu dengan doktor.

'KAJANG: Mohd Meor, bapa kepada Ahmad Najib yang hilang pada 16 Januari yang lalu telah memberi penerangan secara bertulis di Balai Polis Kajang Sangor, melaporkan bahawa anaknya telah diculik dan hal ini telah mengaitkan seorang individu yang dikenali sebagai penulis terkenal. Namun, kenyataan itu masih dalam siasatan, lapor maklum balas dari Ketua Pegawai Unit Jenayah Berat, Ahmad Waziff.

Sumber berita dari, balai polis Kajang Selangor.'

Ainaa merengus tidak senang. Perkara semakin rumit. Sangkanya, perkara ini dapat diselesaikan secara aman. Antara dua pihak sahaja. Lagipula, takkan hanya kerana cerita yang direka hampir sama. Adiknya menjadi suspek kepada kejadian. Akhbar yang dibacanya kali ini, menjadi tidak menarik lagi. Langsung surat khabar itu dilipat dan diletakkan semula di atas rak yang tersedia.

Matanya meliar sekeliling. Melihat manusia yang bersilih ganti, dengan ragam pelbagai penyakit. Bunyi mesin dan pembesar suara, sesekali menerjah suasana di ruangan menunggu. Kebanyakkannya pesakit tidak terlalu ramai, di pagi jumaat seperti hari hari bekerja lain.

Dalam leka matanya menjamu gelagat tiap pesakit, pandangannya tertancap pada susuk tubuh wanita yang datang menghampirinya. Meruap rasa amarahnya, namun dikawal kerana dia tahu. Apa yang berlaku tadi, bukan atas permintaan adiknya. Cuma.....

Sukar untuk dia berbicara dengan adiknya secara baik. Hatinya masih marah.

"Kak!!" Sofea memanggil. Tertunduk-tunduk wajah putih bersih itu merenung ke lantai. Raut mukanya, masih diselubungi rasa bersalah.

"Apa?!!!" jawabnya, dalam nada yang masih marah. Acuh tak acuh sahaja sikapnya. Dia yang sedang duduk di atas kerusi, besi berwarna silver, bergerak ke tepi memberi ruang kepada adiknya.

Walaupun begitu...,kisah tadi masih belum surut jalan penceritaannya dari lubuk hati Ainaa. Siapa yang boleh tersenyum lebar, apabila adiknya terlalu biadap dengan ibunya. Mungkin dengan dirinya, dia masih boleh pertimbangkan lagi. Tapi, tidak dengan ibunya. Walaupun...dia, bukan dirinya. Ainaa tetap rasa marah.

Wajah ibunya tadi, betul-betul jelas di pandangannya. Menunjukkan reaksi wajah yang terasa dan terluka.

Sofea merundukkan pandangan. Langkah, diatur mendekati Ainaa yang sedang menunggu giliran di bangku menunggu. Wajah berang kakaknya sangat jelas dan sudah mengkhabarkan riak wajah yang marah terhadapnya. Dia juga tidak tahu, kenapa dia boleh berujar dengan sangat-sangat kurang ajar hingga dia sendiri sudah tidak sedar selepas itu.

"Kak...janganlah macam ini." pujuk lembut. Mengharap kakak kembarnya itu memahami akan situasinya mahupun keadaannya. Bukan Ainaa tidak tahu, akan keadaannya.

"Kak..ustaz yang ibu bawa tadi, sudah beritahu, waktu aku sedar. Bukan aku yang cakap. Benda itu.." beritahunya dengan nada perlahan.

"Dik..aku tak nak cakap benda-benda macam ini." Balas Ainaa.

Sofea terdiam untuk seketika. "Sofea mesti balik." Utaranya dengan nada yang semakin perlahan. Dia perlu lakukan sesuatu. Dia perlu..hatinya berbicara sendiri.

Ainaa merengus. "Aku tak akan ke sana!"

"Akak...." Sofea merayu. Lengan Ainaa, ditarik mengharap kakaknya, memahaminya.

"Ainaa..." suara Puan Zahrah mencelah. Dia yang tiba bersama ustaz Rafail, menegur anak sulungnya. Ainaa mengetap bibir.

Bersambung...

Siguiente capítulo