Adakah kita berada di dua dimensi yang berbeza?
atau...
Hati kita yang terlalu jauh, walhal kita saling bertatapan.
Remuk dan berkecai.
Engkau tahu, dan aku jua tahu. Antara kita.
Jurangnya..., membuatkan aku dejavu.
Masih..,
Masihkan aku lupakan..
Sudah ku robek hati ini, menghakis ujaranmu..
Namun apakan daya..
Aku sahaja yang bergini..
Melukut pada memori lama..
Umpama mentari dan purnama.
Hakikatnya, kita adalah dua kuntum yang berbeza..
Jika bait ini menerjah dirimu walau sepatah kata. Tetaplah aku titip kebanggaanku terhadapmu. Maaf jika aku berterusan membisu. Kerna aku masih dibalut kata-katamu. Aku masih sama.., masih terluka.
Tidak aku hirau bicara orang, kerna hatiku masih beku. Tidak aku peduli ujaran orang, kerna hatiku sudah membatu.
Namun, selafaz ayatmu. Aku gugur dan berkecai..