webnovel

Bab 12

"Qhalif? Kau dah okay?"

"Ya…aku dah okay dah…mungkin tubuh aku masih berasa kekok sebab dah 3 hari tak bergerak…tapi, insyallah aku akan okay; kau janganlah risau sangat." Qhalif yang masih bersandar disitu bersuara perlahan selari matanya masih kelihatan layu.

"Baiklah kalau kau dah cakap macam tu. Aku…keluar tengok Zahra kejap? Kejap lagi aku minta Robert datang temankan kau." Suaranya kedengaran sedikit teragak-agak selari cuba menyembunyikan wajah dari lelaki itu

"Okay…" lelaki itu mengangguk sambil memberikan Fatin sebaris senyuman kelat; dia sedia maklum bahawa gadis itu ada dan mungkin masih ada menyimpan perasaan padanya sejak dulu lagi. Malah, telah beberapa kali Zahra pernah memberikan 'hint' tentang perasaannya Fatin kepada Qhalif sebelum ini tapi..sehingga kini, Qhalif masih tak berani untuk memberikan ata putus dek kerana perasaannya sendiri yang dipendam kepada Zahra sejak sekelian lama.

'Aku masih rasa tak sedap hati dengan hal tadi…aku patut tanya Zahra lagi lepas ni.' detik hatinya sambil matanya dipejam rapat; cuba merehatkan kepalanya yang masih terasa agak pening sejak tadi.

'Qhalif…dengan Zahra…' Fatin mengomel dalam hati tatkala mengetuk pintu bilik yang berada berhadapan dengan biliknya tadi.

"Fatin, mana Qhalif?"

"Ah…dia masih ada dalam bilik tu…saya biarkan dia untuk berehat disitu kejap sementara Zahra ambilkan makanan…"

"Oh…"

"Er…Robert, boleh tak kalau saya nak minta awak temankan Qhalif sementara tu? kami akan sediakan makan malam dibilik tu nanti."

"Hah? Oh…of course boleh.. saya akan ke sana sekarang."

"Terima kasih, Robert."

"Don't mention it…"

"Robert? Where are you going?"

"Ah…saya nak pergi temankan Qhalif dibilik awak sekejap…kasihan dia sendirian disitu."

"Oh…okay; I'll bring dinner later."

"Thanks…"

"No biggy…" Phoebe tersenyum tersipu-sipu mendengarkan kata-kata lelaki itu selari matanya melekat padanya sehingga dia masuk ke dalam bilik yang berhadapan dengan bilik itu.

"Amboi… kalau boleh tembus pintu tu, dah berlubang dah…"

"Hissh, kau ni! aku nak fe'feeling sikit dengan buah hati aku pun tak boleh ke?"

"Hahahah…banyaklah feeling kau…mana Zahra? Dari tadi aku tak nampak dia?"

"Oh…ada tu…tadi dia kata nak pergi ambil barang untuk Qhalif."

"Barang?"

'Manalah dia letak buku nota tu? selalunya memang dia akan bawa…' aku mengomel dalam hati selari tanganku masih ligat menyelongkar beg pakaian Qhalif mencari buku nota yang biasa dibawanya itu.

'Mungkin aku boleh dapatkan jawapan dalam buku nota dia tu…tapi…dia baru sedar…sempatkah dia menulis dalam ni tadi?...atau…aku patut tanyakan pada dia terus nanti?'

"Ish!!! Tension betul aku dengan mamat ni!" aku menggarukan kepala dengan perasaan berang sebelum terhenti dengan suara yang datang dari arah belakangku.

"Awak tension dengan siapa tu, Zahra? Dengan Encik Mikail?" Aku menoleh dan mendapati Fatin telah pun berdiri sambil tersengih di belakangku; mungkin telah agak lama dia berada disitu.

"Siapa?"

"Mamat yang awak jumpa tadi?"

"Bila…kau…"

"Awak lupa? Encik Mikail tu kan kawan baik suami cik Daniela…mestilah saya boleh tahu…"

"Ah…itu…er…kau salah faham saja ni! Aku…" aku mulai tak rasa senang dengan usikan rakan baikku ini selari bangun dari situ sambil menutup beg galas Qhalf yang kuselongkar tadi dan menolaknya ke tepi.

"Alah…tak payahlah awak nak sembunyi sangat dengan saya, Zahra…awak sukakan dia, kan?"

"Hah? Er…Qhalif! Kita masih kena bagi dia makan! Ya! Kasihan dia…baik aku pergi bagi dia makan dulu; nanti kebulur pula kawan kita tu." lantas aku dapat akal dan bmulai bergerak dari situ dengan kadar segera sebelum Fatin sempat bertanya apa-apa lagi.

"Zahra." Suara perlahan Fatin menarik perhatian aku; membuatkan aku terhenti sambil menoleh.

"?!?!"

"Kalau awak nak cakap pasal perasaan ataupun nak luahkan apa-apa, awak tahu yang boleh cari saya, kan?"

"Ya…terima kasih, Fatin…" walaupun pernyataannya itu kedengaran agak kekok pada aku, aku hanya mengiyakan untuk menyedapkan hatinya.

"Hmm…sama…"

'Apa pula mimpi si Fatin ni? Tiba-tiba nak jadi pendengar aku?' aku mengumam senyuman simpul selari berlalu dari ruangan itu meninggalkan Fatin bersendirian.

'Kenapa…aku masih rasa macam ada something yang kau cuba nak rahsiakan dari Aku, Zahra.'

"Ah…mungkin hanya perasaan aku saja…" Fatin lantas menafikan perasaan tak senang yang dirasakannya sejak tadi itu selari bergerak dari situ mengekori langkah Zahra untuk membantunya menghidangkan makan malam.

"Kau rasa…apa yang terjadi pada Qhalif, agaknya ya; Fatin?" Phoebe bersuara dengan perasaan ingin tahu sambil menjengahkan kepala di hadapan wajah rakannya itu.

"Entahlah…saya pun tak pasti, Phoebe…semuanya berlaku macam cepat sangat…" selamba jawapn dari Fatin selari tangannya masih ligat membuka bungkusan makanan tadi untuk diletakkan dalam bekas plastic yang kami bawa untuk dihidang.

"Itulah…Zahra? Kau rasa?"

"…." Dari menjawab, keduanya pelik apabila Zahra hanya terdiam selari tampak seperti sedang sibuk memikirkan sesuatu.

'Apa yang jadi pada Qhalif tu? aku kena siasat perkara ni…dia tampak lain lepas sedar hari tu…macam…ada benda yang dia sorokkan dari aku..dan…mimpi tadi…kenapa…'

"PAAKKK!!!"

"Zahra!"

"Oh, MAK!! Phoebe, Fatin! Apa ni? terkejut aku! nasib baik nasi ni tak berterabur tadi, tahu?" bagai nak gugur jantungku apabila meja dihadapanku di ketuk dengan kuat oleh Phoebe yang tiba-tiba memunculkan diri dihadapan wajahku; nasib baik aku sempat memegang bungkusan nasi yang berada dihadapanku dari terjatuh ke lantai tadi.

" Pfft…so…sorry….kitorang tak sengajalah!" Phoebe tersengih selari kelihatan seperti sedang menahan tawanya.

"Itulah…awak pun…nampak macam banyak sangat masalahnya…apa yang awak fikirkan?" giliran Fatin pula mencelah dengan nada skeptikal; membuatkan aku menjadi serba salah untuk menjawab tentang hal sebenar.

"Hah? Tak…tak ada apalah…aku cuma risaukan pasal Qhalif tu saja; kau perasan dia nampak pelik lepas sedar tu kan?"

'Takkanlah aku nak cakap yang aku risau Qhalif ada kena-mengena dengan masalah aku tu; sedangkan masalah itu pun aku tak pernah ceritakan pada Fatin sebelum ni…'

"Janganlah kau fikir yang bukan-bukan, Zahra…mungkin…kawan kita tu masih lemah dan terkejut. Nanti lama-lama eloklah tu.."

"Aku harap macam tulah, Fatin."

"Dah…jom, kita bawakan makanan untuk hero-hero kita tu dulu, ya? Nanti kebulur pula diorang tu…" kata Phoebe selari bergerak dari situ membawa bungkusan nasi di tangannya sedang membiarkan aku dan Fatin membawa Tupperware berisi lauk yang dibungkus tadi ke bilik hadapan untuk makan bersama Qhalif dan Robert.

"Ceh…ingat kitorang tak tahu? Kau nak jumpa dengan hero kau saja kan? Si Robert tu…Qhalif tu bukannya kau kisahkan pun.."

"Eh, apa pula? Tak baik cakap macam tu, tahu?...dua-dua penting bagi aku, apa…"

"Tengok, muka amoi ni dah merah; Fatin!"

"Zahra!"

"Dahlah tu, Zahra…kau suka betul usik orang…"

"Pfft..hahah!"

"Fatin, korang balik dengan siapa tu?" Sambil menyuapkan nasi ke dalam mulutku, aku mula bertanya dengan perasaan ingin tahu yang membuak-buak sejak tadi.

"Oh, itu kan cik Daniela dan suami dia? kami jumpa mereka masa nak beli beli makanan tadi…" jawabnya selamba selari masih duduk disisi Qhalif sejak tadi; dia ingin memastikan rakan kami ini makan katanya walaupun perlua bersuap.

"Diorang berdua…saja?" sekali lagi pertanyaan ku menarik perhatiannya untuk memandangku seketika sebelum beralih perhatian pada Qhalif semula.

"A'ah… kenapa?"

'?!?!?' jawapannya itu membuatkan aku terentap; meremang bulu romaku teringatkan peristiwa tadi; kelibat tambahan yang aku nampak ewaktu baru sedar tadi…aku mula terasa seram sejuk semula.

"Zahra?" mungkin riaksi ku itu membuatkan rakan-rakanku menjadi bimbang apabila Fatin mulai menghampiriku setelah Phoebe menegurku.

"Zahra, kenapa ni?"

"Hah? Er..tak…tak ada apalah…"

'Tenang, Zahra…insyallah…semua benda ada sebabnya…mungkin cuma perasaan aku…tapi…'

"Awak pasti?"

"Ya…."

"O…kay…awak makanlah….nanti berehat."

"Okay…"

'Tak…tak mungkin…walaupun aku kabur, tapi aku pasti…aku nampak ada lebih kurang tujuh orang bilik ni masa tu…kalau iitu Qhalif sekalipun, siapa tambahan lagi seorang tu? Lagipun, mustahil itu Qhalif sedangkan masa tu, dia masih ada dalam bilik ni…siapa lagi dua orang tu?' sekali aku membiarkan fikiranku melayang tatkala teringat akan perkara tadi.

"…." Dari kerusi tempat Qhalif bersandar, lelaki itu menyuapkan nasi perlahan ke dalam mulutnya selari matanya masih pada Zahra yang kelihatan pucat secara tiba-tiba itu. tak berani pula dia untuk bersuara kerana tahu perkara itu agak senssetif dan tahu Zahra tak suka bincangkan hal ini didepan kedua rakan perempuannya itu.

'Zahra…apa yang mengganggu kau ni? kenapa kau nampak pucat sangat?'

Siguiente capítulo