webnovel

Bab 8

"Nah!" pinggan tadi diletakkan dengan kasar sebelum lelaki itu mengambil tempat betul-betul diantara Zahra dan lelaki yang baru dikenalinya itu.

"Apa ni, Qhal? Kau ambil kek coklatkah; atau…serbuk koko?" Zahra menggaru kepalanya yang tak gatal selari menguis-nguis kek coklat yang kini telah pun hancur di dalam pinggan dengan sudunya sambil menjeling ke arah rakannya itu.

"Tadi…ada budak-budak main-main kat meja kek tu…habis hancur semua kek dibuatnya, aku tahu kau suka kek coklat. Aku ambilkan jugalah walaupun dah hancur, sebab takut kau kempunan…memanglah nampak tak semegah…tapi, rasa dia tetap sama…kau telan sajalah…" ucap Qhalif dengan nada selamba kontra dengan pandanga yang diberikan pada Mika dari tadi; seperti ingin menelannya saja.

"Er...you nak makan ke, kek tu?" suara Robert kedengaran agak ragu-ragu melihatkan kelakuan Zahra yang sepertinya bersedia untuk menyuapkan kek tadi ke dala mulutnya.

"Hah? A'ah…penat kawan aku ni bawakkan untuk aku tadi..takkanlah aku nak buang saja, kan?..Kenapa?"

"Bukan apa…no offense…tapi, kek tu…you masih berselera nak makan?"

"Dey, Thambi; apa yang kau sibukkan sangat ni? Dah, pergi sana…?!?!?" dalam nada tak puas hati, lelaki itu melontarkan suaranya; ternyata dia masih terganggu dengan kehadiran lelaki 'baru' yang sejak tadi memerhatikan Zahra dengan curiga sebelum perhatiannya terasa seperti diganggu. Walaupun sekilas, dia dapat rasakan ada pandangan mata yang memerhatikan kumpulan mereka dari arah belakang Zahra.

"Oh…okay-okay…sorry…I tak menyampuk dah…" Robert menundukkan kepalanya mendengar nada yang kedengaran sedikit tinggi dari biasa Qhalif tadi.

'Cuak juga dia dengan kawan aku yang seorang ni..tapi, kenapa dia nampak lain sangat hari ni? macam ada yang mengganggu dia…' aku mengalihkan pandanganku kepada Qhalif yang duduk disisiku sejak tadi selari menyuapkan kek yang ternyata telah 'hilang bentuk' kerana amarah Qhalif tadi Ya…aku boleh agak kenapa dia jadi macam ni..tapi, aku cuma tak nak mengaku dan terus menidakkan kata hatiku ini memandangkan dia; kawan baik aku.

"Qhalif? Kau ni, dah kenapa? Tiba-tiba senyap sahaja..?" Diamnya dia yang selalunya bising, buatkan aku sendiri rasa kekok pada masa itu; aku akhirnya bersuara selepas Mika bangun untuk bertemu dengan kawan baiknya tadi.

"Zahra…tadi; aku …"

"Kenapa ni, Qhal? Nampak macam serious saja?"

"…" dia nampak ragu-ragu untuk bersuara; seperti ada yang menahan dia dari teruskan niatnya untuk berterus terang denganku.

"Qhal?"

"..Tak…tak ada apa-apalah…mungkin perasaan aku saja tadi, ka tak payah risaulah..eh? dah habis dah kek tadi? Meh, aku ambilkan lagi…" sepertinya baru tersedar mendengar panggilan namanya, dia terus membatalkan niatnya tadi untuk berkata sesuatu denganku.

"..O…kay…"

'Apa yang kau cuba nak rahsiakan dari aku, Qhal?' terdetik hatiku selari melihat kawan baikku itu bangun dari sisiku untuk ke meja hidangan semula dengan langkah laju; bagai ingin melarikan diri dari disoalku lagi.

'Maaf, Zahra…aku kena pastikan dulu hal ni sebelum aku beritahu kau; aku tak nak nanti kau cuak tak tentu pasal semata-mata sebab aku tersalah pandang ataupun salah sangka…' Qhalif mengetapkan giginya dengan perasaan serba salah selari menjeling dari ekor matanya kearah Zahra yang kini duduk bersendirian di meja mereka tadi sambil matanya masih padanya. Ternyata perilaku dirinya tadi menarik perhatian rakannya itu padanya kini.

"Awak nampak macam terganggu dengan kawan awak, tu tadi?"

"?!?!?" Suara Mika yang tiba-tiba kedengaran di cuping telinga Zahra mengejutkannya dari lamunan panjang tadi; lantas mengalihkan pandangan kea rah suaranya itu; dilihatnya lelaki itu kini telah duduk kembali disisinya dengan sebari senyuman, membuatkan dirinya tergamam buat seketika.

"Cik Zahra?"

"Ah..ya? Ma…maaf…awak tanya apa tadi?"

"Awak nampak macam terganggu dengan kawan awak tadi…ada apa-apa yang awak nak kongsikan dengan kan baru awak ni?"

'Dia nak jadi kawan aku? Biar betul?' sempat lagi dia bermonolog dalam hati selari masih cuba mengawal perasaannya sendiri yang menjadi makin tak keruan apabila berhadapan dengan lelaki yang baru dikenalinya tadi.

"Ka…wan baru?"

"Kenapa? Cik tak sudi nak jadi kawan saya? Sejak saya sampai ke sini, hanya Johan, bakal isterinya; cik Daniela, encik Robert tadi, awak dan kawan awak…Qhalif?... Itu sahaja orang yang sudi berbual dengan saya dan..oh, mak cik catering dan pak cik yang kerja di chalet tempat saya menginap tu…" nada selamba lelaki itu agak mencuit hati gadis yang berada disisinya itu.

"Pfft…hahaha! Apalah awak ni… semua awak ingat? Macam mana dengan pekerja pam minyak yang awak jumpa masa nak isi minyak kereta awak? Tak nak sebut sekali?" sindir Zahra lagi dengan diselangi tawa besarnya; secara tak langsung menarik perhatian Qhalif yang sejak tadi leka di meja hidangan.

"Akhirnya awak senyum juga…"

"Eh?" teru s berhenti tawanya tadi digantikan wajahnya yang bertukar merah padam dengan serta merta, lantas dia mengalihkan pandangan ke bawah.

'Zah..ra?' dengan perasaan yang makin berkecai melihatkan kemesraan keduanya tadi; Qhalif meninggalkan meja hidangan tadi setelah meletakkan pinggan yang dibawanya disitu. Dia menyusun langkah perlahan ke arah kawasan yang agak jauh sedikit dari rumah Miss Daniela tanpa menyedari langkahnya telah membawanya masuk kedalam hutan kecil dibelakang laman rumah tadi.

'Aku tak pernah nampak muka dia seceria tu…inikan pula nampak feminine macam tu; untung betul Mika tu dapat buat Zahra rasa macam tu…kalau nak diharapkan aku, memang takkan berani aku nak mengaku pun pada dia, inikan pula nak buatkan dia 'blushing'.' monolog hatinya paling dalam sambil membiarkan kakinya terus melangkah tanpa tujuan.

"Mungkin…aku patut biarkan dia pilih orang yang dia minat; lagipun, aku tak ada hak nak kawal hati dia kalau aku nak dia happy…." Omelnya pula selari berhenti di bawah sepohon pokok besar sebelum duduk berehat disitu.

"Mudahnya kau mengaku kalah, manusia?"

"?!?!" satu suara berbentuk sindiran kedengaran kuat ditelinganya; sepertinya suara itu datang dari satu tempat yang berdekatan dengan tempat dia duduk…ataupun mungkin.

"Si…siapa tu?!?!?" secara refleks, Qhalif bangun dari situ dengan reaksi panic sambil mencari-cari punca suara tadi.

"Kau tak payah susah-susah nak cari aku, manusia; sia-sia sahaja usaha kau tu… kau takkan dapat cari aku kalau aku tak benarkan…" sekali lagi sindiran suara itu menjentik ego lelaki yang kini kelihatan lebih kepada bengang dari takut tadi.

"Kau jangan berani nak bersifat takbur! Aku tahu yang kau tu juga makhluk Tuhan dan apa yang berlaku di bumi ni berlaku dengan izin Tuhan; bukan dengan izin kau, jadi kalau Tuhan benarkan aku untuk jumpa kau, kau takkan boleh melawan takdir tu!" nadanya tegas dan penuh keyakinan dari tadi tanpa ada sekelumit ketakutan mahupun keraguanpun dalam suaranya.

"…Nampaknya kau begitu yakin dengan hujahmu, wahai manusia!"

"Aku yakin sebab aku percayakan Tuhan aku lebih dari aku percayakan diri aku sendiri!"

Tak jauh dari situ; dibalik semak belakang rimbunan pohon buluh liar, kelihatan dua kelibat sedang memerhatikan gerak-geri Qhalif dari jauh. Salah seorang darinya mula bersuara dengan nada agak teragak-agak.

"Tuanku, tak mengapakah kalau kita biarkan dia diganggu penunggu itu? Tuanku pasti dia takkan diapa-apakan?"

"Kita biarkan dia dulu, beta mahu perhatikan apa yang dia bakal lakukan nanti."

"Tuanku…boleh patik bertanyakan sesuatu?"

"Hmm…silakan, Tiung; beta izinkan…"

"Kenapa…patik lihat, Tuanku seperti tertarik dengan lelaki ini, sejak awal lagi? Dari kita mengekori waris sah Tuanku tadi; Tuanku malahan mengarahkan patik untuk mengekori jejaka ini pula; mengapa Tuanku?" soalan pembantunya itu membuatkan Raja itu melayangkan pandangan redupnya kembali pada Qhalif yang masih berdiri di tengah-tengah kawasan itu menghadap pokok besar tadi.

'Entah kenapa…aku rasa dekat dengan budak ni; sepertinya dia faham apa yang aku rasakan dulu…perasaan yang dah lama aku tinggalkan dulu.' Omelan Raja tua itu dalam hati selari membiarkan perasaan nostalgia mulai memenuhi ruang hatinya.

"Aku tak takut pada kau! Keluarkan aku dari tempat ni!" suara lantang Qhalif menarik perhatian kedua mereka ke arahnya semula; ternyata dia telah di permainkan penunggu pokok tadi dengan mengaburi langkahnya untuk keluar dari hutan itu.

"Hahahaha! Tengok siapa yang takbur sekarang, manusia durjana? Golongan kau sememangnya hanya pandai bercakap besar dan bongkak menjatuhkan makhluk lain juga sanggup memijak golongan kau sendiri demi kepentingan peribadi! Golongan kaulah yang paling tak berhak hidup dibumi Tuhanmu ini sebenarnya!"

"Tuanku…" dengan reaksi cemas, Tiung mengalihkan pandangannya kembali kepada lelaki disebelahnya tadi.

"Nampaknya, kita tak ada pilihan lain…Tiung, mari bantu aku." Arahannya tegas dengan nada perlahan sambil pandangan masih melekap ke arah lelaki tadi.

"Ah…menjunjung perintah, Tuanku.." lelaki genit itu menundukkan kepalanya tanda hormat selari memberikan ruang buatnya Rajanya tadi untuk mula bergerak menuju ke hadapan; ke arah Qhalif berada tadi.

Siguiente capítulo