webnovel

Bab 3

"Hah! Darah apa yang datuk berikan pada beta ini, datuk?! Kenapa lain sekali rasanya?" Raja itu kian berang sambil meludahkan darah tadi ke lantai.

"It… itu darah Arnab, Tuanku…"

"Apa?!?!? Darah arnab? Berani kau menghidangkan darah haiwan padaku! Bukankah beta telah titahkan untuk datuk membawakan kepada beta darah manusia?"

"Ampun tuanku, beri-ribu ampun; sembah patik harap diampun.. Patik telah cuba berusaha, tuanku; tapi…dukacitanya semua banduan di dalam penjara Negara telah mati dibunuh atas titah tuanku sendiri demi mendapatkan bekalan darah. Jadi… kami tak dapat memenuhi permintaan tuanku kali ini. Ampun tuanku…" menteri yang masih kelihatan tunduk dari tadi memberi penjelasan dengan panjang lebar selari kekal menundukkan pandangan dari raja mereka; tak berani dia untuk bertentang mata dengan Raja yang dari tadi tampak berang dan bila-bila sahaja boleh menitahkan hukuman bunuh.

"Sudah habis?...." Raja terdiam sebentar; sepertinya sedang memikirkan sesuatu sebelum melayangkan pandangannya kepada hulubalang yang membawakan darah arnab tadi. Sebaris senyuman penuh makna terukir dibibir pucatnya itu.

"Tidak mengapalah datuk menteri… datuk boleh pergi. Tinggalkan beta bersendirian bersama hulubalang itu; beta ingin berbicara sebentar dengannya." Menteri tadi terkejut dengan permintaan rajanya itu.

"Tapi tuanku…" baru saja pembesar itu ingin membuka kata; dia terkejut apabila dengan sekelip mata sahaja baginda telahpun berada betul-betul di tepi telinganya.

"Atau kamu lebih suka kalau beta mengambil kamu sebagai galang gantinya?" suaranya yang garau dan seakan-akan berbisik; membuatkan bulu roma lelaki yang bergelar datuk itu meremang lantas mematikan niatnya untuk pertahankan lelaki muda tadi.

"Datuk…" hulubalang muda tadi kelihatan makin tak keruan apabila terdengar akannya titah Raja mereka tadi selari datuk menteri mulai melangkah ingin meninggalkan ruangan itu.

"Maafkan hamba…" ada nada bersalah dalam suara lelaki pertengahan umur itu saat dia berlalu melintasi hulubalang yang masih kelihatan terpinga-pinga disitu.

"Datuk, bagaimana dengan pula hamba?" suaranya yang kedengaran ketakutan dibiarkan tanpa jawapan oleh lelaki yang bergelar datuk tadi sebelum hilang dari pandangannya.

"Er… T…tuan…tuanku?" hulubalang muda tadi mengalihkan kembali perhatiannya kepada Raja yang kini berada betul-betul dihadapannya dengan sebaris senyuman sinis; matanya merah menyala, pandangannya seperti penuh dengan keinginan pemangsa yang ingin menyerang mangsanya.

"Kau… dah letakkan sumpah setia kau, hidup kau, mati kau demi Raja dan Negara ini, bukan?

"Be…benar, t..tuanku…" lelaki muda itu menundukkan wajahnya selari di perhatikan dari dekat oleh pemerintahnya.

"Jadi… kau rela jika nyawa kau jadi taruhan demi kepentingan Raja negara ini?"

"Hah? Y…ya… patik rela…tuanku…" Hulubalang itu yang masih lagi kelihatan tunduk ketakutan menjawab sambil menutup kedua matanya; bagai parah dengan apa yang bakal berlaku padanya pada bila-bila masa saja.

'Apa yang bakal terjadi padaku kini? Aku berserah sajalah pada tuhan.'

"Bagus… beta sukakan kamu…Hahaha!"

"Hah??!?!" hulubalang muda itu terkejut apabila didapatinya Raja mereka telahpun duduk diatas singahsana ketika itu. Rupa-rupanya Raja hanya ingin menduga keberanian dan kesetiaan orang bawahannya saja.

"Datuk menteri!"

"Ya, Tuanku…" Lelaki tadi masuk mengadap dalam keadaan tergesa-gesa.

"Mulai hari ini, hulubalang muda ini akan beta lantik menjadi hulubalang persendirian beta, melindungi dan menjaga beta dari sesiapa saja yang berniat ingin menentang beta."

"Menjunjung perintah, tuanku…" Datuk tadi merapati hulubalang yang masih kelihatan terpinga-pinga tadi sabil memberi isyarat kepadanya untuk berterima kasih kepada raja mereka.

"…Terima kasih tuanku; akan patik junjung amanat ini dengan penuh kesetiaan."

"Datuk dan…. Siapa nama tuan hamba?"

" Merah, tuanku…"

"Datuk menteri dan Merah boleh keluar sekarang… panggilkan Kiambang datang menghadap beta dengan kadar segera."

"Kiambang? Kiambang gundik diraja, tuanku?"

"Ya… kenapa? Kamu ada masalah dengan permintaan betakah, datuk?"

"Tidak hamba berani, tuanku…"

"Bagus, panggilkan dia segera…"

"Patik menjunjung perintah…" sambung lelaki itu lagi sebelum keluar dari ruangan semula.

Selepas beberapa ketika, datuk tadi kembali membawa seorang wanita muda masuk menghadap; dia kelihatan pucat dan lemah, seorang wanita yang lebih berumur membantunya untuk bergerak.

"Kiambang datang menghadap, tuanku…" suaranya yang terketar-ketar menandakan wanita itu juga dalam ketakutan sambil tunduk.

"Tinggalkan beta dengan Kiambang bersendirian; panggilkan Merah untuk bersedia dihadapan pintu balairung."

"Menjunjung perintah, tuanku." Dengan itu, kedua datuk menteri dan dayang diraja meninggalkan ruangan itu dan menutup pintu.

"Tapi datuk, bukankah gundik Kiambang sedang sarat hamil 8 purnama; tak mengapakah?" dayang tadi sempat bertanyakan kepada lelaki pertengahan umur itu tatkala mereka meninggalkan ruangan tadi bersama untuk mendapatkan Merah. Dia kelihatan bimbang dengan apa yang bakal menimpa Kiambang nanti.

"Hamba pun tak pasti apa yang bakal berlaku kepada Kiambang didalam nanti… tapi, kita berdoa sajalah supaya tuhan akan lindunginya dari malang menimpa."

"Hamba berharap Kiambang akan selamat…"

"AHHHH!!!!!" suara jeritan Kiambang mengejutkan kedua mereka tadi; lantas membuatkan keduanya berlari kembali ke ruangan tadi. Dilihat mereka; wanita tadi telah terlantar di atas lantai dalam keadaan berlumuran darah.

"Kiambang!" dayang tadi yang kelihatanya terkejut dengan pemandangan itu terus menerpa ke arah tubuh yang kelihatan kaku tadi.

"Jangan sesiapa datang dekat dengannya!" dengan perintah raja itu; datuk tadi mendapatkan dayang yang sedang meratap Kiambang tadi sebelum raja menjadi lebih murka.

"Titahkan Merah untuk buang wanita ini ke hutan… beta tak ingin melihatnya disini." Raja tadi memalingkan wajahnya dari kedua mereka sepanjang masa itu sebelum terlihat oleh datuk sepertinya raja sedang mengesat air matanya.

"…tuanku?"

"Datuk dengar atau tidak?" suara nyaring raja mengejutkan lelaki tadi dari lamunan dan terus tunduk dengan segera sambil tangannya masih memegang dayang yang ingin ke arah Kiambang.

"Ah… ampun tuanku… patik leka tadi… baiklah, akan patik segerakan." Dengan itu, tubuh kaku Kiambang yang berbadan dua di bawa Merah ke dalam hutan dan dibiarkannya sendirian.

"T…TAK!! TAK!! Kiambang!" Suara Zahra bergema didalam kereta myvi milik Fatin ketika itu; membuatkan seluruh isi menjadi kaget dengan serta merta. Mujur mereka baru berhenti di kawasan parkir tempat rehat dan rawat berdekatan.

"Hoi! Bangunlah!" Qhalif yang kelihatan letih kerana memandu sejak dari tadi mengoncangkan bahu Zahra yang duduk disebelahnya.

"Jangan…" sekali lagi gadis itu meracau.

"PAKK!!!" satu pukulan menggunakan majalah singgah di muka Zahra; membuatkan dia terjaga dengan serta merta.

"Ahh!!...hah?!?!?"

"Bangun pun kau… ingat nak kena simbah baru nak sedar tadi.." Aku yang masih dalam keadaan mamai mendengar omelan mereka yang kedengaran samar-samar ditelinga.

"Aku di mana ni?"

"Kita dah sampai bulan."

"Apa yang kau merepek ni? Kita dah sampai tempat rehat di Kedah dah…"

"Kedah? Kenapa kau tak kejut aku tadi? Kan aku kata aku nak drive separuh jalan."

"Qhalif ni… dia tak sampai hat?!??!? Qhalif!!!" Phoebe yang berada diruangan belakang menyampuk sebelum Qhalif dengan tiba-tiba melontarkan sebungkus kerepek kentang ke mukanya.

"Kau kata kau lapar, kan? Nah!"

"Tapi, kenapa kau tak kejut aku tadi, Qhal? Kalau tak, tak adalah kau letih sangat sekarang ni…"

"Alah… small matter lah… lagipun, aku tahu kau tak cukup tidur sejak dua menjak ni, kan? Aku pun ingat nak bagi chance lah pada kau untuk rehat…"

"Hahah… sayang juga kau dengan aku, kan? Tak apalah, lepas ni; biar aku yang drive.. kau boleh tidur sekejap."

"Mestilah sayang! Kita kan kawan betul tak, Qhalif?" sampuk Fatin dari belakang; ternyata dia kelihatan agak cemburu dengan layanan Qhalif tadi.

"Alright! Aku pun dah rasa macam lemau saja ni; boleh saja kalau kau nak take over." Walaupun kepalaku masih terasa sedikit pening dari mimpi tadi, aku hanya senyum dan bersetuju dengan cadangan Qhalif tadi.

Siguiente capítulo