webnovel

BAB 2

Seminggu sebelumnya.....

"Anis, nanti duduk kat KL tu jangan lupakan mak tau. Hati-hati duduk sana, makan jangan lupa, solat jangan tinggal. Lagi satu, jangan ikut lelaki yang Anis tak kenal tau!" pesan Mak Siti kepada anaknya.

"Iya lah mak, Anis tahu. Mak tu yang kena jaga diri, Ania kan tak ada kat sini nanti. Anis dah pesan kat adik-adik suruh diorang jaga mak. Lagipun Anis bukan pergi lama pun, Anis pergi KL tu pun nak cari kerja je. Nanti kalau duit Anis dah berkepuk-kepuk, Anis baliklah dekat kampung ni lagi".

Sempat Alisha membuat emaknya tersenyum gembira walaupun telah berlinang air matanya.

"Mmm, okaylah mak, Anis gerak dulu tau" Alisha mengelap air matanya lalu memeluk emaknya buat kali yang terakhir. Kemudian dia pun masuk ke dalam bas di Stesen Bas Kluang dan meninggalkan kampungnya.

Bertuah buat Alisha kerana mendapat tempat duduk di sebelah tingkap dan bersebelahan dengan seorang wanita berhijab. Dia risau jika terdapat lelaki yang mengganggunya.

"Huarghh, ngantuknya, nak tidur sekejaplah".

"Cik, kalau dah sampai KL,boleh kejutkan saya tak?" Alisha bertanya kepada wanita yang duduk disebelahnya itu.

Wanita itu pun mengangguk.

"Terima kasih" balas Alisha dengan ringkas. Dia pun bersandar di kerusi lalu terlelap....

Bas pun mula bergerak meneruskan perjalanan ke destinasi yang ditetapkan iaitu ke KL!

"Cik...cik... bangun cik. Kita dah sampai dekat Perhentian Bas Pekeliling ni. Wanita itu memanggil Alisha dengan lembut.

Alisha mula membuka matanya dan dengan berasa mamai dia berterima kasih kepada wanita itu.

Setibanya Alisha turun daripada bas, perkara pertama yang dilakukannya adalah menelefon sahabat baiknya iaitu Lisa. Lisa merupakan sahabat baiknya daripada sekolah rendah lagi, jadi dia sudah terbiasa dengan panggilan kau-aku apabila berbual dengannya.

"Assalamualaikum, Lisa. Kau kat mana tu, kau ada kat rumah kau eh? Share location kau kat aku, nanti aku naik teksi je gi rumah kau. Ha, okay bye. Thanks beb"

Ting! Telefon Alisha berbunyi menandakan yang Lisa telah menghantar location rumahnya.

"Taxi!" Alisha memanggil taxi dengan suara yang lantang sekali dan membuatkan semua orang memandang kearahnya.

"Sorry, sorry, hehe" Alisha berasa malu dan cepat-cepat dia masuk ke dalam taxi itu. "Haishh, aku ni, baru je sampai KL dah nak buat masalah. Teruk lah aku ni", bisik hatinya.

Siguiente capítulo