Rayyan Shah nama yg tidak asing lagi di kota metropolitan ini.Dia adalah seorang lelaki daripada keluarga yg kaya dan seorang yg kacak serta berkaliber. Anis Alisha pula seorang gadis kampung yg pergi ke bandar untuk mencari kerja.Dia merupakan anak sulung daripada 3 orang adik beradik. Dia tidak suka bercouple kerana prinsip hidupnya itu "single is better" Haishhh, susah betullah nk cari kerja kat KL ni! Kalau aq tau macam ni, baik aq duduk kat kampung je.Mmm, kalau aku jadi bibik okay tak eh? -Anis Alisha- Ma, bibik kat rumah kita ni dah tua lh, kalau Ryan upah maid baru boleh tak? Muda-muda baru boleh buat kerja cepat. "Memang boleh sangat lh tu Ryan, tapi jangan kamu jatuh cinta dengan maid tu pula" Amaran telah diberikan kepada Ryan daripada mamanya. -Rayyan Shah- Suatu hari,Rayyan tercegat melihat orang yg berada dihadapannya, iaitu maid baru nya itu. Suatu perjumpaan telah membuatkan hati seseorang berdebar? Apakah yg telah membuatkan Rayyan jatuh cinta pada Alisha?
"Bipp...bibippp.....biiipppp....bippppppp..." kedengaran bunyi monitor yang semakin kuat.
Keadaan mula menjadi panik dan kucar-kacir.
"Cepat, lakukan CPR kepada pesakit" doktor mengarahkan pembantunya.
"Doktor, tekanan darah pesakit semakin berkurang!"
"Ambil beg darah, pesakit kita kekurangan darah"
"Maaf, doktor. Kita dah kehabisan bekalan darah. Pesakit mempunyai jenis darah yang jarang dijumpai iaitu RH-
————————————————————————
"Dub...dap....dub....dap..., haish apasal rasa tak sedap hati ni" kata Ryan di dalam hatinya.
"Dah lebih 2 jam Alisha kat dalam bilik ni. Harap-harap tak ada apa-apa yang berlaku pada Alisha.Tolonglah Ya Allah, selamatkan lah isteri dan anak aku"
Dia melihat ke daun pintu bilik kecemasan itu yang masih belum terbuka sambil berdoa.
Tiba-tiba....
"Kreak....." pintu bilik kecemasan terbuka.
"Doktor, macamana keaadaan isteri dan anak saya? Diorang tak apa-apa kan?"
"Maaf, saya dah buat sebaik yang mungkin tetapi .....