Mereka baru saja berjumpa tetapi telah menjalankan kehidupan bersama-sama atas rasa kasihan. Family bahagia??? Dilanda pelbagai masalah dan dugaan
Di sebuah sekolah menengah harian terdapat kekecohan yang terjadi di dalam bilik air di sekolah itu.....
Bush..... Kedengaran bunyi air di dalam baldi di simbah ke atas seorang pelajar perempuan kemudian disusuli dengan ketawa oleh sekumpulan pelajar perempuan.
Terdapat seorang pelajar perempuan yang terduduk di atas lantai tandas bersama bajunya yang basah akibat disimbah oleh air, dia dikelilingi oleh lima orang pelajar perempuan yang telah meyimbahinya.
"Jahat la kau ni Maya." cakap seorang pelajar perempuan yang berada di belakang pelajar yang terduduk di atas lantai kepada rakannya yang berada di hadapannya.
"Well, macam tak biasa pulak kau ni Sya. Hahahaha." Sahut Maya lalu disusuli oleh gelak ketawa.
"HAHAHAH." Semua pelajar di situ menegetawakan pelajar perempuan yang sedang duduk di atas lantai.
"Kringgg....." Loceng yang menandakan tamatnya rehat pun berbunyi.
"Jom lah masuk kelas, lepas ni masa Cikgu Lee. Habis la kita kalau masuk lambat." Cadang seorang perempuan yang mempunyai tubuh badan yang tinggi dan mempunyai rambut pendek yang diwarnakan perang.
"Betul cakap Sara. Jom lah masuk kelas Maya." Sokong pula seorang budak perempuan yang gemuk dan pendek iaitu Maisara atau dipanggil Mai
Semua yang berada di situ menunggu jawapan daripada ketua mereka iaitu Maya.
"Jom la. Kau tunggu la dekat sini ye perempuan. Cuci tandas ni sampai bersih kalau tak aku pun tak tau apa jenis denda yang akan menanti kau. Hahahah.
Sekumpulan pelajar perempuan itu mentertawakannya sambil berjalan keluar dari tandas. Di dalam perjalanan Zira menendang baldi yang sebelum ini mengandungi air tanah yang digunakan untuk menyimbah budak perempuan yang dibuli itu.
Setelah Maya dan pengikutnya meninggalkan budak perempuan itu berseorangan di dalam tandas, budak perempuan itu bangun dengan perlahan-lahan sambil mengimbas kembali hari pertamanya di sekolah ini.